8 Topi keledar Terbaik di Malaysia 2022

Topi keledar atau helmet merupakan sejenis topi keselamatan yang digunakan oleh penunggang motosikal. Tujuan utama pemakaian topi keledar adalah untuk melindungi kepala penunggang daripada sebarang hentakan. Kebanyakan topi keledar dilengkapi dengan pelindung muka, pelindung telinga, interkom dan sebagainya, bagi memberikan perlindungan tambahan kepada penunggang. 

Penunggang motosikal adalah antara pengguna jalan raya yang paling berisiko. Kecederaan kepala merupakan antara sebab terbesar kematian penunggang motosikal, manakala kira-kira satu perempat daripada semua penunggang pernah mengalami kecederaan kepala. Oleh itu, penggunaan topi keledar amatlah penting demi menjaga keselamatan diri dan keluarga. Berikut adalah 8 topi keledar terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Bagaimana hendak memilih topi keledar yang sesuai?

Apakah kriteria yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli topi keledar? Terdapat beberapa elemen asas yang perlu anda ketahui sebelum memasuki kedai topi keledar. Sebelum membuat pembelian atau pilihan, anda disarankan untuk mempertimbangkan aspek jenis, pensijilan, dan bahan topi keledar tersebut. 

1. Jenis 

Anda mungkin pernah melihat pelbagai jenis topi keledar di pasaran, antaranya jenis topi keledar muka penuh, separuh muka, modular dan sebagainya. Jadi, anda disyorkan untuk menentukan jenis topi keledar yang anda inginkan sebelum membuat pembelian.

2. Pensijilan

Pastikan peralatan ini telah diuji dan mematuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan. Selain itu, peralatan ini haruslah lulus semua ujian keselamatan yang telah ditetapkan sebelum ia memasuki pasaran

3. Bahan

Kebanyakan topi keledar dibina daripada komposit gentian kaca, komposit karbon dan Kevlar bagi meningkatkan tahap ketahanan hentakan. Pada bahagian dalam topi keledar pula akan dilapisi dengan kusyen dan jaringan halus untuk menyerap peluh dan memastikan bahagian dalam sentiasa bersih dan kering. Oleh itu memeriksa bahan yang digunakan adalah langkah yang bijak dalam memilih topi keledar yang terbaik.

8 Topi Keledar Terbaik di Malaysia 2022

1. MHR III

MHR III
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda memiliki motosikal dengan kapasiti enjin 50 cc, topi keledar ini sesuai untuk anda. Topi keledar ini merupakan antara topi keledar kegemaran penunggang motosikal kerana reka bentuknya yang ringan, mudah dibawa dan disimpan serta dapat memberikan pengudaraan yang baik pada bahagian muka. Topi keledar ini sesuai untuk kegunaan jarak dekat atau aktiviti berkonvoi pada kelajuan santai.

Spesifikasi:

  • Saiz: 60 cm
  • Warna: Pelbagai Warna
  • Jenis: Half cut

Kelebihan:

Pelbagai warna
Mampu Milik

Harga: RM6.00 – RM39.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. SGV 99

SGV
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari topi keledar dengan kualiti terbaik pada harga yang murah, topi keledar SVG99 ini pilihan terbaik untuk anda. Walaupun ia mempunyai kelulusan SIRIM namun ia hanya sesuai untuk kegunaan jarak dekat atau aktiviti berkonvoi pada kelajuan santai. Bukan itu sahaja, topi keledar ini juga dilengkapi dengan klip kunci pada bahagian tali muka bagi memudahkan anda untuk memakainya.

Spesifikasi:

  • Saiz: 60 cm
  • Warna: Pelbagai warna
  • Jenis: Half cut

Kelebihan:

Pelbagai warna
Mampu Milik

Harga: RM19.00 – RM62.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. GXT Motorcycle Helmet

GXT Motorcycle Helmet
Kredit Gambar: Shopee

Topi keledar ini dilengkapi dengan ciri keselamatan yang lengkap serta sesuai untuk kegunaan harian atau ‘touring’. Selain itu, topi keledar ini juga mempunyai padding yang boleh dibuka dan dicuci. Tambahan pula, topi keledar ini didatangkan dengan double visor yang membolehkan anda menggunakannya mengikut cuaca semasa dan keselesaan anda. Topi keledar ini menawarkan saiz yang berbeza daripada saiz M hingga XL.

Spesifikasi:

  • Bahan: ABS
  • Saiz: M, L, XL
  • Warna: Pelbagai warna
  • Jenis: Open face

Kelebihan:

Double Visor
Mampu Milik
Pelbagai pilihan saiz

Harga: RM64.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. CANEL&CO Motorcycle Helmet

CANELCO Motorcycle Helmet
Kredit Gambar: Shopee

Topi keledar ini mempunyai reka bentuk yang bergaya dan ringan serta dilengkapi dengan bahan anti-bunyi bagi memberikan keselesaan yang optimum ketika anda menunggang motosikal. Topi keledar ini juga diperbuat daripada bahan ABS yang menjadikannya tahan lama dan serap hentakan. Selain itu, topi keledar ini boleh didapati dalam pelbagai pilihan warna yang menarik.

Spesifikasi:

  • Bahan: ABS
  • Saiz: Besar
  • Warna: Pelbagai warna
  • Jenis: Double visor

Kelebihan:

Double Visor
Pelbagai pilihan warna untuk anda pilih

Harga: RM200.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. MS88

MS
Kredit Gambar: Shopee

Topi keledar ini merupakan antara topi keledar yang popular dan sering menjadi pilihan utama penunggang motosikal kerana harga yang murah dan ringan. Topi keledar ini sesuai untuk kegunaan harian sahaja seperti ke kedai, kelas, ataupun meronda dalam kawasan rumah. Topi keledar ini berukuran saiz 60 cm dan mempunyai pelbagai pilihan warna untuk anda pilih. 

Spesifikasi:

  • Bahan: ABS
  • Saiz: 60 cm
  • Warna: Pelbagai warna
  • Jenis: Open face

Kelebihan:

Mampu Milik
Pelbagai pilihan warna

Harga: RM7.99 – RM42.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. GRACSHAW G838

GRACSHAW G
Kredit Gambar: Shopee

Topi keledar Gaizer ini diperbuat daripada ABS serta dilengkapi dengan sistem pengudaraan pada bahagian atas topi bagi membolehkan aliran udara disalurkan secara sekata di dalam topi keledar tersebut. Topi keledar ini mempunyai reka bentuk yang moden dan didatangkan dengan visor untuk perlindungan tambahan pada muka. 

Spesifikasi:

  • Bahan: ABS
  • Saiz: M, L, XL dan XXL
  • Warna: Pelbagai warna
  • Jenis: Open face

Kelebihan:

Dilengkapi ciri keselamatan yang terbaik
Pelbagai pilihan warna.
Selesa

Harga: RM158.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Magnum Helmet M8

Magnum Helmet M
Kredit Gambar: Shopee

Magnum Helmet M8 mempunyai ciri reka bentuk ringkas dan kukuh yang menjadikannya antara topi keledar yang terkenal dalam kalangan remaja. Topi keledar ini didatangkan dengan Rainbow atau Smoke Visor untuk perlindungan pada wajah serta dilengkapi dengan pad tebal pada bahagian dalam bagi memberikan keselesaan ketika anda menunggang motosikal. 

Spesifikasi:

  • Saiz: L dan XL 
  • Warna: Pelbagai warna
  • Jenis: Open face

Kelebihan:

Dilengkapi ciri keselamatan yang baik
Pelbagai pilihan warna
Selesa
Mendapat kelulusan daripada SIRIM

Harga: RM74.50 – RM80.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. JIEKAI 316

JIEKAI
Kredit Gambar: Shopee

Topi keledar ini dilengkapi dengan sistem pengasingan bunyi yang baik bagi memberikan penunggangan yang tenang dan selesa. Topi keledar ini direka dengan ciri keselamatan yang bagus serta sesuai untuk kegunaan jarak jauh dan kelajuan tinggi. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan padding yang boleh dibuka dan dicuci.

Spesifikasi:

  • Bahan: ABS
  • Saiz: M, L, XL dan XXL 
  • Warna: Pelbagai Warna
  • Jenis: Full face

Kelebihan:

Sistem pengasingan bunyi
Pelbagai pilihan warna untuk anda pilih
Selesa

Harga: RM238.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close