10 Kedai yang Menjual Set Hadiah Raya terbaik di Malaysia 2022

Hari terus berlalu dan Hari Raya bakal menjelang tidak lama lagi. Secara tidak langsung, persiapan Hari Raya turut dimulakan bagi memeriahkan sambutan Raya kali ini. Apabila menjelangnya Raya, beerti berakhirnya bulan mulia bagi umat Islam, iaitu Bulan Ramadan. Dan ini bererti pencarian baju dan hadiah Raya juga sudah bermula.

Set hadiah raya telah menjadi popular dalam kalangan rakyat Malaysia bagi menunjukkan tanda penghargaan mereka terhadap ahli keluarga ataupun rakan-rakan.  Set hadiah raya ini didatangkan dalam pelbagai variasi yang disusun secara kreatif dan teliti untuk disesuaikan dengan citarasa dan kehendak para pelanggan.

Apakah produk yang boleh anda letakkan di dalam hadiah Hari Raya?

Beberapa produk yang boleh anda tambahkan dalam hadiah Raya anda ialah produk penjagaan diri yang semua orang boleh gunakan seperti krim tangan, pembersih tangan, lilin wangi dan juga topeng muka. Selain itu, anda juga boleh menambah makanan untuk menyerikan lagi set hari raya anda. 

Hari Raya mewakili hari perayaan dalam kalangan orang Islam. Ia merupakan masa di mana umat Islam bermaaf-maafan antara satu sama lain dan meraikan Hari Raya dengan gembira. Kegembiraan ini boleh ditonjolkan melalui set hadiah Raya yang anda sediakan kepada mereka, terutama ibu bapa dan ahli keluarga anda. Diharapkan set hadiah  ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan anda. Berikut ialah 10 kedai yang menjual set hadiah raya terbaik di Malaysia.

10 Kedai yang Menjual Set Hadiah Raya terbaik di Malaysia 2022

1. Kintry

Kintry
Kredit Gambar: Kintry
Kintry
Image credit: Kintry
Kintry
Kredit Gambar: Kintry

Kintry ialah jenama tempatan yang dimulakan oleh seorang ibu yang gemar membuat makanan pastri untuk anak perempuannya. Kedai ini membuat pelbagai jenis makanan ringan yang lazat dan sihat yang bersifat artisanal dan juga vegetarian. Kedai ini menjual set hadiah Raya yang mengandungi mesej custom dan pilihan granola serta biskut yang boleh anda sesuaikan untuk set hadiah Raya anda.

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9.00 pagi– 6.00 petang)

Alamat: 13, Jalan 16, Kampung Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web

2. KEJU by Carmen

KEJU by Carmen
Kredit Gambar: KEJU by Carmen
KEJU by Carmen
Kredit Gambar: KEJU by Carmen
KEJU by Carmen
Kredit Gambar: KEJU by Carmen

KEJU by Carmen mempunyai pendekatan yang unik dan luar biasa apabila berbicara mengenai set Hadiah Raya. Kedai ini mencipta bungkusan kotak kecil rumah kampung yang cantik untuk mengisi hadiah mereka. Anda boleh membuka  bahagian rahsia di dalam bungkusan ini yang mengandungi snek Raya serta bahagian utamanya yang mengandungi pelbagai hidangan keju yang boleh anda pilih. Setiap set kotak rumah Kampung juga dilengkapi dengan Permainan Batu Seremban yang boleh dimainkan bersama orang tersayang.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi – 4.00 petang)

Alamat: 45, Jalan SS 18/4, Ss 18, 47500 Subang Jaya, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web

3. Wishful

Wishful
Kredit Gambar: Wishful
Wishful
Kredit Gambar: Wishful
Wishful
Kredit Gambar: Wishful

Wishful ialah kedai yang mengkhusus kepada pelbagai set hadiah yang disusun dengan teliti mengikut tema dan pilihan yang disesuaikan dengan permintaan para pelanggan. Kedai ini juga memasukkan barangan penjagaan diri dalam set hadiah mereka seperti lilin wangi dan minyak pati serta makanan ringan yang sihat. Set hadiah Raya mereka dibungkus dalam bahan pembungkusan khas yang membolehkan anda menggunakannya semula untuk keperluan lain.

Waktu operasi: Isnin-Jumaat (10.00 pagi-7.00 petang), Sabtu (10.00 pagi-3.00 petang)

Alamat: KOMPLEKS Q PERMAISURI Kuala Lumpur, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Laman web

4. Batik Boutique

Batik Boutique
Kredit Gambar: Batik Boutique
Batik Boutique
Kredit Gambar: Batik Boutique
Batik Boutique
Kredit Gambar: Batik Boutique

Butik Batik pada mulanya bermula sebagai projek untuk membantu komuniti terpinggir bagi memartabatkan diri mereka dengan menyediakan peluang pekerjaan supaya mereka dapat mencapai pendapatan yang konsisten melalui seni batik. Batik merupakan elemen yang digarapkan oleh kedai ini dalam pelbagai barangan keluarannya. Anda boleh melihat pelbagai barangan batik seperti pakaian, aksesori dan set hadiah yang dijual di sini. Set hadiah mereka termasuklah barangan perkakas rumah dan barangan keperluan.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (9.00 pagi – 6.00 petang)

Alamat: 3, Jalan 26/70a, Desa Sri Hartamas, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web

5. The Tapping Tapir

The Tapping Tapir
Kredit Gambar: The Tapping Tapir
The Tapping Tapir
Kredit Gambar: The Tapping Tapir
The Tapping Tapir
Kredit Gambar: The Tapping Tapir

The Tapping Tapir ialah sebuah syarikat yang diasaskan pada 2013 yang mengeluarkan sparkling soda yang berperisa semula jadi dan teh ais. Syarikat ini mendapat namanya daripada Tapir, iaitu merupakan haiwan yang terancam di Malaysia. Pendekatan ini digunakan oleh syarikat tersebut agar dapat meningkatkan kesedaran mengenai isu alam sekitar dan haiwan terancam di Malaysia. Set hadiah Raya mereka menggunakan warna yang cerah agar dapat menyerikan Hari Raya anda. Selain itu, mereka turut memiliki set hadiah hasil berkerjasama dengan syarikat tempatan yang lain.

Waktu operasi: Isnin-Jumaat (8.00 pagi – 6.00 petang)

Alamat: 38, Jalan 6/2, Kawasan Perindustrian Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web

6. Benns Ethicoa

Benns Ethicoa
Kredit Gambar: Benns Ethicoa
Benns Ethicoa
Kredit Gambar: Benns Ethicoa
Benns Ethicoa
Kredit Gambar: Benns Ethicoa

Benns Ethicoa ialah sebuah kedai coklat yang bertujuan untuk mempromosikan pendekatan yang mampan dan beretika ke arah pembuatan coklat. Kedai coklat ini bekerja secara langsung dengan petani di kawasan yang berbeza yang menanam koko dan tidak melalui orang tengah. Kedai coklat ini mempunyai pelbagai jenis coklat untuk dipilih sebagai sat hadiah untuk diri sendiri atau untuk orang tersayang. Malah, kedai ini telah mencipta set hadiah bertemakan raya yang mengandungi bon buatan tangan berperisa Malaysia seperti bandung, cendol dan ondeh ondeh.

Waktu operasi: Selasa-Ahad (10.00 pagi– 6.00 petang)

Alamat: Lot no. 6, Jalan Cj 1/6c Kawasan Perindustrian Cheras Jaya, Batu 11, 43200 Cheras, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web

7. Little MooMooCraft

Little MooMooCraft
Kredit Gambar: Little MooMooCraft
Little MooMooCraft
Kredit Gambar: Little MooMooCraft
Little MooMooCraft
Kredit Gambar: Little MooMooCraft

Little MooMooCraft ialah kedai yang menjual lilin wangi yang dibuat daripada pelbagai haruman dan bentuk yang menarik. Selain itu, kedai ini juga menawarkan kit membuat lilin yang boleh anda beli dan menyediakan tutorial tentang cara membuat lilin. Anda boleh membeli beberapa lilin daripada laman web mereka sebagai set hadiah Raya untuk diri anda ataupun memilih set hadiah Raya Kuih In The Box yang terdiri daripada set lilin berbentuk kuih raya tradisional.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi – 5.00 petang)

Alamat: E-5-3, Pusat Perdagangan Bandar, Persiaran Jalil 1, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web

8. Brown & Sugar Concept

Brown Sugar Concept
Kredit Gambar: Brown & Sugar Concept
Brown Sugar Concept
Kredit Gambar: Brown & Sugar Concept
Brown Sugar Concept
Kredit Gambar: Brown & Sugar Concept

Brown & Sugar Concept ialah kedai yang menawarkan pencuci mulut artisan yang estetika dan lazat untuk di makan. Anda boleh memilih daripada pelbagai pilihan set hadiah Ramadan dan Raya mereka. Set-set hadiah ini mengandungi pelbagai jenis pencuci mulut bersama paket wang dan kiub teh.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (8.00 pagi – 5.00 petang)

Alamat: 3a, Jln UT 2, Taman Ukay Bistari, 68000 Ampang, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web

9. Bakhache Hampers

Bakhache Hampers
Kredit Gambar: Bakhache Hampers
Bakhache Hampers
Kredit Gambar: Bakhache Hampers
Bakhache Hampers
Kredit Gambar: Bakhache Hampers

Bakhache Hamper menawarkan pelbagai hamper yang dapat memenuhi setiap majlis dan acara supaya anda dapat mencari hamper hadiah yang sesuai bagi memenuhi citarasa dan keperluan anda. Set hadiah Raya mereka datang dalam pelbagai saiz dan pilihan makanan serta minuman seperti biskut dan jus.

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (8.00 pagi – 5.00 petang)

Alamat: Wisma MMB, 1A, Lorong Tandang 51/204b, Sek 51, 46050 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Klik

Laman web

10. Jungle House

Jungle House
Kredit Gambar: Jungle House
Jungle House
Kredit Gambar: Jungle House
Jungle House
Kredit Gambar: Jungle House

Jungle House ialah kedai yang memfokuskan semua barang keluarannya berasaskan madu. Pengasas kedai ini mempunyai matlamat untuk mempromosikan cara mendapatkan madu yang mampan tanpa menganggu ekosistem lebah. Semua produk keluaran kedai ini dikatakan mengandungi 100% madu asli khusus untuk para pelanggannya. Set raya mereka pula terdiri daripada sabun bar madu, minuman madu dan madu di dalam balang.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi– 10.00 malam)

Alamat: Mid Valley Megamall, LG-091, Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close