8 Reel Pancing Terbaik di Malaysia 2022

Memancing menjadi salah satu aktiviti atau hobi yang kian popular dalam kalangan masyarakat. Aktiviti ini bukan sahaja sekadar bersantai sambil menunggu umpan dimakan ikan. Ia juga bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal seseorang individu. Memancing boleh menjadi terapi dan membantu meningkatkan tahap fokus anda. 

Untuk melakukan aktiviti memancing bukan saja menunggu ikan mengena umpan tetapi kelengkapan memancing juga memainkan peranan penting. Salah satu peralatan pancing yang paling penting ialah reel atau kekili. Reel pancing ialah peralatan engkol tangan yang digunakan untuk menggulung tali pancing dan melempar umpan. Reel pancing yang baik dapat menghalang ikan terlepas daripada joran. Jadi, ini adalah 8 reel pancing terbaik yang anda boleh dapati di Malaysia. 

Bagaimana hendak memilih reel pancing yang sesuai?

Memilih reel pancing yang paling sesuai dengan anda boleh mengelirukan ekoran terdapat banyak aspek yang perlu dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek utama yang perlu difokuskan semasa memilih reel pancing iaitu harga, drag system dan nisbah.

  1. Drag System

Nilai keupayaan drag amat penting ketika memancing. Ini kerana lebih tinggi nilai drag bermakna lebih kuat reel anda dapat menahan tarikan daripada ikan. Contohnya jika nilai drag anda 4kg, ia hanya berupaya menahan tarikan ikan seberat maksimum 4 kg. Sekiranya anda menerima ikan yang beratnya melebihi nilai drag reel anda, ia boleh merosakkan pancing anda.

2. Nisbah

Kiraan nisbah gear dinilai dengan berapa banyak putaran lengkap spool yang dapat dilakukan dalam satu putaran lengkap. Semakin tinggi nisbah reel anda, semakin mudahlah untuk anda menggulung tali pancing.

  1. Harga

Sama seperti produk lain, reel pancing boleh didapati dalam pelbagai harga, daripada harga yang murah sehinggalah kepada harga yang mahal, bergantung pada kualiti, jenama dan stok reel tersebut. Oleh itu, anda perlu merancang perbelanjaan semasa membeli reel pancing supaya anda tidak membazir.

8 Reel Pancing Terbaik di Malaysia 2022

1. DEUKIO AC 5000 Fishing Reel

DEUKIO AC Fishing Reel
Kredit gambar: Shopee

DEUKIO AC 5000 Fishing Reel sesuai digunakan di kawasan kolam, sungai dan lautan cetek. Reel ini diperbuat daripada aluminium dan dapat memberi kecekapan semasa anda memancing. Reel model ini boleh didapati dalam warna hitam metalik yang boleh dipadankan dengan kebanyakan warna rod.

Spesifikasi:

  • Drag maksimum: 6kg
  • Nisbah gear: 5.2:1
  • Warna: Hitam metalik

Kelebihan:

Sesuai untuk kedalaman rendah hingga sederhana
Drag maksimum mencecah 6KG

Harga: RM27.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. SHIMANO FX Reel Series

SHIMANO FX Reel Series
Kredit gambar: AliExpress

SHIMANO FX Reel Series dilengkapi dengan reel berukuran saiz besar khas dengan bearing 3 +1. Reel ini sangat sesuai untuk memancing dalam persekitaran yang sukar. Reel pancing daripada Shimano ini merangkumi semua teknologi terbaik serta boleh mencapai maksimum pancingan hingga 8.5 kg. Nisbah gear yang setinggi 5:0:1 pasti memberikan tarikan yang lebih lancar dan berkuasa tinggi setiap kali anda memancing!  

Spesifikasi:

  • Drag maksimum: 8.5 kg
  • Nisbah gear: 5.0.1
  • Warna: Emas hitam

Kelebihan:

Sesuai untuk tempat dalam
Pencetus reel yang lebih besar

Harga: RM75.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. SK Spinning Reel

SK Spinning Reel
Kredit gambar: AliExpress

SK Spinning Reel ini  sesuai digunakan untuk memancing di laut, pantai, teluk, kolam dan sungai.  Didatangkan dengan reka bentuk yang ringan memudahkan anda untuk mengendalikannya. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan 14 ball bearing dan 1 roller bearing menjadikan operasi pengendalian reel lebih bagus berbanding reel lain. Selain itu, reel ini juga mempunyai bacaan nisbah gear yang berkelajuan tinggi sekaligus memberikan prestasi putaran yang lebih cepat. Ditambah lagi dengan pengendalian kuasa drag membolehkan ia menampung berat ikan sehingga 25 kg. 

Spesifikasi:

  • Drag maksimum: 25 kg
  • Nisbah gear: 5.0.1
  • Warna: Hologram

Kelebihan:

Sesuai untuk tempat memancing yang dalam
Drag maksimum 25 kg

Harga: RM72.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. DEUKIO AR 4000 Spinning Reel

DEUKIO AR Spinning Reel
Kredit gambar: Lazada

Reel pancing ini mempunyai ciri bahagian badan ultra tipis dan reka bentuk CNC menjadikannya mudah dikendalikan. Manakala pada roda reel mengandungi jet aloi aluminium yang kukuh serta dilengkapi pemusing untuk memanjangkan tali. Reel pancing ini mampu menampung berat sehingga 30 kg.  

Spesifikasi:

  • Drag maksimum: 30 kg
  • Nisbah gear: 5.2.1
  • Warna: Kelabu Pekat

Kelebihan:

Sesuai untuk semua kedalaman air
Seretan maksimum yang lebih berat

Harga: RM66.24

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. DEUKIO DS DK FS 2000 Reel

DEUKIO DS DK FS Reel
Kredit gambar: Shopee

Anda mencari reel pancing yang boleh digunakan pada kedua-dua belah tangan? DEUKIO DS DK FS 2000 Reel terbaik untuk anda. Reel pancing ini diperbuat daripada logam dan memiliki kemasan metalik serta reka bentuk yang menarik, padat dan ringan. Bingkai grafitnya juga mempunyai kekuatan regangan yang tinggi serta mampu menahan hakisan. Selain itu, ia juga mempunyai sistem seretan yang cukup unggul untuk memberikan kuasa seret yang lebih intensif. 

Spesifikasi:

  • Drag maksimum: 30 kg
  • Nisbah gear: 5.0.1
  • Warna: Merah. Hijau, kuning

Kelebihan:

Bahan grafit
Kemasan metalik

Harga: RM46.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. DEUKIO SW-200 Fishing Reel

DEUKIO SW Fishing Reel
Kredit gambar: Shopee

DEUKIO SW-200 Fishing Reel mempunyai sistem seretan kuat yang mampu menampung berat ikan sehingga 15 kg. Reel pancing ini mempunyai ciri yang sesuai untuk aktiviti jigging. Ini kerana ia mempunyai sistem dwi-tarikan dan nisbah gear yang tinggi. Selain itu, reel ini juga diperbuat daripada aloi menjadikannya tahan lasak dan boleh dipakai dalam jangka masa yang lama.  

Spesifikasi:

  • Drag maksimum: 15 kg
  • Nisbah Gear: 5.0.1
  • Warna: Kelabu emas

Kelebihan:

Badan diperbuat daripada aloi
Seimbang
Aluminium spool

Harga: RM63.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. TA D6000 Fishing Reel

TA D Fishing Reel
Kredit gambar: Shopee

TA D6000 Fishing Reel merupakan reel yang tepat untuk anda yang gemar memancing di kawasan pantai. Reelnya diperbuat daripada aluminium dapat memberi kecekapan semasa memancing. Selain itu, bahagian pemegang reel pancing mempunyai kemasan metalik memberikan anda cengkaman yang sempurna dan kemas. Reel pancing ini mampu menampung berat sehingga 15.5 kg, dengan clicker yang kuat.

Spesifikasi:

  • Drag maksimum: 15.5 kg
  • Nisbah gear: 5.5.1
  • Warna: Turquoise metalik

Kelebihan:

Kemasan metalik
Kemasan boleh ditukar
Pemegang EVA

Harga: RM69.21

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. DAIWA Phantom Surf 5000 Beach Caster

DAIWA Phantom Surf Beach Caster
Kredit gambar: Shopee

DAIWA Phantom Surf 5000 Beach Caster sesuai untuk anda yang baru menceburi aktiviti memancing. Reel ini didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas dan ringan memudahkan anda mengendalikannya. Reel ini sesuai digunakan untuk memancing di laut, pantai, teluk, kolam dan sungai.

Spesifikasi:

  • Drag maksimum: 9 kg
  • Nisbah gear: 4.6.1
  • Warna: Biru

Kelebihan:

Kemasan metalik
Mesra pengguna
Sesuai untuk amatur

Harga: RM249.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close