8 Restoran Nasi Kandar Terbaik Di Malaysia 2022

Pernahkah anda mendengar mengenai Nasi Kandar yang hanya boleh dijumpai di Malaysia? Asal usul makanan ini adalah daripada perkataan “Kandar” yang berkait dengan nasi yang dibawa oleh pedagang dari India di atas bahu mereka. Perkataan ini juga bermaksud sebagai “mengandar” dalam bahasa Melayu. Pulau Pinang yang terletak di utara Selat Melaka telah menjadi pelabuhan antarabangsa yang diiktiraf sejak abad ke-19. Pendatang asing dari India yang beragama Islam (Mamak) sering berada di sekitar pelabuhan dan jalanan sambil menjual makanan mereka kepada buruh di sekitar kawasan tersebut. Tambahan pula, peniaga yang sinonim di panggil Mamak ini juga telah berniaga dari rumah ke rumah sejak 1930 an dengan “mengandar” kayu sepanjang 7 kaki.

Satu fakta menarik berkaitan nasi kandar ini ialah nasi kandar merupakan hidangan yang dimakan sewaktu sarapan. Walaupun, ia kelihatan agak berat untuk dijadikan sebagai sarapan tetapi ia sudah menjadi kebiasaan bagi “orang lama” untuk menjual dan menghidangkan Nasi Kandar pada waktu pagi. Berikut adalah 8 restoran Nasi Kandar terbaik di Malaysia.

Apakah Yang Perlu Anda Perhatikan Sebelum Ke Restoran Nasi Kandar?

Nasi Kandar merupakan antara makanan tradisi yang menjadi pilihan ramai. Namun untuk mencari restoran yang baik anda perlulah mengambil kira beberapa langkah seperti lokasi, bajet, dan tarikan Nasi Kandar tersebut.

1) Lokasi

Walaupun Nasi Kandar diketahui oleh hampir seluruh rakyat Malaysia, tetapi ia masih sukar untuk dijumpai di setiap negeri di Malaysia. Dengan mencari lokasi restoran terlebih dahulu, ia dapat membantu anda untuk merancang perjalanan supaya dapat tiba ke destinasi yang tepat.

2) Bajet

Setiap restoran mempunyai kadar harga yang berbeza berdasarkan masakan yang ditawarkan. Jadi, anda harus meletakkan bajet anda sebelum membuat pilihan bagi mengelakkan sebarang kesukaran berlaku.

3) Tarikan

Setiap restoran Nasi Kandar menawarkan pelbagai variasi Nasi Kandar dengan keunikkan yang tersendiri. Oleh itu, anda disarankan untuk memilih restoran yang menghidangkan Nasi Kandar yang menepati cita rasa anda. 

8 Restoran Nasi Kandar Terbaik Di Malaysia 2022

1. Deens Maju Nasi Kandar in Georgetown, Penang

Deens Maju Nasi Kandar in Georgetown Penang
Kredit Gambar: Deenamik
Deens Maju Nasi Kandar in Georgetown Penang
Kredit Gambar: Crisp of Life

Deen’s Maju Nasi Kandar merupakan restoran Nasi Kandar terbaik di Pulau Pinang. Restoran ini telah menerima banyak maklum balas yang positif dan rating yang tinggi daripada pelanggan berkaitan kualiti makanan dan bahan yang digunakan untuk memasak kari. Deen’s Maju Nasi Kandar terkenal dengan hidangan seperti Telur Sotong, Ayam Goreng, dan banyak lagi. Restoran ini sering dipenuhi pelanggan. Jadi, atur waktu anda dengan baik sebelum datang ke sini.

Waktu Operasi: 
Isnin – Khamis (12.00 tengah hari – 10.00 malam)
Jumaat (Tutup)
Ahad – Sabtu (12.00 tengah hari – 10.00 malam)

Alamat: 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/deenmaju/

2. Shariff Nasi Kandar in Georgetown, Penang

Shariff Nasi Kandar in Georgetown Penang
Kredit Gambar: The Rakyat Post
Shariff Nasi Kandar in Georgetown Penang
Kredit Gambar: Blogspot

Gerai Nasi Kandar ini merupakan gerai Nasi Kandar yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan. Gerai ini terletak di kawasan medan selera dengan reka bentuk yang selesa serta berdekatan dengan pasar. Gerai ini telah mendapat pelbagai ulasan positif daripada pelanggan terdahulu mengenai kelazatan hidangannya. Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan harga yang berpatutan.

Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat, Ahad (5.30 petang – 9.30 malam)
Sabtu (Tutup)

Alamat: Gerai 23, Kompleks Pasar Dan Makanan, Jalan Permai, Taman Brown, 11700 Gelugor, Penang

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di sini

Facebook: https://m.facebook.com/profile.php?id=956652074375098&__tn__=C-R

3. Nasi Kandar Merlin in Georgetown, Penang

Nasi Kandar Merlin in Georgetown Penang
Kredit Gambar: Blogspot
Nasi Kandar Merlin in Georgetown Penang
Kredit Gambar: Trip Advisor

Restoran ini terletak di persimpangan Jalan Union, Pulau Pinang. Restoran ini terkenal dengan hidangan Nasi Kandarnya yang dikatakan sebagai Nasi Kandar terbaik di Pulau Pinang. Restoran ini mula beroperasi dari 8 pagi hingga 3 petang. Anda boleh menikmati pelbagai hidangan pada harga purata serendah RM 17.00. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai ruang tempat letak kereta yang besar bagi memudahkan anda untuk berkunjung ke sana. 

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (8.00 pagi – 3.00 petang)

Alamat: 1A, Union St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/merlinpenang/

4. Kassim Nasi Kandar in Georgetown, Penang

Kassim Nasi Kandar in Georgetown Penang
Kredit Gambar: Blogspot
Kassim Nasi Kandar in Georgetown Penang
Kredit Gambar: My Penang

Restoran ini mempunyai gaya hiasan yang ringkas dan klasik dengan jumlah tempat duduk yang mencukupi. Hal ini menjadikannya pilihan yang tepat untuk anda yang menggemari ruang yang selesa dan tidak sesak. Restoran ini menawarkan pelbagai menu yang terdiri daripada masakan tempatan. Antara hidangan yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung ke restoran ini ialah Nasi Kandar. Restoran ini terletak diantara 1st avenue dan Saint Gilles /Cititel Hotel dan berhadapan dengan Hotel Jens.

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi – 6.00 petang)

Alamat: 221, Jalan Magazine, 10300 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di sini

Website

5. Nasi Kandar Kampung Melayu in Air Itam, Penang

Nasi Kandar Kampung Melayu in Air Itam Penang
Kredit Gambar: Crisp of Life
Nasi Kandar Kampung Melayu in Air Itam Penang
Kredit Gambar: Twitter

Restoran Nasi Kandar Kampung Melayu ini menawarkan rasa Nasi Kandar yang sesuai dengan cita rasa orang Melayu. Restoran ini terkenal dengan kepedasan kuah karinya dan kerangupan ayamnya yang pasti akan memikat hati anda. Bukan itu sahaja, mereka juga menghidangkan set makanan sarapan pagi dan makan tengah hari yang berteraskan hidangan tempatan pada harga yang berpatutan.

Waktu Operasi: Setiap hari (6.30 pagi – 1.30 petang), (4.30 petang – 10.00 malam)

Alamat: A-29, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di sini

Facebook: https://ms-my.facebook.com/Nasikandarkgmelayu/

6. Restoran Tajuddin Hussain in Georgetown, Penang

Restoran Tajuddin Hussain in Georgetown Penang
Kredit Gambar: Butter Kicap
Restoran Tajuddin Hussain in Georgetown Penang
Kredit Gambar: Blogspot

Restoran ini ialah sebuah restoran Indian-Muslim dan merupakan salah satu port makanan Nasi Kandar pilihan ramai. Restoran ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Sultania. Restoran ini kerap dikunjungi oleh warga tempatan terutamanya pada bulan Ramadan ekoran hidangannya yang pelbagai. Bukan itu sahaja, Restoran Tajuddin Hussain ini juga terkenal dengan hidangan Nasi Briyaninya.

Waktu Operasi:
Isnin – Sabtu (11.00 pagi – 3.30 petang)
(6.30 petang – 10.00 malam)
Ahad (Tutup)

Alamat: 45-63, Queen St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di sini

Facebook: https://m.facebook.com/profile.php?id=150813021631793

7. Nasi Kandar Simpang Ampat in Simpang Empat, Penang

Nasi Kandar Simpang Ampat in Simpang Empat Penang
Kredit Gambar: Foursquare
Nasi Kandar Simpang Ampat in Simpang Empat Penang
Kredit Gambar: Gostan Sikit

Nasi Kandar Simpang Ampat merupakan salah satu restoran Nasi Kandar yang terkenal di Pulau Pinang. Selain daripada Nasi Kandar, antara hidangan lain yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung ke restoran ini ialah Ayam Kapitan, Kurma Kambing dan Rendang Daging. Restoran ini menawarkan pelbagai pilihan menu pada harga yang berpatutan. 

Waktu Operasi:
Isnin – Sabtu (11.00 pagi – 6.00 petang)
Sabtu (Tutup)

Alamat: No 8, Jalan Bukit Tambun, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/nasikandarsimpangampat/

8. TG’s Bistro in Kuala Lumpur

TGs Bistro in Kuala Lumpur
Kredit Gambar: Facebook
TGs Bistro in Kuala Lumpur
Kredit Gambar: Trip.com

Ingin menikmati Nasi Kandar asli namun berada di KL? Jangan bimbang, TG’s Bistro menyajikan Nasi Kandar asli yang terbaik. Restoran ini terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ia telah menerima pelbagai ulasan positif mengenai suasananya yang selesa serta makanan dan minumannya yang lazat. Restoran ini juga terkenal dengan hidangan seperti Roti Nan Cheese dan Ayam Tandoori.

Waktu Operasi:
Isnin – Khamis & Ahad (7.30 pagi – 12.00 pagi)
Jumaat – Sabtu (8.30 pagi – 12.00 pagi)

Alamat: 8, Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/tgsnasikandar/

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close