7 Pusat Boling Terbaik di KL & Selangor 2022

Adakah anda mengetahui bahawa sukan boling sebenarnya dapat memberi manfaat kepada kesihatan? Selain daripada aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama keluarga dan rakan anda, ia juga boleh meningkatkan metabolisme anda sekali gus dapat menurunkan berat badan. Selain itu, bermain boling juga membantu dalam merangsang endorfin dan melancarkan peredaran darah anda.

Bermain boling semasa janji temu kelihatan menarik, bukan? Anda boleh mempelajari kemahiran baharu sambil bersaing secara sihat dengan pasangan anda. Berikut adalah 7 pusat boling terbaik yang terletak di KL dan Selangor. 

Mengapa Bola Boling Perlu Ditimbang?

Bola boling mempunyai berat antara 6 paun hingga 16 paun. Majoriti pusat boling mempunyai bola dengan kesemua berat ini. Jadi, mengapa bola boling perlu ditimbang? Hal ini kerana, setiap orang mempunyai pilihan berat dan keutamaan yang berbeza. Bola yang lebih berat biasanya digunakan oleh pemain boling profesional ekoran ia boleh merempuh pin dengan daya yang lebih besar. Manakala, bola yang lebih ringan direka untuk kanak-kanak atau mereka yang bersaiz kecil.

Bagaimana Hendak Memilih Bola Boling?

Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana hendak memilih bola boling? Bola boling perlulah bersesuaian dengan berat badan dan kekuatan tangan. Jika ia terlalu ringan, balingan bola sememangnya laju namun ia tidak mempunyai momentum yang cukup untuk menjatuhkan pin. Berat bola bowling dikira dalam paun (pound, Ib) dan bukannya kg. Kebiasaannya, berat bola boling yang disaran adalah 10% daripada berat anda sendiri (1 lb = 0.45kg). 

7 Pusat Boling Terbaik di KL & Selangor 2022

1. Wangsa Bowl

Wangsa Bowl
Kredit gambar: Wangsa Bowl

Wangsa Bowl merupakan antara pusat boling terkenal yang terletak di Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur serta mempunyai cawangan di seluruh Lembah Klang. Pusat boling ini menawarkan 32 lorong yang tersusun rapi serta dilengkapi dengan sistem pencahayaan yang baik. Ia juga mempunyai reka bentuk yang luas dengan persekitaran yang santai sekali gus menjadikannya tempat yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama rakan, keluarga mahupun untuk aktiviti syarikat. 

Alamat: 03A, 9, 2, Jalan Wangsa Delima 11, Platinum Walk, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 11:00 malam (Setiap Hari)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/WangsaBowl/ 

RUJUK MAKLUMAT DI LAMAN WEB

2. Sunway Megalanes

Sunway Megalanes
Kredit gambar: Sunway Megalanes

Mencari tempat untuk bermain boling pada hujung minggu? Sunway Mega Lanes merupakan antara pusat boling terbaik yang boleh anda kunjungi. Apabila anda melangkah masuk ke pusat boling ini, anda akan disambut dengan pemandangan akuarium yang indah, 48 lorong Brunswick yang serba lengkap serta teknologi boling terkini. Pemakaian kasut dan stoking boling semasa bermain boling amat penting untuk mengelakkan sebarang kecederaan. Sunway Mega Lanes menawarkan sewaan kasut boling pada harga RM 3 dan stoking (baharu) pada harga RM 3 setiap satu. Anda juga boleh mendapatkan snek dan minuman di kafe yang terletak di dalam pusat boling ini. 

Alamat: Lot F1.22, Tingkat Satu, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 12:00 pagi (Setiap Hari)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/MegalanesSunway/ 

RUJUK MAKLUMAT DI LAMAN WEB

3. Ampang Superbowl

Ampang Superbowl
Kredit gambar: Ampang Bowl Bangi Gateway

Ampang Superbowl merupakan rangkaian pusat boling terbesar di Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 2000 di Pusat Beli-belah Ampang Point dan kini memiliki 10 pusat boling di 7 negeri. Selain daripada lorong boling, ia juga dilengkapi dengan kemudahan lain seperti loker, kafe, surau, ATM, tandas, tempat letak kereta yang luas dan restoran. Bukan itu sahaja, anda juga boleh berkunjung ke Pro Shop, di mana anda boleh membeli bola boling anda sendiri serta peralatan boling yang lain. 

Alamat: Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php? id=100011619610390 

4. Gurney Bowl

Gurney Bowl
Kredit gambar: Residensi UTMKL

Gurney Bowl menawarkan 10 lorong yang dilengkapi dengan sistem canggih bagi memastikan permainan berjalan lancar. Pusat boling ini sering digunakan oleh pemain profesional dan amatur untuk berlatih. Bukan itu sahaja, Gurney Bowl  ini juga menyediakan kemudahan seperti bilik persalinan, bilik mandi dan tandas. Ia adalah tempat yang terbaik untuk berehat dan bersantai bersama rakan anda sambil bermain 1 atau 2 set boling.

Alamat: Jalan Maktab, Kampung Datuk Keramat, 54100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 11:00 malam (Setiap Hari)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook .com/GurneyBowl/ 

5. Alam Lanes 

Alam Lanes
Kredit gambar: AEON Mall Shah Alam

Pusat boling Alam Lanes ini terletak di tingkat 4 AEON Mall, Shah Alam dan boleh diakses melalui tempat letak kereta atas bumbung. Oleh kerana ia terletak di dalam pusat membeli-belah, secara tidak langsung ia membolehkan anda bermain boling sejurus selepas membeli-belah bersama rakan mahupun keluarga anda. Kadar bayaran tempahan bermula daripada RM 8.00 hingga RM 11.00 bergantung pada masa dan hari. Bukan itu sahaja, pusat boling ini juga menawarkan pelbagai kemudahan yang bersih dan dijaga rapi bagi memberikan keselesaan yang maksimum ketika anda bermain boling. 

Alamat: FR-01, 4th Level AEON Mall, Jln Akuatik 13/64, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 12:00 pagi (Setiap hari)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/AlamLanes/ 

RUJUK MAKLUMAT DI LAMAN WEB

6. Supreme Cosmic Bowl

Supreme Cosmic Bowl
Kredit gambar: Supreme Cosmic Bowl

Jika anda berada di Brem Mall, jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung di Supreme Cosmic Bowl. Pusat boling ini mempunyai ruang yang luas dan sangat ideal untuk menganjurkan parti hari jadi, perhimpunan keluarga atau kejohanan. Pusat boling ini bukan sahaja menawarkan harga yang murah, malah ia juga mempunyai kemudahan seperti kedai serbaneka, kafe, tandas dan banyak lagi. 

Alamat: Brem Mall, L-5-03, TINGKAT 5, Jalan Kepong, 52000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 
12:00 tengah hari – 10:00 malam (Isnin – Jumaat)
12:00 tengah hari – 11:00 malam (Sabtu)
10:00 pagi – 11:00 malam (Ahad)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/supremebowl/ 

7. Ole Ole Super Bowl

Ole Ole Super Bowl
Kredit gambar: Ole Ole Shopping Centre

Ole Ole Super Bowl merupakan antara pusat boling pilihan ramai ekoran ia menawarkan harga yang agak rendah. Selain itu, ia juga menggunakan kayu lorong yang tebal dan berkualiti tinggi bagi mengurangkan kemungkinan kecederaan semasa bermain. Pusat boling ini sering dipenuhi pengunjung terutamanya pada hujung minggu. Jadi, atur waktu anda dengan baik sebelum datang ke sini. Apa yang menariknya lagi, anda boleh mendapat diskaun eksklusif jika anda menunjukkan kad pelajar anda semasa pendaftaran. 

Alamat: Ole Ole Shopping Centre Tingkat 2, No. 7, Darul Ehsan, Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 12:00 pagi (Sabtu – Ahad)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/oleolesuperbowlsa18 

RUJUK MAKLUMAT DI LAMAN WEB

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close