10 Restoran BBQ Korea Terbaik di Penang 2022

Pernahkah anda berasa mengidam untuk makan barbeku Korea selepas menonton terlalu banyak drama Korea di rumah? Jika ya, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Hal ini kerana itu merupakan salah satu strategi jualan mereka untuk mempromosikan budaya, termasuk makanan. Jangan risau! Anda masih boleh menikmati makanan tersebut meskipun anda berada di Malaysia mahupun jika anda berada di Pulau Pinang sekalipun!

Namun begitu, ia mungkin menjadi sedikit sukar memandangkan Pulau Pinang dikenali sebagai lubuk makanan tradisional dan banyak lagi. Jadi, kami akan kongsikan kepada anda senarai 10 Restoran BBQ Korea Terbaik di Pulau Pinang.

Apakah yang perlu anda pertimbangkan sebelum pergi ke mana-mana restoran BBQ Korea? 

Jika anda kurang serasi dengan makanan Korea mahupun Penang, anda mungkin tertanya-tanya apakah tips bagi menemui Restoran BBQ Korea di Penang. Sudah tentu terdapat tips yang boleh anda ikut bagi memudahkan ‘food hunting’ anda. Antara tiga perkara utama yang perlu anda utamakan adalah bajet, lokasi dan status Halal restoran yang bakal anda kunjungi.

  1. Bajet 

Mengapakah penting untuk menetapkan bajet sebelum pergi ke restoran barbeku Korea ini? Pertamanya, ia bertujuan mengelakkan anda daripada berbelanja berlebihan tanpa anda sedar. Hal ini pasti akan terjadi apabila anda tidak melihat terlebih dahulu menu dan harga yang ditawarkan oleh restoran tersebut.

  1. Lokasi

Seterusnya, anda perlu mengetahui lokasi restoran yang ingin anda tuju bagi menemui jalan pintas untuk ke tempat tersebut. Dengan ini, anda boleh menganggarkan masa yang akan diambil untuk perjalanan anda. Justeru, anda perlu bijak untuk menggunakan teknologi sedia ada seperti Waze dan Google Maps. Kedua-kedua aplikasi tersebut amat berguna untuk membantu anda mencari jalan yang cepat dan pantas untuk tiba ke destinasi.

  1. Status Halal  

Ini merupakan faktor yang amat penting bagi golongan orang Islam. Kenapa? Hal ini memandangkan orang Islam mempunyai larangan untuk memakan makanan dan minuman tertentu. Contohnya, daging babi dan alkohol. Jadi, orang Islam mesti meneliti status Halal tempat makan itu terlebih dahulu.

10 Restoran BBQ Korea Terbaik di Penang 2022

1. Cho Dong Jib 

Cho Dong Jib
Kredit gambar: TripAdvisor
Cho Dong Jib
Kredit gambar: Cho Dong Jib Korean Restaurant – George Town

Restoran Cho Dong Jib secara keseluruhannya menonjolkan gaya masakan Korea. Set BBQ turut disertakan dalam menu bagi menambahkan variasi menu di restoran ini. Ayuh kita nikmati makan malam atau makan tengah hari yang memuaskan hati di sini. Tambahan pula, antara sajian yang sering menjadi bualan dalam kalangan para pelanggannya adalah Kimchi Stew, Bibimbap, dan Seafood Ramen. Itu adalah antara pilihan makanan bagi orang yang tidak boleh makan banyak. 

Waktu Operasi: 11:30 tengahari – 9:30 malam (Setiap hari)

Alamat: 163D-1-05, Gurney Paragon Mall, Gurney Dr, 10250 George Town, Penang

Google Map: Ikuti sekarang 

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/pages/category/Restaurant/CHO-DONG-JIB-korean-restaurant-230774284284432/

LAMAN WEB

2. Daorae Korean BBQ Tanjung Tokong

Daorae Korean BBQ Tanjung Tokong
Kredit gambar: Gibson吉神 English
Daorae Korean BBQ Tanjung Tokong
Kredit gambar: OpenRice Malaysia

Puaskan selera Korea anda di Daorae Korean BBQ yang terletak di Tanjung Tokong. Anda pasti akan pulang dengan hati yang senang dan perut yang kenyang tanpa sesal! Nikmati pengalaman seolah-olah anda berada di Negara Ginseng tersebut dengan rasa  daging babi BBQ yang luar biasa! Restoran ini pasti menjadi tempat makan yang menarik dan ideal untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang anda. Setiap ruangan makan dapat memuatkan sejumlah 5 – 6 orang. Jangan tunggu lama-lama, nanti peluang anda untuk menikmati rasa BBQ Korea sebenar dirampas orang. Putih mata nanti sekiranya terlepas peluang! Hehe~ 

Waktu Operasi: 11:30 tengahari – 3:00 petang, 5:30 petang – 11:00 malam (Setiap hari) 

Alamat: 104, Jln Tanjung Tokong, Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, Penang

Google Map: Ikuti sekarang 

Google Review: Di sini

Facebook: https://m.facebook.com/profile.php?id=463762893777780&__tn__=C-R

3. Miga Korean BBQ

Miga Korean BBQ
Kredit gambar: Crisp of Life
Miga Korean BBQ
Kredit gambar: Jay Chha Penang Food Blog

Jika anda sudah pernah merasai set BBQ yang ada di restoran Miga Korean BBQ, pasti anda tidak akan berpaling ke kedai lain. Hal ini kerana ia amat sukar untuk menemui restoran BBQ yang bukan sahaja memiliki set BBQ yang mewah tetapi turut menyediakan koktel yang comel kepada para pelanggan. Restoran ini juga mempunyai persekitaran yang santai dan selesa. Jadi, ia amat sesuai untuk anda berkunjung bersama seisi keluarga tercinta. Malah, anda juga berkesempatan untuk menikmati daging Korea premium BBQ untuk dipanggang sendiri di samping hidangan gourmet! Restoran ini pasti akan membuatkan anda puas hati dan pulang dengan mood yang baik!

Waktu Operasi:

11:30 tengahari – 3:00 petang, 5:30 petang – 10:30 malam (Isnin – Jumaat)

11:30 tengah hari – 10:30 malam (Sabtu – Ahad)

Alamat: 8-G, Persiaran Bayan Indah, Kampung Sungai Nibong, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti sekarang 

Google Review: Di sini

Facebook: https://m.facebook.com/pages/Miga-Korea/17324962657251

4. KIMS Korean Restaurant All Season

KIMS Korean Restaurant All Season
Kredit gambar: g5g5.net
KIMS Korean Restaurant All Season
Kredit gambar: Penang Foodie

Sekiranya anda inginkan juadah BBQ Korea yang lengkap di samping merekod kenangan dan gambar yang menarik untuk siarkan di media sosial anda, maka Restoran  KIMS Korean memberikan anda semua yang anda mahukan. Anda pasti akan teruja dengan rekaan moden kontemporari yang ditampilkan oleh restoran ini. Apa yang lebih hebat adalah semua hidangan di sini disajikan dengan saiz hidangan yang sama. Tidak ketinggalan juga, makanan laut dan daging BBQ adalah sesuatu yang pasti tidak mengecewakan selera anda!

Waktu Operasi:

11:30 tengah hari – 3:00 petang, 5:30 petang – 10:00 malam (Isnin – Jumaat) 

5:30 petang – 10:00 malam (Sabtu – Ahad)

Alamat: 6G-1-11 All Seasons Place, Thean Tek Hwy, Air Itam, Penang

Google Map: Ikuti sekarang 

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/kimsallseasons

5. Seoul Garden George Town

Seoul Garden
Kredit gambar: Seoul Garden
Seoul Garden
Kredit gambar: Zaubee

Outlet Seoul Garden seperti yang sedia maklum amat dikenali dengan pengiktiran sijil Halal dalam bidang makanan Korea. Hal ini termasuklah set sajian BBQ yang terdapat di Malaysia. Seoul Garden telah memonopoli sebilangan besar negeri di Malasia. Jadi, anda boleh singgah di mana-mana cawangan Seoul Garden walau di mana jua anda berada. Ohh yaa, perkara lain yang perlu anda tahu tentang Seoul Garden ini adalah mereka menghidangkan makanan secara bufet. Justeru, ia membolehkan anda untuk menikmati apa-apa jua makanan dengan kuantiti yang anda mahu.

Waktu Operasi: 11:30 tengah hari – 10:30 malam (Setiap hari)

Alamat: 182, Jalan Magazine, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

6. Mr. Dakgalbi

Mr. Dakgalbi
Kredit gambar: WorldOrgs.com
Mr. Dakgalbi
Kredit gambar: Crisp of Life

Anda boleh makan sebanyak mana yang anda inginkan di Mr. Dakgalbi yang terletak di George Town, Penang! Anda disarankan untuk mencuba Mr. Dak Fried Rice dan set BBQ untuk lebih kenyang dengan sajian makanan Korea di sini. Anda berpeluang untuk merasai sendiri servis layanan yang baik di samping tawaran harga yang amat berpatutan. Jika anda singgah di sini, jangan ketinggalan untuk memesan ‘Stir-fried Chicken and Octopus’ kesukaan ramai!

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Gurney Plaza, 170, Persiaran Gurney, George Town, 10250 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.google.com/url?

7. Han Sung Po Cha Korean BBQ

Han Sung Po Cha Korean BBQ
Kredit gambar: Facebook Han Sung Po Cha Korean BBQ
Han Sung Po Cha Korean BBQ
Kredit gambar: Facebook Han Sung Po Cha Korean BBQ

Layan diri anda dengan selesa sebagaimana anda berada di rumah sekiranya anda singgah makan di restoran Han Sung Po Cha Korean BBQ! Salah satu hidangan yang wajib anda cuba di sini adalah hidangan utama mereka, iaitu BBQ termasuklah daging babi, daging pipi, kambing perap, ayam perap, dan daging babi perap. Apabila anda sudah mencubanya, anda pasti akan sentiasa terkenang-kenang rasa keenakannya yang ‘win’. Kesegaran daging dan kelembutan tekstur di samping hidangan sampingan yang memuaskan hati dan selera anda. Harga yang ditawarkan amat tidak masuk akal dengan kualiti makanan yang mereka tawarkan. Kualiti makanan, layanan dan persekitaran yang disediakan amat ‘tip-top’!

Waktu Operasi: 1:00 petang – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Butterworth Business City Center Raja Uda, 20, Jalan Raja Uda, Raja Uda, Butterworth, Penang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Here

Facebook: https://m.facebook.com/hansungpocha/

8. Ko.B.Q Korean Restaurant

Ko.B.Q Korean Restaurant
Kredit gambar: OpenRice Malaysia
Ko.B.Q Korean Restaurant
Kredit gambar: TripAdvisor

Ayuh menikmati juadah BBQ yang mengujakan selera anda di Ko. B.Q Korean Restaurant bersama insan yang tersayang. Anda boleh cipta memori yang indah dengan orang yang anda kasihi di sini! Selain itu, anda berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis sajian Korea di sini, terutamanya BBQ gaya Korea. Anda dapat merasai sajian Korea yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita seperti Fried Glass Noodles, Tteokbokki, Kimchi Stew, Seafood Pancakes, dan banyak lagi. Tambahan pula, restoran ini merupakan salah satu tempat makan terbaik untuk anda menikmati makanan selera Korea anda di Penang!

Waktu Operasi: 11:30 tengah hari – 3:30 petang, 5:30 petang – 10:30 petang (Isnin – Jumaat)

Alamat: 1-1-13A, Elit Avenue, Jalan Mayang Pasir 2, Elite Height, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti sekarang 

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/media/set/?

9. K-Pot BBQ Kang Tong

K Pot BBQ Kang Tong
Kredit gambar: Taste… est Penang Food Blog
K Pot BBQ Kang Tong
Kredit gambar: Thrillist

Jika anda mencari makanan dan BBQ Korea yang premium, K-Pot BBQ Kang Tong mungkin tempat yang paling sesuai jika anda berada berhampiran pusat beli-belah hot spot di Tanjung Tokong. Anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan berat Korea seperti Kimchi bersaiz mangkuk, Telur Kukus Claypot, Tamagi Roll, Fresh Coral Vege dan banyak lagi. Jangan lupa untuk menikmati bufet BBQ dan aiskrim sebagai pencuci mulut!

Waktu Operasi:

12:00 tengah hari – 2:30 petang, 5:30 petang – 10:00 petang (Isnin – Sabtu)

12:00 tengah hari – 2:30 petang. 5:30 petang – 9:00 malam (Ahad) 

Alamat: B-G-1 Vantage, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti sekarang 

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/kpotbook/

10. Sae Ma Eul

Sae Ma Eul
Kredit gambar: Facebook Sae Ma Eul
Sae Ma Eul
Kredit gambar: Facebook Sae Ma Eul

Sae Ma Eul (Elite Avenue) adalah restoran BBQ Korea dengan konsep unik dan minimalis untuk pengunjung kasual. Mereka mempunyai beberapa lagi cawangan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Sekiranya anda mahukan BBQ Korea gaya klasik dalam suasana bufet, anda boleh pergi ke restoran ini kerana ia akan menyediakan perkhidmatan dan makanan yang berkualiti hebat kepada anda. Anda boleh memilih sama ada duduk di kawasan tempat duduk luar atau di dalam restoran.

Waktu Operasi: 11:30 tengah hari – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 01-01-48 & 01-01-49, Elit Avenue, Jln Mayang Pasir 3, Bayan Lepas, Penang

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://m.facebook.com/smebbpg

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close