10 Cendol Melaka Terbaik di Malaysia 2024

Sensasi rasa manis dan sejuk adalah kombinasi yang padu lebih-lebih lagi pada musim panas.Pada waktu beginilah cendol akan mula diburu oleh orang ramai. Cendol adalah salah satu pencuci mulut yang sejuk nan manis sekaligus terkenal sebagai pencuci mulut yang sentiasa menjadi penyelamat untuk menghilangkan dahaga. Cendol adalah gabungan daripada ais batu, santan dan bahan-bahan manis yang lain seperti sirap gula dan jeli tepung beras hijau.

Apalah gunanya memiliki masa santai tanpa semangkuk cendol. Anda boleh mendapati variasim tempat makan yang menawarkan cendol yang sememangnya mempunyai rasa yang ‘kick’. Sesiapa sahaja yang sudah merasanya, pasti inginkan lagi. Maka, ini adalah 10 Cendol Melaka yang Terbaik di Malaysia 2024.

Perbezaan antara Cendol dan Ais Kacang

Cendol dan ais kacang merupakan pencuci mulut yang sentiasa ‘win’ di hati kebanyakan masyarakat tempatan. Kedua-duanya amat enak dan menyegarkan sekaligus membuatkan si pemakan akan berasa tenang dan semangkuk pesanan pasti tidak cukup. Walau bagaimanapun, masih ramai yang keliru antara kedua-dua pencuci mulut ini di mana ada di antara mereka yang berpendapat bahawa cendol adalah versi kedua ais kacang. Perbezaan antara kedua-dua bahan ini boleh jelas kelihatan melalui aspek penggunaan bahan, ciri-ciri, dan penampilannya.

  1. Bahan-bahan

Cendol terdiri daripada bahan yang ringkas seperti kacang mereh azuki, tepung beras jeli hijau, sirap gula, dan santan. Manakala, Ais Kacang dibuat daripada kiub agar-agar, kacang merah, jagung manis, kacang panggang dan jeli hijau. 

  1. Ciri-ciri

Ais yang diletakkan di dalam cendol sedikit cari, tetapi anda masih akan merasa rasa ‘crunch’ yang menyenangkan hati anda apabila ia dicampur bersama kuahnya yang manis, atau anda mungkin akan dihidangkan dengan ais yang berketul-ketul. Bagi ais kacang pula, anda akan mendapat ais yang dibentuk seperti timbunan yang meninggi. 

  1. Penampilan

Anda pasti akan berpuas hati dan kenyang selepas memakan ais kacang kerana ia boleh mengenyangkan anda. Selain itu, anda akan perasan bahawa sesetengah kedai menawarkan variasi pilihan kepada anda. Misalnya, cendol (jeli hijau), aloe vera, sirap coklat, atau aiskrim di mana Cendol hanya boleh didapati dengan pilihan yang agak sedikit berbanding Ais Kacang. Bagi Ais Kacang, anda boleh meminta atau memesannya mengikut kesukaan anda. 

10 Cendol Melaka Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Jonker 88 @ Jonker Walk

Jonker @ Jonker Walk
Kredit gambar: Jonker88

Jonker88 adalah salah satu antara cendol yang tidak asing lagi kesedapannya di Melaka. Ia menyediakan Cendol yang terbaik, iaitu Cendol Gula Melaka, Cendol Baba, dan Cendol Durian, dan semuanya dilimpahi dengan gula aren pekat. Namun, harga yang ditawarkan amat murah.

Jonker @ Jonker Walk
Kredit gambar: TripAdvisor

Waktu operasi: 9:30am-9pm (Isnin – Ahad)

Alamat: 88, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Google Map: Ikuti sekarang 

Google Review Di sini

2. Cendol Jam Besar

Cendol Jam Besar
Kredit gambar: TripAdvisor

Seterusnya, tempat ini merupakan tempat yang menyediakan cendol yang tertua di Malaysia. Anda boleh mendapati satu kiosk yang sederhana beserta bumbung berjubin yang bertujuan untuk memperlihatkan suasana makan ‘open-air’. Selain itu, anda boleh mencuba untuk merasa cendol tradisional yang diperbuat daripada ais yang dikisar, gula Melaka, santan, dan jeli pandan. Di samping itu, kedai ini turut menghidangkan Cendol Durian sepanjang musim Durian. Jadi, anda boleh datang ke tempat ini pada bila-bila masa sahaja.

Cendol Jam Besar
Kredit gambar:  OpenRice Malaysia

Waktu operasi: 10am-7pm (Isnin – Ahad)

Alamat: Bandar Hilir, 75200 Malacca

Google Map: Ikuti sekarang 

Google Review Di sini

3. East & West Rendezvous Cafe

East West Rendezvous Cafe
Kredit gambar: Rebecca Saw and Vkeong

Ringkas tetapi menghidangkan cendol yang memiliki rasa asli yang padu. Itulah gambaran rasa yang ditampilkan oleh Kafe East & West Rendezvous. Selain itu, kafe ini turut mendapat pengiktirafan dari orang ramai dek rasa cendolnya yang tidak kurang enaknya jika hendak dibandingkan di tempat lain. Anda boleh melihat segunung ais yang dikisar dengan cantik, mi pandan bersama kacang merah yang segar dilimpahi dengan gula Melaka yang penuh dengan kemanisan dan rasa santan yang cukup padu. Malah, anda yang ditawarkan juga tidak akan menghampakan anda!

Waktu operasi: 9:30am-5:30pm (Isnin – Selasa, Khamis – Ahad)

Alamat: 52, Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka

Google Map: Ikuti sekarang 

Google Review Di sini

4. Restoran Nyonya Makko

Restoran Nyonya Makko
Kredit gambar: LIBUR

Cendol adalah antara hidangan masakan golongan Peranakan, Nyonya Makko yang utama. Tempat makan ini menyediakan hidangan Cendol yang cukup ringkas tetapi penuh dengan nikmat rasa yang menepati selera pengunjung. Justeru, ia turut merupakan ‘port’ kegemaran untuk bersantai sambil ditemani dengan semangkuk cendol yang secukup rasa.

Restoran Nyonya Makko
Kredit gambar: FoodAdvisor

Waktu operasi: 11am–2:30pm, 6–8:45pm (Isnin, Rabu – Ahad)

Alamat: 123, Jln Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Google Map: Ikuti sekarang 

Google Review Di sini

5. Christina Ee Nyonya Cendol

Christina Ee Nyonya Cendol
Kredit gambar: Christina Ee Nyonya Enterprise Malacca

Jika anda melihat kedai ini sekali imbas, ia kelihatan seperti kedai cenderamata. Tetapi, Christina Ee Nyonya Cendol bukan sahaja kedai cenderamata, ia bahkan juga merupakan kedai yang memiliki salah satu hidangan cendol yang terbaik. Misalnya, Cendol Durian Nyonya yang terdiri daripada durian dan Cendol Flappo Asli yang terdiri daripada durian segar bersama krim putar. Kedua-dua menu cendol tersebut merupakan menu yang ‘hits’ dalam kalangan pelanggan. Jadi, tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba nikmat rasa cendol yang sebenar sekiranya anda berada di Melaka atau kawasan sekitarnya sekarang!

Christina Ee Nyonya Cendol
Kredit gambar: Entree Kibbles

Waktu operasi: 10:30am-7pm (Isnin – Rabu, 10:30am-7pm (Jumaat – Sabtu), 9:30am-6pm (Ahad)

Alamat: 29, Jalan Hang Lekir, 75200 Melaka

Google Map: Ikuti sekarang 

Google Review Di sini

6. Cendol Kampung Hulu @ Makan Avenue

Cendol Kampung Hulu @ Makan Avenue
Kredit gambar: Cendol Kampung Hulu

Cendol yang ditawarkan di Restoran Makan ini memberi sedikit sentuhan baru dan segar pada menu cendol mereka di mana mereka menawarkan aiskrim dalam hidangan tersebut. Selain itu, restoran ini turut memberikan pilihan bahan hiasan kepada para pelanggan, iaitu sama ada ingin memilih sirap tambahan atau jem untuk membangkitkan keenakan rasa cendol anda. Sekiranya anda singgah di sini, jangan ketinggalan untuk merasa Cendol Istimewa dan Cendol Durian mereka!

Cendol Kampung Hulu @ Makan Avenue
Kredit gambar: Cendol Kampung Hulu

Waktu operasi: 4pm-12am (Isnin – Ahad)

Alamat: 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka

Google Map: Ikuti sekarang 

Google Review Di sini

7. Nancy Kitchen Cendol

Nancy Kitchen Cendol
Kredit gambar: goMelaka

Nancy’s Kitchen adalah tempat makan yang wajib anda kunjungi sekiranya anda inginkan makanan tradisional Nyonya di Melaka. Di sini, tempat makan ini menyajikan pelbagai pilihan makanan Nyonya, termasuk Cendol. Tambahan pula, cendol ini dihasilkan daripada bahan-bahan segar dan dibuat berdasar seperti tradisional Nyonya sendiri!

Nancy Kitchen Cendol
Kredit gambar: Eat.Eat.Walk.Walk.吃吃走走

Waktu operasi:  11am-5pm (Isnin, Rabu – Khamis), 11am-3:30pm, 5pm-9pm (Jumaat – Ahad)

Alamat: No 13, Jalan KL 3/8, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

Google Map: Ikuti sekarang 

Google Review Di sini

8. Raja Cendol Taming Sari

Raja Cendol Taming Sari
Kredit gambar: Raja Cendol Taming Sari

‘Brunch buffets’ ini tersedia di hotel 5 bintang. Anda boleh mendapati makanan laut segar yang dipenuhi dengan ais, tomato Heirloom bersama krim putar. Apa yang menariknya tentang cendol yang terdapat di tempat ini adalah Cendol Taming Sari ini dihiasi dengan banyak durian seperti durian Musang King sekaligus menjadikan ia tempat makan tarikan dan utama ‘hantu’ durian. Rasa cendol yang disajikan pastinya memuaskan selera dan hati setiap yang menikmatinya!

Waktu operasi: 9:30am-11pm (Isnin – Ahad) 

Alamat: 272, Jln Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Google Map: Ikuti sekarang 

Google Review Here

9. Justberrys Dessert House Cendol

Justberrys Dessert House Cendol
Kredit gambar: Justberrys Dessert House

Gabungan kedai aiskrim dan kafe telah menghasilkan Justberrys Desser House. Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan yang dipenuhi dengan nikmat rasa manis di sini. Tempat ini adalah pilihan yang ideal sekiranya anda ingin mencuba pencuci mulut yang lain selain cendol!

Waktu operasi: 12pm-11pm (Isnin – Khamis) 

Alamat: 2A, Jln KLJ 9, Taman Kota Laksamana Jaya, 75000 Malacca

Google Map: Ikuti sekarang 

Google Review Di sini

10. Bibik House Cendol

Bibik House Cendol
Kredit gambar: Food Point of Interest

Semangkuk cendol sudah cukup untuk menumpaskan rasa dahaga dan memberikan anda kesejukkan untuk mengharungi hari panas. Apa yang menariknya adalah anda boleh melihat cendol anda dihidangkan secara berasingan dengan ais kisar di mana ia adalah sesuatu yang jarang untuk dilihat dan unik.

Bibik House Cendol
Kredit gambar: goMelaka

Waktu operasi: 10:30am-8pm (Isnin- Rabu), 10:30am-12am (Jumaat – Ahad)

Alamat: 121, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Google Map: Ikuti sekarang 

Google Review Di sini


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close