10 Minuman Berkarbonat Terbaik di Malaysia 2022

Anda akan sentiasa melihat kelibat berbotol-botol minuman berkarbonat, terutamanya ketikan menjelang apa-apa jua pesta atau sambutan. Ia merupakan salah satu minuman yang boleh dinikmati oleh orang ramai dan mempunyai bermacam-macam perisa. Selain daripada minuman berkarbonat, ia juga turut dikenali dengan pelbagai nama lain. Antaranya, minuman ringan, minuman soda, jus fizzy dan soda kelab. Penggunaan kata ‘minuman ringan’ adalah untuk menunjukkan ia kontra dengan air alkohol, atau dikenali sebagai ‘minuman keras’.

Selain itu, minuman berkarbonat adalah minuman yang dimasukkan gas karbon dioksida di bawah tekanan, memberikan rasa berbuih atau berdesis yang anda suka. Semakin ketat penutupnya, semakin berdesis minuman itu.

Minuman berkarbonat secara dasarnya tidak memiliki perisa atau warna. Ia hanya merupakan minuman yang berbuih. Justeru, minuman ini telah dicampurkan dengan elemen perisa. Kini, anda boleh menemui pelbagai rasa perisa minuman berkarbonat seperti oren, anggur, soda, cola dan root beer. Di samping itu, ia turut memiliki kandungan pemanis seperti gula, sirap jagung dengan fruktosa tinggi, jus buah atau pengganti gula.

10 Minuman Berkarbonat Terbaik di  Malaysia 2022

1. Kickapoo Joy Juice 

Kickapoo Joy Juice
Kredit gambar: Tesco

Kickapoo joy juice adalah minuman ringan bersitrus yang pertama di Amerika Syarikat pada tahun 1965. Pada asalnya, ia muncul dalam lembaran komik terkenal sebagai fiksyen, eliksir misteri, dan kemudian diperkenalkan di kehidupan nyata sebagai satu minuman berkarbonat yang mengujakan, menyegarkan, dan kaya dengan perisa digelar Kickapoo. Kickapoo memiliki rasa sitrus yang berbeza. Perisa yang ‘kick’  inilah yang memberikan para pengguna kenikmatan pada setiap masa.

Bahan-bahan: Air Berkarbonat, Gula Tebu Tulen, Asid Sitrik, Natrium Benzoat (sebagai pengawet), Natrium Sitrat, Gum Arabic, Gliserol Ester Gum Rosin, Perisa Asli, Kafein dan Kuning #5.

Negara asal: United States of America

Saiz: 320 ml, 325 ml dan1.5 liters.

Harga: RM1.49 (320 ml botol)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. F&N Carbonated Drinks

FN Carbonated Drinks
Kredit gambar: Shopee

F&N Sparkling Drinks telah berjaya mengukir senyuman pada wajah ramai orang selama bergenerasi. Malah, ia masih menjadi favourite para pengguna dalam semua lingkungan umur sehingga hari ini. Ia memiliki palet rasa yang pelbagai. Antaranya, Outrageous Orange, Groovy Grape, Cheeky Cherryade, Ice Cream Soda, Sarsi, dan Ginger Ade. Hal ini bertujuan untuk memastikan bahawa sentiasa ada minuman untuk dipadankan ketika majlis tertentu.

Bahan-bahan: Air Berkarbonat, Gula, Mengandungi Pengatur Keasidan seperti yang dibenarkan Perapi Makanan, Pengawet, Agen Perisa, Bahan Tambahan Makanan adalah dari Sumber Tumbuhan dan Sintetik

Negara asal: Singapura

Saiz: 1.5 liter

Harga: RM3.56 (1.5 liter botol)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Barbican Carbonated Drink 

Barbican Carbonated Drink
Kredit gambar: Shopee

Barbican Carbonated Drink dihasilkan di kilang yang terletak di Dammam dan Dubai. Ia dibancuh melalui tiga peringkat, termasuklah mashing, lautering dan merebus wort. Ia mempunyai sembilan perasa, iaitu malt, peach, raspberi, strawberi, nenas, mangga dan buah markisa, epal, buah delima dan limau. Produk ini tidak memaparkan logo Halal, tetapi ia dikenalpasti sebagai produk yang halal oleh Majlis Agama Islam Malaysia.

Bahan-bahan: Air Berkarbonat, Pekat Malt, Gula, Perisa Malt dan Hop Sama Semulajadi, Garam, Pengasid: E330, Antioksidan: E300, Hop.

Negara asal: Arab Saudi

Saiz: 330 ml

Harga: RM4.10 

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Coca Cola

Coca Cola
Kredit gambar: Coca Cola Malaysia

Coca-Cola merupakan salah satu minuman ringan yang paling terkenal dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran sekaligus merupakan antara jenama yang mendapat tempat di dunia. Selain itu, ia dikenali sebagai jenama yang menyediakan pelbagai variasi perisa kepada pengguna, termasuklah minuman yang tidak mengandungi sebarang kalori. 

Bahan-bahan: Air Berkarbonat, Sirap Jagung Fruktosa Tinggi, Warna Karamel, Asid Fosforik, Perisa Semulajadi, Kafein.

Negara asal: Amerika Syarikat

Saiz: 190 ml, 280 ml, 350 ml, 500 ml dan 1.5 liter

Harga: RM3.85 (1.5 liter botol)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. A&W Sarsaparilla

AW Sarsaparilla
Kredit gambar: Tesco

A&W, adalah minuman ‘bergaya lama’ yang diketahui dan digemari ramai. Ia tidak pernah gagal untuk menghilang dahaga anda. Selain itu, minuman ini memiliki rasa yang berbuih, tekstur yang berbuih dan rasa yang tajam. Anda boleh tambahkan seceduk aiskrim ke minuman anda untuk menjadikan ia sebagai pencuci mulut klasik yang enak, iaitu A&W float. Lazimnya, kami akan mengehadkan hanya kepada satu ceduk sahaja, tetapi, siapalah kami untuk menilai anda sekiranya anda ingin meletakkan 3 ceduk aiskrim?

Bahan-bahan:Air Berkarbonat, Sukrosa, Sirap Jagung Fruktosa Tinggi, Perisa, Warna Karamel, Pengawet (Natrium Benzoat) Dan Asid Sitrik.

Negara asal: Kalifornia

Saiz: 320 ml, 500 ml dan 1.5 liter

Harga: RM4.80 (1.5 liter)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Bundaberg Root Beer Drink

Bundaberg Root Beer Drink
Kredit gambar: Bundaberg

Bundaberg Root Beer dihasilkan berdasarkan resepi asli milik keluarga, menggunakan akar sarsaparila sebenar, akar likuoris, kacang vanila, dan molas untuk memberikan rasa dan warna yang kaya serta berbeza. Selain itu, minuman ini dibancuh selama 3 hari untuk mengekstrak rasa yang maksimum, memberikan rasa nostalgia tidak seperti minuman yang lain. Anda boleh menikmatinya dengan 1001 cara. Misalnya, minum begitu sahaja, atau dilengkapi dengan ais, atau campurkan ia dengan limau segar dan pudina untuk mencipta rasa yang luar biasa sedap.

Bahan-bahan: Air Berkarbonat, Gula Tebu, Brew Bir Akar (Air, Gula, Molase, Akar Halia, Akar Sarsaparilla, Ekstrak Akar Likuoris, Ekstrak Kacang Vanila, Ragi), Warna Karamel, Asid Sitrik, Pengawet (Potassium Sorbate, Natrium Benzoat), Antioksidan ( Asid Askorbik), Perisa Bir Akar.

Negara asal: Australia

Saiz: 375 ml

Harga: RM21.80

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Maduria Carbonated Drinks

Maduria Carbonated Drinks
Kredit gambar: Shopee

Maduria Carbonated Drink merupakan produk daripada MGV Industries Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai jenis produk minuman seperti minuman ringan, minuman isotonik, minuman vitamin, dan juga jus buah tropika yang diluluskan. Di samping itu, mereka turut memiliki varisa perisa yang enak seperti fruitade, anggur, strawberi, dan sarsi.

Bahan-bahan: Air Berkarbonat, Gula, Natrium Benzoat, Bahan Tambahan Makanan yang Dibenarkan, Perisa & Pewarna.

Negara asal: Malaysia

Saiz: 1.5 liter

Harga: RM2.27

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Rujuk harga di shopee

8. Fanta Drinks

Fanta Drinks
Kredit gambar: Shopee

Fanta digemari dek rasa buah-buahan dan sentuhan keseronokan yang diberikan dalam apa-apa jua majlis. Sebahagian besarnya diperbuat daripada perisa semulajadi. Sesuai dinikmati bersama rakan-rakan atau bersendiri. Di samping itu, seperti kebanyakan produk minuman lain, ia juga memiliki pelbagai perisa, iaitu oren, strawberi, anggur, dan kelapa pandan. Minuman ini sebagaimana yang anda tahu, ia mempunyai rasa manis lagi menyegarkan.

Bahan-bahan: Air Berkarbonat, Sukrosa, Sirap Jagung Fruktosa Tinggi, Asid Sitrik, Perisa, Pengawet (Natrium Benzoat) Dan Pewarna.

Negara asal: Jerman

Saiz: 1.75 liter

Harga: RM3.47

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

9. Mirinda Soft Drinks

Mirinda Soft Drinks
Kredit gambar: Alibaba

Mirinda Soft Drinks adalah rangkaian letupan rasa buah-buahan yang menyeronokkan di samping menggabungkan kelainan rasa-rasa tersebut untuk menghasil rasa yang mengujakan deria anda sekaligus memiliki rasa yang sedap. Rasa buah-buahan ini pasti akan menambat hati dan selera anda! Sekali cuba, anda pasti akan teringat-ingat akan rasa bergas dan manis yang amat seimbang dan ‘just nice’ untuk anda nikmati.

Bahan-bahan: Minuman Berkarbonat, Mengandungi: Air Berkarbonat, Sirap Su Fruktosa, Acioulant (Citric Agio), Pengemulsi (E1450. E414, E445, E444), Um Benzoate), Perisa Asli.

Negara asal: Sepanyol

Saiz: 330 ml, 500 ml dan 1.5 liter

Harga: RM4.09 (1.5 liter)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

10. Big Bee Carbonated Honey Drink

Big Bee Carbonated Honey Drink
Kredit gambar: Winstar Marketing

Big Bee Carbonated Honey Drink diperbuat daripada madu yang dikutip daripada pokok Akasia Mangium yang terletak di Hutan hujan Kepulauan Borneo. Berbeza dengan minuman berkarbonat lain, minuman ini dipenuhi dengan kebaikan madu. Ia amat baik untuk meningkatkan sistem pencernaan, sistem imun, kulit dan bermanfaat untuk menghilangkan batuk, asma, dan demam.

Bahan-bahan: Air Berkarbonat, 100 % Madu Asli Australia, Jus Epal, Pengatur Keasidan (Glucono Delta-Lactone) dan Pengawet (Natrium Benzoat).

Negara asal: Malaysia

Saiz: 325 ml

Harga: RM60.00 (24 tin x 325 ml)

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Tiada sesiapa suka akan minuman berkarbonat yang tiada rasa ‘kick’. Jadi, berikut adalah tips untuk kekalkan kesegaran rasa minuman tersebut! 

  • Pastikan penutup botol ditutup dengan rapat
  • Jangan pulas penutup botol (gas mungkin akan ditolak keluar)
  • Jangan dedahkan air dalam tempoh yang lama ( karbon dioksida mungkin hilang)
  • Beli yang dipacking secara tin. (Minuman ini kekal berkarbonat di dalam tin lebih lama berbanding botol kaca dan plastik)

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close