Rapid KL Alami Gangguan, 16 Stesen LRT Terpaksa Ditutup

Kelmarin, Rapid KL mengumumkan bahawa berlaku gangguan pada sistem pemanduan automatik berhampiran dengan stesen KLCC. Hal ini menyebabkan operasi perjalanan dari Gombak ke KLCC tergendala. Gangguan teknikal antara stesen KLCC dan Kelana Jaya ini menyebabkan orang ramai terkandas di stesen masing-masing.

Menurut kenyataan Rapid Rail Sdn. Bhd., masalah yang bermula pada jam 8.39 malam tadi telah menyebabkan perkhidmatan tergendala antara stesen Kelana Jaya dengan stesen KLCC. Menurut Rapid Rail Sdn. Bhd. lagi, keputusan untuk menghentikan perkhidmatan antara stesen Ampang Park dan Stesen Kelana Jaya pada 10.15 malam, Isnin, telah diambil untuk memastikan keselamatan para penumpang. 

Rapid-KL--

Oleh sebab itu, bagi menampung perjalanan pengguna yang terjejas, pihak Rapid KL telah menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi stesen-stesen yang terlibat. Para penumpang juga diminta untuk menggunakan pengangkutan alternatif supaya tiba ke destinasi dengan selamat.

Rapid-KL--
Kredit Gambar: Rapid KL

Sementara itu, operasi tren dari stesen Putra Heights akan berpatah balik di stesen Ara Damansara manakala operasi tren dari stesen Gombak akan berpatah balik di stesen Damai. Selain itu, perkhidmatan tren akan ditamatkan pada jam 11 malam. 

Bagi memaklumkan kepada orang ramai, pihak Rapid KL telah membuat pengumuman mengenai gangguan perkhidmatan di stesen dan di dalam tren bagi memudahkan orang ramai mengatur perjalanan supaya lancar dengan menggunakan perkhidmatan alternatif.

Rapid-KL-

Berbalik kepada gangguan pada sistem pemanduan automatik, pasukan kejuruteraan dan teknikal Rapid Rail, dibantu oleh pihak Thales Group di Kanada (selaku pengilang peralatan asal (OEM)) sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca pemasalahan ini. 

Menurut Rapid KL, setakat yang diketahui, berlaku gangguan kepada komponen elektrik sistem ATC yang menyebabkan kehilangan isyarat antara pusat kawalan dan juga tren. Ini menyebabkan tren tidak dapat beroperasi secara automatik antara stesen Kelana Jaya dan stesen Ampang Park. Untuk memudahkan pengemaskinian status akan pemasalahan ini, segala maklumat berkenaan operasi tren ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui saluran media sosial dan media massa.

Rapid-KL-

Dalam kenyataan hari ini, Rapid KL mengumumkan bahawa 16 stesen terpaksa ditutup selama 7 hari, bermula hari ini. Antara stesen yang terlibat adalah stesen Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman  Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinci, Bangsar, Abdullah Hukum, KL Sentral, Stesen Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.

Rapid-KL-
Rapid-KL-
Rapid-KL-

Selain itu, stesen lain yang masih beroperasi adalah stesen Gombak, Taman Melati, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa, Jelatek, Dato Keramat, Damai dan juga Lembah Subang. Turut beroperasi stesen Ara Damansara, Subang Jaya, SS15, SS18, USJ7, Taipan, Wawasan, USJ 21, Alam Megah, Subang Alam dan Putra Heights. Perkhidmatan tren akan beroperasi seperti biasa pada jam 6.00 pagi sehingga 11.00 malam di stesen-stesen yang tidak mengalami gangguan, sehingga 15 November 2022. 

Diharapkan orang ramai dapat merancang perjalanan dengan lebih selamat dan teratur menggunakan perkhidmatan alternatif. Gangguan seperti ini benar-benar merencatkan perjalanan orang ramai kerana ramai yang menggunakan perkhidmatan LRT untuk tiba ke destinasi masing-masing. Semoga urusan anda semua dipermudahkan.

Sumber: Berita Harian

Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close