9 Snek Mangga Terbaik di Malaysia 2022

Tidak kira tua atau muda, snek atau makanan ringan pasti menjadi kegemaran sesiapa sahaja. Ia sesuai untuk dijadikan kudap-kudapan pada bila-bila masa yang anda mahukan. Kalau ke kedai runcit atau pasaraya besar, pasti ada sahaja deretan snek yang tersusun. Snek kebiasaanya terdiri daripada pelbagai jenis perasa tiruan yang berperisa seperti ayam, udang dan keju. Namun ia boleh juga terdiri daripada buah-buahan seperti mangga dan sebagainya. 

Di Malaysia, anda boleh mendapati pelbagai snek yang berasaskan buah mangga. Snek mangga yang paling ikonik ialah gula-gula mangga Fruit Plus dan mangga Sour Plus. Kedua-duanya mengandungi rasa manis mangga yang semula jadi. Berikut adalah 9 snek mangga terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia 2022.

9 Snek Mangga Terbaik di Malaysia 2022

1. Lot 100 Sour Plus Mango

Lot Sour Plus Mango
Kredit Gambar: yamibuy

Jika anda menggemari gula-gula masam pasti gula-gula ini tidak asing lagi dengan anda. Lot 100 Sour Plus Mango mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri. Gula-gula ini mempunyai tekstur yang kenyal dan mempunyai rasa masam dan manis menjadikan setiap gigitan anda menarik dan dipenuhi dengan rasa yang menyegarkan. Bukan itu sahaja, gula-gula ini juga telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Bahan: Gula, Glukosa, Air, Gelatin

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 100g

Harga: RM 4.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Fruit Plus Mango Chewy Candy 

Fruit Plus Mango Chewy Candy
Kredit Gambar: Shopee

Fruit Plus Mango Chewy Candy merupakan gula-gula keluaran Malaysia dan diperakui halal. Gula-gula ini didatangkan dalam bentuk pembungkusan bersaiz individu yang memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. 

Bahan: Gula, Sirap Glukosa, Lemak Sayuran (Lemak Inti Sawit Terhidrogenasi), Mengandungi Perapi Makanan yang Dibenarkan [Gelatine (Halal), Gum Arabic E414, Asid Sitrik E330], Perisa dan Pewarna [E110 (CI15985)], Mengandungi Gelatin Boleh Dimakan Bovine Sumber                                

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 150g

Harga: RM 2.10-RM 2.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. GLICO (Thai) Mango Pocky

GLICO Thai Mango Pocky
Kredit Gambar: EZAKI GLICO Pocky – Glico

GLICO(Thai) ) Mango Pocky mempunyai tekstur yang rangup dan diperkaya dengan rasa mangga menjadikannya salah satu snek mangga yang paling popular dalam kalangan penggemar.  Selain itu, ia direka dengan bentuk mudah alih dan selamat dibawa ke mana sahaja.

Bahan: Tepung Gandum (36%), Gula (21%), Minyak Sawit (18%), Laktosa (10%), Susu Tepung (10%), Shortening (2%), Serbuk Mangga (1%), Pengemulsi ( INS 322(I), INS471), Ejen Menaikkan (INS 500 (ii)), Pengatur Keasidan (INS 524), Ejen Rawatan Tepung: (INS 1101 (ii)), Warna (INS 160a (i)). Dibuat di kilang yang turut mengendalikan Kacang Soya, Telur, Barli, Ryes, Peanut dan Oat

Negara Pengeluar: Thailand

Saiz: 25g

Harga: RM 2.88-RM 3.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Tong Garden Yogi Cream Stick (Mango)

Tong Garden Yogi Cream Stick Mango
Kredit Gambar: Tc

Jika anda mencari snek biskut yang disaluti dengan krim mangga yang enak, Tong Garden Yogi Mango Cream Stick sesuai untuk anda. Snek ini mempunyai saiz yang ideal untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Selain itu, anda juga boleh menjadikan snek ini sebagai ‘doorgift’ untuk diberikan kepada keluarga atau rakan-rakan anda.

Bahan: Tepung Gandum, Gula, Minyak Sayur-sayuran yang Dikeraskan (Minyak Sawit), Serbuk Whey, Minyak Sawit, Serbuk Susu Penuh, Serpihan Mangga, Pati Ubahsuai, Perisa Mangga, Garam, Serbuk Kopi, Perisa Susu, Beta Karotena, Annatto, Protease, mengandungi Pengemulsi (Lecithin E322) dan Polyglycerol Polyricinoleate E476 dan Pengatur Keasidan [Asid Sitrik, Ammonium Bikarbonat E503 dan Natrium Bikarbonat E500 sebagai Perapi Makanan yang dibenarkan.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 36g 

Harga: *RM 2.60-RM 2.94

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Thailand Feifei Dried Mango

Thailand Feifei Dried Mango
Kredit Gambar: Lazada

Thailand Fei Fei Dried Mango merupakan snek keluaran Thailand yang diperbuat daripada mangga asli Thailand dan tidak mengandungi sebarang gula tambahan. Snek ini sangat sesuai untuk anda yang menggemari snek organik yang tidak terlalu manis.  Snek ini bukan sahaja popular di Thailand malah di Malaysia juga.

Bahan: Mangga Premium 97%, Gula Serbuk 3%

Negara Pengeluar: Thailand

Saiz: 200g,500g, 1000g

Harga: *RM 15.50-RM 106.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Semak Harga di lazada

6. Osuda Healthy Snack [HALAL] Freeze-Dried Fruit Chips Mango

Osuda Healthy Snack HALAL Freeze Dried Fruit Chips Mango
Kredit Gambar: Shopee

Osuda Healthy Snack [HALAL] Freeze-Dried Fruit Chips Mango merupakan snek yang diperbuat daripada buah mangga sebenar yang dikeringkan.  Walaupun ia sudah dikeringkan dan diproses, namun khasiat buah mangga sebenar masih boleh diperolehi, ekoran proses yang dilakukan adalah secara semula jadi dan tidak akan menghilangkan ciri asli, rasa dan tekstur buah tersebut. 

Bahan: 100% Mango asli

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 20g

Harga: *RM10.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Royal Family Mango Fruity Mochi 

Royal Family Mango Fruity Mochi
Kredit Gambar: Walau

Jika anda penggemar mochi dan juga mangga, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba Royal Family Mango Fruity Mochi. Snek ini dipasarkan dengan harga serendah RM  7.90 dan setiap pek penjualan akan mengandungi 4 biji mochi. 

Bahan: Maltose, gula, hydroxypropylated, diamidon phosphate (e1442), beras, mangga, pektin (sitrus), gelatin, perisa, sorbitol, fd, c no.5 kuning (e102), asid sorbik (e200) (konservatif)

Negara Pengeluar: Taiwan

Saiz: 152g

Harga: *RM 7.90-RM 15.89

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Signature Market Mango Mania Crunch (Freeze-Dried) 

Signature Market Mango Mania Crunch Freeze Dried
Kredit Gambar: Lazada

Signature Market Mango Mania Crunch ( Freeze-Dried) merupakan pilihan snek terbaik untuk anda yang sedang berdiet namun masih mengidamkan makanan ringan. Snek ini  diperbuat daripada buah mangga asli dan tidak mengandungi sebarang perisa tambahan menjadikannya antara snek yang sihat untuk anda nikmati. Selain itu, ia dipasarkan dengan 1 saiz sahaja.

Bahan: 100% Mangga Asli

Negara Pengeluar: China

Saiz: 30g

Harga: *RM 12

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Signature Market Mango Yoghurt Cube (Freeze-Dried) 

Signature Market Mango Yoghurt Cube Freeze Dried
Kredit Gambar: Shopee

Ini ialah satu lagi snek mangga keluaran Signature Market yang harus anda cuba. Snek ini agak berbeza dengan Signature Market Mango Mania Crunch kerana snek ini didatangkan dalam bentuk dadu yang disaluti dengan yogurt. Selain itu, snek ini juga didatangkan dengan saiz bungkusan yang kecil membolehkannya dibawa ke mana sahaja.

Bahan: Yoghurt, Mangga

Negara Pengeluar: China

Saiz: 30g 

Harga: *RM 14

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Apa yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pembelian:

1. Perisa atau tekstur

Anda harus mengetahui rasa atau tekstur setiap snek mangga sebelum membeli untuk mengelakkan sebarang penyesalan dan ketidakselesaan. Sebagai contoh, jika anda seorang gemar dengan makan masam maka anda tidak dicadangkan untuk memilih gula-gula Lot 100 Sour Plus.

2. Tarikh luput 

Tarikh luput adalah bahagian paling penting bagi setiap bungkusan makanan. Anda harus mengambil kira mengenai tarikh luput setiap produk makanan bagi mengelakkan anda membeli produk makanan yang sudah tidak elok. 

3. Bahan

Anda haruslah membaca senarai bahan dengan teliti dan jelas sebelum membuat pembelian.  Hal ini kerana, ia mungkin mengandungi bahan yang boleh menyebabkan anda alahan.

Secara ringkasnya, terdapat pelbagai jenis Snek Mangga di Malaysia 2022. Kebanyakan snek mangga mengandungi perisa mangga yang masam, selain Lot 100 Sour Plus. Makanan ringan mangga kekal sebagai salah satu makanan ringan zaman kanak-kanak yang paling digemari ramai orang.  Pilih snek mangga yang anda minati dan nikmatinya bersama orang tersayang!

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close