8 Restoran BBQ Terbaik di Ipoh 2022

Apakah sajian yang sering menjadi pilihan anda apabila sedang berkumpul bersama rakan-rakan atau keluarga anda? Kebanyakan orang pasti akan memilih barbeku sebagai hidangan kegemaran ketika adanya aktiviti berkumpul atau makan secara besar-besaran. Hal ini kerana anda boleh memilih makanan yang anda inginkan mengikut selera anda. Tambahan pula, anda boleh bersantai sambil masak bersama-sama teman atau ahli keluarga anda. Malah, sekiranya anda memilih untuk berkunjung ke restoran BBQ, ia akan memudahkan urusan anda kerana anda tidak perlu meluangkan masa yang banyak untuk membuat persediaan dan sebagainya. 

Di samping itu, anda tidak perlu berkemas sekiranya acara anda sudah tamat. Pendek kata, restoran BBQ adalah pilihan yang ideal bagi anda yang bekerja sehari suntuk. Hal ini kerana anda boleh terus pulang ke rumah untuk berehat tanpa perlu membebankan fikiran anda dengan aspek lain sesudah makan. 

Apakah yang perlu dilakukan untuk menghapuskan bau BBQ? 

Meskipun terdapat banyak manfaat sekiranya anda memilih untuk BBQ, tetapi, ia juga memberikan kesan sampingan kepada anda. Dalam hal ini, jika anda makan BBQ, ia akan meninggalkan kesan bau pada rambut dan pakaian anda. Lebih-lebih lagi jika anda makan di ruang makan ‘indoor’. Jadi, sekiranya anda mempunyai perancangan untuk ke tempat lain sebaik sahaja anda selesai BBQ, ia agak kurang menyenangkan. 

Cara mudah untuk menghapuskan jejak bau BBQ adalah dengan menyembur pewangi fabrik pada pakaian anda. Namun, kaedah lain yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan bau adalah dengan melalui semburan air limau pada pakaian anda lalu keringkan. Pilihan lain adalah dengan mengewapkan pakaian anda menggunakan ‘steamer’. Cara-cara yang dinyatakan dapat membantu anda untuk mengurangkan jejak bau BBQ yang ditinggalkan pada pakaian anda. Belum cuba belum tahu. Hehe~

8 Restoran BBQ Terbaik di Ipoh 2022

1. Party BBQ

Party BBQ
Kredit gambar: Party BBQ
Party BBQ
Kredit gambar: Party BBQ

Party BBQ adalah restoran BBQ pertama yang dilengkapi dengan pemanggang BBQ automatik. Mereka menyediakan 2 pilihan, iaitu hidangan ‘ala carte’ atau bufet. Jika anda seorang yang ‘big eater’, anda disarankan untuk memilih hidangan bufet kerana ia akan memuaskan selera makan anda. Hal ini kerana anda boleh makan apa-apa jua menu yang anda mahukan. Namun, sekiranya anda seorang yang ‘light eater’, adalah lebih baik jika anda memilih ‘ala carte’. Jadi, anda akan dihidangkan dengan saiz hidangan yang sesuai untuk anda.

Waktu Operasi: 1:00 petang – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 28, Jln Medan Ipoh 1D, Medan Ipoh Bestari, 31400 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

2. MP BBQ Steamboat

MP BBQ Steamboat
Kredit gambar: MP BBQ Steamboat
MP BBQ Steamboat
Kredit gambar: TravelsWithSun

MP BBQ Steamboat dikenali dengan barbeku dan steamboat yang padu dalam kalangan warga Ipoh. Mereka memiliki berbagai-bagai pilihan untuk hidangan barbeku ala-ala bufet. Antaranya, daging, sayur-sayuran, makanan laut dan macam-macam lagi. Bagi orang dewasa, anda boleh menikmati semua keenakan sajian tersebut dengan harga RM 36.99 sahaja. Tetapi, apa yang bakal membuat anda semakin terpikat dengan restoran ini adalah anda berpeluang untuk mendapat tawaran harga serendah RM 29.99 sekiranya anda membawa bersama warga emas. Menarik bukan? Datang bersama seisi keluarga anda untuk rebut peluang ini sekarang!

Waktu Operasi: 4:00 petang – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 104A, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30450 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

3. Rosutto BBQ

Rosutto BBQ
Kredit gambar: Rosutto BBQ
Rosutto BBQ
Kredit gambar: Rosutto BBQ

Rosutto BBQ yakin dengan sajian BBQ yang mereka miliki di sini. Mereka percaya bahawa mereka menyediakan salah satu hidangan gaya bufet yang mewah di Ipoh. Hal ini kerana mereka mempunyai daging lembu dan kambing dari Australia pada harga serendah RM 52.90. Di samping itu, terdapat lebih daripada 100 bahan sampingan yang anda boleh pilih. Tambahan pula, mereka memberikan anda pengalaman untuk memanggang menggunakan pemanggang BBQ jenis arang batu. Jadi, sudah pasti anda akan jatuh cinta walau anda belum melangkah masuk ke ruangan restoran ini.

Waktu Operasi: 4:30 petang – 11:00 malam (Isnin – Khamis), 4:30 petang – 12:00 malam (Jumaat – Ahad)

Alamat: 43, Persiaran Greenhill, Kampung Jawa, 30450 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

4. Mr. J Kitchen

Mr. J Kitchen
Kredit gambar: Mr. J Kitchen
Mr. J Kitchen
Kredit gambar: Mr. J Kitchen

Mr. J Kitchen adalah salah sebuah restoran yang menawarkan harga yang amat memuaskan hati anda. Restoran ini terletak di Ipoh dan merupakan Thai Mookata yang termurah di kawasan tersebut! Anda boleh menikmati hidangan Mookata secara bufet pada harga serendah RM 33.90! Perkara terbaik yang menjadikan restoran ini kesayangan para penggemar setianya adalah jika anda datang bersama warga emas yang berumur 70 tahun dan ke atas, mereka boleh menikmati keenakan sajian ini dengan percuma! Selain itu, anda juga berpeluang untuk merasai pilihan daging perap yang ada di sini. Contohnya, bawang putih, lada hitam, kari, kari hijau dan banyak lagi! Anda pasti akan menemui sos yang sesuai dengan cita rasa anda di sini!

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 103, Lengkok Desa Rishah 1, Desa Rishah, 30100 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

5. Good Times Restaurant

Good Times Restaurant
Kredit gambar: Good Times Restaurant
Good Times Restaurant
Kredit gambar: Good Times Restaurant

Good Times Restaurant telah lama bertapak di Ipoh. Mereka kini perlahan-lahan menyepadukan barbeku gaya Korea ke dalam menu mereka daripada barbeku biasa dan steamboat. Oleh itu, mereka menyediakan keju dan lauk untuk pelanggan mereka. Selain itu, mereka juga mempunyai beberapa hidangan siap, seperti kimchi rebus, kimchi pancake, ayam goreng, dan lain-lain.

Waktu Operasi: 2:30 petang– 11:30 malam (Setiap hari)

Alamat: 51, Lengkok Desa Rishah 1, Desa Rishah Indah, 30100 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

6. Sae Ma Eul Korean BBQ

Sae Ma Eul Korean BBQ
Kredit gambar: Ipoh Food
Sae Ma Eul Korean BBQ
Kredit gambar: Ipoh Food

Sae Ma Eul menawarkan hidangan BBQ Korea yang boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Hal ini kerana kadar harga yang ditawarkan amat berpatutan dan berbaloi. Sekiranya anda berada di Ipoh atau kawasan sekitarnya, anda boleh meluangkan masa untuk singgah ke Sae Ma Eul. Lazimnya, anda pasti terbiasa dengan kadar harga yang amat mahal apabila bercakap soal hidangan BBQ Korea kerana ia menyediakan hidangan sampingan yang banyak. Namun, restoran Sae Ma Eul tampil dengan tawaran harga yang jauh lebih rendah serta  mereka masih mengekalkan sajian sampingan Korea yang tradisional. Anda berpeluang untuk menikmati makanan BBQ ala-ala bufet ini pada harga serendah RM 30++ sahaja! Sekiranya anda ingin membuat pesanan secara ‘ala carte’, anda akan ditawarkan dengan pilihan makanan yang pasti akan membuatkan anda rambang mata untuk memilih. Contohnya, cold noodles, kimchi stew, ricecake, dan banyak lagi.

Waktu Operasi: 4:00 petang – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 189-D & 189-E, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

7. Gourmet Legend Steamboat Buffet Restaurant

Gourmet Legend Steamboat Buffet Restaurant
Kredit gambar: Gourmet Legend Steamboat Buffet Restaurant
Gourmet Legend Steamboat Buffet Restaurant
Kredit gambar: Gourmet Legend Steamboat Buffet Restaurant

Gourmet Legend Steamboat Buffet Restaurant mungkin menjadi salah satu restoran buffet di Ipoh yang memiliki variasi pilihan makanan yang begitu banyak pada menu mereka. Mereka menyediakan sajian seperti steamboat, barbeku, makanan Barat dan Jepun. Tambahan pula, mereka turut mempunyai makanan rebus, di mana hal ini menjadikannya sebagai sebuah restoran bufet yang unik. Di samping itu, mereka memiliki ruang yang amat luas yang merupakan ruang makan ‘outdoor’. Jadi, anda tidak perlu risau kerana ia membantu untuk mengurangkan jejak bau BBQ pada pakaian anda.

Waktu Operasi: 5:30 pagi – 11:00 malam (Khamis – Selasa), Tutup (Rabu) 

Alamat: 10, Jalan Medan Ipoh 1f, Taman Ipoh Timur, 31400 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

8. Zul Yahya Steamboat & BBQ

Zul Yahya Steamboat BBQ
Kredit gambar: Zul Yahya Steamboat & BBQ
Zul Yahya Steamboat BBQ
Kredit gambar: Zul Yahya Steamboat & BBQ

Zul Yahya Steamboat & BBQ merupakan restoran BBQ ala-ala gaya Melayu yang terletak di Meru Raya. Bintang utama di restoran ini adalah ikan bakar. Pada baru-baru ini, mereka mengadakan promosi untuk Ikan Bakar Pomfret. Promosi tersebut menawarkan harga serendah RM 5 untuk setiap set ikan bakar pomfret tersebut. Tambahan pula, restoran ini amat menitikberatkan tentang aspek kebersihan sekali gus membolehkan menikmati hidangan BBQ ala-ala Melayu ini bersama anak-anak dan keluarga anda! 

Waktu Operasi: 4:00 petang – 12:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 1, 1A & 1B, Jln Meru Bestari A8, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close