8 Tapak Glamping & Perkhemahan Terbaik di Malaysia 2023

Jika dahulu ‘trend’ percutian di hotel menjadi pilihan. Namun kini, percutian perkhemahan semakin menjadi kegemaran ramai kerana ia bertemankan suasana damai alam semula jadi. Bagi sesetengah orang, aktiviti perkhemahan di tepi sungai dianggap sebagai satu bentuk terapi diri yang sangat menenangkan. Ada juga yang memilih untuk menghabiskan masa bersama keluarga dengan berkhemah di tepi laut yang memberikan pemandangan serta kepuasan yang mengasyikkan.

Selain daripada menyewa khemah sendiri di tapak perkhemahan, kini konsep ‘Glamping’ yang merupakan gabungan ‘glam’ (glamour) dan ‘camping’ (berkhemah) turut menjadi pilihan masyarakat kerana keunikannya. la menampilkan konsep glamor dengan hiasan aksesori lengkap termasuklah lampu berkelipan. Berbeza dengan perkhemahan biasa, kawasan yang menyediakan glamping tidak memerlukan pengunjung membawa atau memasang khemah sendiri, sebaliknya ia dilengkapi dengan kemudahan makanan dan tempat tidur yang selesa. Trend ini telah menjadi fenomena baharu dalam landskap aktiviti percutian. Berikut adalah 8 Tapak Glamping & Perkhemahan Terbaik di Malaysia 2023!

Apakah Aspek yang Perlu Anda Pertimbangkan dalam Memilih Tapak Glamping Terbaik?

Tidak dinafikan bahawa Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai keindahan alam semula jadi dan landskap yang indah. Hal ini telah memberi peluang kepada mereka yang mencintai alam semula jadi untuk menghilangkan tekanan dan merehatkan minda mereka. Terdapat beberapa aspek yang perlu anda pertimbangkan apabila anda merancang perjalanan glamping atau perkhemahan di Malaysia.

1. Lokasi

Lokasi merupakan salah satu aspek terpenting dalam memilih tapak glamping terbaik anda. Anda perlulah memilih lokasi berdasarkan pilihan dan cita rasa anda agar anda berpuas hati dengan pengalaman yang diberikan.

2. Cuaca

Semak ramalan cuaca selama beberapa hari sebelum melakukan perjalanan glamping atau perkhemahan di Malaysia.

3. Bajet

Setiap tapak glamping mempunyai kadar harga yang berbeza berdasarkan apa yang ditawarkan. Jadi, anda harus meletakkan bajet anda sebelum membuat pilihan bagi mengelakkan sebarang kesukaran berlaku.

4. Tarikan

Tarikan adalah bahagian paling penting dalam merancang perkhemahan atau perjalanan glamping. Setiap tapak perkhemahan di Malaysia adalah berbeza, bergantung kepada set perkhidmatan, kemudahan, aktiviti dan hiburan yang ditawarkan. Apakah jenis aktiviti kegemaran anda? Dengan pemikiran sedemikian, anda sudah pasti dapat merancang aktiviti  berdasarkan pilihan dan cita rasa anda.

8 Tapak Glamping & Perkhemahan Terbaik di Malaysia 2023

1. The Sticks in Kuala Kubu Bharu, Selangor.

The Sticks in Kuala Kubu Bharu Selangor.
Kredit gambar: Klook

The Sticks ialah resort hutan mesra alam yang terletak di dalam hutan hujan Kuala Kubu Bharu. Tempat ini sangat sesuai bagi anda yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi dengan kemudahan yang mencukupi serta aktiviti rekreasi luar yang menyeronokkan. The Stick menyediakan kira-kira 12 tempat penginapan yang unik yang dipanggil sebagai ‘tendok’. Tendok merupakan gabungan perkataan khemah dan pondok.

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi – 9.00 malam)

Alamat: Lot 213 Jalan KKB – Fraser’s Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Laman Web

2. Polumpung Melangkap View Camp Site in Kota Belud, Sabah

Polumpung Melangkap View Camp Site in Kota Belud Sabah
Kredit gambar: libur
Polumpung Melangkap View Camp Site in Kota Belud Sabah
Kredit gambar: wikimedia

Polumpung Melangkap mempunyai konsep perkhemahan konvensional dan ia merupakan tempat yang sesuai untuk mereka yang gemar menikmati gaya perkhemahan sepenuhnya dalam alam semula jadi. Pemandangan panorama Gunung Kinabalu akan memikat sesiapa sahaja yang memandangnya. Lokasi ini merupakan salah satu tapak perkhemahan yang paling indah di Malaysia dan hanya mengambil masa 1.5 jam pemanduan dari Kota Kinabalu. 

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi – 5.00 petang)

Alamat: Sabah Kg. Melangkap Baru, 89158 Kota Belud, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Laman Web

3. Gopeng Glamping Park in Gopeng, Perak

Gopeng Glamping Park in Gopeng Perak
Kredit gambar: lokasipercutian
Gopeng Glamping Park in Gopeng Perak
Kredit gambar: static.wixstatic

Jika anda sedang mencari tapak glamping yang menyediakan pelbagai aktiviti luar yang mencabar, Glamping Gopeng Park pilihan yang tepat untuk anda! Dikelilingi dengan bukit bukau, sungai, hutan, dan gua. Terletak di bandar bersejarah Gopeng, Perak, Glamping Gopeng Park ialah tempat percutian hujung minggu yang sempurna untuk bersantai bersama rakan-rakan dan keluarga.

Waktu Operasi: Buka 24 jam

Alamat: LOT 10846, Jln Besar, kampung chulek, 31600 Gopeng, Perak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Laman Web

4. Tiarasa Glamping Escapes Glamping Resort, Janda Baik in Bentong, Pahang.

Tiarasa Glamping Escapes Glamping Resort Janda Baik in Bentong Pahang
Kredit gambar: klook
Tiarasa Glamping Escapes Glamping Resort Janda Baik in Bentong Pahang
Kredit gambar: dynamic-media

Anda ingin melarikan diri dari bandar dan trafik lalu lintas?  Tiarasa Escape terbaik untuk anda, bersantai dan berehat di tengah-tengah alam semula jadi .Tiarasa ialah tapak glamping yang terletak di kaki bukit Janda Baik. Ia mempunyai konsep khemah dan vila gaya safari. Tapak glamping ini dilengkapi dengan beranda yang luas, perabot-perabot, teepee, buaian dan kolam renang yang cantik. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah melihat burung, melihat bintang-bintang, berkebun, berenang, berkelah dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Setiap hari (24 Jam)

Alamat: Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Laman Web

5. Umea Glam Kundasang, Sabah

Umea Glam Kundasang Sabah
Kredit gambar: bikintask
Umea Glam Kundasang Sabah
Kredit gambar: pbs.twimg

Umea Glam Kundasang mempunyai 4 unit gaya kubah yang dinamakan sempena bandar timur Sweden. Tempat ini diilhamkan daripada bandar dan hab pengangkutan Sweden yang terkenal. Umea Glam memberikan anda pengalaman berada di Norway tanpa perlu meninggalkan Malaysia. Tambahan pula, ia terletak di lokasi yang strategik berhampiran dengan tempat yang menarik seperti Pasar Tani Kundasang dan Ladang Lembu Tenusu Desa. Kalau anda merancang hendak ke Sabah, jangan lupa lawati tempat ini!

Waktu Operasi: Tidak dinyatakan

Alamat: Jln Golf Course Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Laman Web

6. Time Capsule Retreat in Sungai Lembing, Pahang

Time Capsule Retreat in Sungai Lembing Pahang
Kredit gambar: google image
Time Capsule Retreat in Sungai Lembing Pahang
Kredit gambar: packist

Time Capsule Retreat terletak di tengah-tengah Pekan Sungai Lembing bersebelahan dengan hutan simpan serta dikelilingi dengan tumbuh menghijau yang cantik. Time Capsule Retreat ialah tapak glamping yang unik dan indah sesuai untuk semua peringkat umur. Anda akan mempunyai semua ruang dan privasi yang anda perlukan di homestay yang indah ini. Tempat ini sesuai untuk keluarga atau pasangan. Tempat ini menyediakan penginapan berbentuk silinder yang lengkap dengan katil bersaiz queen. Setiap bilik di sini memberikan pemandangan hutan simpan yang menghijau.

Waktu Operasi: Setiap hari (24 Jam)

Alamat: Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Laman Web

7. Glamz at Genting

Glamz at Genting
Kredit gambar: maisinggah
Glamz at Genting
Kredit gambar: kkday

Antara pusat glamping yang semakin popular ialah Glamz at Genting. Lokasi strategik yang memberikan suasana sejuk pergunungan dan berdekatan dengan Genting Theme Park, menjadikannya alternatif penginapan utama buat pengunjung Genting Highlands. Glamz at Genting menyediakan beberapa penginapan yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. Bell Tent, sesuai untuk pasangan atau keluarga kecil. Untuk keluarga yang bersaiz besar atau percutian berkumpulan, anda boleh memilih Family Dome yang dilengkapi dengan 6 katil single. Namun, untuk anda yang ingin berbelanja lebih untuk keistimewaan berganda, anda boleh memilih VIP Dome yang dilengkapi dengan ruang legar dan jakuzi persendirian.

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi – 5.00 petang)

Alamat: 1, Jln Meranti, 69000 Genting Highlands, Pahang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Laman Web

8. Caravan Serai in Bentong, Pahang

Caravan Serai in Bentong Pahang
Kredit gambar: bp.blogspot
Caravan Serai in Bentong Pahang
Kredit gambar: dimg04

Caravan serai merupakan satu lagi lokasi percutian yang menarik di Bentong, Pahang. Di sini, anda dapat merasai pengalaman berkhemah yang sangat menarik dan jauh daripada kesibukan bandar. Caravan Serai merupakan Vila persendirian yang eksklusif dikelilingi dengan hutan semula jadi, ladang buah-buahan, sungai dan bukit- bukau yang sedap mata memandang. Hanya 15 minit dari Bandar Bentong, Caravan serai merupakan tempat percutian yang sempurna untuk merehatkan diri daripada kesibukan kerja atau untuk percutian keluarga.

Waktu Operasi: Setiap hari (8.30 pagi – 10.30 malam)

Alamat: Lot 3159 & 3160, 12 3/4 Batu, Jalan Tras, Pekan Bentong, Bentong, Malaysia, 28700

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

Laman Web

Dapatkan  Baucer Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close