
Sumbangkan Artikel Anda kepada My Weekend Plan
Misi My Weekend Plan
Misi My Weekend Plan adalah untuk membantu para pengguna membuat keputusan dengan bijak. Matlamat kami adalah untuk menjadi laman perbandingan dan pendidikan yang terkemuka buat para pengguna.
Kami tahu semua ini tidak boleh dicapai melainkan para pengguna mempercayai kami dan juga meletakkan kepercayaan mereka terhadap mata wang, objektif dan ketepatan kandungan artikel yang kami terbitkan. Yang penting, kami ingin menghasilkan kandungan artikel yang bebas, objektif, adil, tepat dan asli yang membezakan antara kami dengan pesaing di luar.
Jika anda mempunyai cadangan untuk dikongsikan bersama para pembaca bagi menjimatkan masa mereka, maka andalah yang kami cari. Sila layari laman web kami dan lihat kategori serta artikel yang telah kami paparkan.
Kami tidak menawarkan pautan ‘do-follow’. Kami bekerja dengan penulis bagi menghasilkan kandungan artikel yang unik dan berkualiti. Jadi, jika anda ingin membayar kami untuk menerbitkan artikel anda di laman web kami, atau meletakkan pautan anda di dalam artikel kami, kami tidak menerimanya. Kami juga tidak menerima jika anda hanya menulis sekali sahaja bagi mendapatkan pautan kembali.
Sebelum anda menghantar artikel, sila baca dahulu garis panduan di bawah bagi memastikan artikel anda disemak dan diterima.


Apa Yang Kami Cari
Kami sukakan artikel yang penuh maklumat, menarik dan mesra pembaca. Kami ingin membantu para pembaca menjadi lebih matang dan terinspirasi ketika membaca artikel yang kami terbitkan. Elakkan penggunaan petikan atau ucapan yang panjang dalam artikel anda.
Garis Panduan Artikel

Panjang Teks
Kami mencari artikel yang jelas dan ringkas tetapi mampu memberi impak yang besar kepada para pembaca. Jadi, kami tidak akan menyemak artikel yang lebih daripada 1,500 patah perkataan.

Tajuk Kecil
Jadikan kandungan artikel anda menarik dan mudah untuk dibaca dengan memasukkan tajuk-tajuk kecil bagi memecahkan kandungan artikel yang panjang. Ingat, ayat yang ringkas menjadikan sesuatu artikel senang difahami. Jika anda perlukan contoh artikel, anda boleh layari laman web kami.

Format
Sila hadkan penggunaan format dalam artikel anda. Penggunaan format seperti teks tebal atau teks condong tidak diperlukan kerana editor kami akan menyemak dan mengedit kandungan artikel tersebut. Ini adalah untuk memudahkan kerja para editor kami.
Apa Yang Bukan Kami Cari
Selain para pembaca, kami juga mahukan artikel yang asli. Kami tidak akan menerima artikel yang telah diterbitkan, tidak kira sama ada ia diterbitkan di blog peribadi anda, mahupun di platform media sosial anda seperti Linkedln atau Facebook, ataupun menerbitkannya dengan mana-mana penerbit. Artikel seperti ini tidak akan kami pertimbangkan. Anda haruslah menghantar artikel yang baharu dan tidak pernah diterbitkan secara dalam talian sebelum ini.
Kami juga tidak akan menerima artikel yang dihantar dalam bentuk PDF atau HTML, jadi anda perlu menghantar artikel anda melalui portal kami.
Polisi Pautan
Selain daripada pautan Shopee/Lazada, kami tidak membenarkan mana-mana pihak meletakkan pautan daripada laman web lain ke dalam kandungan artikel kami. Kami juga tidak akan membenarkan sebarang promosi atau menyebut nama syarikat, usahawan, produk mahupun perkhidmatan termasuklah melalui aplikasi/alat. Fokus kami adalah untuk memberi cadangan yang praktikal kepada para pembaca, bukannya mempromosikan anda atau penulis artikel tersebut. Jika artikel anda mempunyai pautan, kami akan memadam pautan tersebut sekiranya artikel anda terpilih untuk diterbitkan.
Anda boleh memuat naik pautan profil media sosial anda untuk diletakkan dalam Biodata Pengarang. Pastikan anda memautkan profil itu di biodata semasa menghantar artikel anda. Gunakanlah pilihan pautan anda dengan bijak.
Jika anda telah membaca garis panduan yang disediakan di atas dan mahu menghantar artikel anda kepada kami, pastikan anda membaca perkara yang tertera di bawah:
Pertama, pastikan anda membaca dan memahami garis panduan yang telah kami sediakan sebelum menghantar artikel anda. Jika anda tidak mengikut garis panduan yang telah disediakan, kemungkinan besar kami akan meminta anda mengubah artikel mengikut garis panduan kami, atau artikel tersebut akan ditolak. Kepatuhan anda terhadap garis panduan dalam menghantar artikel boleh menjimatkan masa editor dan penyumbang kami.
Bersedia untuk menghantar artikel anda? Ini cara yang anda perlu lakukan:
- Daftarkan diri anda sebagai penyumbang di sini.
- Biodata pengarang anda hendaklah ringkas dan tidak melebihi 150 patah perkataan. Pastikan anda mengisi ruangan maklumat dalam biodata tersebut kerana pautan ini akan memaut laman web dan eBook anda. Pautan tersebut boleh memaut kepada laman web dan satu halaman media sosial anda. Semuanya bergantung kepada anda.
- Jika anda mendapati sebarang kesulitan, anda boleh menghantar e-mel kepada kami di [email protected]
- Pastikan tajuk artikel anda unik. Ingat, tajuk merupakan perkara pertama yang akan menarik perhatian para pembaca. Anda boleh menjadi kreatif dan menghasilkan tajuk yang menarik. Semua tajuk artikel akan disemak dalam proses penyuntingan. Jika ada tajuk yang lebih menarik bagi artikel anda, kami akan mengubahnya.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca garis panduan yang kami tetapkan. Kami amat menghargai minat anda yang ingin menerbitkan artikel dalam laman web kami. Kami tidak sabar membacanya!