8 Tumbler Terbaik di Malaysia 2022

Air merupakan elemen kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas. Bagaimanapun, sebahagian besar daripada kita tidak menitikberatkan pengambilan air yang secukupnya dalam kehidupan seharian dan lebih gemar minuman bergula yang boleh meningkatkan kalori dalam badan. Setiap hari, badan kita kehilangan 10 hingga 12 cawan air secara purata yang perlu digantikan untuk mengekalkan keseimbang kesihatan tubuh badan. 

Oleh itu, kita perlu tahu betapa pentingnya pengambilan air yang mencukupi, agar tubuh kita kekal hidrat dan menjadi amalan harian untuk kehidupan yang lebih sihat. Tumbler merupakan salah satu alternatif yang boleh anda gunakan untuk membawa minuman anda. Ia bukan sahaja dapat memastikan anda terhidrasi malah ia juga boleh mengekalkan suhu minuman anda. Berikut adalah 8 tumbler terbaik yang anda boleh dapati di Malaysia.

Bagaimana hendak memilih tumbler yang sesuai?

Terdapat banyak jenis tumbler yang boleh didapati di kedai fizikal dan dalam talian sehingga membuatkan anda keliru untuk membuat pilihan?  Jangan bimbang, kerana dengan mengetahui harga, warna dan kualiti boleh membantu anda dalam mencari tumbler yang terbaik.

1. Harga

Setiap tumbler datang daripada pelbagai jenama yang berbeza jadi sudah pasti ia juga menawarkan pelbagai harga. Oleh itu, disarankan kepada anda untuk membandingkan harga bagi beberapa produk tumbler terlebih dahulu. Ini juga boleh membantu anda menjimatkan wang dan berbelanja dengan bijak.

2. Warna

Tumbler biasanya datang dalam pelbagai warna dan corak, bergantung pada jenama. Oleh itu, anda harus memilih warna dan corak yang disukai oleh anda.

3. Kualiti

Kualiti tumbler adalah penting untuk dipertimbangkan ekoran anda pasti ingin membeli tumbler yang boleh dipakai dalam jangka masa yang lama. 

8 Tumbler Terbaik di Malaysia 2022

1. Tyeso Thermos Cup

Tyeso Thermos Cup
Kredit Gambar: Shopee

Bagi anda yang menggemari produk tahan lasak, Tyeso Thermos Cup ini sesuai untuk anda. Ia diperbuat daripada keluli tahan karat serta dilengkapi dengan penutup silikon yang bukan sahaja kalis bocor tetapi juga kedap udara. Tumbler ini boleh didapati dalam 5 warna pastel yang menarik serta didatangkan dengan 2 saiz berbeza yang boleh anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat
  • Isi padu: 600 ml, 890 ml
  • Warna: Hitam, putih, merah jambu, hijau, biru

Kelebihan:

Warna pastel
Anti-bocor

Harga: RM24.00 – RM26.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Starbucks x Stanley Stainless Steel Bottle

Starbucks x Stanley Stainless Steel Bottle
Kredit Gambar: Shopee

Starbucks merupakan jenama terkemuka dari Amerika Syarikat yang menghasilkan pelbagai minuman yang ikonik. Starbucks juga tidak ketinggalan dalam mengeluarkan produk tumbler, iaitu Starbucks x Stanley Stainless Steel Bottle. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan diskaun minuman dengan pembelian air menggunakan tumbler ini di Starbucks.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat 304 
  • Isi padu: 560 ml, 850 ml
  • Warna: Hitam, biru laut, biru tiffany, biru muda, merah jambu, putih

Kelebihan:

Diskaun Starbucks
Mesra Alam

Harga: RM27.00 – RM29.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Custom Flask

Custom Flask
Kredit Gambar: Shopee

Tumbler ini didatangkan dengan reka bentuk yang agak unik dan ringkas. Ia dilengkapi dengan penutup digital LED yang boleh menunjukkan suhu air anda. Selain itu, anda juga boleh mencetak nama anda di bahagian badan tumbler. Tumbler ini sangat sesuai untuk dijadikan hadiah kepada rakan dan keluarga anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat 304 
  • Isi padu: 500 ml
  • Warna: Hitam, biru laut, biru tiffany, biru muda, merah jambu, putih

Kelebihan:

Reka bentuk unik
Bebas BPA

Harga: RM19.00 – RM23.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Tyeso 3D Thermos Cup

Tyeso D Thermos Cup
Kredit Gambar: Lazada

Tyeso 3D Thermos Cup didatangkan dengan reka bentuk ergonomik bagi memudahkan anda membawanya ke mana-mana sahaja. Bukan itu sahaja, tumbler ini juga mempunyai corak 3D pada lapisan luar untuk cengkaman tambahan semasa anda memegang atau meletakkannya di dalam pemegang cawan. Ia dipasarkan dengan 5 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat 
  • Isi padu: 750 ml, 1000 ml
  • Warna: Putih, hitam, kuning, hijau, merah jambu

Kelebihan:

Anti-bocor
Reka bentuk 3D

Harga: RM27.98 – RM31.98

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Coffee Flask

Coffee Flask
Kredit Gambar: Shopee

Anda mencari tumbler yang sesuai digunakan untuk minuman panas dan sejuk? Coffee Flask ialah pilihan terbaik untuk anda. Tumbler ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang mengekalkan suhu minuman selama lebih kurang 6 jam. Ia juga didatangkan dengan 2 saiz yang berbeza untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat 
  • Kapasiti: 380 ml, 580 ml
  • Warna: Putih, hitam, biru, hijau, merah jambu

Kelebihan:

Suhu air bertahan sehingga 6 jam.
Tahan lasak

Harga: RM12.60 – RM16.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Plain Thermos Mug

Plain Thermos Mug
Kredit Gambar: Shopee

Plain thermos mug merupakan antara tumbler yang menjadi pilihan pengguna. Hal ini kerana reka bentuknya yang ringkas serta dilengkapi dengan penyedut minuman memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Tumbler ini didatangkan dengan 6 pilihan warna yang menarik untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat 304
  • Isi padu: 750 ml
  • Warna: Hitam, putih, coklat, merah jambu, ungu, biru tiffany

Kelebihan:

Ringan
Bergaya

Harga: RM20.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Starbucks Thermos Cup

Starbucks Thermos Cup
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari tumbler dengan reka bentuk yang elegan dan mewah, maka Starbucks Thermos Cup ini sesuai untuk anda. Tumbler ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang menjadikannya tahan lama, ringan dan tahan lasak. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan penutup berkunci serta pengedap getah kalis bocor yang menghalang tumpahan air. Tumbler ini sangat ideal untuk dibawa ke sekolah atau ke tempat kerja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat 
  • Isi padu: 400 ml
  • Warna: Hitam, putih hijau, putih perak, hijau, merah jambu, hitam, 

Kelebihan:

Diskaun Starbucks
Bergaya

Harga: RM7.80 – RM8.39

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Travel Tumbler

Travel Tumbler
Kredit Gambar: Shopee

Travel Tumbler merupakan pilihan yang sangat ideal untuk anda yang menggemari aktiviti luar seperti mendaki, memancing, bercuti dan sebagainya. Ia didatangkan dengan reka bentuk yang kompak dan ringan serta dilengkapi pemegang bagi memudahkan anda membawanya. Selain itu, ia juga dipasarkan dengan 4 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat 
  • Isi padu: 350 ml, 480 ml
  • Warna: Hitam, kelabu, putih biru, merah

Kelebihan:

Reka bentuk kompak
Pemegang
Ringan

Harga: RM16.50 – RM17.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close