10 Snek Gandum Terbaik Di Malaysia 2023

Snek gandum biasanya dibuat daripada tepung gandum, dan ditambah dengan garam untuk menambah rasa dan sedikit rasa pedas. Snek gandum sesuai dihidangkan untuk semua peringkat umur tidak kira kanak-kanak mahupun warga emas.

Lebih sedap jika digandingkan dengan jem buah, jem kaya atau dicelup dengan susu pekat. Snek gandum adalah rendah karbohidrat dan miliki serat yang tinggi berbanding snek biasa atau tradisional. Pilih snek gandum berbanding snek biasa untuk meningkatkan lebih banyak nutrien yang diperlukan, dan nikmatinya dengan secawan susu atau kopi.

Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Snek Gandum?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan snek gandum di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan snek gandum, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, snek gandum seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah Yang Perlu Diperhatikan Semasa Memilih Snek Gandum?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli snek gandum ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis snek gandum yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Snek Gandum Terbaik Di Malaysia 2023

1. Jacob’s Weetameal Wheat Crackers 

Jacobs Weetameal Wheat Crackers
Kredit Gambar: Shopee

Setiap produk Jacob’s mempunyai serat, vitamin dan mineral yang diperlukan untuk menyumbang kepada diet yang seimbang. Tawaran pemakanannya datang dengan rasa bijirin gandum yang lazat supaya Snek Gandum Weetameal Jacob sedap dan penuh dengan rasa. Selain itu, snek ini juga mengandungi bijirin gandum dan tidak terkandung gula tambahan, pewarna mahupun pengawet.

Bahan-bahan: Tepung (Tepung Gandum, Kalsium, Besi, Niasin, Thiamin), Minyak Sayur (Sawit), Garam, Agen Penaik (Natrium Bikarbonat), dan Yis.

Saiz: 140 g x 8 (pek)

Harga: RM6.49

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Munchy’s Wheat Crackers 

Munchys Wheat Crackers
Kredit Gambar: Tesco

Munchy’s Wheat Crackers ialah snek yang dibakar dengan sedap dan khusus untuk anda! Ia sedap dan rangup dengan pek munch-on-the-go yang sesuai untuk anda. Saiz snek ini juga sempurna membolehkan anda mencelupnya ke dalam minuman kegemaran anda!

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Gula, Lemak Sayuran (Minyak Sawit), Tepung Gandum, Dedak Gandum, Kalsium Karbonat, Ekstrak Malt, Agen Penaik [Ammonium Bicarbonate (E503 (ii)), Sodium Bicarbonate (E500 (ii)), Disodium Diphosphate ( E450(i))], Garam, Susu Tepung, Pengemulsi – Lesitin (E322), Ekstrak Yis, Yis dan Perisa.

Saiz: 322 g 

Harga: RM4.29

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Julie’s Wheat Crackers

Julies Wheat Crackers
Kredit Gambar: Julie’s

Snek gandum memberikan rasa kebaikan yang sihat daripada dedak gandum sehinggalah menjadi snek tradisional yang lazat. Snek gandum ini ialah snek yang sesuai untuk semua majlis dan peringkat umur. Anda boleh gandingkan snek ini dengan jem, mentega kacang dan sajian sarapan yang lain.

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Minyak Sayuran (Minyak Sawit), Dedak Gandum, Kanji Jagung, Agen Penaik [Ammonium Bicarbonate (INS 503(ii)), Sodium Bicarbonate (INS 500(ii)), Disodium Diphosphate (INS 450(i)) ], Gula, Serbuk Whey, Garam, Sirap Glukosa, Kanji Tapioka, Ragi, Lemak Susu Kontang dan Perisa.

Saiz: 200 g 

Harga: RM7.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Organic Health Wheat Germ Cracker

Organic Health Wheat Germ Cracker
Kredit Gambar: Shopee

Snek ini mengandungi banyak vitamin E, yang merupakan suplemen yang baik untuk meningkatkan peredaran darah. Selain itu, snek ini juga menampilkan Lecithin High Potency, yis bir, dan bijan putih untuk memberikan lebih banyak nutrien kepada badan anda. Tiada perasa tiruan, pigmen tiruan dan pengemulsi ditambah, dan tidak mengandungi lemak terhidrogenasi.

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Gula, Minyak Kelapa, Fruktosa, Serat Gandum & Dedak, Kuman Gandum, Bijan Putih, Ekstrak Malt, Garam, Ragi, Yis Brewer, Natrium Bikarbonat (agen penaik), Lesitin Soya dan Sodium Metabisulfite (Peningkatan Kualiti).

Saiz: 420 g 

Harga: RM16.70

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Etblisse Wheat Germ Grain + Crackers

Etblisse Wheat Germ Grain Crackers
Kredit Gambar: Biogreen2U Online Organic Store

etblisse Wheat Germ Grain+ Cracker mengandungi gabungan unik nutrien penting daripada kuman gandum tulen Finland, biji chia organik, multigrain dan prebiotik oligosakarida. Dibuat daripada tepung gandum yang tidak diluntur dan gula tebu organik untuk rasa sedikit manis. Snek ini juga bebas lemak trans, bebas kolesterol, bebas tenusu dan tiada bahan tambahan makanan tiruan.

Bahan-bahan: Tepung Gandum Tidak Diluntur, Gula Tebu Mentah Organik, Minyak Sayuran (Minyak Sawit), Kuman Gandum, Pati Jagung, Kacang Soya Organik, Serbuk Penaik, Garam Laut, Bijan Putih, Soda Penaik, Oat, Yis Pemakanan, Ubi bit, Biji Chia Hitam Organik , Beras Perang, Kacang Merah, Kacang Hijau, Air Mata Ayub, Soba, Millet, Beras Ungu, Lentil Merah, Barli, Habbatus Sauda, Prebiotik Oligosakarida, Protein Soya dan Lesitin Soya.

Saiz: 26 g x 16

Harga: RM17.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Organic Wheat Germ Crackers

Organic Wheat Germ Crackers
Kredit Gambar: Shopee

Menggunakan yis aktif semula jadi dan penapaian suhu rendah, snek yang dihasilkan ini sungguh lazat. Pembakaran berbilang peringkat pada suhu berbeza menghasilkan lapisan rasa yang rangup. Penambahan dedak gandum adalah tambahan yang berkhasiat buat snek ini. Gabungan kesihatan dan rasa tidak berkesudahan tatkala anda menikmati snek ini.

Bahan-bahan: Tepung gandum, mentega, dedak gandum, gula, garam laut, ekstrak malt (barli), serbuk yis, natrium bikarbonat.

Saiz: 400 g

Harga: RM21.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Weetabix Whole Wheat Biscuit 

Weetabix Whole Wheat Biscuit
Kredit Gambar: Shopee

Bijirin Biskut Gandum Penuh diperbuat daripada gandum yang lazat untuk sarapan pagi anda. Ia kaya dengan serat dan sumber zat besi dan vitamin B yang tinggi untuk kesihatan anda. Pastikan anda menikmatinya bersama keluarga dan rakan-rakan anda.

Bahan-bahan: 39% daripada bijirin gandum , 36% daripada bijirin gandum yang digulung, 12% daripada kismis, gula dan garam.

Saiz: 430 g

Harga: RM26.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Korea Mammos Wheat Cracker

Korea Mammos Wheat Cracker
Kredit Gambar: mammos

Wheat Mammos Snack ialah snek nasi yang lazat dari Korea dengan rasa asli gandum dan beras. Dibuat dan diimport terus dari Korea, snek ini lebih kurang seperti rengginang di Indonesia. Tapi sudah tentu rasanya lain sebab ada pelbagai perisa, salah satunya perisa gandum. Rasanya lebih lembut berbanding varian lain. Sesuai untuk masa snek anda jika anda lapar dan mencari snek yang mengenyangkan.

Bahan-bahan: Gandum, Gula, Oligosakarida, Hydroxypropyl, Distarch Phosphate(E1442), Locust Bean Gum(E410), Carrageenan(E407), Guar Gum(E412), Marjerin(Soya).

Saiz: 70 g

Harga: RM8.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. KHAKHRA (Roasted Wheat Thins) Shanta G – Gol Gappas

KHAKHRA Roasted Wheat Thins Shanta G Gol Gappas
Kredit Gambar: Shopee

Snek ini menjadi kegemaran suri rumah kerana rasanya yang padat dengan gandum asli. Selain itu, ia juga mengenyangkan di samping memberikan nutrien yang diperlukan oleh badan. Jika anda mencari snek yang sihat dan mengenyangkan, maka snek inilah jawapannya. Nikmatinya bersama rakan-rakan dan keluarga anda sekarang!

Bahan-bahan: 65% daripada Tepung Gandum Penuh (Atta), Minyak Makan, Garam Beryodium, Serbuk mangga kering, Garam hitam, pudina pudina (Pudina), Cili Hijau, Jintan Hitam Lada Hitam, Serbuk Halia, dan Asid Sitrik.

Saiz: 150 g

Harga: RM5.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Woolworths Wheat Biscuits 

Woolworths Wheat Biscuits
Kredit Gambar: Shopee

Bangkit, bersinar dan nikmatilah kelazatan biskut gandum ini. Ia diperbuat daripada 99% bijirin penuh tanpa gula tambahan dan sumber serat. Selain itu, ia juga sedap apabila digandingkan dengan susu dan pisang. Satu hidangan 31 g Biskut Gandum Woolworths boleh menyumbang lebih daripada 60% daripada 48 g pengambilan sasaran harian bijian penuh.

Bahan-bahan: Dibuat dengan 99% gandum bijirin penuh, dan garam tanpa ditambah gula.

Saiz: 1.12 kg

Harga: RM24.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close