10 Snek Lemon Terbaik Di Malaysia 2023

Lemon adalah sumber Vitamin C yang baik. Lemon mengandungi banyak vitamin dan nutrien yang boleh memberikan rangsangan kepada badan anda. Ia meningkatkan imuniti, sistem penghadaman dan membantu dalam kesihatan jantung. Jika anda suka menikmati snek lemon maka anda berada di tempat yang betul.

Dalam artikel ini, kami bawakan kepada anda senarai snek lemon yang boleh dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Snek lemon ini bukan sahaja memberi nutrisi kepada anda, tetapi ia juga mengenyangkan. Selain itu, ia juga mudah dinikmati di mana sahaja anda berada. Jika anda sukakan snek berperisa lemon, maka artikel ini adalah untuk anda.

Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Snek Lemon?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan snek lemon di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan snek lemon, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, snek lemon seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah Yang Perlu Diperhatikan Semasa Memilih Snek Lemon?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli snek lemon ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis snek lemon yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Snek Lemon Terbaik Di Malaysia 2023

1. Cissy Potato Cracker 4 Flavour (Lemon)

Cissy Potato Cracker Flavour Lemon
Kredit Gambar: Shopee

Snek kentang ini adalah vegetarian. Ia juga diperakui halal dan mampu dinikmati oleh semua orang pada mana-mana peringkat umur. Masih berfikir tentang snek yang mana untuk dinikmati ketika menonton filem nanti? Anda tidak boleh ketinggalan snek kentang berperisa lemon yang rangup dan lazat ini. Pasti anda ketagih selepas suapan pertamanya.

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Gula Putih, Minyak Sawit, Maltosa, Pati Kentang, Kerepek Rumpai Laut, Garam, Ejen Penaik (Natrium Bikarbonat, Ammonium Bikarbonat), Perisa Kentang, Penyediaan Enzim dan β-karotena.

Saiz: 32 g x 10

Harga: RM8.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Julie’s Le-mond Puff Sandwich

JULIES Le mond Puff Sandwich
Kredit Gambar: GoToChef

Julies adalah jenama biskut terkenal yang berpangkalan di Malaysia. Sandwic puff le-mond ini Ia adalah biskut sandwic yang diisi dengan krim lemon. Masam manis akan dapat memenuhi cita rasa anda, jadi anda tidak akan menyesal jika mencubanya. Ia mempunyai 10 pek kecil di dalam satu bungkusan, jadi ia mudah untuk dibawa bersama anda dan dinikmati pada bila-bila masa atau di mana-mana sahaja anda berada.

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Minyak Sayuran (Minyak Sawit), Gula, Tepung Susu Skim, Dextrose Monohydrate, Agen Penaik [Ammonium Bicarbonate (INS 503(ii)), Disodium Diphosphate (INS 450(i)), Sodium Bicarbonate (INS 500( ii))], Kanji Jagung, Pengemulsi [Distarch Phosphate (INS 1412), Soya Lecithin (INS 322(i))], Inulin, Garam, Kanji Tapioka, Pengatur Keasidan [Asid Sitrik (INS 330)], Perisa, Jus Lemon serbuk.

Saiz: 10 x 17 g

Harga: RM4.89

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Lexus Biscuit Lemon Cream Sandwich

Lexus Biscuit Lemon Cream Sandwich G
Kredit Gambar: Shopee

Sandwich krim lemon biskut Lexus adalah makanan ringan yang halal. Ia adalah snek atau sarapan pagi ideal anda semasa berada dalam perjalanan ke tempat kerja atau ke sekolah. Isi krim lemon yang manis dan berperisa ini mampu memuaskan keinginan anda. Biskut ini mnegandungi gandum, kacang tanah, kacang soya, susu dan kacang. Adalah disyorkan untuk menyimpannya di tempat yang sejuk dan kering bagi mengekalkan rasa biskut.

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Gula, Lemak Sayuran (Minyak Kelapa Sawit), Susu Tepung, Laktosa, Dekstrosa Monohidrat, Kanji, Agen Penaik, (Ammonium Bikarbonat (E503(ii)), Natrium Bikarbonat (E500 (ii)), Disodium Difosfat (E450 (i)), Kalsium Karbonat, Garam, Pengemulsi- Lecithin (E322), Asid Sitrik, Sayuran dan Perisa Dehidrasi Serbuk Lemon dan Pewarna Makanan (E160a).

Saiz: 190 g

Harga: RM4.74

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. [FSC] ZESS Lemon Cream Sandwiches Cracker

FSC ZESS Lemon Cream Sandwiches Cracker
Kredit Gambar: Amazon

ZESS Lemon Cream Sandwiches Cracker ialah sejenis sandwic dan biskut yang diisi dengan pelbagai pek. Ia disahkan halal dan merupakan makanan ringan yang dibuat di Malaysia. Anda boleh menikmati kerangupan snek ini dan juga rasa masam manis limau pada masa yang sama. Percayalah, snek ini mampu memenuhi keinginan anda jika anda ingin menikmati makanan ringan.

Bahan-bahan: Tepung Gandum, minyak sayuran, (minyak sawit), gula, susu tepung, serbuk whey, kanji jagung, sirap fruktosa, agen penaik/penaik, natrium bikarbonat, yis, mentega, garam, serbuk lemon lesitin soya, asid sitrik, lemon perisa,, penstabil, agen/enzim rawatan tepung.

Saiz: 180 g

Harga: RM5.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. [MZK] Zess Sandwich Cracker (Lemon)

MZK Zess Sandwich Cracker Lemon
Kredit Gambar: Bestime Global Sdn Bhd

Snek berperisa limau sandwic Zess ini ialah snek pek kecil yang disahkan halal. Dengan jangka hayat selama 6 bulan, pengguna disyorkan untuk menghabiskannya secepat mungkin selepas membuka bungkusannya. Anda juga boleh menyimpannya di dalam bekas yang kedap udara untuk mengekalkan kualiti kerangupannya.

Bahan-bahan: Tepung Gandum, minyak sayuran, (minyak sawit), gula, susu tepung, serbuk whey, kanji jagung, sirap fruktosa, agen penaik/penaik, natrium bikarbonat, yis, mentega, garam, serbuk lemon lesitin soya, asid sitrik, lemon perisa, penstabil, agen/enzim rawatan tepung.

Saiz: 54 g

Harga: RM1.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Julie’s Finger Lemon Sandwich

Julies Finger Lemon Sandwich
Kredit Gambar: Shopee

Julie’s ialah jenama snek terkenal di Malaysia. Sandwic limau ini adalah snek dalam bentuk segi empat dengan krim lemon sebagai inti. Jika anda mengidam biskut krim, anda boleh mencarinya di pasar raya mahupun kedai yang berdekatan dengan anda.

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Minyak Sayuran (Minyak Sawit), Gula, Kanji Jagung, Sirap Glukosa, Laktosa, Garam, Serbuk Whey, Tepung Susu Skim, Agen Penaik: [Disodium Diphosphate (E450(i)), Natrium Bikarbonat (E500), Ammonium Bikarbonat (E503)], Asid Sitrik (E330), Serbuk Jus Lemon, Lecithin Soya (E322), Perisa yang Dibenarkan – Perisa Lemon.

Saiz: 126 g

Harga: RM3.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Arnott’s Lemon Crisp Cream Biscuits

Arnotts Lemon Crisp Cream Biscuits
Kredit Gambar: Shopee

Arnott’s Lemon Crisp Biskut merupakan biskut rangup yang ringan dengan krim lemon sebagai inti biskut. Menikmati biskut ini merupakan salah satu perkara yang perlu anda lakukan kerana rasanya yang masam manis dapat memberikan anda tenaga tatkala anda kelelahan. Nikmati biskut ini bersama keluarga anda.

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Minyak Sayur-sayuran, Gula, Garam, Serbuk Penaik, Perisa Asli, Asid Makanan (Asid Sitrik), Pengemulsi (Lesitin Soya), Warna Makanan (Tartrazine, Sunset Yellow FCF), Antioksidan (E307b Daripada Soya, E304).

Saiz: 250 g

Harga: RM12.45

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Khong Guan Lemon Puff Biscuits

Khong Guan Lemon Puff Biscuits
Kredit Gambar: Shopee

Biskut lemon puff Khong Guan adalah biskut yang disahkan halal dan boleh dinikmati oleh semua orang. Terdapat 8 pek mudah, yang sesuai untuk diambil sebagai snek on-the-go bagi mereka yang terburu-buru. Ia juga disyorkan untuk dihidangkan dengan secawan susu atau teh semasa makan biskut puff lemon ini.

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Gula, Minyak Sawit, Kanji Tapioka, Garam, Lemak Susu, Sirap Glukosa, Dekstrosa, Serbuk Whey, Ragi,  Perisa Makanan, Penaik (Ammonium Bikarbonat), Sodium Metabisulphite, Asid Sodium Pyrophosphate (E450). Asid Sitrik (E330), Natrium Metabisulfit (E223), dan mengandungi warna makanan yang dibenarkan (E102).

Saiz: 168 g

Harga: RM2.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Signature Market Zesty Lemon Cookies with Superseeds

Signature Market Zesty Lemon Cookies with Superseeds
Kredit Gambar: Signature Market

Signature Market terkenal kerana menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk membuat makanan ringan. Zesty Lemon Cookies with Superseeds adalah biskut yang dibuat di Jepun yang disahkan halal. Biskut perisa lemon ini memberikan rasa ringan dan segar selain mempunyai nutrien omega-3 yang berasaskan tumbuhan. Jadi, ia adalah pilihan ideal untuk anda sewaktu anda menonton filem. Ia juga snek yang sihat dan lazat. Anda boleh gandingkan snek ini bersama the atau kopi.

Bahan-bahan: Diperbuat dengan tepung gandum, biji rami, gula, lemon, serbuk kelapa, minyak sayuran, biji chia dan garam.

Saiz: 150 g

Harga: RM2.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Lee Biscuit Wafer Cubes (Lemon)

Lee Biscuit Wafer Cubes Lemon
Kredit Gambar: Tesco

Ini adalah biskut kiub wafer yang merupakan makanan ringan yang disahkan halal dan dibuat di Malaysia. Jika anda peminat wafer, anda patut mencuba kiub wafer perisa lemon ini. Nikmati biskut wafer yang rangup, lazat dan enak dengan isi krim lemon pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Bahan-bahan: Tepung gandum, Gula, Lemak sayuran (Asas sawit), Maltodekstrin, Tepung beras, Serbuk whey (Mengandungi laktosa), Minyak sayuran (Palm olein), Mengandungi Pengemulsi yang dibenarkan (Lesitin soya), Mengandungi Perisa dan Perisa yang dibenarkan (Lemon, Oren ), Garam, Mengandungi Pengatur Keasidan yang dibenarkan (Asid malik), Ejen penaik (Natrium bikarbonat), Mengandungi Warna yang dibenarkan [Tartrazine (FD&C Yellow No 5, E102)].

Saiz: 90 g

Harga: RM2.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close