6 Pantai Menarik di Selangor 2022

Jika sebut Selangor, pasti anda tidak menjangkakan bahawa negeri ini juga memiliki pantai yang cantik untuk diterokai. Walaupun lokasinya sedikit tersembunyi dan tidak dikenali, ini tidak menghalang pantai-pantai di Selangor ini menjadi tempat riadah yang bermanfaat kepada anda

Kita berkurung di dalam rumah sewaktu berlakunya pandemik yang meragut banyak nyawa di Malaysia demi menjaga kesejahteraan kendiri dan keluarga. Setiap hari kita dihadapkan dengan berita kenaikan kes jangkitan Covid dan kes kematian sehingga membuatkan kita tertekan. Bagi melegakan jiwa anda yang tertekan, apa kata anda rancang aktiviti hujung minggu anda ke pantai bersama keluarga kerana keadaan sekarang sudah pun terkawal dan selamat.

Apakah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di pantai?

Pantai merupakan salah satu lokasi beriadah alami yang menawarkan pemandangan indah dan suasana yang tenang. Dengan pepasir pantai yang halus jatuh dari kaki anda, udara di pantai juga terasa segar dan aman tanpa kesibukan bandar.

Di pantai, anda boleh mengajak keluarga atau rakan-rakan anda berkelah. Dengan cara ini, anda dapat meluangkan masa bersama keluarga mahupun rakan selain mengeratkan hubungan antara anda. Lakukanlah acara ‘pot luck’ bersama rakan dan rancanglah perkelahan anda di pantai kerana aktiviti ini boleh memberikan ketenangan kepada jiwa anda dan mendekatkan anda dengan alam semula jadi. Selain itu, anda juga boleh mengajak rakan untuk bermain sepak takraw ataupun bola tampar di pantai yang indah ini.

6 pantai menarik di Selangor

1. Pantai Remis

Kredit Gambar: Jasmiriza

Pantai Remis terletak di Kuala Selangor. Apabila anda sampai di sini, anda boleh melihat susunan batu-batuan yang unik dan menarik. Inilah ikon Pantai Remis yang menjadi tarikan pengunjung. Selain mendengar ombak menghempas pantai, anda juga boleh memerhatikan burung-burung berterbangan di langit luas. Pemandangan sebegini boleh anda abadikan dalam bentuk gambar mahupun video. Selain itu, anda juga boleh menikmati pemandangan matahari terbenam sambil menikmati masakan laut yang lazat di restoran yang berdekatan.

Kredit Gambar: angeldiyana

Address: Pantai Remis, Jalan Pantai Remis, Kampung Dungun, 45800 Jeram, Selangor.

2. Pantai Kelanang

Kredit Gambar: cairoilicious

Pantai Kelanang terletak di Banting dan dikelilingi oleh Hutan Paya Bakau. Pemandangan di Pantai Kelanang ini boleh melegakan mereka yang serabut dan tertekan dengan kehidupan kota yang menekan. Dari pantai ini, anda boleh melihat Selat Melaka dan pemandangan matahari terbenam yang indah dari tempat yang sama. Selain aktiviti perkelahan, anda boleh bersantai sahaja di sini bersama keluarga dan berbual-bual bagi mengisi masa lapang. Selain itu, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti bermanfaat di sini seperti bermain layang-layang, berjalan di pantai, dan berseronok dengan kanak-kanak di taman permainan mini.

Kredit Gambar: cairoilicious

Address: Pantai Kelanang, Kampung Kelanang, Selangor.

3. Pantai Cunang

Kredit Gambar: hahahafamilycamping

Pantai Cunang terletak di Tanjung Sepat. Anda akan melihat pantai putih yang bersebelahan dengan Hutan Paya Bakau. Di sini, anda boleh berkhemah dan berkelah bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Selain itu, anda juga dapat melihat pelbagai jenis kulit cengkerang yang unik dan menarik. Ada sesetengah pengunjung akan mengambil kulit cengkerang ini untuk dijadikan hiasan dan tanda kenangan. Anda juga boleh melihat ketam-ketam kecil yang berjalan masuk ke dalam lubang pasir pantai. Jika anda ke pantai pada waktu malam, anda akan dapat melihat pemandangan langit yang dipenuhi kerdipan bintang yang memukau sekaligus menjadikannya lokasi sesuai untuk sesi fotografi.

Kredit Gambar: ilyanajalil02

Address: Pantai Cunang, 17, Jalan Pelangi 20, Pekan Tanjung Sepat, 42800 Tanjong Sepat, Selangor.

4. Pantai Bagan Lalang

Kredit Gambar: Pantai Bagan Lalang Sepang

Ajaklah keluarga anda ke Pantai Bagan Lalang ini. Di sini, anda akan disajikan dengan keindahan alam semula jadi yang asli. Cuba lakukan beberapa aktiviti riadah yang biasa anda lakukan di taman seperti berkelah, barbeku, membuat istana pasir bersama anak-anak, mahupun bermain bola pantai. Aktiviti hujung minggu anda pasti bermakna dan hubungan kekeluargaan anda menjadi lebih erat.

Kredit Gambar: Pantai Bagan Lalang Sepang

Alamat: Sepang Gold Coast, Bagan Lalang, 43950 Tanjong Sepat, Selangor

5. Pantai Redang

Kredit Gambar: Damien Chua CK

Di Pantai Redang, anda berpeluang merasai gaya hidup nelayan tempatan. Selain itu, terdapat banyak gerai makanan yang menjual minuman, makanan ringan, dan kraftangan. Salah satu kraftangan yang popular di sini ialah gelang yang dibuat pelbagai jenis cengkerang. Pantai Redang terletak di lokasi yang strategik kerana ia berdekatan dengan pelbagai restoran yang menyajikan masakan laut. Anda hanya tinggal pilih sahaja masakan mana yang mahu anda makan dan mereka akan memasaknya untuk anda.

Kredit Gambar: Damien Chua CK

Alamat:Pantai Redang Sekinchan, 25, Jalan Jpt, 45400 Sekinchan, Selangor

6. Pantai Morib

Kredit Gambar: Raja Nur Atikah

Pantai Morib ialah satu lagi pilihan pantai terbaik untuk anda. Anda harus memberi diri anda sedikit ruang bernafas selepas bekerja atau belajar setiap hari. Berkunjunglah ke pantai ini bersama rakan mahupun keluarga bagi melepaskan tekanan kerja atau belajar yang memuncak. Selain berkelah, anda juga boleh mengambil gambar atau bersiar-siar di pantai ini. Sedikit sebanyak, rasa stres anda boleh berkurang. Anda juga boleh melukis pemandangan pantai yang indah ini jika anda mempunyai bakat dalam lukisan. Siapa tahu, ramai yang akan meminati lukisan anda!

Kredit Gambar: Azrini Manap

Alamat: Morib Beach, Morib, 42700 Banting, Selangor

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close