10 Snek Udang Terbaik di Malaysia 2022

Keropok atau kerepek berperisa udang biasanya disertakan dengan pek dan menjadikannya sebagai hidangan atau snek selepas makan atau apabila anda berasa bosan. Kerepek udang ini sering dinikmati oleh pelbagai golongan termasuk remaja dan kanak-kanak.

Snek udang biasanya dibuat daripada tepung ubi kayu, udang hancur dan sedikit MSG. Jangan ketinggalan snek udang yang lazat ini, dan dapatkan snek anda sebelum habis dijual. Anda boleh dapatkannya di kedai yang berhampiran dengan anda. Snek udang ini rangup dan sedap, sesiapa yang menyukai rasa udang pasti akan menyukai snek udang.

Di manakah saya boleh mendapatkan snek udang?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan snek udang di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan snek udang, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, snek udang seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih snek udang?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli snek udang ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis snek udang yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Snek Udang Terbaik di Malaysia

1. Snek Ku Mimi Prawn Flavoured Snack (12 g X 40 pkts)

Snek Ku Mimi Prawn Flavoured Snack
Kredit Gambar: Tesco

Snek berperisa udang adalah produk terlaris sejak 40 tahun lalu dan telah memantapkan kedudukannya sebagai snek nostalgia zaman kanak-kanak dalam kalangan rakyat Malaysia. Snek udang ini lazat dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan tersayang.

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Olein Palma, Gula, Perisa Ikan, Agen Pembesar (Ammonium Bikarbonat), Garam, Perencah Udang, Perencah Ayam, Serbuk Cili, Serbuk Kari, Serbuk Bawang Putih dan Tepung Jagung.

Saiz: 12 g X 40 pkts

Harga: RM8.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Double Decker Prawn Snack

Double Decker Prawn Snack
Kredit Gambar: RudinaBrand

Keropok Double Decker merupakan salah satu produk snek perintis MAMEE-Double Decker yang membuat penampilan sulungnya pada tahun 1980-an dan telah menjadi nama popular di kalangan rakyat Malaysia. Jenama ini dijadikan ikonik dengan bas dua tingkat merah dan ia sering dilihat sebagai titik utama untuk menyampaikan keropok udang dan ayam yang lazat kepada semua orang. Keropok Double Decker bermula dengan memperkenalkan keropok udang yang diperbuat daripada udang asli. Pada masa ini keropok Double Decker boleh didapati dalam 3 perisa lazat iaitu perisa udang, ayam dan keju.

Bahan-bahan: Pati, tepung gandum, minyak sayuran (palm olein), udang, gula, tepung beras, mengandungi bahan perasa yang dibenarkan (mengandungi gluten, krustasea, ikan, susu, kacang soya, saderi), garam, mengandungi penstabil (E500, E503), dan agen anticaking (E551) sebagai perapi makanan yang dibenarkan, dekstrosa, serbuk penaik, mengandungi monosodium glutamat (E621) sebagai bahan tambahan makanan yang dibenarkan dari tumbuhan, krustasea dan asal sintetik.

Saiz: 60 g

Harga: RM1.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. MYREAL PANGKOR PREMIUM Prawn Crackers Stick

MYREAL PANGKOR PREMIUM Prawn Crackers Stick
Kredit Gambar: Shopee

Udang berfungsi sebagai sumber protein tanpa lemak yang sangat baik. Ia juga mengandungi semua asid amino yang tidak dapat disintesis oleh sel anda sendiri. Setiap sel dalam badan anda mengandungi molekul protein — dan asid amino daripada diet anda membolehkan sel anda menjana protein baharu untuk membaiki protein lama atau rosak. Protein dalam diet anda juga membantu anda membuat hormon peptida – kumpulan yang termasuk insulin, hormon yang mengawal gula dalam darah anda. Jadi, snek udang ini bermanfaat kepada anda.

Bahan-bahan: Tepung Tapioka, Daging Udang Segar, Gula Kastor, Garam, Ejen Naik, dan Minyak Sayur.

Saiz: 50 g

Harga: RM4.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Hock Bee Keropok Perisa Udang

Hock Bee Keropok Perisa Udang
Kredit Gambar: Shopee

Snek udang ini agak pedas. Tiada bahan pengawet yang ditambah pada produk ini. Jika anda suka akan snek yang pedas, maka snek udang ini boleh menjadi snek kegemaran anda. Rasailah kepedasan dan rasa udang yang seimbang melalui snek ini.

Bahan-bahan: Tepung, air, garam, bawang putih dan cili kering.

Saiz: 200 g

Harga: RM12.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Rota Prawn Snacks 

Rota Prawn Snacks
Kredit Gambar: Rota

Hargai kehebatan rasa udang dalam setiap suapan Keropok Udang Oriental Rota. Ia ringan, sedap dan rangup yang membuatkan anda tidak dapat berhenti mengunyah! Bagus untuk masa snek bersama keluarga dan rakan-rakan!

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Pati Kentang, Perencah Udang, Monosodium Glutamat, dan Warna Tiruan (Sunset Yellow FCF 15985).

Saiz: 14 g

Harga: RM9.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. SANWA Red Prawn Candy Peanut Gula Udang Merah

SANWA Red Prawn Candy Peanut Gula Udang Merah
Kredit Gambar: Shopee

Gula-gula udang Sanwa Red, dengan isi kacang yang enak ia sesuai untuk semua peringkat umur! Sudah lama gula-gula ini menjadi kegemaran ramai orang. Dengan perisa kacang dan rasa udang yang seimbang, gula-gula ini menjadi kegemaran ramai kanak-kanak dan orang dewasa. Pasti lazat!

Bahan-bahan: Gula, malt tulen, kacang tanah, minyak sayuran, dan garam.

Saiz: 350 g

Harga: RM7.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Figo Golden Prawn Chip 

Figo Golden Prawn Chip
Kredit Gambar: Redtick

Kerepek Figo Golden Prawn tidak seperti kerepek lain. Ia rapuh diluar tetapi berair di dalam. Bolehkah anda bayangkan setiap suapan anda akan menjadi sungguh menyelerakan? Rasailah kerepek udang ini. Rugi jika anda tidak mencubanya!

Bahan-bahan: Surimi 60%, Serbuk Roti 15%, Pati Tapioca 8%, Minyak Sawit 6%, Daging Udang 5%, Campuran Adunan (Gandum) 2%, Gula 1.5%, Garam 1%, Serbuk Putih Telur 0.7%, Penambah Perisa yang dibenarkan (E621) 0.4%, Perasa Udang 0.2%, Protein Soya 0.2%.

Saiz: 500 g

Harga: RM7.90

8. CEO HOUSE Premium Shrimp Chips

CEO HOUSE Premium Shrimp Chips
Kredit Gambar: SeeTracker Malaysia

Pelbagai keropok udang Jumbo yang rangup membawakan anda ‘rasa laut’ terbaik! Rasailah keropok udang ini bersama keluarga dan juga rakan-rakan tersayang. Anda boleh menikmati keropokudang ini bila-bila masa dan di mana sahaja!

Bahan-bahan: Udang segar, garam, gula putih, kanji ubi kayu, lada, serbuk penaik, monosodium glutamat, dan minyak kelapa sawit.

Saiz: 50 g

Harga: RM6.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Nongshim Shrimp Flavoured Chips 

Nongshim Shrimp Flavoured Chips
Kredit Gambar: Shopee

Makanan ringan ala kerepek ini menggunakan rasa wangi udang. Ini menghasilkan semula rasa udang goreng yang cair di dalam mulut anda. Anda boleh menikmatinya dengan lebih lazat jika anda menambah keonnaise yang dibuat dengan mencampurkan sos tomato dan mayonis.

Bahan-bahan: Tepung Tapioca, Minyak Dedak Padi, Udang (13.3%), Tepung Gandum, Minyak Sawit, Gula, Garam, Serbuk Perasa Udang (Serbuk Ekstrak Udang (0.3%), Protein Soya Hidrolisis, Laktosa (Susu)), Serbuk Bawang, Serbuk Bawang Putih, Asid (E330), dan Protein Soya.

Saiz: 75 g

Harga: RM6.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. PAPATONK Shrimp Crackers Original 

PAPATONK Shrimp Crackers Original
Kredit Gambar: shopee

Keropok Udang atau Krupuk di Indonesia; Kroepoek di Belanda ialah makanan ringan yang popular di bahagian Asia Timur dan Tenggara. Krupuk ialah keropok goreng yang diperbuat daripada pati dan bahan-bahan lain yang biasanya memberi rasa. Dalam hal ini, keropok udang merupakan salah satu keropok atau snek terkenal yang sering dinikmati oleh ramai orang.

Bahan-bahan: Udang, tepung ubi kayu, minyak kelapa sawit, gula, garam, telur, maltodekstrin, glukosa, krimer bukan tenusu (minyak sawit, maltodekstrin, natrium kaseinat, penstabil (340ii), pengemulsi (471)), bawang putih, penambah rasa (621). ), protein soya, dan bawang.

Saiz: 85 g

Harga: RM6.99

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close