19 Salon Rambut Terbaik di KL & Selangor 2022

Jika anda rasakan bahawa rambut anda memerlukan potongan gaya rambut tertentu, tiba masanya untuk anda bergegas ke salon bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Salon rambut menawarkan beberapa servis lain seperti menggunting rambut, penggayaan rambut, rebonding, meluruskan rambut dan mewarnakan rambut. Kebanyakan salon rambut turut menyediakan rawatan rambut dan kulit kepala bagi anda yang memerlukannya. Tambahan pula, salon rambut juga boleh dikenali sebagai salon kecantikan. Hal ini kerana anda boleh mendapatkan rawatan kecantikan kuku, pemanjangan bulu mata atau lifting. Semua servis ini menjadikan sebuah salon rambut itu merupakan pilihan ideal untuk anda manjakan diri anda dengan semua rawatan kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki.

Kini, anda boleh menemui salon rambut ini hampir di mana-mana sahaja memandangkan permintaan yang semakin tinggi. Jika anda keliru untuk membuat pilihan salon rambut yang baik, di sini, kami kongsikan 19 Salon Rambut Terbaik di KL dan Selangor beserta maklumat tentang salon tersebut bagi memudahkan aktiviti  ‘salon hunter’  anda!

Berapakah kerap anda perlu mendapatkan potongan rambut?

Adakah anda pernah tertanya-tanya berapa kerapkah anda perlu mendapat potongan rambut dalam setahun? Kebanyakan pakar rambut menyimpulkan bahawa anda sewajarnya mendapatkan potongan rambut sekurang-kurangnya empat kali setahun. Hal ini bertujuan untuk memastikan kesihatan rambut anda terpelihara. Selain itu, anda digalakkan untuk menggunting sedikit hujung rambut tiga kali setahun bagi mengelakkan hujung rambut anda daripada berpecah dan rosak.

Apakah tips untuk mengetahui gaya rambut yang sesuai?

Ia boleh menjadi sesuatu yang agak sukar bagi mencari gaya rambut yang sesuai tanpa bantuan daripada pakar. Terdapat 2 tips yang anda boleh praktikkan untuk menemui gaya rambut yang sesuai bagi anda.

  1. Bentuk muka

Anda pasti tahu bahawa setiap individu dilahirkan dengan bentuk muka yang berbeza. Jadi, gaya rambut tertentu mungkin akan nampak cantik pada individu A, bukan pada individu B. Justeru, anda perlu mengenal pasti gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka anda.

  1. Tekstur rambut

Tekstur rambut juga merupakan sesuatu yang perlu anda titik beratkan apabila anda mencari gaya rambut yang sesuai. Selain itu, anda perlulah memastikan sama ada jenis rambut anda nipis, medium atau tebal sebelum anda membuat keputusan untuk ke salon rambut. Hal ini kerana tekstur rambut yang berbeza menawarkan kepanjangan dan lapisan yang berbeza. 

19 Salon Rambut Terbaik di KL & Selangor 2022

1. Leekaja Beauty Salon

Leekaja Beauty Salon
Kredit gambar: Leekaja Beauty Salon
Leekaja Beauty Salon
Kredit gambar: Leekaja Beauty Salon

Leekaja Beauty Salon merupakan salah sebuah salon rambut yang terbaik di Malaysia. Hal ini kerana ia menawarkan pengalaman kecantikan seperti orang Korea tanpa memerlukan anda untuk menjejakkan kaki di sana. Sebaik sahaja anda tiba di salon rambut ini, anda akan disambut dengan persekitaran yang amat selesa. Salon rambut ini dipenuhi dengan kehijauan alam yang pastinya menenangkan minda anda. Anda boleh dapatkan gaya rambut yang anda inginkan dengan sentuhan daripada penggaya rambut profesional di salon rambut Leekaja. Di samping itu, ia turut menyediakan pelbagai servis rawatan kecantikan seperti rawatan muka, kecantikan kuku, eyelash lifting dan rawatan rambut dan kulit kepala. Dengan ini, anda tidak perlu menghabiskan masa dan tenaga anda untuk singgah di pusat rawatan kecantikan yang berbeza. Anda boleh dapatkan semua pakej rawatan kecantikan di Leekaja!

Alamat: G5 -9 Robinsons, Shoppes at Four Seasons Place, 145, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/leekaja.my/ 

Instagram: https://www.instagram.com/leekaja.my/ 

LAMAN WEB

2. One Hair Design Center

One Hair Design Center
Kredit gambar: One Hair Design Center
One Hair Design Center
Kredit gambar: One Hair Design Center

Salon rambut One Hair Design Center ini terdiri daripada barisan pekerja yang terlatih dan berdedikasi. Mereka memastikan bahawa mereka memberikan hanya yang terbaik buat para pelanggan dengan menyediakan kemudahan dan servis rambut yang ‘tiptop’. Antara servis rambut yang anda boleh dapatkan di sini adalah penggayaan rambut, ‘perming’, ‘rebonding’, mewarna dan pemanjangan rambut serta termasuklah rawatan rambut keratin. Selain itu, One Hair Design Center juga berkolaborasi dengan beberapa penggaya rambut. Hal ini memberi peluang kepada anda untuk memilih penggaya rambut tertentu untuk mendandan rambut anda. Seterusnya, salon rambut ini juga menggunakan jenama produk penjagaan rambut yang berkualiti seperti L’Oréal Professional, Shiseido, Olaplex, K-Gloss dan banyak lagi. Anda hanya perlu datang dan biarkan rambut anda dimanja sepenuhnya di One Hair Design Center!

Alamat: No. 55, 1, Jalan Puteri 2/3, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi:

11:00 pagi – 9:00 malam (Isnin – Jumaat)

10:00 pagi – 8:00 malam (Sabtu – Ahad)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/OneHairDesignCenter/ 

Instagram: https://www.instagram.com/onehairdesigncenter/?hl=en

LAMAN WEB

3. A-Saloon

A Saloon
Kredit gambar: LookP
A Saloon
Kredit gambar: LookP

A-Saloon merupakan antara salon rambut sering menjadi bualan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana ia telah berjaya membuka beberapa jenis cawangan di seluruh negara. Malah, anda boleh menemui rangkaian salon rambut ini ini dalam pasar raya. A-Saloon, sebagaimana salon yang lain, ia menawarkan pakej penggayaan rambut, mewarna, ‘digital perming’ dan dandanan rambut pengantin. Selain itu, jika anda berminat untuk mempelajari tentang penggayaan rambut, salon ini mempunyai tiga kos dengan tempoh pembelajaran yang berbeza. Ia bertujuan untuk mengajar anda tentang pengetahuan rambut pada abad ini.

Alamat: L3-23, Level, 3, Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/A-SALOON-1897124533928774/ 

Instagram: https://www.instagram.com/asaloonnusentral/?hl=en 

LAMAN WEB

4. Number76 Hair Salon

Number Hair Salon
Kredit gambar: Number76 Hair Salon
Number Hair Salon
Kredit gambar: Jessy The KL Chic

Number76 Hair Salon diasaskan oleh Daisuke Hamaguchi pada tahun 2001 di Tokyo. Beliau berazam untuk meluaskan empayarnya ke beberapa buah negara lain. Tetapi, destinasi pengembaraannya berakhir di Malaysia. Hal ini kerana beliau begitu teruja dengan pelbagai budaya, fesyen dan konsep budaya yang dipamerkan di Malaysia. Salon rambut Number76 menawarkan pelbagai pilihan pakej dengan harga yang pastinya akan memuaskan hati dan deria fesyen anda! Anda boleh mendapatkan rawatan rambut, penggayaan rambut, menggunting rambut, ‘perming’, dan mewarna rambut sama ada secara standard atau organik. Setiap potongan rambut akan disertakan bersama pakej mencuci dan menggayakan rambut. Jadi, anda boleh meninggalkan salon ini dengan aura yang ‘wow’. Tambahan pula, anda akan diberi peluang untuk memilih penggaya rambut yang anda inginkan. Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun akan mendapat potongan rambut secara percuma. 

Alamat: 50 & 52, Jalan Telawi, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/number76.bangsar/ 

Instagram: https://www.instagram.com/number76_bangsar/?hl=en 

LAMAN WEB

5. Shawn Cutler

Shawn Cutler
Kredit gambar: Shawn Cutler
Shawn Cutler
Kredit gambar: Shawn Cutler

Apabila bercakap soal salon rambut yang ‘hot’, Shawn Cutler adalah antara salon rambut yang memiliki reputasi yang amat baik. Hal ini kerana servis penggayaan dan rawatan rambut anda akan diuruskan oleh pakar penggaya rambut. Jadi, anda tidak perlu risau dan serahkan rambut anda ke tangan mereka dengan hati yang tenang. Selain itu, salon rambut ini memfokuskan tentang ‘trend’ gaya rambut terkini, potongan rambut wanita, mewarna rambut pengantin, penggayaan rambut, teknik warna ombre dan banyak lagi. Anda pasti rambang mata dengan variasi servis yang ditawarkan di sini. Justeru, anda boleh membuat pilihan berdasarkan keperluan anda pada waktu tersebut. Harga yang ditawarkan di salon rambut Shawn Cutler, sebagaimana salon rambut yang lain, bergantung kepada gaya rambut yang anda inginkan. Seterusnya, elemen yang membezakan salon rambut ini dengan salon rambut yang lain adalah Shawn Cutler turut menawarkan servis tatarias wajah. Namun begitu, anda perlu membuat janji temu terlebih dahulu bagi memudahkan urusan konsultasi dan semakan harga.

Alamat: 28 & 28-1, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

10:30 pagi – 7:00 malam (Selasa – Jumaat)

10:30 pagi – 6:00 petang (Sabtu – Ahad)

Tutup (Isnin) 

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/shawncutlerfanpage/ 

Instagram: https://www.instagram.com/shawncutlergroup/?hl=en 

LAMAN WEB

6. Le Classic Hair Studio

Le Classic Hair Studio
Kredit gambar: Le Classic Hair Studio
Le Classic Hair Studio
Kredit gambar: Le Classic Hair Studio

Le Classic Hair Studio menyerlahkan keyakinan diri anda dengan mempercantikkan rambut anda yang pada awalnya kelihatan kurang memuaskan. Salon ini menekankan penggunaan produk daripada jenama antarabangsa bagi memastikan ia berkualiti dan selamat untuk ditawarkan kepada para pelanggan. Selain itu, salon ini dikenali sebagai salon yang terbaik sekiranya anda memiliki rambut yang kerinting. Hal ini kerana ia mempunyai barisan pakar ‘perming’ yang bersedia untuk membantu anda menyelesaikan masalah tersebut. Pakar-pakar rambut di sini memiliki kemahiran yang cukup hebat sehingga berupaya untuk memperkenalkan kaedah Signature Air Wave Perm. Kaedah tersebut dapat dikuasai dengan baik sekiranya seseorang penggaya rambut itu mempunyai kemahiran menggunting, memiliki teknik formulasi kimia dan suhu dengan baik. Jika anda ingin mewarna rambut, ‘retouching’ atau ‘perming’, anda disarankan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar terlebih dahulu.

Alamat: Paradigm Mall, UG 20, 1, Jalan SS 7/26a, Selangor, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Instagram: https://www.instagram.com/leclassichairstudio/?hl=en 

LAMAN WEB

7. COCOdry

COCOdry
Kredit gambar: COCOdry
COCOdry
Kredit gambar: COCOdry

Jika anda sedang mencari salon rambut dengan rekaan yang estetik, maka, COCOdry adalah tempat yang wajib anda kunjungi. Rekaan unik yang ditampilkan menjadikannya satu elemen yang membezakan COCOdry dengan longgokan salon rambut yang lain. COCOdry merupakan sebuah salon rambut yang terdiri daripada wanita dengan latar belakang yang berbeza. Ia menawarkan servis ‘waves’, ‘curls’, ‘braids’, ‘ponytails’ dan ‘hot buns’ yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa dan acara yang bakal anda hadiri. Tambahan pula, COCOdry turut menyediakan rawatan rambut dan kulit kepala bagi pelanggan yang mengalami masalah tersebut.

Alamat: No. 8, Jln Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/THECOCODRY/ 

Instagram: https://www.instagram.com/cocodry.co/?hl=en 

LAMAN WEB

8. Spazio Hair Studio

Spazio Hair Studio
Kredit gambar: Spazio Hair Studio
Spazio Hair Studio
Kredit gambar: Spazio Hair Studio

Spazio Hair Studio menonjolkan kepada anda bagaimana elemen kreativiti dan minat boleh digabungkan menjadi suatu hasil yang mengagumkan! Matlamat utama salon ini adalah untuk memastikan para pelanggan mendapat servis dan hasil yang memuaskan hati dan sesuai dengan jangkaan mereka. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan rambut dan kulit kepala di sini. Dengan adanya rambut dan kulit kepala yang sihat, rambut anda akan menjadi lebih sihat dan berseri. Tambahan pula, anda boleh menyelesaikan masalah kulit kepala yang kering dan berminyak dengan bantuan pakar rambut yang profesional. Seterusnya, penerangan tentang punca-punca berlakunya masalah tersebut turut akan dijelaskan kepada anda secara terperinci. Justeru, terjah Spazio Hair Studio untuk dapatkan penampilan rambut yang serba baharu dan wajah yang menyegarkan!

Alamat: A10, Jalan SS 15/8A Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 8:30 malam (Setiap hari)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/spaziohairstudioss15/ 

Instagram: https://www.instagram.com/spazio_ss15/?hl=en 

9. JeffLee The Hair Company

JeffLee The Hair Company
Kredit gambar: JeffLee The Hair Company
JeffLee The Hair Company
Kredit gambar: JeffLee The Hair Company

JeffLee The Hair Company menjanjikan servis rawatan rambut yang bukan sahaja dikelilingi dengan persekitaran yang selesa, malah akan menenangkan minda dan mood anda. Justeru, ia telah berjaya mendapat kepercayaan yang tinggi dan penuh daripada pelanggan untuk menguruskan rambut mereka. Di samping servis rawatan dan penjagaan rambut yang mengagumkan, persekitaran di sini dikelilingi dengan suasana dan layanan yang mesra. Harga yang ditawarkan adalah bergantung kepada jenis jantina dan jenis potongan rambut. Jadi, anda disarankan untuk membuat semakan harga terlebih dahulu di laman sesawang mereka. Hal ini bertujuan untuk membolehkan anda menyediakan bajet dan memilih gaya atau rawatan rambut yang anda mahukan. Selain daripada servis rawatan rambut, ‘hair manicure’, ‘extensionist’, solekan pengantin dan dandanan rambut untuk bakal raja sehari ditawarkan pada harga yang pasti membuatkan anda tersenyum gembira!

Alamat: 101, Jalan Radin Bagus, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi

11:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Jumaat)

10:00 pagi – 8:00 malam (Sabtu – Ahad)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/jeffleesripetaling/?ref=page_internal 

Instagram: https://www.instagram.com/jeffleethc/ 

LAMAN WEB

10. 72 Change Hair Salon

Change Hair Salon
Kredit gambar: 72 Change Hair Salon
Change Hair Salon
Kredit gambar: 72 Change Hair Salon

72 Change Hair Salon mendapat inspirasi daripada pendekatan yang moden dan menyegarkan. Hal ini bagi memastikan anda akan berpuas hati dengan hasil akhir sentuhan yang anda jangkakan. Jika anda singgah ke 72 Change Hair Salon, kehadiran anda akan disambut oleh penggaya-penggaya rambut profesional dengan mesra. Mereka adalah barisan individu yang bertanggungjawab untuk memastikan anda menerima servis rawatan rambut yang terbaik dari ladang! Jadi, jika anda ini dapatkan potongan rambut, rawatan anti kerosakan rambut, ‘Bioperm’, ‘Biostraight’, mewarna dan ‘highlighting’, anda hanya perlu datang ke sini sahaja. Urusan selebihnya akan diuruskan oleh mereka. Mereka akan menyediakan pengalaman servis kelas pertama kepada anda. Namun, anda harus ingat bahawa harga yang dikenakan adalah berdasarkan kepanjangan rambut anda.

Alamat: 46-1 (First Floor), Jalan Puteri 2/4, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi

10:30 pagi – 8:00 malam (Isnin – Sabtu)

10:00 pagi – 7:00 malam (Ahad)

Tutup (Selasa) 

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/7272change/ 

Instagram: https://www.instagram.com/72_change_hair_salon/?hl=en 


LAMAN WEB

11. aBXCo.SALON

aBXCo.SALON
Kredit gambar: aBXCo.SALON
aBXCo.SALON
Kredit gambar: aBXCo.SALON

aBXCo.SALON membantu anda untuk menjadikan gaya rambut idaman anda suatu realiti. Mereka juga bertekad untuk memastikan bahawa anda akan mendapat pengalaman servis rambut yang terbaik di sini. Bagi merealisasikan impian anda, mereka hanya menggunakan produk rambut yang ‘top’ dan dipercayai kualiti dan keberkesanannya. Apa yang menariknya tentang salon rambut ini adalah ia mendapat pendedahan kepada cahaya semula jadi dengan baik sekali gus memudahkan penggaya rambut untuk membuat urusan menggayakan atau memotong rambut para pelanggan. Hal ini berikutan rekaannya yang amat unik. Anda tidak perlu risau, aBXCo.SALON menyediakan tempat duduk dan ruang menunggu yang mencukupi. Jadi, mereka boleh menerima banyak pelanggan pada masa yang sama. 

Alamat: No.36M, Jalan SS 2/67, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi

11:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Sabtu)

11:00 pagi – 7:00 malam (Ahad)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/abxco.salon/ 

Instagram: https://www.instagram.com/abxco.salon/?hl=en 

LAMAN WEB

12. APT Salon

APT Salon
Kredit gambar: APT Salon
APT Salon
Kredit gambar: APT Salon

APT Salon menjadi salah satu salon rambut yang mendapat tempat di hati kebanyakan pecinta gaya rambut di Malaysia. Hal ini kerana mereka memberikan servis rawatan dan penjagaan rambut yang berkualiti dan profesional di samping hasil yang amat memuaskan. Salon rambut ini ditubuhkan pada tahun 1990 dan telah berjaya memiliki 43 cawangan di seluruh negara. Elemen yang mengujakan para pelanggan adalah APT Salon menekankan tentang aurat wanita Islam. Mereka menyediakan ruangan khas, iaitu kawasan VIP di mana wanita Muslim dapat mendapatkan layanan dan rawatan yang sama tanpa rasa susah hati jika aurat mereka terdedah. Terdapat dua variasi potongan rambut yang ditawarkan, iaitu potongan rambut yang bergaya (stylish cuts) atau potongan rambut yang kreatif (creative cuts). Anda bebas untuk membuat pilihan berdasarkan cita rasa anda! Ciri yang membezakan antara dua pakej tersebut adalah ‘stylish cuts’ anda diuruskan oleh penggaya rambut junior yang terlatih, manakala ‘creative cuts’ akan dilakukan oleh penggaya rambut yang berkemahiran memandangkan ia memerlukan kemahiran teknikal. 

Alamat: F1.AV.03, First Floor, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/APTSalonOfficial/ 

Instagram: https://www.instagram.com/aptsalon.official/?hl=en 

LAMAN WEB

13. D Hair Park

D Hair Park
Kredit gambar: D Hair Park
D Hair Park
Kredit gambar: D Hair Park

D Hair Park merupakan salon rambut yang layak memenangi anugerah di mana ia terletak di Puchong, Selangor. Ia adalah Shiseido Professional Panel Salon yang berperanan untuk memastikan anda akan melangkah dengan rasa penuh ‘wow’ dek penggunaan produk yang berkualiti premium. Selain itu, ia menjanjikan para pelanggan dengan khidmat konsultasi yang terbaik beserta teknik penggayaan yang anda boleh lakukan di rumah. Sebagaimana lambakan salon rambut yang lain, D Hair Park turut menawarkan servis potongan rambut, ‘bleaching’, ‘curling’ dan rawatan rambut dan juga kulit kepala. Buntu untuk memikirkan gaya atau rawatan penjagaan rambut yang anda inginkan? Jangan risau, D Hair Park memiliki 1001 variasi pilihan servis untuk anda. Anda pasti rambang mata untuk memilih pakej yang anda mahukan. Anda tidak perlu ‘overthinking’ tentang harga yang mereka tetapkan. Mungkin anda akan berakhir dengan membuat lebih daripada satu pilihan sahaja. Siapa tahu, bukan?

Alamat: 1st Floor, No2, Unit B, Jalan Puteri 2/5, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi

11:00 pagi – 8:30 malam (Isnin – Sabtu)

11:00 pagi – 7:00 malam (Alam)

Tutup (Rabu)  

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/dhairpark/ 

Instagram: https://www.instagram.com/dhairpark/

LAMAN WEB

14. 76STYLE

STYLE
Kredit gambar: 76STYLE
STYLE
Kredit gambar: 76STYLE

76STYLE menonjolkan ciri gaya rambut gaya jalanan di Jepun dalam kalangan para pelanggan. Anda pasti akan berasa segar selepas menerima rawatan rambut kerana mereka turut menyediakan servis ‘head spa’ di samping penggayaan dan pemanjangan rambut. Salon rambut ini telah berjaya memiliki 2 outlet di Kuala Lumpur. Setiap cawangan menawarkan servis ‘manicure’ dan ‘pedicure’ yang spesifik. Justeru, anda harus membuat sedikit pembacaan di laman sesawang mereka sebelum datang untuk membuat rawatan. Hal ini bagi mengelakkan anda berasa kecewa sekiranya ia tidak menawarkan pakej yang anda inginkan. Selain daripada rawatan dan penjagaan rambut, 76STYLE juga mempunyai ruang atau bahagia Eyebeauty di mana anda boleh memilih apa-apa sahaja servis kecantikan mata. Contohnya, pemanjangan bulu mata, sulaman kening dan garis mata. 

Alamat: 2 Jalan Kiara E-01-02,Plaza Mont Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi

9:30 pagi – 9:00 malam (Isnin – Khamis)

9:30 pagi – 7:00 malam (Jumaat – Ahad)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/76stylemy/ 

Instagram: https://www.instagram.com/76_style/?hl=en 

LAMAN WEB

15. Aveda Exclusive Salon

Aveda Exclusive Salon
Kredit gambar: Aveda Exclusive Salon
Aveda Exclusive Salon
Kredit gambar: Aveda Exclusive Salon

Aveda Exclusive Salon adalah destinasi yang patut anda kunjungi jika anda ingin rambut anda diuruskan oleh pakar rambut sekali gus menyelesaikan masalah berkaitan rambut anda. Tahukah anda bahawa terdapat lebih daripada 9,000 ribu salon rambut Aveda di seluruh dunia? Ia menawarkan servis potongan rambut yang premium dan pakar mewarna rambut di sini akan memastikan para pelanggan mendapat warna dan potongan rambut yang mereka hajati. Anda boleh cuci mata dengan pelbagai pakej servis penggayaan dan penjagaan rambut yang anda impikan di sini!

Alamat: Level 2, Avenue K, L2-12, 156, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:30 malam (Setiap hari)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/avedaesthetichairdressing/ 

Instagram: https://www.instagram.com/avedaesthetichairdressing/?hl=en

LAMAN WEB

16. Sense Of Touch

Sense Of Touch
Kredit gambar: Q-E3
Sense Of Touch
Kredit gambar: Q-E3

Anda tercari-cari salon yang menawarkan servis rambut profesional di sekitar Petaling Jaya? Jika begitu kami cadangkan anda untuk meninjau Sense of Touch yang dikenali dengan servis penggayaan rambut yang pastinya tidak akan meleburkan harapan anda. Anda boleh dapatkan potongan rambut, mewarna rambut, rawatan rambut, ‘rebonding’, ‘perming’, ‘hair wig’ dan pemanjangan rambut di sini. Semua produk dan peralatan yang digunakan oleh para penggaya rambut di sini adalah berkualiti premium. Hal ini bagi memastikan setiap produk dan peralatan tersebut selamat untuk digunakan ke atas para pelanggan yang mereka kasihi. Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Sense of Touch dengan membuat tempahan di laman sesawang mereka sekarang!

Alamat: 55, Jalan SS 2/66, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/senseoftouchmalaysia/ 

Instagram: https://www.instagram.com/senseoftouchmalaysia/?hl=en 

LAMAN WEB

17. Hair Atelier

Hair Atelier
Kredit gambar: Hair Atelier
Hair Atelier
Kredit gambar: Hair Atelier

Hair Atelier berpegang teguh dengan misi dan visinya yang tersendiri. Ia bertekad untuk memenuhi impian terhadap penampilan yang anda mahukan. Salon rambut ini memiliki suasana yang amat menenangkan. Jadi, anda boleh menikmati rawatan rambut sambil memberikan ketenangan kepada minda dan mood anda. Salon rambut ini agak eksklusif berbanding salon rambut yang lain kerana ia menyediakan waranti selama 7 hari kepada anda. Cara tersebut adalah bertujuan untuk memastikan anda kembali ke sini sekiranya anda tidak berpuas hati dengan hasil rambut anda sepanjang tempoh itu. Antara servis yang anda boleh dapatkan di sini adalah potongan rambut, ‘permanent curling’, mewarna dan rawatan rambut serta kulit kepala. Anda juga berpeluang untuk menikmati ganjaran 2% mata rujukan sekiranya anda datang bersama rakan baik anda!

Alamat: No. 2-058, MyTOWN Shopping Centre, No6, Jalan Cochrane, Seksyen 90, Cheras, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10:30 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/HairAtelierMytownsalon/ 

Instagram: https://www.instagram.com/hairatelier/?hl=en 

LAMAN WEB

18. Miroku Hair Salon

Miroku Hair Salon
Kredit gambar: Miroku Hair Salon
Miroku Hair Salon
Kredit gambar: Miroku Hair Salon

Miroku Hair Salon merupakan yang terdiri daripada barisan penggaya rambut yang memiliki kepakaran dan kemahiran yang mengagumkan. Potongan rambut, mewarna rambut, dan rawatan rambut serta kulit kepala adalah antara servis yang ditawarkan di Miroku Hair Salon. Salon rambut ini juga ternyata merupakan salah sebuah salon rambut yang menjadi bualan ramai khususnya dalam kalangan penduduk di sekitar Cheras. Jadi, anda tidak perlu ragu-ragu lagi dengan hasil yang bakal anda peroleh. Jika anda memiliki ‘trust issues’ dengan salon rambut dek sering mendapat hasil yang mengecewakan anda, kini, tiba masanya anda bina semula kepercayaan dan keyakinan anda dengan Miroku Hair Salon. Di sini, anda boleh manjakan diri anda dengan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada barisan pakar penggaya rambut sambil disulami dengan persekitaran yang selesa dan santai. Keliru untuk dapatkan pakej atau gaya rambut yang sesuai? Singgah di laman sesawang Miroku Hair Salon bagi mendapatkan inspirasi gaya rambut terkini dan sesuai dengan anda!

Alamat: No 2-1 Jalan Menara Gading 1 Taman Connaught, Cheras, 56000 Wilayah Persekutuan, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi

10:30 pagi – 8:30 malam (Isnin – Sabtu)

10:30 pagi – 7:30 malam (Ahad)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/MirokuHairSalon/ 

Instagram: https://www.instagram.com/mirokuhairsalon/ 

LAMAN WEB

19. Alph Studio

Alph Studio
Kredit gambar: Alph Studio
Alph Studio
Kredit gambar: Alph Studio

Alph Studio yakin bahawa setiap individu memiliki cita rasa dan aura yang tersendiri. Salon rambut ini menekankan rawatan rambut sewajarnya menjadi sesuatu yang santai, bukanlah suatu yang membebankan fikiran. Justeru, sebaik sahaja anda melangkah masuk ke salon rambut ini, anda akan disambut dengan suasana yang tenang dan ruang duduk yang selesa. Selain itu, anda juga akan ditawarkan minuman percuma sambil ditemani dengan latar belakang musik yang santai. Produk wangian yang terdapat di dalam salon rambut ini akan memberikan ketenangan kepada anda sepanjang proses rawatan sedang berlangsung. Alp Studio menawarkan variasi pakej rawatan rambut seperti potongan rambut, mewarna, ‘texturising’, dan rawatan rambut. Tambahan pula, anda boleh mendapatkan produk rambut yang sememangnya memiliki kualiti yang baik di salon ini. Contohnya, Morphosis, Viege, Framesi dan banyak lagi melalui laman sesawang Alp Studio!

Alamat: Nadi Bangsar, Level 1, Commercial Lot, Jalan Tandok, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi

10:30 pagi – 8:00 malam (Isnin – Sabtu)

10:00 pagi – 8:00 malam (Selasa, Ahad)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Facebook: https://www.facebook.com/Alphstudioplus

Instagram: https://www.instagram.com/alphstudio/

LAMAN WEB

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close