Sama ada anda suka ia dipanggang atau di goreng, anda tidak boleh melepaskan kelazatannya dengan mencicahnya denan sos cili yang sedap. Percayalah, sosej merupakan salah satu makanan segera yang sering dicari dan disukai ramai. Ia bukan sahaja sedap, malah mengenyangkan. Kalau anda hendak tahu, sosej boleh digunakan dalam pelbagai masakan untuk menambah kelazatan dan keunikan persembahan makanan.
Kalau diikutkan, sosej adalah salah satu bahan ruji yang sering berada dalam pantri dapur setiap rumah. Ia bukan sahaja mudah untuk disediakan, malah cepat dan menepati cita rasa ramai orang, terutama kanak-kanak. Ia juga merupakan ‘comfort food’ buat mereka di luar sana. Ada juga mereka yang membesar dengan sosej dan ini merupakan satu kebanggaan buat syarikat yang mengeluarkan sosej kerana berjaya mencipta makanan yang sering dicari oleh setiap orang dalam waktu tumbersaran mereka. Jika anda menggemari sosej, anda telah berada di tempat yang betul. Dalam artikel ini, kami menghimpunkan senarai sosej terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
Di manakah saya boleh mendapatkan sosej?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan sosej di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan sosej, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, sosej seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih sosej?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli sosej ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis sosej yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Sosej Terbaik di Malaysia
1. Nutriplus Honey Chicken Frankfurter Sausage

Merancang untuk sesi barbeku hujung minggu ini? Nutriplus Honey Chicken Frank boleh menjadi bahan tambahan untuk ditambahkan pada menu barbeku anda. Campurkannya bersama bahan makanan lain untuk menjadikan aktiviti barbeku anda lebih menarik. Jangan lupa sediakan sos cili untuk ‘kick’ yang terhangat!
Bahan-bahan: Daging Ayam, Air, Minyak Sawit, Protein Soya, Gula, Garam, Perasa Madu, Bawang Putih, Bawang Merah, Lada Putih, Kicap Dan Bahan Pengawet & Pewarna yang dibenarkan
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 300 g
Harga: RM 3.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Ramly Beef Frankfurter

Jenama yang dipercayai sejak berzaman dan terkenal dengan rangkaian produk sejuk bekunya, Ramly Beef Frankfurter adalah salah satu pilihan terbaik. Sedap dan sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga. Kalau anda hendak tahu, ramai suri rumah menyukai jenama ini kerana rasanya yang lazat dan sedap. Tidak rugi anda menyimpannya di dapur anda.
Bahan-bahan: Daging Lembu, Protein Soya, Pati Jagung Ubahsuai dan Rempah-rempah. Mengandungi Penambah Perisa yang Dibenarkan (E450, E451, E452), Pewarna dan Pengawet (E250, E252).
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 340 g
Harga: RM 6.70
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Ayam A1 Jumbo Frankfurter

Nikmati rasa klasik sosej ayam dengan Jumbo Frankfurter Ayam A1! Jadikan sosej ayam anda sebagai bahan utama untuk hidangan anda atau malah makan sebagai ulam. Apa sahaja yang anda makan dengannya, ia pasti sedap kerana ia berasal dari Ayam A1 Jumbo Frankfurter.
Bahan-bahan: Daging ayam, kanji makanan, protein soya, gula, garam, rempah ratus, mengandungi penambah perasa yang dibenarkan, pengemulsi sebagai perapi makanan yang dibenarkan dan pengawet makanan yang dibenarkan.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 300 g
Harga: RM3.49
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI HAPPY FRESH4. Marina Chicken Frankfurter With Chilli Flakes

Sedap, mudah dan memuaskan. Rangkaian Marina Frankfurters memuaskan keinginan para pelanggannya dengan sepenuh hati. Marina Chilli Flakes Chicken Sosej diperbuat daripada daging ayam terpilih yang berkualiti tinggi. Ia juga digandingkan dengan beberapa bahan pilihan lain yang segar. Mudah dan senang disediakan, kini semua orang boleh menikmati Sosej Ayam Chilli Flakes Marina yang lazat di dalam rumah mereka dengan selesa. Tiada tambahan MSG, perasa tiruan atau pewarna tiruan.
Bahan-bahan: Daging ayam, air, kanji, protein soya, perasa cili, sebatian fosfat, gula, garam, ekstrak yis, rempah dan antioksidan
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 340 g
Harga: RM 5.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Farm’s Best Smoked Chicken Frankfurters

Farm’s Best berusaha untuk menghasilkan makanan berkualiti dengan menggunakan amalan pembuatan terbaik. Farm’s Best bertujuan untuk membawakan kepada anda produk ayam yang berkualiti dan terbaik untuk kegunaan anda. Farm’s Best Smoked Chicken Frankfurters diperbuat daripada ayam sumber Farm’s Best sendiri. Ini adalah untuk memastikan rasa sosej ini hebat dan berkualiti yang boleh anda nikmati bersama seisi keluarga anda.
Bahan-bahan: Daging Ayam, Kanji Makanan, Protein Soya, Garam, Gula, Perasa, Mengandungi Perapi Makanan yang Dibenarkan (Agen Pembentuk Gel, Pengemulsi dan Pemekat), Rempah-rempah, Natrium Nitrit, Pewarna Semulajadi yang Dibenarkan.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 340 g
Harga: RM 12.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI HAPPY FRESH6. CP Daily BBQ Sausage

Dapatkan gabungan rempah yang bagus dalam Sosej BBQ CP Daily. Nikmati rasa yang kuat selepas anda memanggangnya. Ia menjadi makanan sampingan yang baik atau anda boleh makan seadanya! Kongsi dengan rakan dan keluarga sama. Raikan keseronokkan anda bersama sosej ini!
Bahan-bahan: Daging Ayam, Air, Gula, Pati Makanan, Protein Soya, Sos Barbeku [Pes Tomato, Minyak Kacang Soya, Cuka, Gula Sayur, Perisa BBQ (mengandungi Kacang Tanah), Warna (E150, 160c), Pengawet (E211)], Diubah suai Kanji Tapioka, Lemak Ayam, Garam, Rempah (Bawang Putih, Bawang Merah), Perasa [Protein Sayur-sayuran Terhidrolisis, Penambah Perisa (E621, E627, E631), Agen Anti-Caking (E551), Ekstrak Yis, Laktosa, Saderi], Pengemulsi (E451). ), Lekapan Warna (E250), Antioksidan (E316), Warna (E160c). Alergen: Kacang Soya, Kacang, Susu dan Saderi
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 300 g
Harga: RM 5.29
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Valley Fresh Chicken Frank Original

Rasa mudah dan asli dengan produk daripada Valley Fresh Chicken Frank ini. Percayalah, rasanya sungguh sedap dan mudah disediakan. Nikmati rasa rempah yang seimbang dengan Valley Fresh Chicken Frank hari ini! Tahukah anda, ramai suri rumah mencari produk ini untuk masakan mereka? Kalau tidak percaya, cubalah hari ini.
Bahan-bahan: Daging ayam, kanji, protein soya, Garam, Gula, Mengandungi Penstabil sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan, Rempah-rempah, Perisa yang Dibenarkan, Mengandungi Monosodium Glutamat sebagai Penambah Perisa yang Dibenarkan, Natrium Nitrit. Mengandungi Soya.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 300 g
Harga: RM 2.60
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Ayamadu Jumbo Sausage Black Pepper

Sosej Ayam Jumbo Ayamadu mengenyangkan anda, tidak kira sama ada ia dijadikan sebagai snek mahupun hidangan utama anda. Percayalah, ia boleh dan sesuai ditambah sebagai pelengkap kepada mana-mana hidangan dan acara. Anda boleh membakarnya dengan sempurna dan nikmatinya bersama mana-mana perasa yang anda inginkan. Sosej ini sesuai dengan apa juga keinginan anda!
Bahan-bahan: Daging Ayam, Pati Tapioca Ubahsuai, Gluten (Tepung Gandum), Lemak (Asal: Ayam dan Minyak Sawit), Air, Rempah-rempah, Garam, Gula, Mengandungi Monosodium L-Glutamat (E621) sebagai Penambah Perisa yang Dibenarkan, Fosfat [E452( I)] sebagai Pengemulsi Dibenarkan, Natrium Nitrit (E250) sebagai Pengawet Dibenarkan dan Ponceau 4R (E124) sebagai Pewarna yang Dibenarkan
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 800 g
Harga: RM 19.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI LULU HYPERMARKET9. Fry’s Mediterranean Style Artisan Sausage

Sosej Artisan Gaya Mediterranean Fry diperisakan dengan sempurna. Jika anda ingin memakan snek yang senang disediakan dan mengenyangkan, inilah jawapannya. Anda boleh memakannya di mana sahaja anda suka tanpa perlu proses yang panjang untuk menyediakannya. Kalau anda tidak percaya, cubalah hari ini. Anda pasti menyukainya!
Bahan-bahan: Protein Sayur-sayuran (10%) (Soya, Gandum [Gluten]), Zaitun Hijau (4%), Perisa (Bawang, Lada, Pati Jagung, Ejen Anti-pengkerut (E551, E460i), Rasa Sedap), Minyak Sayur-sayuran ( Biji Bunga Matahari), Gandum [Gluten] Tepung, Pati Kentang, Garam, Pati Ubah Suai, Bawang Putih (1.2%), Pemekat (Metil Selulosa), Ketumbar Kisar, Paprika, Rosemary (0.1%).
Negara Pengeluar: Itali
Saiz: 300 g
Harga: RM 22.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Ayam Dindings Jumbo Cheese Frank

Anda suka akan keju dalam hidangan anda Ayam Dindings Jumbo Cheese Frank adalah pilihan terbaik untuk setiap gigitan keju lazat yang anda idamkan. Sosej ini dihasilkan bersama keju yang berkualiti tinggi untuk memberikan kepuasan kepada selera anda. Kalau anda tidak percaya, anda boleh mencuba Jumbo Cheese Frank hari ini!
Bahan-bahan: Daging ayam, keju diproses, protein soya, perasa, garam, tepung gandum, gula dan stevia. Mengandungi bahan pengawet yang dibenarkan, bahan pewarna semula jadi, bahan perasa dan antioksidan. Mengandungi disodium inosinate dan sodium guanylate sebagai penambah rasa yang dibenarkan. Mengandungi kanji dan pengemulsi diubah suai sebagai perapi makanan yang dibenarkan.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 800 g
Harga: RM 13.77
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI LULU HYPERMARKETPerhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.