10 Air Mineral Terbaik di Malaysia

Air mineral mengandungi kandungan mineral, terutamanya magnesium, kalsium, dan sodium yang tinggi. Lazimnya, ia datang hasil daripada takungan sumber air semulajadi bawah tanah dan mata air mineral. Berbeza dengan paip, air mineral dibotolkan dengan menggunakan sumbernya yang tersendiri. Meskipun ia mempunyai tahap ‘purity’ yang tinggi, air mineral masih perlu menjalani beberapa proses bagi menyingkirkan gas karbon dioksida dan bahan-bahan toksik yang lain.

Berikut adalah antara manfaat yang akan anda peroleh sekiranya anda mengamalkan minuman air mineral!

  • Boleh meningkatkan kesihatan tulang (Thanks untuk adanya kandungan kalsium yang baik!)
  • Mencegah dan merawat sembelit. (Memudahkan anda untuk membuang air besar)
  • Melindungi daripada penyakit jantung. (Berdasarkan salah satu kebaikannya adalah mengurangkan LDL (bad) kolestrol)
  • Membantu mengurangkan tekanan darah. (Berikutan kandungan magnesium dan kalsium yang tinggi. 
  • Membantu untuk menghilangkan dahaga anda dengan efektif. (Terutamanya apabila anda sedang bersenam dan ternyahhidrat)

Apakah 10 Air Mineral Terbaik yang pastinya dapat menghilangkan dahaga anda di samping khasiat yang ditawarkan?

1. F&N Ice Mountain Mineral Water

FN Ice Mountain Mineral Water
Kredit gambar: Fraser & Neave Holdings Bhd

F&N Ice Mountain Natural Mineral Water adalah air mineral daripada sumber semulajadi yang dapat menyegarkan dan menghidrasi tubuh anda dengan kualiti dan ‘purity’ air mineral semulajadi yang berfungsi untuk individu yang ingin mengekalkan kesihatan yang sihat dan seimbang. Di samping itu, anda boleh yakin bahawa F&N Ice Mountain untuk membekalkan anda dengan cara semulajadi untuk mengekalkan keseimbangan dan kesegaran anda untuk melakukan aktiviti harian anda dengan cergas!

Negara asal: Singapura

Saiz: 350 ml, 600 ml, 1 liter dan 6 liter

Harga: RM15.31 (24 botol x 600 ml)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Spritzer Natural Mineral Water

Spritzer Natural Mineral Water
Kredit gambar: Siliconrich – by Spritzer

Spritzer Natural Mineral Water yang dapat diibaratkan sebagai ‘hadiah’ daripada alam semulajadi kepada kita. Sumber air mineral ini diekstrak daripada 420 kaki bawah tanah yang semestinya sumber yang asli dan bersih. Hal ini menjelaskan mengapa sumber air mineral Spritzer ini kaya dengan bahan mineral. Jadi, tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk kekalkan hidrasi anda dengan air mineral Spritzer, di mana anda tidak perlu risau kerana ia turut merupakan air mineral yang menepati standard antarabangsa dari aspek proses penapisan dan pembotolan secara bersih dan baik. 

Negara asal: German

Saiz: 250 ml, 350 ml, 500 ml, 600 ml, 1.5 liter, 6 liter and 9.5 liter

Harga: RM127.50 (2 botol x 9.5 liter)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Desa Mineral Water

Desa Mineral Water
Kredit gambar: JuzWater

Air Mineral Desa ini dihasilkan daripada sumber air daripada Malaysia. Air mineral ini melalui proses tapisan yang teliti bagi memastikan ia mempunyai kualiti dan ‘purity’ yang terbaik sebelum dibekalkan kepada pengguna. Sekiranya anda sedang dahaga atau ingin menghidrasikan diri anda, Air Mineral Desa adalah salah satu air minuman yang dapat menolong anda menghapuskan rasa dahaga anda dengan berkesan!

Negara asal: Malaysia

Saiz: 250 ml, 500 ml, 1.5 liter and 5.5 liter

Harga: RM61.90 (12 bottles x 1.5 liter)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Cactus Mineral Water

Cactus Mineral Water
Kredit gambar: Ecommerce Shop

Air Mineral Cactus sememangnya ‘anugerah’ daripada alam semulajadi yang penuh manfaat kepada manusia. Sumber air ini adalah daripada 400 kaki bawah tanah, dan persekitaran yang terpelihara. Air mineral ini kaya dengan sumber mineral, ditapis dengan baik, dan melalui proses yang menepati standard piawai yang ditetapkan oleh ABWA (Asia Middle East Bottled Water Association) dan SIRIM QAS International.

Negara asal: Malaysia

Saiz: 250 ml, 350 ml, 500 ml, 1.5 liter, 5.5 liter and 9.5 liter.

Harga: RM13.50 (12 botol x 1.5 liter)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Dasani Mineral Water

Dasani Mineral Water
Kredit gambar: Shopee

Dasani Mineral Water menggabungkan penapisan dengan mineral tambahan bagi menghasilkan air minuman yang bersih, sedap, segar dan berkualiti. Dasani turut mengaplikasikan kaedah penapisan secara osmosis bagi menyingkirkan segala bendasing. Seterusnya, ia akan mempertingkatkan kualiti dan rasa air itu dengan penggunaan gabungan mineral yang unik, dan rasa yang menyegarkan. Justeru, inilah elemen yang membezakan Dasani dengan jenama air mineral lain yang terdapat di pasaran Malaysia.

Negara asal: California

Saiz: 250 ml 600 ml, 1 liter and 1.5 liter

Harga: RM0.51 (600 ml)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Evian Natural Mineral Water

Evian Natural Mineral Water
Kredit gambar: Shopee

Air Mineral Evian Natural adalah air yang berasaskan sumber daripada nadi Alps Peranci, yang secara geologinya bertempat di lokasi yang unik. Sumber ini melalui celah-celah batu selama lebih 15 tahun, dan diperkayakan lagi dengan mineral-mineral yang diperlukan. Selama lebih 25 tahun, jenama ini telah bekerja keras untuk mengekalkan persekitaran semulajadi sumber air ini bagi menjaga kualiti air semulajadi yang bermutu kepada generasi akan datang.

Negara asal: France

Saiz: 330 ml, 500 ml, 750 ml, 1 liter and 1.25 liter

Harga: RM25.00 (6 botol x 500 ml)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. SeaMaster Drinking Water Mineral Water

SeaMaster Drinking Water Mineral Water
Kredit gambar: Shopee

Air mineral Seamaster Drinking Water adalah antara salah satu produk yang menggunakan kaedah ‘reverse osmosis’  dan ia mendapat sambutan yang hangat di pasaran Malaysia. Air mineral ini dikilangkan dengan kualiti dan ‘purity’ yang tiada tandingan, mencapai standard asas bagi keperluan untuk dipasarkan sebagai air minuman yang diiktiraf. Selain itu, air minuman jenama ini mempunyai tahap ‘purity’ yang amat memberangsangkan. Justeru, anda perlu jadikan air mineral Seamaster ini sebagai pilihan utama anda bermula hari ini!

Negara asal: Malaysia

Saiz: 230ml, 250ml, 350ml, 500ml, 770ml, 1.5 liter, 2.7 liters and 4.7 liter.

Harga: RM8.90 (24 botol x 500 ml)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. MOMA Mineral Water

MOMA Mineral Water
Kredit gambar: MOMA

Air Mineral MOMA sudah menjadi sumber kegembiraan dan pilihan ramai, langkah permulaan yang mendorong anda kepada ketenangan alam yang sebenar, serta merupakan suatu ‘libation’ yang amat bersesuaian dengan semua orang. Hal ini kerana air mineral ini bukan sahaja berupaya untuk menghilangkan dahaga anda, ia bahkan juga membawa 1001 manfaat kepada anda dan selamat untuk wanita yang baru bergelar ibu, dan anak-anak kecil, pendek kata, air mineral ini sesuai untuk kegunaan sesuai lapisan masyarakat tanpa mengira jenis keadaan kesihatan individu tersebut. Selain itu, air mineral ini bersifat bebas daripada kandungan mineral karsinogenik, bahan kimia, bahan-bahan tambahan dan pelbagai bahan cemar yang lain.

Negara asal: Malaysia

Saiz: 300 ml, 500 ml and 1.5 liter

Harga: RM118.58 (48 botol x 1.5 liter)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

9. Bleu Natural Mineral Water

Bleu Natural Mineral Water
Kredit gambar: Shopee

Bleu, bersesuaian dengan nama yang diberikan, air mineral ini merupakan air mineral premium dan merupakan sebahagian daripada Asia Middle East Bottled Water Association (ABWA). Air mineral Bleu ini memiliki air mineral yang premium, di mana sumber air ini diperoleh daripada sumber bawah tanah yang tentunya membekalkan anda dengan kesedaran yang tidak akan dapat dipersoalkan lagi. Warna biru yang terdapat pada air mineral Bleu ini disebabkan oleh air bawah tanah yang dijaga dengan baik dan mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dipasarkan kepada umum.

Negara asal: Malaysia

Saiz: 600 ml dan 1.5 liter.

Harga: RM17.99 (12 botol x 1.5 liter)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

10. Volvic Mineral Water

Volvic Mineral Water
Kredit gambar: Shopee

Air mineral Natural Spring Volvic Water merupakan hasil keluaran daripada Auvergne, iaitu sebuah persekitaran atau kawasan besar dan bersejarah yang dijaga atau dipelihara di tengah-tengah bandar Perancis.Air mineral ini dijumpai pada kedalaman 90 meter, amat bersih dengan kadar mineralisasi yang rendah dan komposis yang konsisten. Justeru, penemuan ini telah menjadikan ia sebagai air mineral yang memiliki kandungan mineral yang sempurna dan seimbang yang dibekalkan oleh penapis air yang terbaik, iaitu alam semulajadi. Malah, ia memiliki kandungan elektrolit semulajadi seperti kalsium, sulfat, magnesium, potassium, bikarbonat, silika, dan klorida.

Negara asal: France

Saiz: 500 ml, 1 liter dan 1.5 liter

Harga: RM8.20 (1.5 liter)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close