Ustaz Ebit Lew Hadiahkan Kereta Buat Bapa Anak 3 Di Kuching, Sarawak

Tular video baru-baru ini seorang lelaki warga asing menarik kereta roda yang dinaiki oleh anak-anaknya dalam keadaan hujan di lampu isyarat tanpa mengenakan selipar. Insiden yang menyayat hati ini berlaku di Sarawak dan mencuri tumpuan ramai.

Captureaa
Kredit Gambar: tiktok.com/@ustazebitlew

Apabila didekati, bapa kepada 3 anak ini memberitahu dirinya berasal dari United Kingdom dan telah berkahwin dengan rakyat tempatan. Isterinya, yang merupakan seorang pensyarah juga daripada keturunan Cina Sarawak, telah meninggal dunia tahun lepas akibat kanser. Oleh itu, beliau terpaksa menyara hidup keluarganya dengan bekerja menjaga rumah hantu di Aeon Kuching. Berikut adalah video Tiktok yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew:

@ustazebitlew

Hadiahkan kereta untuk keluarga di Kuching Sarawak ini. Sebak bila tular video seorang ayah di kuching sarawak tarik anak-anak di traffic light waktu hujan tidak berselipar. Rupanya brother ni dari UK. Isterinya chinese sarawak meninggal dunia tahun lepas kerana kanser. Gigihnya ayah ni cari rezeki menjaga rumah hantu di aeon kuching. Mendiang isterinya seorang pensyarah#ebitlew #fyp #ebitlew #fyp

♬ Sekali Seumur Hidup – Lesti

Sedih melihat keadaan keluarga malang ini, Ustaz Ebit Lew tampil memberi bantuan. Keluarga malang ini dijejaki oleh pasukan Ustaz Ebit Lew untuk menyampaikan bantuan. Bahkan, Ustaz Ebit Lew juga turut turun padang untuk bertemu dengan keluarga ini.

unnamed
Kredit Gambar: yt3.ggpht.com

Ustaz Ebit Lew membawa keluarga ini makan dan memberikan sedikit kelengkapan asas untuk kelangsungan hidup mereka. Yang mengejutkan lagi, bila mana Ustaz Ebit Lew turut menghadiahkan sebuah kereta jenama Proton Saga berwarna hitam kepada keluarga tersebut bagi memudahkan urusan perjalanan. Selain itu, hadiah kereta ini adalah untuk mencari nafkah buat menyara hidup keluarga bapa anak 3 ini.

UK
Kredit Gambar: tiktok.com/@ustazebitlew

Rata-rata netizen memuji tindakan pantas Ustaz ini untuk memberikan bantuan kepada keluarga yang memerlukan ini. Menurut komen chipsmore188, rakyat hanya mampu untuk viralkan kisah bapa ini tetapi superhero akan datang untuk membantu keluarga tersebut. Selain itu, ucapan terima kasih turut diberikan kepada Ustaz Ebit Lew atas tindakan pantas beliau dalam membantu mereka yang memerlukan. Komen daripada Iswandi Iswandi juga mengucapkan terima kasih kepada ustaz kerana datang ke Sarawak.

Terima kasih, Ustaz Ebit Lew di atas tindakan pantas bagi membantu keluarga ini. Diharapkan segala kebaikan ustaz akan dilimpahi dengan kesihatan yang baik dan ganjaran yang besar oleh tuhan. Selain itu, diharapkan juga keluarga tersebut boleh memulakan hidup baru dengan bersemangat. Apa pendapat anda?

Sumber: Ustaz Ebit Lew / Youtube Ustaz Ebit Lew

Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close