10 Kipas Siling Terbaik di Malaysia 2022

Pembelian kipas siling sememangnya kelihatan seperti suatu yang mudah tetapi banyak yang perlu dipertimbangkan. Dalam dunia serba moden ini, terdapat pelbagai jenis rekaan dan gaya yang mewah yang boleh didapati di pasaran. Jadi, ia amat penting untuk memastikan bahawa kipas siling yang ingin beli itu bersesuaian dengan citarasa peribadi atau ruangan peribadi ataupun bagi menggantikan kipas siling anda yang lama. Sebelum kita menyusuri 10 Kipas Siling Terbaik di Malaysia, berikut adalah sedikit tips yang perlu anda pertimbangkan ketika ingin mencari kipas siling yang baik.

Apakah perkara-perkara yang perlu diperti,bangkan ketika ingin membeli kipas siling?

Antara 4 tips utama dalam membeli kipas siling yang terbaik adalah saiz yang betul, keadaan motor, penjimatan tenaga, dan warranty.

  • Saiz yang betul: Apa yang saya maksudkan dengan saiz yang betul tidak hanya merujuk kepada saiz kipas siling tersebut, tetapi juga saiz bilah dan bilik yang betul. Anda pasti tidak mahu memiliki kipas siling yang tidak berupaya untuk mengalirkan pengudaraan yang secukupnya bagi menyejukkan ruangan bilik anda.
  • Motor: Anda sama sekali jangan pernah mengabaikan soal motor. Ini kerana motor bertanggungjawab untuk mencipta operasi kipas siling yang baik dan tidak menghasil sebarang ‘noise’ Ketika kipas anda sedang berfungsi. Motor direka untuk bekerja tanpa gangguan sepanjang tempoh masa dan seharusnya mempunyai tempoh penggunaan yang lama.
  • Jimat tenaga: Jika anda takut untuk melihat bil elektrik melambung tinggi, anda pasti akan sentiasa ingin mempertimbangkan untuk melabur dalam membeli peralatan yang menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
  • Warranty: Selepas melihat tips penting ini, baca bagi mempelajari lebih banyak tentang kipas siling terbaik yang terdapat di Malaysia. 

10 Kipas Siling Terbaik 2022

1. Panasonic 56″ (140cm) Bayu 5 5 Blades Ceiling Fan F-M14DZ

Kredit gambar: Lazada

Kipas siling Bayu menyediakan anda dengan pengurusan bayu yang semula jadi dan selesa untuk kediaman anda/ dengan rekaan lima bilah, ia membolehkan kipas siling ini untuk menghasilkan lebih banyak pengedaran udara daripada setiap pusingan bilah tersebut. Terdapat tiga mod tetapan kelajuan pada alat kawalan jauh yang anda boleh pilih. Tambahan, terdapat tetapan masa 1,3 dan 6 jam dan mod ‘sleep’ pada alat kawalan jauh tersebut. Namun, apa yang paling penting adalah kipas siling Bayu mempunyai penilaian 5 bintang terhadap penggunaan tenaganya.

Spesifikasi:

  • Bilangan bilah: 5
  • Saiz bilah: 56”
  • Dimensi: 140 x 42.9 (W xH) cm
  • Efisiensi penggunaan tenaga: 5 bintang
  • Penggunaan Kuasa: 21 – 69 W
  • Kelajuan kipas: 95 – 183 RPM
  • Pengaliran udara: 215 m3/min
  • Kawalan dan ciri-ciri: alat kawalan jauh dengan tetapan 3 kelajuan, tetapan masa
  • Warranty: Setahun

Kelebihan:

Kadar pengaliran udara yang kuat dari rekaan lima bilah
Tetapan 3 tahap kelajuan, tetapan masa dan mod ‘sleep’
Boleh didapati dalam pilihan warna biru gelap, perang atau putih

Harga: ~RM308

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. KDK Ceiling Fans K15V0/K15W0

Kredit gambar: Lazada

Kipas siling KDK merupakan salah satu pilihan yang paling bersesuaian yang datang dengan ciri-ciri penjimatan tenaga yang baik. Kipas siling ini juga mengguna suis kawalan dari alat kawalan jauh. Terdapat tiga pilihan warna, iaitu kuprum, kelabu dan putih. Ia merupakan salah satu pilihan yang amat sesuai untuk dimiliki beserta dengan ciri-ciri penjimatan tenaga yang hebat.

Spesifikasi:

  • Bilangan bilah: 3
  • Saiz bilah: 60”
  • Dimensi: 150 x 43.9 (W x H) cm
  • Efisiensi Tenaga: 5 bintang
  • Penggunaan kuasa: 14.1 – 82.5 W
  • Kelajuan kipas: 81 -264 RPM
  • Kadar pengaliran udara: 230 m3/min ( 8122 CFM)
  • Kawalan dan ciri-ciri: Suis dinding dengan lima tahap kelajuan elektronik pengawal selia
  • Warranty: Setahun

Kelebihan & Kekurangan:

Sangat menyejukkan, terutamanya pada tetapan tinggi
Bilah mempunyai plat keselamatan dan peranti keselamatan ‘cut-off’
Bilah yang lebar
Motor condenser penjimatan tenaga
Menghasilkan sedikit bunyi bising

Harga: ~RM154

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. DEKA 5-Blade 56″ Ceiling Fan F6

Kredit gambar: Lazada

Kipas siling ini menghasilkan aliran udara yang kuat dan turut membantu pengaliran udara sejuk dari sistem pendingin hawa. Ia mempunyai 20% pengaliran udara yang lebih kuat. Hal ini bermakna kipas siling ini lebih menyejukkan dan kuasa pengudaraan yang lebih. Ciri-ciri khas kipas siling DEKA ini adalah ia memiliki bilah hitam yang elegan dan akan sesuai dengan kebanyakan rekaan dalaman bagi kediaman anda.

Spesifikasi:

  • Bilangan bilah: 5
  • Saiz bilah: 56”
  • Dimensi: 140 x 40 (W X H) cm
  • Efisiensi Tenaga: 5 bintang
  • Penggunaan tenaga: 44 – 79 W
  • Kelajuan kipas: 132 – 249 RPM
  • Pengedaran udara: 2.8 CFM
  • Kawalan dan ciri-ciri: Alat kawalan jauh dilengkapi dengan 4 tahap kelajuan, tetapan masa
  • Warranty: Setahun, 3 tahun (motor)

Kelebihan:

Tetapan 4 tahap kelajuan
Operasi dengan senyap
Motor berkelajuan tinggi
Alat kawalan jauh beserta tetapan masa
Bayu yang semula jadi dan sepoi-sepoi

Harga: ~RM185

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Rubine ABLE 5-Blade 56″ Ceiling Fan ACF-A1056P-5B

Kredit gambar: Lazada

Kipas siling ini mempunyai ciri-cirinya, iaitu ia memiliki bilah hitam yang elegan dan akan sesuai dengan kombinasi hiasan dalaman kebanyakan kediaman. Ia juga mudah dipasang. Hal ini bermakna anda boleh memasang dan menggunakan ia dalam masa yang singkat. Kipas siling ini memiliki penilaian sebanyak 5 bintang bagi Minimum Energy Performance Standard (MEPS).

Spesifikasi:

  • Bilangan bilah: 5
  • Saiz bilah: 56”
  • Dimensi: 142 x 41 (W x H) cm
  • Efisiensi Tenaga: 5 bintang
  • Penggunaan Kuasa: 85 W
  • Kelajuan kipas: 245 RPM
  • Pengaliran udara: 255 m3/min (9000 CFM)
  • Kawalan dan ciri-ciri: Alat kawalan jauh dengan 4-preset tahap kelajuan, tetapan masa
  • Warranty: Setahun. 3 tahun (motor)

Kelebihan:

Alat kawalan jauh beserta 4 tahap kelajuan
Penilaian 5 bintang
Bahan anti-karat untuk kipas kediaman
Jaminan 3 tahun pada motor
Tetanus masa 1, 3, 6 jam (s)

Harga: ~RM389

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Rubine VENTO 5-Blade 53″ Decorative Ceiling Fan RCF-VENTO53-5B

Kredit gambar: Lazada

‘Rubine Centro Ceiling Fan’ adalah sejenis kipas siling yang dimana bilahnya berupaya untuk bergerak mengikut arah jam dan juga berlawan dengan arah jam. Semasa hari atau cuaca panas, kipas siling tersebut harus ditetapkan untuk beroperasi secara berlawanan dengan arah ja. Manakala, semasa hari atau musim hujan dan cuaca sejuk, kipas perlu ditetapkan mengikut arah jam agar ia menghasilkan pengudaraan yang baik supaya tidak terlalu sejuk.

Spesifikasi:

  • Bilangan bilah: 5
  • Saiz bilah: 53”
  • Dimensi: 134.6 x 41 (W x H) cm
  • Efisiensi Tenaga: 5 bintang
  • Penggunaan kuasa: 85 W
  • Kelajuan kipas: 240 RPM
  • Pengaliran udara: 275 m3/min (9700 CFM)
  • Kawalan dan ciri-ciri: alat kawalan jauh dengan 4 tahap keljuan, tetapan masa
  • Warranty: Setahun, 5 tahun (motor)

Kelebihan:

Pilihan kelajuan ke depan dan terbalik
Rekaan industry yang cantik
5 bilah (ABS Blade)
Penilaian 5 bintang untuk penjimatan kuasa
5 tahun jaminan untuk motor

Harga: ~RM199

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. MAVA TROCA 8-Blade 58″ Ceiling Fan With Light

MAVA TROCA Blade ″ Ceiling Fan With Light
Kredit gambar: Lazada

Teknologi motor untuk Troca DC adalah salah satu produk DC FAN. Kipas siling ini memiliki sebanyak 70% penjimatan tenaga jika dibandingkan dengan kipas AC. Kipas siling Troca menawarkan jumlah pengaliran udara yang besar dengan ‘noise’ yang minima. Kipas siling ini juga membolehkan anda untuk menjimatkan tenaga sebanyak 70%. Dalam hal ini, ia juga mesra alam memandangkan ia mampu mengurangkan jejak penggunaan karbon dioksida dalam peralatan rumah. Selain daripada itu, kipas siling ini juga menawarkan fungi pencahayaan. Jadi, anda tidak perlu lagi susah-susah untuk menambah pencahayaan di dalam bilik anda.

Spesifikasi:

  • Bilangan bilah: 8
  • Saiz bilah: 58”
  • Dimensi: 147.4 x 47.5 (W x H) cm
  • Efisiensi Tenaga: 5 bintang
  • Penggunaan tenaga: 46 W
  • Kelajuan kipas: n/a
  • Pengaliran udara: n/a
  • Kawalan dan ciri-ciri: alat kawalan jauh dengan 5-preset tahap kelajuan, tetapan masa, pencahayaan
  • Warranty: Setahun, 10 tahun (motor)

Kelebihan:

Aliran udara yang kuat
8 bilah anti-karat
Alat kawalan jauh dengan 5 tahap kelajuan ( ke hadapan, terbalik)
Berfungsi dengan baik dengan penjimatan tenaga maksima
Pencahayaan LED dengan 3 pilihan warna

Harga: ~RM758

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Panasonic F-m12aO Ceiling Fan

Kredit gambar: Shopee

Pengawal selia kipas ini menyediakan anda dengan aliran udara yang maksima. Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan tahap kesenyapan yang baik. Walau ditetapkan pada tahap kelajuan yang maksima, anda tidak akan perasan bahawa motor kipas tersebut sedang beroperasi.

Spesifikasi:

  • Bilangan bilah: 3
  • Saiz bilah: 48”
  • Dimensi: 1200 x 439 (W x H) cm
  • Efisiensi Tenaga: 5 bintang
  • Penggunaan kuasa: Rendah (18 W) Tinggi (51 W)
  • Kelajuan kipas: Rendah (154 RPM) Tinggi (303 RPM)
  • Ciri-ciri: 5-preset tahap kelajuan
  • Warranty: Setahun

Kelebihan:

Pengawal selia elektronik pada 5 tahap kelajuan
Penghasilan bunyi bising yang rendah
Bilah yang lebar
Ciri-ciri keselamatan yang ditambahbaik
Tahan lasak, teknologi motor yang baik

Harga: ~RM269

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Khind Ceiling Fan CF611 Review – Best Budget Ceiling Fan

Kredit gambar: Shopee

Dengan kawalan 5 tahap kelajuan, anda boleh menggunakan kipas siling ini untuk menyejukkan suhu bilik dengan cepat apabila anda menetapkan kelajuan pada tahap 5. Walaupun harga kipas ini adalah murah, tetapi ia mempunyai kualiti yang agak bagus. Bilah-bilah kipas siling ini diperbuat daripada bahan tahan karat dan motor elektrik yang boleh dipercayai.

Spesifikasi:

  • Bilangan bilah: 3
  • Saiz bilah: 60”
  • Dimensi: 60 inci, 1500 mm
  • Tahap bunyi ‘noise’ yang dihasilkan: <62Db
  • Penggunaan kuasa: 80 W
  • Voltan: 220-240 V/ 50 Hz 95 W
  • Motor: 3.3 kg wayar kuprum
  • Bilah: Metal, 0.8 mm (tebal)
  • Warranty: Setahun

Kelebihan:

Bilah dan motor yang tahan lama
Efisiensi dalam penggunaan tenaga yang hebat
Bilah yang lebar
Penjimatan tenaga dalam penggunaan motor pemeluwap
Memiliki ‘ball bearing motor’ untuk kegunaan yang lama

Harga: ~RM95 – RM185

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

9. ALPHA Vannus Luna Designer 5-Blade 56″ Ceiling Fan 5B/56 With LED Light

Kredit gambar: Lazada

Kipas siling ALPHA Vannus Luna Designer 5-Blade 56” Ceiling Fan 5B/56 with LED Light? Bentuk kipas ini tidak kompromi dengan fungsinya. Bagaimana yang anda dapat lihat, kipas ini mendapat penilaian terhadap tenaga sebanyak 5 bintang! Hal ini berkemungkinan ia mempunyai sesuatu yang menarik dengan penggunaan motor DC.

Spesifikasi:

  • Bilangan bilah: 5
  • Saiz bilah: 56”
  • Dimensi: n/a
  • Efisiensi tenaga: 5 bintang
  • Penggunaan kuasa: 40 W
  • Kelajuan kipas: 78 – 205 RPM
  • Pengaliran udara: n/a
  • Kawalan dan ciri-ciri: alat kawalan jauh. Tetapan 6 tahap kelajuan dengan memori penggunaan terakhir, tetapan masa, fungsi angin semulajadi, fungsi ke hadapan/ terbalik
  • Warranty: Setahun, 5 tahun (motor)

Kelebihan:

Tetapan 6 tahap kelajuan dengan memori penggunaan terakhir
Fungsi aliran udara ke hadapan dan terbalik
Fungsi angin semulajadi
Ciri-ciri keselamatan yang ditambahbaik
Bilah anti-karat dan tahan lama

Harga: ~RM538

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

10. NSB Fan XLED 5-Blade 56″ Ceiling Fan With LED Light

Kredit gambar: Shopee

Kipas siling yang paling mampu milik berserta rekaan garisan yang bersih dan ringkas. Bilah X-LED 56 inci ini datang dengan dua warna GM dan OB. Hal tersebut menjadikan kipas ini ‘coastal-rated’. Selain itu, kipas ini amat sesuai untuk kegunaan dalaman atau ‘indoor’ beserta di Kawasan alfresco.

Spesifikasi:

  • Bilangan bilah: 5
  • Saiz bilah: 56”
  • Dimensi: 142 x 43 ( W x H) cm
  • Efisiensi tenaga: n/a
  • Penggunaan kuasa: 27- 85 W
  • Kelajuan kipas: 230 RPM
  • Pengaliran udara: 230 m3/min (8122 CFM)
  • Kawalan dan ciri-ciri: Alat kawalan jauh dengan 3-preset tahap kelajuan, tetapan masa, 18 W LED dengan tiga warna
  • Warranty: Setahun, 3 tahun (motor)

Kelebihan:

AC Motor yang berkelajuan tinggi
Rekaan pengaliran udara yang tinggi
Memberikan rasa angin yang senyap
Fungsi penuh alat kawalan jauh bergarisan halus
Cahaya LED

Harga: ~RM269

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Mengapakah anda patut mendapatkan kipas siling?

Efisiensi Tenaga

Salah satu manfaat utama kipas siling ini adalah ia dapat mengurangkan kos penggunaan tenaga. Selain itu, ia juga membantu untuk mencipta draf, membuat bilik lebih sejuk dan membolehkan anda untuk meningkatkan thermostat. Kipas-kipas silingan yang mendapat bintang atau penilaian ‘star’ seperti Progress Lighting’s AirPro P2530-09 telah mendapat jaminan bahawa penggunaannya lebih efisien daripada kipas konvensional dan cahaya di samping turut menawarkan penjimatan tenaga.

Gaya dan Kecantikan

Kipas-kipas ini turut ditampilkan dengan pelbagai saiz dan gaya beserta sentuhan terakhir yang pastinya akan melengkapkan gaya hiasan dalaman anda yang unik. Bermula daripada pilihan model kipas yang tradisional dengan sentuhan terakhir daripada kayu ke perak, unit moden dengan logam, atau kipas tropical dengan bilah yang menyerupai daun pisang.

Nilai sepanjang tahun

Sebagai tambahan selain daripada menyejukkan bilik, kipas siling juga berupaya mengalirkan udara panas semasa bulan-bulan yang bercuaca sejuk. Sesetengah model kipas berupaya untuk menambaikan kualiti udara di rumah anda. Ingatlah bahawa kipas siling mempunyai suis kecil yang membolehkan anda untuk memilih arah yang mana bilah-bilah untuk untuk berputar. Sama ada berputar secara mengikut arah atau bertentangan dengan arah jam yang akan semestinya mengarahkan Kembali udara panas ke dalam bilik tanpa menghasilkan sebarang draf. 

*Spesifikasi produk-produk ini dikreditkan kepada Bestbuyget.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close