“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu.”
–Surah Ghafir, Ayat 60
Apakah sifat orang beriman? Salah satu sifat orang beriman adalah segera bertaubat apabila melakukan kesalahan. Solat Sunat Taubat merupakan solat sunat yang dikerjakan oleh seseorang apabila dia melakukan dosa dan ingin memohon keampunan daripada Allah s.w.t., yakni dengan beristighfar dan bertaubat. Dalam masa yang sama, seseorang itu haruslah menyesali atas segala kesalahannya dan menyerah diri kepada Allah s.w.t.
Untuk makluman anda, Solat Sunat Taubat ini boleh dikerjakan dengan 2, 4 atau 6 rakaat pada bila-bila masa kecuali selepas Subuh dan Asar. Apabila anda mengerjakan solat sunat ini, anda harus benar-benar menyesal terhadap perbuatan atau dosa yang lalu serta berazam untuk tidak mengulangi dosa atau perbuatan tersebut. Sebagai manusia, kita selalu melakukan dosa, tidak kira sama ada kita sedar atau tidak. Namun, bertaubat dan meninggalkan dosa itu adalah satu tindakan yang perlu kita lakukan untuk menjadi manusia dan Muslim yang lebih baik.

Apakah manfaat mengerjakan Solat Sunat Taubat?
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak fadilat dalam mengerjakan solat sunat ini seperti di bawah:
- Diampunkan oleh Allah s.w.t.
- Dimudahkan segala urusan dalam segala hal.
- Menceriakan kehidupan seharian anda.
- Menghilangkan perasaan yang menekan jika anda merasa sedih atau tertekan.
- Mencegah dosa dan menghindari gangguan sama ada daripada jin atau manusia.
Bagaimanakah mengerjakan Solat Sunat Taubat?
1. Niat
Anda haruslah berniat untuk mengerjakan Solat Sunat Taubat.

2. Rakaat Pertama- Doa Iftitah
Selepas Takbiratul Ihram, anda hendaklah membaca doa Iftitah.

3. Rakaat Pertama- Surah Al-Fatihah
Sesudah bacaan doa Iftitah, anda perlu membaca surah Al-Fatihah.

4. Rakaat Pertama- Surah Al-Kafirun
Sesudah itu, Surah Al-Fatihah harus diikuti dengan Surah Al-Kafirun.

5. Rukuk
Selepas anda habis membaca surah Al-Kafirun, hendaklah anda rukuk dengan tertib.
6. Sujud
Setelah itu, anda perlu sujud sepertimana solat fardu biasa.
7. Rakaat Kedua- Surah Al-Fatihah
Apabila anda bangun untuk masuk di rakaat kedua, anda perlu memulakannya dengan surah Al-Fatihah.

8. Rakaat Kedua- Surah Al-Ikhlas
Usai surah Al-Fatihah, ia harus diikuti dengan Surah Al-Ikhlas seperti di bawah.

9. Rukuk
Selepas anda habis membaca surah Al-Ikhlas, hendaklah anda rukuk dengan tertib.
10. Sujud
Setelah itu, anda perlu sujud sepertimana solat fardu biasa. Pada sujud kedua, anda boleh membaca tasbih di bawah sebanyak 40 kali.

11. Duduk Tahiyyat Akhir
Duduk tahiyyat akhir adalah duduk ketika membaca tahiyyat akhir. Anda disunatkan untuk duduk secara tawaruk, yakni duduk dengan menghulurkan kaki kiri ke kanan dan merapatkan punggung ke lantai.
12. Bacaan Tahiyyat Akhir
Berikut adalah bacaan tahiyyat. Bacaan ini hendaklah disambung dengan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammaf S.A.W.

13. Selawat Ke Atas Nabi Dalam Tahiyat Akhir
Sepertimana yang dinyatakan di atas, bacaan tahiyyat perlu diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W seperti di bawah:

14. Salam
Salam ialah ucapan atau lafaz salam yang merupakan sebahagian daripada rukun solat. Untuk lebih sempurna, ucapannya ialah ‘Assalamualaikum warahmatullah’ yang membawa maksud “Sejahtera kepada kamu semua dan semoga dirahmati Tuhan”.
15. Berzikir dan Beristigfar
Banyakkan berzikir dan juga beristighfar. Anda juga boleh membaca zikir ini:

16. Doa Selepas Solat Sunat Taubat
Selepas anda memberi salam, anda boleh membaca doa di bawah untuk solat sunat ini:
Doa 1

Doa 2

Nah, mudah bukan? Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Selamat beribadah!
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.