10 Snek Taiwan Terbaik Di Malaysia 2023

Adakah anda pernah melancong ke Taiwan sebelum ini? Jika ya, makanan ringan yang manakah pernah anda cuba dan yang manakah sedap? Tidak kira sama ada anda melancong sebelum ini atau tidak, anda perlu mencuba makanan ringan di Taiwan.

Setiap snek dan biskut disertakan dengan pek, jadi ia sangat mudah untuk dimakan dan dibawa ke mana-mana. Siapa yang tidak suka makanan ringan? Berikut ialah senarai makanan ringan yang mungkin anda ingin cuba. Lihat 10 senarai ini dan pilih yang mana kegemaran anda untuk dinikmati bersama keluarga anda.

Di manakah saya boleh mendapatkan snek Taiwan?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan snek Taiwan di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan snek Taiwan, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, snek Taiwan seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih snek Taiwan?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli snek Taiwan ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis snek Taiwan yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Snek Taiwan Terbaik Di Malaysia 2023

1. (HALAL) Royal Family – Strawberry Mochi

HALAL Royal Family Strawberry Mochi
Kredit Gambar: Shopee

Mochi lembut ini mempunyai isi strawberi yang berair. Anda boleh merasai kemanisan strawberi yang masam ini apabila mengunyah kek nasi mochi yang lembut ini. Ia dibalut secara individu jadi anda mudah membawanya ke mana sahaja. Setiap pek ini diisi dengan jeli strawberi berair. Snek ini disalut dengan gelatin melekit dan mochi berperisa strawberi ini memberikan anda kunyahan manis tatkala mengigitnya. Snek ini menawarkan keriangan untuk anda dan ia dihasilkan di Taiwan.

Bahan-bahan: Serbuk Beras Pulut, Minyak Sawit, Tembikai Musim Sejuk, Strawberi, Gula dan Gelatin (Daging Lembu).

Saiz: 216 g  

Harga: RM9.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Taiwan Mochi (Matcha flavour) I Tangyuan Kering Mochi Goreng 800g

Taiwan Mochi Matcha flavour I Tangyuan Kering Mochi Goreng
Kredit Gambar: Shopee

Snek ini menjadi kegemaran ramai kerana ia boleh membuatkan anda ketagih dengan setiap kunyahannya. Snek ini lazat dan enak, menjadikannya pilihan snek yang wajib anda bawa tatkala berkelah mahupun bersiar-siar di taman.

Bahan-bahan: Tepung pulut, maltosa, minyak sayuran, mangga, serbuk matcha, parutan kelapa dan serbuk teh hijau.

Saiz: 800 g  

Harga: RM38.47

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Cranberry flavor snowflakes 

Cranberry flavor snowflakes
Kredit Gambar: Shopee

Bibizan Snowflakes Crisp Cookies ini penuh dengan kacang termasuklah biji aprikot dan biji labu. Ia merupakan snek yang tiada bahan pengawet, pewarna tiruan mahupun perasa tiruan. Snek ala organik ini menjadi salah satu snek yang sesuai jika anda mengamalkan pemakanan snek yang sihat.

Bahan-bahan: sirap maltosa, biskut (tepung gandum, minyak sayuran, gula, susu tepung penuh, garam, bahan tambahan makanan (ammonium bikarbonat, natrium bikarbonat), gula, minyak sayuran, cecair protein (putih telur), marjerin, susu tepung keseluruhan, bukan -krim tenusu, kranberi kering, garam, bahan tambahan makanan (gelatin), dan perisa makanan.

Saiz: 10 g

Harga: RM0.39

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. BIBIZAN Matcha Sandwich Cookies (individual package) 5pcs

BIBIZAN Matcha Sandwich Cookies individual package pcs
Kredit Gambar: Lazada

Biskut BIBIZAN adalah biskut yang disahkan halal. Ia dibuat dengan bahan-bahan premium yang akan memberikan rasa matcha yang lazat dan segar. Jika anda peminat matcha, anda patut mencuba biskut BIBIZAN ini.

Bahan-bahan: Tepung gandum, minyak sayuran ditapis, mentega kontang, gula putih, pengganti mentega koko, serbuk matcha (teh hijau) dsb.

Saiz: 13 g

Harga: RM0.99/ setiap keping

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Wife biscuit Lam Fong biscuits (wife cake)

Wife biscuit Lam Fong biscuits wife cake
Kredit Gambar: Shopee

Wife Cake ialah produk biskut tradisional Cina. Ia mempunyai lapisan luar yang rangup dan didatangkan dengan isi lembut yang lazat. Ia sememangnya hadiah terbaik untuk rakan-rakan atau saudara-mara, dan juga pilihan pertama untuk melayan tetamu semasa waktu minum teh di rumah anda. Pastri tradisional Yong Sheng adalah kepakaran pastri terkenal dari Muar. Semua Wife Cake dibungkus secara individu, mudah dibawa, sedia untuk dimakan selepas dibuka, dan mengekalkan rasa asalnya di dalam beg.

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Gula, Minyak Sayur, Bijan, Teratai dan Telur.

Saiz: 300 g

Harga: RM 1.59-RM1.69 / keping (6 keping setiap kotak)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Nougat Flavor Peanut Candy / flavored peanut candy snack

Nougat Flavor Peanut Candy flavored peanut candy snack
Kredit Gambar: Shopee

Gula-gula Kacang Perisa Nougat ini lembut bak sutera. Ia kenyal, dan rasanya masam manis di mulut. Jika anda suka akan snek yang rasanya masam manis, maka snek ini adalah untuk anda. Snek dengan perisa ini boleh menyegarkan mata yang mengantuk dan memberikan anda tenaga sewaktu melakukan kerja. Ia juga rangup di mulut tatkala anda memakannya.

Bahan-bahan: Maltose, Gula, kacang tanah, mentega, dsb.

Saiz: 300 g

Harga: RM 1.59-RM1.69 / keping (6 keping setiap kotak)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Taiwan New Wafer Pie Peanut Butter Flavor

Taiwan New Wafer Pie Peanut Butter Flavor
Kredit Gambar: Shopee

Perisa kacang yang paling klasik, dan setiap gigitannya tidak dapat dilupakan! Kek wafer pai yang mulia ini dibuat dengan “serbuk kacang soya yang diubah suai”. Setiap wafer mempunyai rasa kaya coklat putih yang dicampur dengan perisa matcha, menjadikannya mustahil untuk anda berhenti makan!

Bahan-bahan: Kacang tanah, tepung, sukrosa, minyak kelapa sawit, minyak isirong sawit, serbuk whey, minyak kelapa, serbuk koko, kanji jagung, susu tepung, lesitin, garam, tepung soya (tidak diubah suai secara genetik), perisa, pengemulsi (kastor laktasi) Asid rami gliserida terpolimer), agen pukal (natrium bikarbonat).

Saiz: 144 g

Harga: RM2.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Chia Te Cranberry Pineapple Cake (Original Flavor)

Chia Te Cranberry Pineapple Cake Original Flavor
Kredit Gambar: shopee

Kek nanas tradisional asli Taiwan yang pertama dibuat dengan tambahan kranberi dan kuman gandum (wheat germ) untuk membentuk kek nanas unik baharu. Ia adalah hadiah cenderahati terbaik untuk sahabat mahupun ahli keluarga anda. Kek ini mampu membuat anda ketagih sebaik sahaja anda mengunyahnya.

Bahan-bahan: Tepung, gula, krim import, telur, garam, inti nanas, isi tembikai musim sejuk (vegetarian ovo-lacto).

Saiz: Tidak dinyatakan

Harga: RM 100.00 /2 kotak

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Edibee Mochi Mango Taiwanese Snack (100G)

Edibee Mochi Mango Taiwanese Snack
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda seorang yang tidak pernah merasai mochi dalam hidup anda, anda pasti terlepas salah satu nikmat dalam dunia makanan! Bebola pulut ini telah wujud sejak berkurun lamanya di Taiwan, Jepun dan Korea dengan pelbagai isian yang mewarnai setiap budaya. Rasanya manis dan sesuai untuk sebarang majlis pada bila-bila masa. Percayalah bahawa mochi bersaiz gigitan Taiwan Edibee ini lembut seperti span. Terdapat pelbagai inti yang sedap untuk anda cuba!

Bahan-bahan: Maltose, Mangga, Serbuk Pulut, Gula, Air, Serbuk Kentang, Pengawet (Kalium Sorbat), Ester Asid Lemak Gliserin, Gula Xanthan, Perisa Mangga, Warna Makanan.

Saiz: 100 g

Harga: RM5.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. TAIWAN Natural Cookies Snack 5-Grains Brown Rice Roll, Rice Crackers (Seaweed Brown Rice flavor)

TAIWAN Natural Cookies Snack Grains Brown Rice Roll Rice Crackers Seaweed Brown Rice flavor
Kredit Gambar: Shopee

Produk ini mengandungi lima bijan asli, oat, beras ungu, gandum, beras hitam dan perisa Susu Rumpai Laut pada masa yang sama. Sesuai untuk snek ketika anda lapar, dan ia juga snek yang sihat dalam masa yang sama. Ia juga boleh membuat anda berasa kenyang. Produk ini sesuai untuk Lacto-vegetarian.

Bahan-bahan: Beras Perang, Minyak Sawit, Com, Gula, Glukosa, susu tepung, rumpai laut, oat, kuman gandum, beras ungu, serbuk sos (Soya, Gandum, Maltodextrin, gula, garam), bijan putih hitam dan garam.

Saiz: 160 g

Harga: RM8.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close