8 Semburan Sanitizer Terbaik di Malaysia 2022

Kebanyakan daripada kita lebih memilih untuk mencuci tangan dengan sabun dan air sebagai langkah pencegahan bakteria dan kuman, namun ia agak sukar untuk dilakukan sekiranya anda berada di luar rumah. Oleh itu penggunaan semburan sanitizer adalah langkah alternatif yang terbaik dalam membasmi bakteria dan kuman. Semburan sanitizer lazimnya mengandungi sekurang-kurangnya 60% ethyl alkohol yang boleh membunuh virus dan bakteria berbahaya. Ia juga boleh digunakan pada pelbagai permukaan.

Di sini, kami senaraikan 8 semburan sanitizer terbaik yang boleh didapati di pasaran sama ada di kedai fizikal ataupun dalam talian. Semburan sanitizer ini diperbuat daripada formula yang mengandungi komponen semula jadi yang menjadikannya sesuai dengan semua jenis kulit.

Bagaimana Hendak Memilih Semburan Sanitizer Yang sesuai?

Adakah anda sedang mempertimbangkan untuk membeli semburan sanitizer untuk rumah anda atau untuk dibawa ke mana sahaja? Berikut ialah panduan yang perlu anda tahu sebelum pembelian. Untuk mendapatkan semburan sanitizer yang sesuai dan berkualiti, anda perlulah melihat dari aspek jenis, keberkesanan dan harga.

1. Jenis

Penting untuk memeriksa jenis sanitizer sebelum membelinya kerana semburan sanitizer memiliki 2 jenis yang berbeza iaitu sanitizer berasaskan alkohol dan bebas alkohol. Anda juga perlu memastikan ia sesuai dengan kulit anda dan bahan-bahannya tidak berbahaya terhadap kulit anda.

2. Keberkesanan

Memandangkan produk kebersihan telah menjadi salah satu keperluan masyarakat, banyak syarikat yang mengambil kesempatan untuk menjual semburan sanitizer. Oleh itu, anda perlu melihat ‘review’ atau membeli semburan daripada syarikat yang dipercayai agar keberkesanannya terjamin.

3. Harga

Disebabkan peningkatan populariti produk kebersihan selepas berlaku wabak, anda boleh mendapatkan semburan sanitizer pada harga yang berpatutan. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.

8 Semburan Sanitizer Terbaik di Malaysia 2022

1. Cleanse360 Hand Sanitizer Spray

Cleanse Hand Sanitizer Spray
Kredit Gambar: Shopee

Semburan sanitizer ini direka dengan saiz yang mudah untuk dikendalikan dan semburan ini juga menjadi salah satu semburan sanitizer yang mendapat ulasan positif daripada pengguna. Semburan sanitizer ini mempunyai isipadu sebanyak 500ml dan mengandungi 75% ethanol alkohol serta menawarkan kadar pensterilan 99.9% pada harga yang sangat berpatutan! Versi tanpa wangian juga ada dijual di pasaran.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air, Alkohol, Gliseril, Karbomer, Triethanolamine, Chlorhexidine, Betaine.
  • Saiz: 500ml

Kelebihan:

Anti-bakteria
Cepat kering
Harga berpatutan

Harga: RM7.79 – RM8.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. SkinsDeli’s Hand Sanitizer Spray

SkinsDelis Hand Sanitizer Spray
Kredit Gambar: Shopee

Sanitizer berasaskan alkohol ini sesuai untuk anda yang memiliki kulit sensitif kerana ia tidak akan merengsakan kulit. Saiznya yang kecil juga mudah untuk dibawa ke mana-mana. Semburan sanitizer ini mendapat kelulusan KKM dan halal. Selain itu, sanitizer ini juga mempunyai pelembab yang dapat menghalang kulit menjadi kering selain ia berjaya melepasi ujian kegatalan kulit.

Spesifikasi:

  • Kelebihan: Minyak kelapa,Minyak pati,Vitamin E,Gliserin,Isopropil/Alkohol
  • Saiz: 60ml

Kelebihan:

Melembapkan kulit
Sesuai untuk kulit sensitif

Harga: RM8.00 – RM13.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Antabax Antibacterial Sanitizer Spray

Antabax Antibacterial Sanitizer Spray
Kredit Gambar: Shopee

Antabax Antibacterial Sanitizer Spray ialah semburan sanitizer yang efektif dengan reka bentuk yang ringkas dan mudah digunakan. Dalam sekelip mata, semburan ini dapat memusnahkan 99.99% bakteria dan virus. Tambahan pula, sanitizer ini dirumus dengan aloe vera dan pelbagai vitamin dari B3, B5, C, E dan juga vitamin B6 bagi mengekalkan kelembapan pada tangan anda .

Spesifikasi:

  • Bahan: Alkohol Denat, Air, Propilena Glikol, Gliserin, Pewangi, Jus Daun Aloe Barbadensis, Niacinamide, Kalsium Pantotenat, Sodium Ascorbyl Phosphate, Pyridoxine HCI, Tocopheryl Acetate.
  • Saiz: 50ml

Kelebihan:

Tidak melekit
Mudah dibawa ke mana-mana

Harga: RM5.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Eastlands Hand Sanitizer Spray (50ml)

Eastlands Hand Sanitizer Spray
Kredit Gambar: Watsons

Dikenali dengan senarai pengeluaran produk yang berbeza-beza, anda juga boleh mengharapkan Eastlands untuk semburan sanitizer yang murah namun berkualiti. Mengandungi 75% alkohol denaturasi dan 0% metanol, sanitizer ini dirumus dengan komposisi unik ekstrak Candlenut yang mengukuhkan lagi aktiviti penghapusan kuman dan bakteria. Sanitizer ini juga tidak melekit dan diperkaya dengan vitamin untuk memastikan kulit anda terasa lembut, segar dan bersih sepanjang hari.

Spesifikasi:

  • Bahan: 75% Alkohol denaturasi, Aqua, Propylene Glycol, Gliserin,Aleuritesmoluccanus (Ekstrak Candlenut), Niacinamide, Tocopheryl Acetate, Parfum.
  • Saiz: 50ml

Kelebihan:

Campuran semula jadi dengan vitamin B & E
Melembabkan

Harga: RM5.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Baby Organix Naturally Kinder Hand Sanitizer

Baby Organix Naturally Kinder Hand Sanitizer
Kredit Gambar: Babyorgnix

Jika anda mempunyai anak kecil, Baby Organix Naturally Kinder Hand Sanitizer adalah terbaik untuk anda. Cecair sanitizer ini 100% selamat walaupun si comel anda menjilat, memasukkan barang ke dalam mulut atau terkena pada mata mereka. Walaupun ia bebas alkohol namun semburan sanitizer semulajadi ini mampu membunuh 99.99% bakteria dan virus.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua, Citrus Paradisi ( Grapefruit ) Ekstrak Buah, Gliserin, Asid Askorbik, Dextrose
  • Saiz: 60ml

Kelebihan:

Bebas alkohol
Sesuai untuk kanak-kanak

Harga: RM14.93 – RM19.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Good Virtues Co. Mist Spray Sanitizer

Good Virtues Co. Mist Spray Sanitizer
Kredit Gambar: Shopee

Terkenal dengan produk mesra Muslim, anda juga boleh bergantung pada Good Virtues Co. Mist Spray Sanitizer untuk memastikan anda bebas kuman. Ciri-ciri semburan ini mengandungi Minyak Habbatus Sauda organik yang sangat baik untuk pertumbuhan semula sel-sel kulit. Tambahan pula, semburan sanitizer ini mengandungi ekstrak aloe vera yang memberikan jumlah optimum penghidratan kepada anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: SD Alcohol 40 (Alcohol Denat.), Air (Aqua), Propylene Glycol, Gliserin, Fragrance (Parfum), Chlorhexidine Digluconate, Aloe Barbadensis (Aloe Vera) Jus Daun, Minyak Habbatus Sauda Organik (Minyak Biji Nigella Sativa)
  • Saiz: 50ml

Kelebihan:

Bebas daripada bahan kimia
Melembapkan kulit

Harga: RM4.50 – RM6.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Reef Series Moisturising Hand Sanitizer Spray

Reef Series Moisturising Hand Sanitizer Spray
Kredit Gambar: Lazada

Produk ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering atau sensitif, serta mereka yang mempunyai masalah kulit. Semburan sanitizer ini mengandungi 75% alkohol dan pentavitin, bagi memastikan anda terhidrat sehingga 72 jam. Ia juga mengandungi ekstrak lavender yang terkenal dengan kesan antiseptik dan anti-radangnya serta minyak pokok teh yang dapat mencegah virus dan bakteria.

Spesifikasi:

  • Bahan: Alkohol Denat (75%), Aqua, Propanediol, Gliserin, Isopentyldiol, Saccharide Isomerate, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, o-Cymen-5-OI, Sodium Phytate, 4-Terpineol, Lavandula (Laveustifolia) ) Minyak, Asid Sitrik, Natrium Sitrat.
  • Saiz: 99ml

Kelebihan:

Sesuai untuk semua kulit
Mengandungi unsur pelembab

Harga: RM14.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Ecogenic Medicated Hand Sanitizer Spray 

Ecogenic Medicated Hand Sanitizer Spray
Kredit Gambar: Bigbox Asia

Ecogenic Medicated Hand Sanitizer Spray dirumus khas untuk kanak-kanak dan mengandungi 75% ethanol. Walaupun sanitizer ini hanya mengandungi 75% ethanol namun semburan sanitizer keluaran tempatan ini mampu mencegah 99.9% kuman dan bakteria. Ia diperbuat dari ramuan semula jadi yang berasaskan tumbuhan. Menariknya, semburan sanitizer ini tidak melekit dan mudah kering apabila digunakan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Ethanol, Aloe Vera gel
  • Saiz: 60ml
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Melembap
Selamat untuk kanak-kanak

Harga: RM11.07 – RM11.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close