8 Snek Buah Naga Terbaik di Malaysia 2022

Buah naga cukup terkenal dengan kulitnya yang berwarna merah serta isinya yang manis dan berair menjadikan ia popular dalam kalangan penggemar buah-buahan tropika. Buah ini kaya dengan antioksidan yang tinggi dan mengandungi vitamin C yang  membantu untuk mengekalkan awet muda, kulit anjal dan mulus. Ia juga melindungi sel-sel badan daripada rosak akibat daripada radikal bebas.

Ramai antara kita yang tidak mengetahui bahawa buah naga juga boleh dijadikan snek. Jadi, kami menyenarai 8 snek buah naga terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia:

8 snek buah naga terbaik di Malaysia

1. Chewy Dragon Dried Fruit

Chewy Dragon Dried Fruit
Kredit Gambar: Shopee

Dragon Dried Fruit merupakan salah satu snek berkhasiat keluaran Malaysia. Ia diperbuat daripada buah naga asli dan mempunyai tekstur yang agak kenyal. Snek ini didatangkan dengan 2 saiz bungkusan penjualan iaitu 50 g dan 100 g yang boleh anda pilih. Selain itu, snek ini  juga tidak mengandungi sebarang bahan pengawet, minyak, atau pewarna makanan. 

Bahan: Buah naga segar

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 50g/100g

Harga: *RM9

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Semak Harga di shopee

2. Cacaa Freeze Dried Fruits Healthy Snack

Cacaa Freeze Dried Fruits Healthy Snack
Kredit Gambar: Shopee

Snek ini merupakan satu lagi snek buah naga keluaran Malaysia dan diiktiraf halal. Snek ini didatangkan dengan pek pembungkusan yang sangat praktikal serta dilengkapi dengan ‘ziplock’ memudahkan anda untuk menyimpannya semula tanpa perlu dialihkan ke dalam bekas yang lain. 

Bahan: 100% buah naga asli, 98% khasiat buah, kurang daripada 80 kalori

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 20g

Harga: *RM9

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. OSUDA Freeze Dried Dragon Fruit Chips

OSUDA Freeze Dried Dragon Fruit Chips
Kredit Gambar: Osuda

OSUDA Freeze Dried Dragon Fruit Chips merupakan snek yang sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat umur. Snek ini diproses dengan menggunakan teknologi pengeringan beku. Walaupun ia telah diproses namun jangan risau kerana khasiat buah naga masih boleh diperolehi dalam setiap pek penjualan. 

Bahan: 100% Buah-buahan Segar, tanpa sebarang bahan pengawet.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 20g

Harga: *RM10.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. HR Dehydrated Red Dragon Fruit Slice

HR Dehydrated Red Dragon Fruit Slice
Kredit Gambar: Lazada

Snek ini didatangkan dalam bentuk bulat serta mempunyai tekstur yang agak rapuh dan rangup. Selain itu, ia diperbuat daripada buah naga asli dan tidak mengandungi sebarang bahan perasa tambahan, gula dan pengawet. Snek ini dipasarkan dengan 2 saiz yang berbeza untuk anda pilih.

Bahan: 100% buah-buahan segar semula jadi, tidak mengandungi gula tambahan, tidak mengandungi perasa tambahan atau pengawet.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 50g, 100g

Harga: *RM10.90 (50g) -RM19.90 (100g)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. A1 Snacks lab Toast Dragon Fruit

A Snacks lab Toast Dragon Fruit
Kredit Gambar: Shopee

Snek ini agak unik berbanding dengan snek yang lain kerana ia didatangkan dalam bentuk roti. Snek roti ini mempunyai tekstur yang lembut serta ringan menjadikannya sesuai untuk dimakan pada waktu pagi dan semasa minum petang. Bukan itu sahaja, snek ini juga menawarkan rasa yang unik dan lazat hasil gabungan rasa buah naga dan juga strawberi. 

Bahan: buah naga segar, roti, serbuk strawberi segar

Negara Pengeluar:  China

Saiz : 480g

Harga: *RM1.90-RM2.49

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Semak Harga di shopee

6. TG Lite Dragon Fruit Freeze-Dried Yogurt Cube

TG Lite Dragon Fruit Freeze Dried Yogurt Cube
Kredit Gambar: Shopee

TG Lite Dragon Fruit Freeze-Dried Yogurt Cube merupakan snek campuran buah naga asli dan yogurt masam. Snek ini sesuai untuk anda yang menggemari rasa masam dan manis buah. Selain itu, snek ini juga telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Bahan: 100% buah naga asli dan yogurt masam

Negara Pengeluar: Malaysia 

Saiz: 40g

Harga: *RM9.80

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. BioFinest Organic Freeze-Dried Superfood Snack – Dragon Fruit

BioFinest Organic Freeze Dried Superfood Snack Dragon Fruit
Kredit Gambar: Lazada

Biofinest Superfood diperbuat daripada bahan organik dan bebas daripada sebarang bahan pengawet dan perasa makanan tambahan. Selain itu, ia didatangkan dalam bentuk pembungkusan yang mudah serta dilengkapi  dengan ‘ziplock’ membolehkan anda membawanya ke mana sahaja dan menikmatinya pada bila-bila masa.

Bahan: 100% Buah naga asli, gluten, bijirin, telur, tenusu dan soya.

Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Saiz: 25g

Harga: *RM19.94

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Semak Harga di shopee

8. Mommy J Yogurt Melts Dragon Fruit 20g for 12 months+ baby drinking bottle ppsu

Mommy J Yogurt Melts Dragon Fruit g for months baby drinking bottle ppsu
Kredit Gambar: Shopee

Mommy J Yogurt Melts merupakan salah satu snek buah naga yang berkhasiat dan memiliki tekstur yang lembut menjadikannya sesuai untuk bayi anda. Tambahan pula, snek ini mengandungi kandungan protein yang agak tinggi yang boleh membantu dalam pertumbuhan otot badan kita.

Bahan: Susu Kultur, Buah Naga Segar Puree / Puree Mangga, Susu Tepung, Tapioca Starch, Vitamin C, Lactobacillus Bulgaricus, Streptococcus Thermophilus

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 20g

Harga: *RM15-RM33.28

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Semak Harga di lazada

Apa yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli Snek Buah Naga?

1. Bahan Utama

Anda haruslah mengetahui bahan utama pembuatan snek buah naga bagi memastikan tiada bahan tambahan atau pengawet tambahan. Jika anda mengamalkan diet yang sihat, pastikan anda memilih makanan yang diperbuat daripada bahan semula jadi .

2. Rasa

Anda perlulah memilih snek dengan rasa yang sepadan dengan cita rasa anda.  

3. Cara penyimpanan

Anda haruslah mengetahui mengenai cara penyimpanan snek buah naga bagi memastikan ia masih boleh dimakan dalam jangka masa yang lama walaupun pembungkusannya telah dibuka.

Ringkasnya, Snek Buah Naga adalah makanan ringan yang sihat untuk dinikmati. Terdapat pelbagai jenis makanan ringan buah naga di Malaysia yang wajib anda cuba. Ia mempunyai tekstur yang berbeza termasuklah tekstur rangup, kenyal dan lembut. Jika anda masih belum mencubanya, kami sangat mengesyorkan ia kepada anda. Selamat mencuba! 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close