8 Tilam Udara Terbaik di Malaysia 2022

Kredit gambar: intex.fishing-boats.biz

Jika anda seorang yang gemar melakukan aktiviti luar, sudah pasti anda pernah mengalami masalah seperti tidak mempunyai tempat tidur yang selesa. Oleh itu, anda haruslah mencuba tilam udara. Tilam udara dapat memberikan anda keselesaan yang maksimum walaupun ketika anda sedang menjalani aktiviti perkhemahan. Hal ini kerana, tilam udara bukan sahaja didatangkan dengan ciri mudah alih malah ia juga dilengkapi dengan sistem pengudaraan yang baik. Berikut adalah 8 tilam udara terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Bagaimanakah hendak memilih tilam udara yang terbaik?

Tidak dinafikan untuk mencari tilam udara yang berkualiti dan tahan lama agak sukar ekoran terdapat banyak aspek yang perlu dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ciri utama yang perlu difokuskan semasa memilih tilam udara iaitu harga, bahan, dan saiz.

1. Harga

Setiap tilam menawarkan pelbagai harga, oleh itu anda disarankan untuk membandingkan harga bagi beberapa produk tilam terlebih dahulu. Ini juga boleh membantu anda menjimatkan wang dan berbelanja dengan bijak.

2. Bahan

Bahan adalah aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih tilam udara. Hal ini kerana, ia akan menentukan keselesaan dan ketahanan produk.

3. Saiz

Sebelum membeli tilam udara, anda haruslah menentukan saiz tilam yang sesuai dengan kegunaan anda. Sebagai contoh, adakah anda akan berkongsi tilam udara tersebut atau anda akan menggunakannya secara berseorangan?.

8 Tilam Udara Terbaik di Malaysia 2022

1. INTEX Air Mattress

INTEX Air Mattress
Kredit gambar: Shopee

Tilam Udara INTEX ini sesuai digunakan ketika melakukan aktiviti luar. Ia dilengkapi dengan teknologi gentian yang dapat memberikan keselesaan, kestabilan dan sokongan kepada badan anda. Selain itu, ia juga mempunyai injap 2-dalam-1 bagi memudahkan proses pemasangan dan penyimpanan. Tilam ini didatangkan dengan 2 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC
  • Saiz: S – XXL
  • Warna: Hijau, biru

Kelebihan:

Injap 2-dalam-1
Tahan lasak
Kalis Air

Harga: RM33.70 – RM79.70

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

2. Bestway Comfort Air Mattress

Bestway Comfort Air Mattress
Kredit gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari tilam udara yang berkualiti tinggi serta baik untuk posisi tulang belakang anda, maka Bestway Comfort Air Mattress ini terbaik untuk anda. Tilam udara ini didatangkan dengan permukaan tilam yang diperbuat daripada fabrik suede sekali gus menjadikannya selesa dan tahan lasak. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai reka bentuk boleh dilipat untuk memudahkan penyimpanan sekiranya anda tidak menggunakannya.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC, Suede
  • Saiz: S – XXL
  • Warna: Biru

Kelebihan:

Permukaan suede
Kalis air
Reka bentuk mudah dilipat

Harga: RM33.70 – RM80.75

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

3. Outdoor Air Mattress

Outdoor Air Mattress
Kredit gambar: Shopee

Tilam Udara ini didatangkan dengan reka bentuk futuristik yang sesuai digunakan untuk anda yang gemar melakukan aktiviti perkhemahan. Tilam udara ini diperbuat daripada bahan kalis air serta dilengkapi dengan pam udara pada bahagian dalam tilam bagi memudahkan proses pemasangan. Bukan itu sahaja, tilam ini juga didatangkan dengan beg khas bagi memudahkan penyimpanan sekiranya tidak digunakan.

Spesifikasi:

  • Bahan: TPU, Nilon
  • Saiz:
  • Warna: Biru laut

Kelebihan:

Dilengkapi pam udara
Bantal disediakan
Kalis Air

Harga: RM89.95

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

4. Mobi Garden Air Mattress

Mobi Garden Air Mattress
Kredit gambar: Lazada

Tilam Udara Mobi Garden ini merupakan antara tilam udara yang paling digemari oleh pengguna. Hal ini kerana, ia dilengkapi dengan permukaan fabrik berketumpatan tinggi serta struktur sokongan yang kukuh bagi memberikan keselesaan yang optimum ketika anda menggunakannya. Selain itu, tilam udara ini juga mampu menampung berat sehingga 80 kg

Spesifikasi:

  • Bahan: TPU
  • Saiz: Single, double
  • Warna: Hitam, Coklat, Biru

Kelebihan:

Tidak memerlukan pam
Kalis Air

Harga: RM119.00 – RM199.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

5. Decathlon Inflatable Air Mattress

Decathlon Inflatable Air Mattress
Kredit gambar: Decathlon

Tilam udara dari Decathlon ini pasti tidak mengecewakan anda kerana ia boleh memuatkan dua orang dalam satu masa. Permukaan tilam udara ini diperbuat daripada fabrik baldu yang menjadikannya selesa dan praktikal untuk anda gunakan. Tilam ini juga dilengkapi dengan fabrik regangan untuk ketahanan dan fleksibiliti tambahan ketika anda tidur. Bukan itu sahaja, tilam ini diperbuat daripada TPU bagi membolehkan penggunaan dalam jangka masa yang lama.

Spesifikasi:

  • Bahan: TPU, baldu
  • Saiz: Double
  • Warna: Putih biru

Kelebihan:

Kukuh
Permukaan baldu

Harga: RM149.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

6. Inflatable Car Air Bed

Inflatable Car Air Bed
Kredit gambar: Shopee

Jika anda seorang peminat aktiviti luar namun lebih memilih untuk bermalam di dalam kereta, maka anda boleh memilih Inflatable Car Air Bed ini. Ia dilengkapi dengan 2 bantal kepala, beg penyimpanan dan pam udara untuk kemudahan tambahan. Selain itu, ia juga mempunyai sayap sisi yang empuk dan lembut sekali gus dapat menghalang anda daripada terjatuh. Tilam ini didatangkan dengan 4 pilihan warna untuk dipilih. 

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC
  • Saiz: Double
  • Warna: Hitam, biru, kuning air, kelabu

Kelebihan:

Sesuai dengan kebanyakan MPV
Selesa

Harga: RM49.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

7. ONLIVING Camping Sleeping Mat

ONLIVING Camping Sleeping Mat
Kredit gambar: Lazada

ONLIVING Camping Sleeping Mat ini menawarkan keselesaan optimum dalam saiz yang kompak. Tilam udara ini boleh mengembang tanpa menggunakan sebarang pam dan untuk proses penyimpanan pula anda hanya perlu menggulungkan tilam ke arah bawah untuk menolak udara keluar. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan bantal untuk keselesaan tambahan ketika anda tidur.

Spesifikasi:

  • Bahan: TPU, nilon
  • Saiz: Single
  • Warna: Biru, hijau

Kelebihan:

Tidak perlu menggunakan pam
Tahan lasak
Ringan
Kalis Air

Harga: RM89.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

8. Bestway 2-in-1 Inflatable Air Mattress

Bestway in Inflatable Air Mattress
Kredit gambar: Shopee

Bestway 2-in-1 Inflatable Air Mattress ini didatangkan dengan ciri mudah alih serta beg berzip bagi memudahkan anda untuk menyimpan dan membawanya ke mana sahaja. Bukan itu sahaja, tilam ini juga diperbuat daripada PVC dan mampu menampung berat sehingga 120 kg ( 2 orang). Tilam ini sesuai untuk anda yang gemar melakukan aktiviti luar.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC
  • Saiz: Double
  • Warna: Hijau lime, biru, oren

Kelebihan:

Boleh dijadikan kerusi santai
Kalis Air

Harga: RM31.85

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close