8 Ubat Gigi Kanak-kanak Terbaik di Malaysia 2022

Ubat gigi kanak-kanak dihasilkan dengan ramuan khusus yang selamat ditelan ekoran kebiasaannya kanak-kanak di bawah umur 6 tahun gemar untuk menelan ubat gigi mereka ketika menggosok gigi. Walau bagaimanapun, amatlah bahaya sekiranya mereka menelan ubat gigi terlalu kerap meskipun ubat gigi tersebut khusus untuk kanak-kanak. Oleh itu, pengawasan dari orang dewasa sangatlah penting.

Terdapat pelbagai jenis ubat gigi kanak-kanak yang boleh anda dapati di pasaran dengan pelbagai variasi perisa seperti strawberi, anggur dan oren. Berikut adalah 8 ubat gigi terbaik untuk kanak-kanak di Malaysia.

Apakah Perbezaan Antara Ubat Gigi Kanak-kanak dan Ubat Gigi Dewasa?

Meskipun kedua-dua jenis ubat gigi mempunyai objektif yang sama iaitu untuk membersihkan gigi, namun kuantiti jumlah fluorida yang membezakan antara ubat gigi kanak-kanak dengan ubat gigi dewasa. Ubat gigi kanak-kanak mempunyai jumlah fluorida yang sedikit berbanding ubat gigi dewasa. Fluorida yang terkandung di dalam ubat gigi bermanfaat untuk membentuk lapisan gigi yang lebih kuat bagi mencegah gigi tersebut menjadi mudah rosak.

Mengapa Ubat Gigi Kanak-kanak Manis?

Ubat gigi kanak-kanak dibuat dengan sedikit rasa manis berbanding ubat gigi dewasa bertujuan untuk menarik minat serta menggalakkan kanak-kanak menggosok gigi dan menjaga kebersihan mulut. Ubat gigi biasanya mengandungi pemanis tiruan seperti natrium sakarin, ia tidak akan menyebabkan kerosakan gigi. Selain itu terdapat juga ubat gigi dengan pemanis semulajadi (Xylitol)yang dikenali sebagai gula alkohol di pasaran.

8 Ubat Gigi Terbaik Untuk Kanak-kanak di Malaysia 2022

1. Colgate Kids Tiger Toothpaste

Colgate Kids Tiger Toothpaste
Kredit Gambar: Best Grocery Store

Colgate Kids Tiger Toothpaste direka khas untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah. Produk ini memberikan perlindungan terhadap rongga dan enamel yang terbukti secara klinikal. Gunakan dua kali sehari untuk memberikan dos fluorida yang ideal kepada kanak-kanak. Ia dipasarkan dengan rasa strawberi yang manis, membuatkan anak-anak anda lebih gemar memberus gigi.

Spesifikasi:

  • Ramuan: Sorbitol, Air, Silika Terhidrat, PEG-12, Perisa, Gula Selulosa, Tetrasodium Pyrophosphate, Sodium Lauryl Sulphate, Natrium Sakarin, Natrium Fluorida, CI 77019, CI 77891, CI 15035,
  • Saiz: 40g

Kelebihan:

Pembersihan lembut
Selamat digunakan

Harga: RM2.95

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Jordan Kid’s Toothpaste Step 1 & Step 2

Jordan Kids Toothpaste Step Step
Kredit Gambar: Shopee

Jordan Kid’s Toothpaste Step 1 dibuat untuk kanak-kanak berumur 0 hingga 5 tahun dengan tahap fluorida yang disyorkan dan 0% SLS bagi melindungi gigi susu mereka. Perisa buah-buahan yang lembut amat sesuai dengan citarasa kanak-kanak. Manakala, Jordan Kid’s Toothpaste Step 2 direka khas untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun yang mengfokuskan kepada perlindungan kaviti dan kerosakan terhadap gigi kekal untuk mengelakkan masalah pergigian.

Spesifikasi:

  • Ramuan Langkah 1: Sorbitol, Aqua, Silika Terhidrat, PEG-32, Gliserin, Cocamidopropyl Betaine, Trisodium Phosphate, Sodium Sakarin, Potassium Sorbate, Citric Acid, Sodium Fluoride, Sodium Benzoate, Sodium Sulphate, Sodium Chloride, Sel Aroma, CI 42051
  • Ramuan Langkah 2: Sorbitol, Aqua, Silika Terhidrat, PEG-32, Gliserin, Trisodium Phosphate, Selulosa Gum, Cocamidopropyl Betaine, Natrium Fluorida, Natrium Klorida, Natrium Sulfat, Kalium Sorbat, Sodium Sakarin, Sodium Sakarin Benzoate, Aroma, CI 42051, CI 74160
  • Saiz: 75g

Kelebihan:

Dua jenis untuk dipilih
Memberi perlindungan tambahan pada gigi

Harga: RM6.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Darlie Strawberry Bunny Kids Toothpaste

Darlie Strawberry Bunny Kids Toothpaste
Kredit Gambar: Shopee

Darlie Strawberry Bunny Kids Toothpaste merupakan Ubat gigi berinspirasikan watak arnab comel menjadikan sesi memberus gigi sebuah pengalaman yang menyeronokkan untuk anak-anak. Rasa strawberi yang lazat dan juga diperkaya dengan kalsium dan fluorida, menguatkan gigi serta melawan kaviti. Ubat gigi ini mempunyai keupayaan tahap buih yang rendah sekaligus dapat mengelak dari kerengsaan.

Spesifikasi:

  • Ramuan: Sorbitol, Air, Silika Terhidrat, PEG-12, Sodium Lauryl Sulphate, Perisa Strawberi
  • Saiz: 40g

Kelebihan:

Tiada gula tambahan
Ubat gigi berkilauan

Harga: RM2.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Pureen Kids Toothpaste 

Pureen Kids Toothpaste
Kredit Gambar: Shopee

Jika anak-anak anda mengemari manisan atau minuman berkarbohidrat, Pureen Kids Toothpaste adalah pilihan terbaik untuk mereka. Ubat gigi ini mengandungi 5% Xylitol bagi melindungi gigi daripada berlakunya kerosakan. Xylitol ialah pemanis semula jadi yang ditemui dalam serat buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuk beri, jagung dan cendawan. Ia tidak akan menyebabkan kerosakan gigi malah membantu dalam meneutralkan asid pada gigi.

Spesifikasi:

  • Ramuan: Dicalcium Phosphate Dihydrate, Air yang disucikan, Gliserin, Silika Terhidrat, Xylitol, Sorbitol, Stevia Rebaudiana, Sodium Lauroyl Sarcosinate, Perisa, Gula-gula getah selulosa, Tetrasodium Diphosphate, Natrium Benzoat, Kalsium Laktat, Kalsium Pirofosfat
  • Saiz: 75g
  • Perisa: Perisa Oren, Strawberi

Kelebihan:

Pelbagai perisa
Bebas Fluorida

Harga: RM4.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Kodomo Children Toothpaste Strawberry

Kodomo Children Toothpaste Strawberry
Kredit Gambar: Pasaraya Shaan

Kodomo Children Toothpaste Strawberry diperluaskan khas untuk kanak-kanak berusia di antara 6 bulan hingga 12 tahun dan mempunyai bau dan rasa buah yang lazat sudah pasti akan digemari oleh kanak-kanak. Ubat gigi ini terdiri daripada 5% Xylitol dan fluorida aktif yang membantu memulihkan mineral dan membaiki karies gigi dalam masa 14 hari dengan penggunaan yang konsisten. Selain itu, selamat digunakan setiap hari kerana ia bebas daripada gula tambahan dan memberikan keselesaan kepada anak-anak anda.

Spesifikasi:

  • Ramuan: Air, Sorbitol, Silika Terhidrat, Xylitol, Propylene Glycol, Sodium Fluoride, Cellulose Gum, Sodium Lauryl Sulfate, Flavor, Sodium Saccharin, Sodium Fluoride (500ppm), Methylparaben, Butylparaben, CI 77891
  • Saiz: 80g

Kelebihan:

Selamat untuk kegunaan harian
Bau harum

Harga: RM4.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Pepsodent Kids Strawberry Toothpaste

Pepsodent Kids Strawberry Toothpaste
Kredit Gambar: Shopee

Pepsodent Kids Strawberry Toothpaste sangat sesuai untuk gigi susu. Oleh kerana mempunyai kandungan fluorida dan kalsium ia dapat membantu pertumbuhan gigi dan mencegah gigi berlubang serta menghilangkan bau mulut. Ubat gigi ini boleh didapati dengan perisa strawberi manis yang akan disukai oleh kanak-kanak.

Spesifikasi:

  • Ramuan: Sorbitol, Air, Silika Terhidrat, Peg-32, Sodium Lauryl Sulphate, Flavour, Cellulose Gum, Sodium Sakarin, Sodium Fluoride, Hydrolyzed Casein, Calcium Gluconate, Gliserin, Ci 12490, Ci 7.1891.0 Bahan Aktif: Sodium 1% Fluoride, Calcium Gluconate, Hydrolyzed Casein
  • Saiz: 50g

Kelebihan:

Selamat untuk kanak-kanak
Rasa buahan

Harga: RM3.08

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. BZU BZU Kids Toothpaste Grape Flavour

BZU BZU Kids Toothpaste Grape Flavour
Kredit Gambar: BZU BZU Singapore

BZU BZU Kids Toothpaste Grape Flavor adalah ubat gigi tanpa gula yang dirumus dengan Vitamin C dan Vitamin E untuk menangani penyakit gusi dan gigi. Bentuk badannya yang bulat dapat mengelakkan kanak-kanak daripada cedera ketika menggunakannya. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah dengan pengawasan orang dewasa bagi mengelakkan tertelan ubat gigi secara tidak sengaja.

Spesifikasi:

  • Ramuan: Sorbitol, Aqua, Silika Terhidrat, Natrium Lauril Sulfat, PEG-8, Gula Selulosa, Aroma, Natrium Monofluorofosfat (600PPM), Natrium Sakarin, Gula Xanthan, Xylitol, Asid Askorbik, Tokoferol, Trisodium Fosfat, Litium Sodium Benzoate, Mica/CI 77019, CI 16185, CI 42090
  • Saiz: 50g

Kelebihan:

Bahan gred makanan
Pilihan yang sihat

Harga: RM3.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Splat Kids Natural Toothpaste Strawberry Cherry

Splat Kids Natural Toothpaste Strawberry Cherry
Kredit Gambar: Lazada

Splat Kids Natural Toothpaste Strawberry Cherry adalah ubat gigi yang sangat inovatif dengan bahan semulajadi dan selamat untuk ditelan. 98% ubat gigi semulajadi dapat menguatkan enamel gigi serta memberi perlindungan terhadap masalah penjagaan mulut seperti kerosakan gigi dan masalah gusi. Terdapat bahan-bahan aktif yang digunakan untuk menanggalkan plak dan menghilangkan kotoran dari permukaan gigi agar nafas menjadi bersih dan segar. Ubat gigi ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Hidrolisat Kanji Terhidrogenasi, Aqua, Gliserin, Silika Terhidrat, Kalsium Hidroksiapatit, Gula Selulosa, Aroma, Kalium Tiosianat, Laktoferin, Lactoperoxidase, Glukosa Oksidase, Glukosa Pentaacetate, Aloe Barbadensis Gumpy Gumpyolium, Ekstrak Daun Locamine Lidah Buaya, Xocamine Bunga Locamine Ekstrak, Ekstrak Bunga Lonicera Japonica, Ekstrak Akar Glycyrrhiza Glabra (Licorice), Ekstrak Biji Vitis Vinifera, Sodium Benzoate, Potassium Sorbate, Arginine, Ekstrak Paprika, Capsanthin, Сapsorubin, Carmine (CI 75470), Lutein
  • Saiz: 20ml

Kelebihan:

Meningkatkan kesihatan gusi
Percuma SLS/SLES

Harga: RM5.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close