8 Sarung Tangan Motosikal Terbaik Di Malaysia 2022

Sarung tangan motosikal merupakan salah satu keperluan asas yang perlu dipakai oleh setiap penunggang motosikal ekoran ia berfungsi sebagai perlindungan kepada tangan anda serta memberikan keselesaan sewaktu menunggang. Sarung tangan motosikal sangat efektif dalam melindungi tangan anda daripada mengalami sebarang kecederaan sekiranya terlibat dalam kemalangan. Selain itu, ia juga membantu dalam memberikan kawalan tambahan pada bar hendal motosikal. Hal ini kerana kebanyakan sarung tangan motosikal diperbuat daripada bahan anti-gelincir.

Kebanyakan penunggang motosikal juga memilih untuk memakai sarung tangan agar tampak lebih bergaya serta dapat menyerlahkan personaliti mereka. Memandangkan Motosikal merupakan kenderaan yang tidak berbumbung, pemakaian sarung tangan menjadi satu kepentingan bagi melindungi tangan anda daripada terdedah kepada selaran matahari. Di sini kami telah senaraikan 8 sarung tangan motosikal terbaik di Malaysia.

Apakah Yang Perlu Dipertimbangkan Untuk Memilih Sarung Tangan Motosikal Yang Terbaik?

Terdapat pelbagai jenis dan jenama sarung tangan motosikal yang boleh anda dapati di kedai fizikal mahupun dalam talian. Memilih sarung tangan motosikal boleh menjadi rumit terutamanya jika anda tidak pasti yang mana yang paling sesuai. Jadi, anda mungkin boleh mempertimbangkan aspek seperti cita rasa, bajet dan ciri sarung tangan sebelum membuat pembelian.

  1. Cita rasa/pilihan

Sarung tangan motosikal dipasarkan dengan pelbagai reka bentuk yang menarik daripada jenama yang berbeza. Jadi untuk memudahkan proses pemilihan sarung tangan motosikal, anda perlulah memilih sarung tangan motosikal yang mempunyai reka bentuk dan gaya yang berpadanan dengan cita rasa anda.

2. Bajet

Sarung tangan motosikal boleh didapati dalam pelbagai harga, bergantung kepada jenama dan kualitinya. Oleh itu, anda disarankan untuk merancang perbelanjaan anda sebelum melakukan pembelian untuk mengelakkan pembaziran.

3. Ciri-ciri

Setiap sarung tangan motosikal yang dipasarkan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Oleh sebab itu, anda perlulah membaca dan memahami kesemua ciri produk tersebut untuk mencari sarung tangan motosikal yang terbaik serta menepati keperluan dan keselesaan anda. 

8 Sarung Tangan Motosikal Terbaik Di Malaysia 2022

1. Pro Biker Full Finger Motorcycle Gloves

Pro Biker Full Finger Motorcycle Gloves
IKredit gambar: Daraz.pk

Sarung tangan motosikal Pro Biker Full Finger ini memberikan anda fungsi cengkaman yang baik ekoran ia diperbuat daripada neoprene. Selain itu, ia juga mempunyai reka bentuk lengkungan pada bahagian jari yang membolehkan ia dipakai dengan sempurna pada tangan anda. Sarung tangan ini juga didatangkan dengan pelindung keras pada bahagian buku jari serta dilengkapi dengan fabrik mesh yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik sekaligus memberikan perlindungan yang maksimum pada tangan anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Knitting, Suede, kulit, Neoprene, velcro
  • Warna: Hitam, Biru, Merah
  • Saiz: M – 2XL

Kelebihan:

Cengkaman yang baik
Pengudaraan yang baik
Reka bentuk lengkungan pada bahagian jari

Harga: RM16.95

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Extra Thick Motorcycle Gloves

Extra Thick Motorcycle Gloves
Kredit gambar: Amazon

Extra Thick Motorcycle Gloves ini diperbuat daripada kain fabrik lembut dan tebal yang berfungsi untuk mengekalkan haba pada bahagian dalam sarung tangan serta memberikan keselesaan kepada pemakai. Ia juga dilengkapi dengan fungsi skrin sentuh yang membolehkan anda menggunakan telefon pintar atau mana-mana alat berteknologi skrin sentuh tanpa menanggalkan sarung tangan. Hal ini kerana ia disaluti dengan bahan besi konduktor yang membolehkan interaksi antara sarung tangan dan skrin sentuh.

Spesifikasi:

  • Bahan: Silikon, Fleece
  • Warna: Hitam, Biru, Ungu
  • Saiz: S – XL

Kelebihan:

Selesa
Lapisan fabrik lembut
Mampu milik

Harga: RM11.90 – RM13.40

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

3. Durable Motorcycle Gloves

Durable Motorcycle Gloves
Kredit gambar: Shopee

Sarung tangan Durable Motorcycle Gloves ini diperbuat daripada bahan tahan lasak untuk prestasi yang lebih efektif dan ketahanan yang lebih lama. Sarung tangan ini dilengkapi dengan satu lapisan konduktif yang dikenali sebagai “Clarino palm” yang membolehkan anda untuk menyentuh skrin digital tanpa menanggalkan sarung tangan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Silikon, Neoprene
  • Warna : Hitam, Hitam & putih, Kelabu, Kuning neon, Kuning, Oren , Biru, Merah
  • Saiz: M – XL

Kelebihan:

Tahan lama
Fungsi skrin sentuh
Pelbagai pilihan warna

Harga: RM23.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Touch Screen Motorcycle Gloves

Touch Screen Motorcycle Gloves
Kredit gambar: Amazon

Touch Screen Motorcycle Gloves merupakan sarung tangan yang diperbuat daripada fabrik mesh yang dapat memberikan keselesaan untuk pemakaian jangka masa lama sekaligus menjadikannya sesuai untuk dipakai sewaktu penunggangan jarak jauh. Ia juga mempunyai fungsi sentuh skrin yang membolehkan anda menggunakan telefon bimbit tanpa perlu menanggalkan sarung tangan anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Mesh
  • Warna: Hitam, Hijau, Merah
  • Saiz: M – 2XL

Kelebihan:

Fungsi skrin sentuh
Selesa
3 warna yang menarik

Harga: RM24.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Pro Biker Half Finger Motorcycle Gloves

Pro Biker Half Finger Motorcycle Gloves
Kredit gambar: Lazada

Pro Biker Half Finger Motorcycle Gloves didatangkan dengan ciri reka bentuk mesh 3D dan ergonomik bagi membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pelindung keras tahan lasak pada bahagian ibu jari untuk mengelakkan daripada sebarang gelinciran berlaku sewaktu menunggang motosikal. Sarung tangan ini  juga mempunyai reka bentuk keseluruhan yang inovatif bagi memberikan keselesaan yang optimum kepada pemakai.

Spesifikasi:

  • Bahan: Mesh, Suede, Pelindung keras, Getah
  • Warna: Hitam, Biru, Merah
  • Saiz : M – 2XL

Kelebihan:

Pengudaraan yang baik
Perlindungan buku jari
Anti-gelincir

Harga: RM15.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

6. Dainese Motorcycle Gloves

Dainese Motorcycle Gloves
Kredit gambar: Shopee

Dainese Motorcycle Gloves ini diperbuat daripada fabrik mesh yang memberikan pengudaraan yang baik dan keselesaan kepada pemakai. Ia didatangkan dalam saiz berbeza yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian tangan anda. Bukan itu sahaja, ia juga dipasarkan dengan 2 pilihan warna iaitu hitam dan merah.

Spesifikasi:

  • Bahan: Mesh
  • Warna: Hitam dan Merah
  • Saiz: S – 2 XL

Kelebihan:

Pengudaraan yang baik
Pelbagai saiz
Mudah untuk digunakan

Harga: RM16.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Alpinestars Motorcycle Gloves

Alpinestars Motorcycle Gloves
Kredit gambar: Shopee

Alpinestars Motorcycle Gloves ini didatangkan dengan lapisan foam tebal pada bahagian telapak tangan dan pelindung buku jari TPU yang tahan lasak sekaligus memberikan perlindungan yang menyeluruh pada tangan anda sekiranya berlaku kemalangan. Versi sarung tangan “full-finger” juga ada dijual di pasaran.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit TPU, Foam
  • Warna: Hitam, Merah
  • Saiz : S – 2XL

Kelebihan:

Tahan Lasak
Lapisan foam tebal
Turut didatangkan dengan versi “full-finger”

Harga: RM16.00 – RM17.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

8. Assorted Motorcycle Gloves

Assorted Motorcycle Gloves
Kredit gambar: SeeTracker Malaysia

Assorted Motorcycle Gloves ini menawarkan kepada anda beberapa pilihan sarung tangan yang terdiri daripada pelbagai jenama terkenal seperti KAWASAKI dan KTM. Selain itu, ia juga didatangkan dengan pelbagai pilihan saiz yang menjadikannya sesuai untuk dipakai oleh lelaki dan perempuan. Sarung tangan ini juga dipasarkan dengan 7 pilihan warna yang menarik untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Mesh. Keluli tahan karat, Poliester
  • Warna: Hitam, Biru, Hijau, Jingga, Merah, Kelabu, Putih
  • Saiz: M – XL, “One Sized”

Kelebihan:

Sarung tangan uniseks
Pelbagai warna
Versatile

Harga: RM8.90 – RM19.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close