7 Jenama Yogurt Terbaik di Malaysia 2022

Yogurt telah diminati ramai orang untuk beratus tahun lamanya. Hal ini kerana ia amat bernutrisi. Jika anda mengamalkan pemakanan yogurt secara konsisten, ia akan menyokong dan meningkatkan beberapa aspek kesihatan anda. Misalnya, yogurt telah dibuktikan memiliki keupayaan untuk mengurangkan risiko diserang penyakit jantung dan osteoporosis di samping berkesan dalam menguruskan berat badan.

Manfaat Yogurt kepada Kesihatan Anda 

Yogurt boleh dikatakan menyediakan hampir keseluruhan nutrien yang diperlukan oleh badan anda. Ia terdiri daripada kandungan kalsium, Vitamin B, dan mineral surih yang tinggi. Selain itu, yogurt turut memiliki kandungan protein yang tinggi, terutamanya yogurt dari variasi Greek. Sebagai tambahan, protein amat berkesan untuk mengawal selera dan berat badan. Sesetengah jenis yogurt mengandungi probiotik di mana ia berfungsi untuk meningkatkan kesihatan sistem pencernaan dan mengurangkan simptom gangguan gastrousus yang biasa, seperti kembung perut, cirit-birit dan sembelit.

Seterusnya, yogurt membekalkan probiotik, vitamin dan mineral kepada badan di samping bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan sistem immun dan mencegah daripada penyakit-penyakit tertentu. Yogurt bukan sahaja kaya dengan kandungan Vitamin dan mineral yang semestinya merupakan elemen untuk untuk mengekalkan kesihatan tulang yang sihat, malahan, mengamalkan yogurt secara teratur berupaya mengurangkan kadar risiko untuk menghidapi osteoporosis. Walaupun memiliki kandungan lemak, yogurt mempunyai manfaat kepada kesihatan jantung anda dengan meningkatkan kadar kolestrol DHL sekaligus mengurangkan tekanan darah. Selain itu, kandungan protein di dalam yogurt juga membantu mengenyangkan anda sekaligus boleh dimanfaatkan untuk tujuan menjaga atau memperbaiki diet anda. Kedua-dua elemen ini sangat membantu anda untuk menguruskan dan mengekalkan berat badan yang ideal.

Yogurt Mungkin Tidak Sesuai bagi Setiap Orang

Segelintir orang perlu berwaspada dengan pengambilan yogurt. Hal ini kerana ia mungkin akan memberi kesan buruk, terutamanya kepada individu yang kekurangan laktosa atau mempunyai alahan terhadap susu.

7 Jenama Yogurt Terbaik dan Berbaloi untuk Anda Cuba di Malaysia 2022

1. Lactel Natural Set Yogurt

Kredit gambar: Lazada

Pelbagai manfaat dan kegunaan Lactel Natural Set Yogurt yang boleh anda terokai – rendah lemak dan produk yang versatil serta membantu anda untuk menyediakan hidangan yang bukan sahaja lazat tetapi berkhasiat dan bakal mengejutkan anda. Ia memiliki rasa yogurt yang sebenar dan merupakan pilihan yang ideal untuk menjadikan masakan anda lebih tampak menarik di samping rasa yang begitu sedap untuk dinikmati bersama keluarga dan orang tersayang. Sebagai contoh, ia boleh menjadi bahan penyeri masakan kari anda, yogurt parfait, sos salad, smoothies dan macam-macam lagi.

Lactel Natural Set Yogurt turut wajar dijadikan pengganti yang ideal untuk bahan-bahan tinggi kandungan lemak dalam masakan anda. Seterusnya, secara tidak langsung ia adalah sejenis makanan yang ‘fermented’ kerana memiliki kultur hidup

2. Yarra Farm Original Natural Yogurt

Kredit gambar: Lazada

Yarra Farm Natural Yogurt merupakan yogurt segar keluaran Australia yang kaya dengan kandungan protein. Bukan itu sahaja, ia juga bebas daripada sebarang penggunaan bahan pengawet dan juga penstabil. 

Yarra Natural Yogurt diperbuat 100% daripada susu New Zealand dan tidak mengandungi sebarang barang pengawet, gula tambahan serta memiliki 90 juta CFU kultur hidup. Yogurt sejuk ini adalah satu sumber protein dan tinggi kandungan kalsium. Selain itu, yogurt ini menjadi pilihan yang ideal bagi kalangan isi rumah, terutamanya kegunaan untuk masakan atau mereka yang gemar lepak di rumah sahaja.

Nikmati yogurt yang bukan sahaja enak tetapi berkhasiat untuk kesihatan anda. Selain daripada terbang terus dari Australia, ia juga memiliki kandungan probiotik di mana ia terbukti baik untuk pencernaan.

3. MARIGOLD Yogurt Low Fat Natural

Kredit gambar: Lazada

Marigold Low Fat Natural Yogurt boleh diklasifikasikan sebagai santapan yang sedap dan sihat serta diformulasikan khas untuk memberikan anda dan seisi keluarga sebuah gaya hidup yang lebih sihat. Sebagai tambahan, ia memiliki kultur yang aktif dan hidup sekaligus membantu proses pencernaan. Kemudian, ia turut mengandungi Vitamin B yang berfungsi untuk meremajakan dan menggalakkan kulit yang sihat, mengekalkan awet muda dan menyerikan serta mendorong kepada sistem pencernaan yang sihat. Di samping itu, ia turut mempunyai kandungan kalsium di mana baik untuk perkembangan tulang dan gigi anda. Apa yang lebih menarik ialah yogurt ini tidak mempunyai sebarang bahan pengawet.

4. Farm Fresh Natural Yogurt

Kredit gambar: Lazada

Farm Fresh Yogurt meningkatkan kandungan probiotik sehingga boleh mencecah ke angka melebihi 5o0 bilion, merangkap yang tertinggi di pasaran Malaysia.

Farm Fresh Natural Yogurt adalah antara produk yogurt yang kaya dengan kandungan protein dan bebas daripada pengaruh bahan pengawet dan penstabil. Selain itu, yogurt ini turut mengandungi 100% susu lembu segar dengan probiotik hidup. Jika anda lebih gemar akan rasa yogurt yang dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi, maka ini adalah pilihan yang ideal untuk anda cuba.

5. Dutch Lady Natural Low Fat Yoghurt

Kredit gambar: Lazada

Dutch Lady® Low Fat Yoghurt and Dutch Lady 0% Fat Yoghurt Drink bermanfaat untuk membantu anda mengekalkan pertahanan semulajadi. Selain daripada rasanya yang akan membuatkan anda jatuh cinta, ia turut membekalkan nutrisi yang bagus kepada anda dan seisi keluarga. 

Kini, Dutch Lady 0% Fat Yoghurt Drink diformulasikan dengan 25% rendah kandungan gula. Kedua-dua jenis yogurt ini memiliki kandungan vitamin A,C, E dan kultur hidup yang aktif.                   

Panduan pemakanan Malaysia mencadangkan untuk mengambil 2-3 hidangan susu dan tenusu pada setiap hari. Sebagai tambahan, Dutch Lady Low Fat Yoghurts ini dihasilkan daripada susu asli lembu yang sedap dan memiliki rasa yang penuh perasa dan berkrim. Justeru, ia akan membekalkan anda dengan jumlah nutrien yang penting seperti protein, vitamin B2, B12 dan kalsium. Kenaikan berat badan terjadi apabila jumlah kalori yang diambil lebih tinggi daripada jumlah kalori yang dibakar. Jadi, sekiranya anda berazam untuk mengambil kandungan kalori yang rendah, anda boleh mendapatkan yogurt yang memiliki kandungan lemak yang rendah.

Rujuk harga di lazada

6. Anlene Low Fat Plain Yogurt

Kredit gambar: Lazada

Anlene Low Fat Plain Yogurt adalah pilihan yang lebih sihat di mana anda boleh nikmati sebagai snek tanpa rasa bersalah. Tambahan pula, produk Anlene merupakan sumber yang ideal yang memanfaatkan kebaikan daripada produk tenusu. Yogurt Anlene bukan sahaja tampil dengan rasa yang enak tetapi ia memiliki kandungan lemak yang rendah sekaligus mendorong anda untuk memiliki gaya hidup yang cergas dan aktif. Dengan 50% kadar nutrien yang dimiliki, yogurt ini turut mempunyai MoveMax TM – sejenis gabungan nutrien yang dikhususkan. Seterusnya, anda perlu sentiasa memantau kesihatan tulang, sendi, dan otot anda.

Justeru, pengambilan yogurt ini adalah membantu untuk melancarkan tindakan anda kerana ia turut memiliki kandung kolagen, protein serta kandungan kalsium dan vitamin D yang tinggi.

Rujuk harga di lazada

7. Farmers Union Greek Style Natural Yogurt

Kredit gambar: Lazada

Farmers Union Greek Style Natural Yogurt merupakan tambatan hati bagi peminat yogurt Greek tanpa perisa. Farmers Union didedikasikan untuk memanfaatkan kebaikan dan kesederhaan khasiat bahan semulajadi seperti susu, krim dan kultur bagi menghasilkan Farmers Union Greek Style Natural Yogurt yang secara ringkasnya amat menjadi perhatian dan pilihan ramai.

Hal ini kerana yogurt ini sesuai untuk dinikmati bersama apa-apa jua makanan. Dengan hanya diperbuat daripada susu, krim dan kultur, ia juga dilengkapi dengan sumber protein serta tidak memiliki kandungan gula tambahan. Seterusnya, ia dihasilkan di Australia dengan 99% penggunaan bahan-bahan Australia.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close