9 Risotta Terbaik di Ipoh 2024

Risotto mungkin kelihatan sebagai salah satu hidangan rumit yang memerlukan banyak masa untuk disediakan. Namun, anda silap kerana risotto mudah saja untuk dibuat di rumah. Hidangan ini boleh siap dalam masa kurang dari satu jam jika anda mengikut langkah yang betul. 

Jadi, bilakah masa yang terbaik untuk makan risotto? Risotto paling sedap dinikmati apabila ia baru keluar dari dapur kerana kanjinya akan mula mengeras semakin lama anda menunggu. Ini akan menjejaskan rasa sosnya. Jadi, jangan lupa untuk menikmati risotto anda yang baru dimasak sebaik sahaja ia dibuat untuk rasa yang lebih melazatkan. Tiada masa untuk masak risotto sendiri? Berikut ialah 9 risotto terbaik di Ipoh yang patut anda cuba.

Adakah Risotto Lebih Sihat Daripada Nasi?

Risotto mungkin serupa dengan nasi tetapi agak berkanji daripada nasi putih panjang yang biasa. Walaupun begitu, risotto tidak mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi dan lebih sihat berbanding nasi biasa.

Apakah Yang Istimewa Tentang Risotto

Apakah yang membuatkan risotto begitu istimewa? Salah satu daripada sebabnya adalah ia mudah untuk dibuat. Penyediaannya agak mudah dan serba boleh dari segi cara. Bukan itu sahaja, risotto boleh dibuat berdasarkan keinginan seseorang. 

9 Risotta Terbaik di Ipoh 2024

Advertise With My Weekend Plan

1. Morel Restaurant

Morel-Restaurant
Kredit Gambar: Morel Restaurant
Morel-Restaurant-
Kredit Gambar: Morel Restaurant

Morel Restaurant ialah restoran fusion dengan rupa luaran seperti rumah agam yang luar biasa dan sukar untuk terlepas pandang. Apabila masuk, anda akan disambut oleh gaya hiasan dalaman kontemporari yang membawa keluar persekitaran yang menenangkan. Antara menu lain yang boleh anda temui di restoran ini ialah Seafood Risotto yang wajib anda cuba. 

Ia dimasak dengan udang, kupang biru, kerang, dan banyak lagi dalam sos tomato wain putih untuk hidangan berkrim yang lazat dan menyelerakan.

Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 3:00 petang, 6:00 petang – 10:00 malam (Selasa – Jumaat)
11:00 pagi – 3:00 petang, 6:00 petang – 10:00 malam (Sabtu – Ahad)
Isnin (Tutup)

Alamat: B, Lot, 77, Section, 3121S, Jalan Chung Thye Phin, 30250 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/morelrestaurant 

Instagram: https://www.instagram.com/morelrestaurant/ 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Citrus Wine & Dine

Citrus-Wine-Dine
Kredit Gambar: konshoe (TripAdvisor)
Citrus-Wine-Dine--
Kredit Gambar: konshoe (TripAdvisor)

Nikamti Wangyu Risotto di Citrus Wine & Dine untuk memenuhi keinginan anda untuk wagyu dan risotto. Gabungan yang luar biasa ini mencipta rasa dan tekstur lazat yang membuatkan anda mahukannya lagi. Restoran ini mempunyai ruang makan yang luas dalam suasana santai. Ini membolehkan anda menikmati makanan yang lazat sambil bersantai dengan keluarga dan rakan-rakan anda. 

Waktu Operasi:
11:30 pagi – 2:30 petang, 6:30 petang – 10:30 malam (Khamis – Selasa)
Rabu (Tutup)

Alamat: 38, Laluan Ipoh Perdana, Taman Ipoh Perdana, 31400 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Citrus.Wine.and.Dine/ 

3. Having’s

Havings
Kredit Gambar: Yang O. (Foursquare)
Havings-
Kredit Gambar: Having’s

Having’s ialah restoran Perancis tidak halal di Ipoh, Perak, yang menyajikan tiga hidangan menu a la carte. Semua pelanggan dinasihatkan membuat tempahan untuk menjamu selera di sini kerana tempatnya yang terhad dan juga untuk mengelakkan kekecewaan. Jangan lupa untuk mencuba Risotto Lemongrass Pumpkins untuk hidangan yang mengenyangkan sebelum menikmati Green Apple Creme Brulee yang popular untuk menamatkan kunjungan anda.

Waktu Operasi:
6:30 petang – 9:30 malam (Selasa – Khamis)
12:00 tengah hari – 2:00 petang, 6:30 petang – 9:30 malam (Jumaat – Ahad)
Isnin (Tutup)

Alamat: 8, Pusat Perdagangan Canning 3, Pusat Perdagangan, Lorong Canning, 31400 Ipoh

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/havingsipoh/ 

Instagram: https://www.instagram.com/havings_ipoh/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

4. Opëam

Opeam
Kredit Gambar: eunicenchanted
Opeam-
Kredit Gambar: Opëam

Tertanya-tanya di mana untuk mencari restrobar di Ipoh? Opëam ialah tempat terbaik yang boleh anda kunjungi untuk pengalaman menjamu selera yang hebat bersama orang tersayang. Mereka menawarkan pelbagai pilihan makanan, koktel premium dan wain untuk merehatkan minda dan jiwa anda selepas seharian bekerja. Luaskan selera anda dengan mencuba Risotto mereka yang dihidangkan bersama udang untuk rasa yang mengagumkan selepas setiap suapan. 

Waktu Operasi:
5:00 petang – 12:00 malam (Khamis – Isnin)
5:00 petang – 11:00 malam (Selasa)
Rabu (Tutup)

Alamat: 28, Lebuh Hock Lee, Taman Ipoh Selatan, 31400 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/opeam 

Instagram: https://www.instagram.com/opeam.opeam/ 

5. TWT Cafe Tea Warmer Treat

TWT-Cafe-Tea-Warmer-Treat
Kredit Gambar: Tany Harris (Foursquare)
TWT-Cafe-Tea-Warmer-Treat-
Kredit Gambar: TWT Cafe Tea Warmer Treat

Mencuba makanan yang menyelerakan dalam suasana yang selesa di TWT Cafe Tea Warmer Treat ialah salah satu cara yang ideal untuk anda menghilangkan stress pada diri anda. Kafe ini bermula dengan menyajikan hanya teh dan hidangan istimewa tetapi kini turut menawarkan pilihan kopi yang berperisa. Terdapat dua jenis menu risotto untuk dipilih, seperti Scallop Mussels Risotto dan Baby Octopus & Prawn Risotto untuk memenuhi cita rasa orang ramai.

Waktu Operasi:
11:00 pagi – 9:00 malam (Isnin, Rabu – Jumaat, Ahad)
11:00 pagi – 9:30 malam (Sabtu)
Selasa (Tutup)

Alamat: 30, Jalan Medan Ipoh 1D, Medan Ipoh Bistari, Bandar Baru Medan Ipoh, 31400 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/twt.teacafe 

Instagram: https://www.instagram.com/twt.teacafe/ 

6. Rewine Bistro & Dine

Rewine-Bistro-Dine
Kredit Gambar: Yam Seng
Rewine-Bistro-Dine-
Kredit Gambar: Rewine Bistro & Dine

Rewine Bistro & Dine adalah antara tempat terbaik di Ipoh untuk bersantai bersama rakan-rakan sambil menghirup wain atau bir kerana ia dibuka sehingga tengah malam. Ia mempunyai hiasan dalaman yang rustik tapi moden dengan pencahayaan yang sesuai untuk mencerahkan ruang makan dan sekali gus mewujudkan suasana yang sesuai untuk pelanggan  mereka. Jika anda seorang penggemar risotto, anda patut mencuba Truffle Risotto with Sautéed Mushroom & Shredded Parmesan. Hidangan ini benar-benar luar biasa dan anda tidak boleh temui di tempat lain. 

Waktu Operasi:
2:00 petang – 1:00 malam (Ahad – Khamis)
2:00 petang – 2:00 malam (Jumaat – Sabtu)

Alamat: 13, Persiaran Greentown 9, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Rewine.Bistro/ 

Instagram: https://www.instagram.com/rewine.bistro/ 

7. Atapas

Atapas
Kredit Gambar: Atapas Restaurant
Atapas-
Kredit Gambar: Atapas

Atapas ditempatkan secara unik di rumah kolonial pada tahun 1920-an di atas ekar tanah dengan landskap yang baik. Restoran santapan mewah ini mempunyai hiasan dalaman berinspirasikan Inggeris kuno yang membolehkan setiap pelanggan mendapat pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Risotto Asparagusnya dibuat dengan nasi Arborio, asparagus segar, daging lembu dan keju parmesan. Hidangan itu kemudiannya dihiasi dengan biji bijak segar dan kerepek bawang putih untuk hiasan yang lazat.

Waktu Operasi:
12:00 tengah haru – 10:00 malam (Isnin, Rabu, Khamis)
12:00 tengah hari – 11:00 malam (Jumaat – Ahad)
Selasa (Tutup)

Alamat: 42A, Lorong Cheah Cheang Lim, 30350 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/atapastastings 

Instagram: https://www.instagram.com/atapastastings/?hl=en 

8. Above Gastrobar

Above-Gastrobar
Kredit Gambar: Above Gastrobar
Above-Gastrobar-
Kredit Gambar: Above Gastrobar

Anda bosan makan makanan yang sama berulang kali? Kunjungi Above Gastrobar untuk hidangan yang anda tidak akan lupakan. Mereka menyajikan hidangan yang diinspirasikan oleh masakan antarabangsa dengan menggunakan bahan-bahan premium dan tempatan. Nikmati gabungan teknik Itali yang lazat dan ramuan Cina dalam Risotto Chino untuk rasa dan tekstur gastronomi. Hidangan ini dibuat untuk mereka yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza.

Waktu Operasi:
6:00 petang – 11:00 malam (Ahad, Selasa – Khamis)
6:00 petang – 12:00 malam (Jumaat – Sabtu)
Isnin (Rabu)

Alamat: Rooftop, 89, Jalan Sultan Yusof, 30000 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/abovegastrobar 

Instagram: https://www.instagram.com/abovegastrobar/ 

9. Authentique

Authentique
Kredit Gambar: Authentique
Authentique-
Kredit Gambar: Authentique

Authentique ialah permata tersembunyi di Ipoh, Perak, yang harus anda kunjungi. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis masakan pada harga yang berpatutan. Ini membolehkan pengunjung menikmati masa mereka di sini mengikut bajet mereka. Kedai ini menyajikan Mushroom Risotto yang dibuat menggunakan nasi bujur pendek yang dimasak dalam sup ayam. Ia dilengkapi dengan cendawan tumis dan dihiasi dengan keju parmesan untuk menyerlahkan keseluruhan rasa ‘comfort food’ tersebut. 

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Lot 13, Ground Floor Ipoh Garden Square, 39, Jalan Sultan Azlan Shah Utara, Taman Ipoh Selatan, 31400 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/tastecafeipoh/ 


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close