15 Tablet Bajet Terbaik Di Malaysia 2023

Perkembangan teknologi telah mengubah cara hidup masyarakat konvensional untuk bergantung kepada kemudahan yang telah dicipta. Kelahiran gajet-gajet seperti komputer dan telefon pintar menerima impak yang besar daripada setiap golongan manusia sama ada untuk kegunaan peribadi atau organisasi syarikat. Selain daripada telefon pintar dan komputer riba, memiliki tablet juga sudah menjadi peranti yang wajib dimiliki. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang mempunyai anak kecil atau cikgu serta pelajar untuk menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). 

Boleh dikatakan setiap hari tablet akan digunakan untuk tujuan bekerja atau belajar.  Berikut adalah 15 tablet bajet terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia. 

Sebab Kenapa Anda Perlu Mendapatkan Tablet. 

Tablet didatangkan dengan ciri dan keupayaannya bagi menggalakkan orang ramai membaca artikel, e-buku, novel dan banyak lagi dengan cara yang santai dan selesa. Selain itu, ia juga mempunyai reka bentuk mudah alih bagi memudahkan anda membawanya ke mana sahaja. 

Adakah anda perlu untuk mempertimbangkan tujuan penggunaan tablet sebelum membeli? 

Perkara ini amatlah penting kerana setiap tablet mempunyai fungsi dan cara beroperasi yang berbeza, bergantung kepada tujuan penggunaannya. Oleh itu, untuk memilih tablet bajet yang sesuai anda perlulah menetapkan dahulu tujuan penggunaannya sama ada untuk hiburan, belajar atau kerja. Sebagai contoh, jika anda seorang ‘gamer’, anda memerlukan tablet dengan spesifikasi yang lebih tinggi. 

15 Tablet Bajet Terbaik Di Malaysia 2023

1. Huawei MatePad T10 Tablet

Huawei MatePad T Tablet
Kredit gambar: Shopee

Huawei Matepad T10 menawarkan skrin resolusi tinggi dengan jumlah RAM yang memuaskan dan storan berjumlah 128 GB. Ini menjadikannya pilihan tablet bajet yang terbaik untuk pelajar. Tablet ini juga mempunyai Huawei App Multiplier yang membolehkan anda membuka dua Windows dalam satu skrin. Tidak lupa juga tablet ini mempunyai pilihan storan bermula daripada 16 GB, namun anda disyorkan untuk mendapatkan versi 128 GB bagi penggunaan yang lebih optimum.

Spesifikasi:

  • Negara Pengeluar: China 
  • Warna: Biru Deep Sea
  • Bateri: 5,100 mAh 
  • Kamera: Belakang 5 MP / Depan 2 MP 
  • Storan: 16 GB – 128 GB
  • Ram: 4 GB RAM 
  • Processor: HiSilicon Kirin 710A 8 x 2 GHz, Cortex-A73/-A53

Kelebihan:

Picu fon kepala
Binaan kukuh

Harga: RM 599.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Xiaomi Pad 5 

Xiaomi Pad
Kredit gambar: Shopee

Xiaomi Pad 5 merupakan tablet pertama dari jenama Xiaomi. Xiaomi Pad 5 ini sangat sesuai untuk mereka yang kaki drama atau movie. Ia didatangkan dengan saiz skrin yang berukuran 11 inci sesuai untuk menonton Netflix, AstroGo, YouTube dan lain-lain. Selain itu, ia juga mempunyai kapasiti bateri 8,720 mAh yang membolehkan anda menggunanya dalam masa yang lama. Tambahan pula tablet ini didatangkan dengan jaminan selama 1 tahun.

Spesifikasi:

  • Negara Pengeluar: China
  • Warna: Cosmic Grey, Pearl White
  • Bateri: 8,720 mAh
  • Processor: Qualcomm® Snapdragon™ 860
  • Kamera: Depan 8 MP / Belakang 13 MP 
  • Storan: 128 GB / 256 GB 
  • Ram: 6GB 
  • Skrin Paparan: 11 inci 
  • Berat: 511 g
  • Jaminan:1 tahun

Kelebihan:

Kapasiti bateri yang besar
Kualiti pembesar suara terbaik
Spesifikasi tinggi
Reka bentuk yang kukuh
Pengecasan pantas 22.5W
Resolusi 2560 x 1600

Harga: RM 1,449 (6 GB + 128 GB) | RM 1,649 (6 GB + 256 GB)

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Apple iPad 10.2-inch 9th Gen Tablet

Apple iPad . inch th Gen Tablet
Kredit gambar: Shopee

Produk Apple sentiasa menjadi pilihan yang terbaik untuk digunakan ekoran spesifikasinya yang unggul. Tablet ini tidak didatangkan bersama iPencil. Namun anda masih boleh menggunakan “first-generation iPencil” pada tablet ini.  Selain itu, ia mempunyai TrueTone yang membantu melaraskan paparan kepada suhu warna mengikut cuaca semasa untuk memaksimumkan keselesaan ketika menonton. Tablet ini dipasarkan dengan 2 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Warna: Kelabu, Perak
  • Bateri: Bateri litium-polimer – 32.4 watt 
  • Sistem pengendalian: iPadOS 15
  • Kamera: Kamera belakang (8 MP Wide), kamera hadapan (12 MP UltraWide)
  • Storan: 64 GB / 256 GB
  • Ram: 3 GB
  • Skrin Paparan: 10.2 inci
  • Berat: 487 g (Model Wi-Fi),  498 g (Model Wi-Fi+Selular)
  • Jaminan: 1 tahun

Kelebihan:

Pembesar suara stereo
Touch ID untuk pengesahan
Paparan Retina 10.2 inci yang cantik dengan True Tone

 Harga: RM1499 (64GB) | RM2149 (256GB)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Samsung Galaxy Tab A8

Samsung Galaxy Tab A
Kredit gambar: rdcompetitions.co.uk

Galaxy Tab A8 dikuasakan oleh sistem Unisoc Tiger T618 octa-core dan dilengkapi dengan 3GB RAM bagi mempertingkatkan kelancaran prestasi tablet. Tablet ini didatangkan dengan port kad SD mikro yang membolehkan anda meningkatkan storan sehingga 1 TB! Selain itu, tablet ini juga dilengkapi dengan storan 32 GB dan dipasarkan dengan 2 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Negara Pengeluar: Korea Selatan
  • Warna: Kelabu, Merah Jambu
  • Bateri: 7,040 mAH
  • Kad grafik: ARM Mali-G52 MP2
  • Kamera: Kamera belakang: 8 MP, Kamera hadapan: 5 MP
  • Storan: 32 GB
  • Ram: 3 GB
  • Skrin Paparan: 10.5 inci 
  • Berat: 508 g

Kelebihan:

Bateri tahan lama
Menggunakan sistem operasi Android 9.0 Pie

Harga: RM839.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Huawei MatePad 10.4 LTE Tablet

HUAWEI MatePad . LTE Tablet
Kredit gambar: Shopee

Jika anda seorang pelajar yang sedang mencari tablet untuk tujuan mengambil nota dan belajar, HUAWEI MatePad 10.4 LTE Tablet sesuai untuk anda! Tablet ini dilengkapi dengan dual sim card yang membolehkan anda menggunakannya sebagai telefon pintar.  Proses pengecasan tablet ini hanya mengambil masa 4 jam sahaja untuk bateri dicas penuh. Tablet ini sangat berbaloi untuk dibeli kerana selain didatangkan dengan kualiti premium, ia juga dijual pada harga yang berpatutan.

Spesifikasi:

  • Negara Pengeluar: China 
  • Warna: Midnight Grey 
  • Bateri: 7,250 mAh
  • Processor: HiSilicon Kirin 810 (8×1.9 – 2.3 GHz, Cortex – A76/-A55) 
  • Kad Grafik: ARM Mali-G52 MP6
  • Kamera: Depan 8MP / Belakang 8MP 
  • Storan: 32 GB/ 64 GB/ 128 GB 
  • Ram: 3 GB / 4 GB/ 6 GB 
  • Skrin paparan: 10.4 inch 
  • Berat: 450 g
  • Jaminan: 1 tahun

Kelebihan:

Kapasiti bateri besar
Pengecasan pantas

Harga: RM1199.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

6. Realme Pad Mini

Realme Pad Mini
Kredit gambar: yellenphone.homelinux.net

Realme Pad Mini merupakan tablet pertama Realme di Malaysia yang dipasarkan pada sekitar bulan April 2022. Realme Pad mini ini menawarkan peranti kelas pertengahan dengan harga mampu milik. Tablet ini menampilkan rekaan nipis dengan ketebalan hanya 6.9 mm dan berat hanya 372 g sekaligus memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja.  

Spesifikasi:

  • Negara Pengeluar: China
  • Warna: Kelabu, Biru
  • Bateri: LiPo 6400 mAh + 18W Pengecasan Pantas
  • Penyesuai grafik: ARM Mali-G52 MP2
  • Kamera: Kamera belakang: 8 MP, Kamera hadapan: 5 MP
  • Storan: 32 GB
  • Ram: 3 GB
  • Skrin Paparan: 8.7 inci 
  • Berat: 372 g

Kelebihan:

Mudah alih
Pengecasan Pantas 18W
Sistem bunyi hebat dihasilkan menerusi 4 speaker stereo

Harga: RM749.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. COD Galaxy Pad S11 Smart Tablet

COD Galaxy Pad S Smart Tablet
Kredit gambar: Shopee

COD Galaxy Pad S11 Smart Tablet ialah tablet mampu milik yang sesuai digunakan untuk belajar, melukis, menonton video, melayari internet dan banyak lagi. Selain itu, ia turut mempunyai kuasa bateri 8,800 mAh yang mampu bertahan selama 15 jam. Tablet ini didatangkan dengan 5 pilihan warna yang menarik untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan
  • Warna: Hijau, Kelabu, Perak, Hitam, Emas
  • Bateri: 8800 mAh
  • Processor: Octa-core(ARM 2*A75 2.0G + 6*A55 2.0G)
  • Kamera: Kamera belakang: 48 MP, Depan kamera: 24 MP
  • Storan: 128 GB / 256 GB / 512 GB
  • Ram: 12 GB
  • Skrin Paparan: 8.1 inci 
  • Berat: 0.62 kg

Kelebihan:

Harga berpatutan
Storan besar
Bateri tahan lama

Harga: RM239-RM269

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

8. Samsung Galaxy Tab S6 Lite 

Samsung Galaxy Tab S Lite
Kredit gambar: MyTrendyPhone.eu

Tablet Samsung 10.4 inch ini didatangkan dengan S-Pen menjadikannya sesuai digunakan untuk menyunting foto, membaca dan juga mencatat nota. Mempunyai berat 465 g serta reka bentuk yang nipis memudahkannya dibawa ke mana sahaja. Tablet ini merupakan salah satu tablet yang paling digemari oleh pelajar. Ia didatangkan dengan 2 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi: 

  • Negara Pengeluar: Korea Selatan
  • Warna: Kelabu, Biru
  • Saiz: 10.4 inci
  • Bateri: 7,040 mAh 
  • Processor: Quad 2.3 Ghz + Quad 1.7 Ghz 
  • Kamera: Depan 5MP / Belakang 8MP 
  • Storan: 64 GB 
  • Ram: 4 GB
  • Skrin Paparan: 10.4 inch 
  • Jaminan: 1 Tahun

Kelebihan:

Tahan lama, masa penggunaan bateri yang lama
Binaan kukuh dan berkualiti
S-Pen yang responsif

Harga: RM 1399.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

9. Realme Pad LTE 4G Tablet 

Realme Pad LTE G Tablet
Kredit gambar: Shopee

Realme Pad LTE 4G Tablet sesuai untuk kegunaan seperti melayari laman web atau media sosial, menonton video dan drama, serta melakukan tugas pejabat atau sekolah. Bukan itu sahaja, tablet ini juga boleh dijadikan tablet ‘gaming’ ekoran ia dilengkapi dengan sistem CPU Helio G80 Octa-core. Ia didatangkan dengan 2 pilihan warna iaitu kelabu dan emas.

Spesifikasi: 

  • Negara Pengeluar: China
  • Warna: Kelabu, Emas
  • Saiz Paparan: 10.4 inci
  • Bateri: 7100 mAh 
  • Processor: Helio G80 Octa-core
  • Kamera: Depan 8 MP / Belakang 8 MP 
  • Storan: 128 GB 
  • Ram: 6 GB

Pros:

Storan besar
Spesifikasi tinggi
Ringan
Pengecasan pantas 18W

Harga: RM 1125.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

10. Lenovo Xiaoxin Pad Plus 2021 

Lenovo Xiaoxin Pad Plus
Kredit gambar: Productnation.co

Lenovo Xiaoxin Pad Plus 2021 dilengkapi dengan Snapdragon 750G dan 6 GB RAM sekaligus, menjadikannya  tablet terbaik untuk ‘gaming’. Ia mempunyai storan 128 GB serta 4 pembesar suara stereo yang terletak pada bahagian sisi peranti bagi memberikan penggunaan media yang terbaik. Bukan itu sahaja, tablet ini juga didatangkan dengan sistem pengecasan pantas.

Spesifikasi:

  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz Paparan: 11 inci
  • Bateri: 7700 mAh 
  • Processor: Octa-Core (2×2.2 GHz Kryo 570 & 6×1.8 GHz Kryo 570)
  • Kamera: Depan 8 MP / Belakang 13 MP 
  • Storan: 128 GB 
  • Ram: 6 GB
  • Jaminan: 1 Tahun
  • Berat: 440 g

Kelebihan:

Storan besar
Pengecasan pantas 20W

Harga: RM 855.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

11. Lenovo TB-X306X M10 HD 2nd Gen Tablet

Lenovo TB XX M HD nd Gen Tablet
Kredit gambar: Shopee

Lenovo Tab M10 HD sangat sesuai dijadikan sebagai peranti pembelajaran. Walaupun tablet ini hanya mempunyai paparan skrin bersaiz 10.1 inci, namun ia dilengkapi dengan teknologi paparan visual HD. Selain itu, ia didatangkan dengan kapasiti bateri 5000 mAh yang mampu bertahan selama 8 jam untuk panggilan video dan 10 jam untuk melayari internet. Tambahan pula, beratnya hanya 420 g memudahkan anda membawanya ke mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Negara Pengeluar: China
  • Warna: Platinum Grey
  • Bateri: 5,000 mAh 
  • Processor: MediaTek Helio P22T (8C, 4x A53 @2.3 GHz + 4 x A53 @1.85GHz)  
  • Kad Grafik: Kamera GPU IMG PowerVR GE8320 Bersepadu 
  • Kamera: Belakang 8MP /5MP Depan 
  • Storan: 64 GB
  • Ram: 4 GB
  • Skrin Paparan: 10.1 inci  
  • Berat: 420 g 
  • Jaminan: 1 Tahun

Pros:

Picu fon kepala
Binaan kukuh
Pembesar suara berkualiti tinggi

Harga: RM 799.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

12. Telcast M40 Pro Tablet PC Android 11 4G 

Telcast M Pro Tablet PC Android G
Kredit gambar: Telcast

Dengan harganya yang kurang daripada RM800, M40 Pro pasti menarik perhatian anda. Reka bentuknya mungkin kelihatan sedikit membosankan, tetapi jangan menilai buku daripada kulitnya. Tablet ini mempunyai perkakasan yang baik sekaligus menjadikannya sesuai untuk kegunaan ketika belajar mahupun bekerja. Tablet ini dilengkapi dengan 6 GB RAM dan storan asas 128 GB, serta sistem UNISOC Tiger T 618 yang mampu memberikan pengalaman penggunaan yang lancar.

Spesifikasi:

  • Negara Pengeluar: China
  • Warna: Kelabu Perak
  • Bateri: 7,000 mAh 
  • Processor: UNISOC Tiger T618 Octa-Core
  • Kamera: Depan 5 MP / Belakang 8 MP 
  • Storan: 128 GB
  • Ram: 6 GB
  • Skrin Paparan: 10.1 inci
  • Berat: 529 g

Kelebihan:

Kapasiti bateri besar
Tidak berlaku ‘lagging’
Sistem processor yang bagus

Harga: RM699.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

13. Microsoft Surface Go3 

Microsoft Surface Go
Kredit gambar: Shopee

Surface Go 3 merupakan tablet  2 dalam 1 di mana ia boleh digunakan sebagai tablet dan juga komputer riba. Tablet ini ia sesuai untuk kegunaan perniagaan atau belajar. Surface Go 3 ini dikuasakan dengan sistem Intel Pentium® Gold 6500Y bagi melancarkan penggunaan tablet. Tablet ini didatangkan dengan kapasiti bateri 6000 mAh yang mampu bertahan selama 11 jam untuk penggunaan melayari internet.

Specification: 

  • Negara Pengeluar: China
  • Bateri: 6000 mAh
  • Processor: Pemproses Intel Pentium® Gold 6500Y 
  • Kad grafik: Intel® UHD Graphics 615
  • Kamera: Depan 5 MP / Belakang 8 MP 
  • Storan: 64 GB
  • Ram: 4 GB
  • Skrin Paparan: 10.5 inci
  • Berat: 544 g

Pros:

Tablet 2 dalam 1
Bateri tahan lama
Paparan skrin sangat berkualiti

Harga: RM1899.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

14. Samsung Galaxy Tab A7 Lite

Samsung Galaxy Tab A Lite
Kredit gambar: Shopee

Tablet ini bukan sahaja didatangkan dengan harga yang berpatutan, tetapi ia juga dilengkapi dengan microSD yang mampu menyimpan sehingga 1 TB. Selain itu, ia turut mempunyai kuasa bateri 5,100 mAh yang mampu bertahan selama 10 jam. Bukan itu sahaja, tablet ini  juga mempunyai ciri ergonomik yang memberikan keselesaan kepada  anda sewaktu menggunakannya dalam jangka masa yang lama.

Spesifikasi:

  • Negara Pengeluar: Korea Selatan
  • Bateri: 5,100 mAh
  • Processor: MT8768T
  • Kamera: Depan 2MP / Belakang 8MP 
  • Storan: 32 GB
  • Ram: 3 GB
  • Skrin Paparan: 8.7 inci
  • Berat: 371 g

Pros:

Ringan
Reka bentuk ergonomik
Mampu Milik

Harga: RM699.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

15. Alldocube Iplay40h Tablet

Alldocube Iplayh Tablet
Kredit gambar: Shopee

Alldocube Iplay40h didatangkan dalam reka bentuk yang nipis dan kecil, sesuai untuk anda yang mencari tablet mudah alih. Tablet ini masih disokong dengan sistem operasi Android 11, jadi ia masih lagi relevan untuk digunakan pada tahun 2022. Selain itu, tablet 10-inch ini dilengkapi dengan teknologi Octa-core serta mempunyai julat purata kapasiti bateri sebanyak 6,000 mAh.

Spesifikasi: 

  • Negara Pengeluar: China
  • Bateri: 6000 mAh
  • Processor: Octa-core(ARM 2*A75 2.0G + 6*A55 2.0G)
  • Kamera: Depan 5 MP / Belakang 8 MP 
  • Storan: 128 GB / 256 GB
  • Ram: 8 GB
  • Skrin Paparan: 10.4 inci
  • Berat: 474 g

Kelebihan:

Storan besar
Binaan kukuh
Mampu Milik

Harga: RM779.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close