8 Tumbuhan Artifical Terbaik di Malaysia 2022

Tumbuhan buatan yang juga dikenali sebagai tumbuhan palsu merupakan tumbuhan yang direka untuk kegunaan hiasan, komersial dan juga untuk tujuan saintifik. Pada masa kini, terdapat pelbagai pilihan tumbuhan palsu dengan rupa dan ciri seperti tumbuhan sebenar. Selain daripada plastik, tumbuhan palsu juga boleh dibuat daripada kertas, sutera atau poliester. Sama seperti pakaian, tumbuhan palsu juga boleh dibuat menggunakan kapas dan rayon. 

Memandangkan ia diilhamkan daripada tumbuhan sebenar, anda boleh mendapati pelbagai spesies tumbuhan palsu yang boleh anda beli secara dalam talian atau di kedai. Berikut adalah 8 tumbuhan palsu terbaik di Malaysia.

Bagaimana Hendak Memilih Tumbuhan Palsu yang Terbaik?

Tumbuhan palsu biasanya dihasilkan secara besar-besaran, jadi sudah pasti terdapat pelbagai pilihan tumbuhan palsu untuk anda pilih. Antara perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli tumbuhan palsu adalah jenis spesies tumbuhan, menyemak butiran dan tujuan membeli tumbuhan.

1. Jenis tumbuhan

Anda perlulah mengetahui jenis spesies tumbuhan yang anda ingin beli bagi memudahkan anda untuk melakukan sebarang pencarian dan pembelian tumbuhan palsu.

2. Semak butiran

Anda haruslah memeriksa setiap perincian tumbuhan palsu yang ingin anda beli. Hal ini bagi mengelakkan anda daripada sebarang kerugian. 

3. Tujuan membeli

Anda haruslah mempunyai tujuan yang jelas untuk membeli tumbuhan palsu bagi mengelakkan sebarang pembaziran wang. 

8 Tumbuhan Palsu Terbaik di Malaysia 2022

1. Assorted Potted Artificial Plants

Assorted Potted Artificial Plants
Kredit gambar: Shopee

Tumbuhan palsu ini mempunyai 10 jenis spesies tumbuhan yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa dan konsep rumah anda. Tumbuhan palsu ini sesuai diletakkan di ruang tamu, meja kopi, atau di kawasan rumah yang boleh dilihat agar ia dapat menceriakan lagi persekitaran rumah anda. Tumbuhan palsu ini diperbuat daripada polipropilena yang menjadikannya tahan lama dan anti-habuk.

Spesifikasi:

  • Bahan: Polipropilena
  • Spesies: Daun Philodende, Orkid, Daun Fittonia, Chrysanthemum, Daun Romana, Cassia, Peperomia, Hot Peperomia, Viola, Tropica

Kelebihan:

Sesuai untuk hiasan bilik dan acara perkahwinan
Menceriakan bilik anda
Sesuai untuk dalaman dan luaran rumah

Harga: RM6.44 – RM9.87

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Phalaenopsis Leaf Artificial Plant

Phalaenopsis Leaf Artificial Plant
Kredit gambar: Shopee

Daun Phalaenopsis ini mempunyai saiz yang kecil dan dihiasi di dalam pasu kayu bagi menyerlahkan lagi reka bentuknya. Selain itu, tumbuhan ini juga dilengkapi dengan urat selari pada daun untuk memberikan rupa seakan daun sebenar. Tumbuhan ini sesuai untuk anda yang menggemari konsep minimalis. Ia juga dijual pada harga yang berpatutan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Saiz: 22 cm, 24 cm, 32 cm

Kelebihan:

Mampu Milik
Saiz yang kecil
Sesuai untuk ruang tamu

Harga: RM0.70 – RM3.14

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. Willow Artificial Plants

Willow Artificial Plants
Kredit gambar: Shopee

Tumbuhan palsu ini didatangkan dalam satu tandan yang terdiri daripada 175 helai daun. Ia mempunyai 4 warna berbeza dengan perincian yang persis seperti daun Willow sebenar. Jika anda sedang mencari tumbuhan palsu untuk majlis perkahwinan, tumbuhan ini antara yang sesuai untuk anda ekoran rupanya yang elegan dan perinciannya yang halus.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Spesies: Willow Leaf
  • Warna: Hijau, Hijau Muda, Putih, Champagne 

Kelebihan:

Tahan lama
Reka bentuk yang elegan
Sesuai untuk hiasan dalaman dan luaran

Harga: RM3.98

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. Potted Creeper Artificial Plants

Potted Creeper Artificial Plants
Kredit gambar: Ali Express

Tumbuhan palsu ini sesuai dijadikan sebagai hiasan bilik kerana ia dapat menambahkan warna yang segar pada bilik anda. Ia dilengkapi dengan pasu kecil yang membolehkan anda untuk meletakkannya di mana sahaja. Tumbuhan palsu ini diperbuat daripada Polipropilena serta tidak akan mendatangkan sebarang bau.

Spesifikasi:

  • Bahan: Polipropilena
  • Spesies: Nickels Small, Golden Pothos, Ficus Pumila, Persian Yard, Salix Jalar, Euca Anggur, Senecio, Tea Leaves, Mimalu, Red Cone, Brown Cone, Water Leaf, Salix Lima, Sichit Nickles, Norain Yard

Kelebihan:

Tidak berbau
Rupa yang menarik
Sesuai untuk hiasan dalaman dan luaran

Harga: RM16.13 – RM25.73

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. Eucalyptus Artificial Plants

Eucalyptus Artificial Plants
Kredit gambar: Joom

Tumbuhan palsu ini didatangkan dengan bentuk bulat serta menawarkan pelbagai warna seperti biru muda, champagne dan hijau. Tumbuhan ini sesuai untuk dijadikan sebagai gubahan bunga. Ia diperbuat daripada kain sutera yang mempunyai tekstur lembut apabila disentuh dan mudah untuk disusun.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kain Sutera
  • Warna: Hijau musim luruh, Hijau, Ungu musim luruh, Biru Royal, Biru terang, Gules, Champagne, Merah jambu, Putih

Kelebihan:

Diperbuat daripada sutera
Rupa yang menarik
Sesuai untuk hiasan dalaman dan luaran

Harga: RM5.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. Potted Rosemary Artificial Plants

Potted Rosemary Artificial Plants
Kredit gambar: Shopee

Tumbuhan rosemary yang asli mempunyai ciri anti-bakteria, anti-virus dan anti kulat, namun rosemary tiruan ini hanya sesuai dijadikan sebagai hiasan sahaja. Untuk mendapatkan rupa yang lebih semula jadi, tumbuhan palsu ini akan disalut dengan serbuk talkum sekaligus menjadikannya tahan lama. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Polipropilena,
  • Spesies: Rosemary

Kelebihan:

Rupa seakan tumbuhan asli
Tahan lama
Sesuai untuk hiasan dalaman dan luaran

Harga: RM15.97

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

7. Potted Bonsai Artificial Plants

Potted Bonsai Artificial Plants
Kredit gambar: Shopee

Jika anda ingin memiliki bonsai tetapi tidak mempunyai masa untuk menjaganya, anda boleh dapatkan bonsai tiruan ini. Warnanya tidak akan luntur ekoran ia diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi. Tumbuhan ini didatangkan dalam pelbagai bentuk yang boleh anda pilih mengikut cita rasa anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Spesies: Pelbagai jenis 

Kelebihan:

Rupa yang Menarik
Pelbagai pilihan
Sesuai untuk hiasan dalaman dan luaran

Harga: RM2.69 – RM7.94

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

8. Purple Mini Succulents Artificial Plants

Purple Mini Succulents Artificial Plants
Kredit gambar: Shopee

Tumbuhan palsu ini didatangkan dalam saiz yang kecil serta sesuai digunakan sebagai hiasan meja kopi, meja televisyen dan meja makan. Tumbuhan palsu ini diperbuat daripada polipropilena bagi memberikan rupa yang segar dan tidak pudar. Oleh kerana reka bentuk tumbuhan ini mempunyai banyak kelopak, ia boleh menyebabkan habuk mudah terkumpul. Jadi, anda perlulah kerap membersihkannya bagi mengelakkan pembiakan bakteria.

Spesifikasi:

  • Bahan: Polipropilena
  • Reka bentuk: Pelbagai jenis
  • Warna: Ungu

Kelebihan:

Bersaiz mini
Pelbagai pilihan tumbuhan
Sesuai untuk hiasan dalaman dan luaran

Harga: RM1.83 – RM4.71

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close