7 Kafe Terbaik di Petaling Jaya 2022

Petaling Jaya merupakan tempat yang sibuk dengan sektor industri, rumah kediaman dan juga tempat hiburan. Dalam kesibukan yang memuncak, mencari tempat makan yang selesa dan juga bersih adalah satu kemestian buat anda. Aktiviti makan akan menjadi lebih bermakna jika restoran, kafe atau kedai yang anda kunjungi itu menghidangkan masakan atau sajian yang menepati citarasa anda.

Apakah sebab-sebab anda berkunjung ke kafe?

Kafe merupakan kedai atau restoran kecil yang banyak mengutamakan sajian pastri sebagai juadah mereka. Pada asalnya, kafe dikenali sebagai kedai kopi yang menawarkan minuman teh atau kopi yang lazat. Namun seiring dengan zaman yang sentiasa berubah, konsep kedai kopi ini menjadi sebuah ruangan unik dan elegan yang menawarkan rangkaian sajian pencuci mulut dan menu utama seperti masakan barat atau asia bagi menambat hati pengunjung. Berikut merupakan sebab-sebab ramai orang gemar berkunjung ke kafe.

1. Mengeratkan hubungan

Selain hanya memenuhi perut yang lapar, aktiviti makan juga boleh menjadi cara untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga atau rakan-rakan. Anda boleh berborak dengan rakan atau ahli keluarga sambil menunggu makanan tiba. Jadi, berkunjung ke kafe yang santai dan selesa merupakan satu perkara yang wajib bagi menjayakan matlamat anda.

2. Instagram

Biasanya reka bentuk dalaman kafe adalah bergaya dan unik. Setiap susun atur perabot dan olahan hiasannya seringkali mengikut arus pemodenan dalam dunia hiasan dalaman. Tidak mustahil kafe seringkali menjadi lokasi bergambar oleh para pengunjung yang datang untuk menjamu selera di situ. Memandangkan lokasi yang unik ditemui, para pengunjung akan bergambar dan memuat naik gambar mereka ke media sosial termasuklah Instagram. Suapan anda di Instagram pasti memuncak kerana ramai yang bertanya tentang lokasi anda bergambar.

3. Hidangan yang disajikan

Kebanyakan kafe menyajikan pencuci mulut dan hidangan barat seperti pasta atau lasagna. Terdapat juga kafe yang menyediakan nasi goreng yang diubahsuai resepinya supaya lebih segar dan enak agar dapat menarik perhatian pengunjung untuk mencubanya. Tidak kalah dengan pelbagai jenis kek dan pastri, bentuk dan warna hidangan yang menawan juga dibuat agar dapat menambat hati pengunjung disamping memberikan rasa yang enak ketika memakannya.

7 Kafe Terbaik di Petaling Jaya

1. Antipodean

Antipodean
Kredit Gambar: Antipodean

Pilihlah menu menarik dari papan hitam besar yang tersergam kukuh di hadapan kaunter kafe Antipodean. Kafe ini mempunyai susun atur perabot yang sangat unik. Mengapa? Kerana ruang antara kaunter dan ruang tempat duduk sebenarnya merupakan laluan orang ramai lalu lalang di situ. Kafe ini menghidangkan menu yang berasingan untuk sarapan pagi dan selepas jam 11.00 pagi. Jadi, jika anda mahu menikmati sajian sarapannya, anda perlulah datang awal sebelum pukul 11.00 pagi. Jangan risau, semua menu yang ditawarkan amat menambat hati dan selera anda. Jangan rambang mata untuk memilihnya!

Antipodean
Kredit Gambar: Antipodean

Waktu Operasi:  Setiap hari (10.00 pagi – 8.00 malam)

Alamat: G37 & GK1, Ground Floor, Atria Shopping Gallery, Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Laman Web: Antipodean Malaysia

Instagram: Antipodean Coffee Malaysia (@antipodean_my) • Instagram photos and videos

Facebook: Antipodean Cafe – Home – Kuala Lumpur, Malaysia – Menu, prices, restaurant reviews | Facebook

2. Strangers at 47

Strangers at
Kredit Gambar: Strangers at 47

Anda inginkan suasana yang harmoni dan tenang sewaktu sarapan atau makan malam? Kalau begitu, singgahlah ke kafe Strangers at 47! Kafe ini dibina bagi memberikan anda suasana aman dan tenteram sewaktu menikmati makanan anda. Selain itu, menu hidangan yang disediakan juga turut menggiurkan anda antaranya burger, krep yang manis, ayam cajun yang pedas dan banyak lagi. Marilah ke kafe ini bagi menikmati kesedapan makanannya!

Strangers at
Kredit Gambar: Strangers at 47

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa (10.30 pagi – 8.30 malam)

Alamat: 45, 47 49, Jalan 17/45, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor

Laman Web: Home

Instagram: Strangers at 47 (@strangersat47) • Instagram photos and videos

Facebook: Strangers at 47 – Home | Facebook

3. W Cafe & Dining

W Cafe Dining
Kredit Gambar: W Cafe & Dining

Kafe ini menumpukan suasana yang profesional tetapi ringkas bagi pengunjung khususnya buat mereka yang gila kerja supaya sentiasa aman dan tenang apabila di sini. Konsep reka bentuk ini merupakan inspirasi daripada minimalis Jepun. Namun begitu, dengan rekaan dalaman sebegini, tidak semestinya menu yang dihidangkan itu ringkas. Setiap hidangan yang disediakan di kafe ini menggunakan bahan yang tinggi kualitinya dan dimasak dengan penuh berhati-hati bagi menambat selera dan kepuasan hati para pengunjung. Jika anda ke sini, jangan lupa mencuba sandwic yang enak dengan pizza yang mengenyangkan!

W Cafe Dining
Kredit Gambar: W Cafe & Dining

Waktu Operasi:  Isnin-Jumaat (8.00 pagi-7.30 petang), Sabtu-Ahad & Cuti Am (8.00 pagi – 6.00 petang)

Alamat: 23-1, Jalan PJU 1/42, Dataran Prima, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Laman Web: W Cafe | W Cafe & Dining

Instagram: @w_cafe_and_dining • Instagram photos and videos

4. Stars Picker Audio Cafe

Stars Picker Audio Cafe
Kredit Gambar: Stars Picker Audio Cafe

Kafe ini terletak di Kota Damansara, berdekatan dengan stesen MRT Surian. Di sini, anda boleh menikmati menu vegetarian yang berkhasiat, pencuci mulut dan juga kopi sambil membaca buku atau mendengar muzik melalui headphone dan HiFi vintaj secara percuma. Anda juga boleh melihat di kafe ini terdapat pemain muzik yang antik dan tersedia bagi memainkan muzik rancak atau santai.

Stars Picker Audio Cafe
Kredit Gambar: Stars Picker Audio Cafe

Waktu Operasi:  Ahad- Selasa (11.00 pagi – 8.00 malam), Rabu (tutup), Jumaat-Sabtu (11.00pagi- 9.00 malam)

Alamat: 37-1, Jalan PJU 5/20e, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Instagram: Stars Picker Audio Cafe (@starspicker_audiocafe) • Instagram photos and videos

Facebook: Stars Picker Audio Cafe 摘星 . 音響咖啡館 – Home | Facebook

5. The Teddy Cafe & Restaurant

The Teddy Cafe Restaurant
Kredit Gambar: The Teddy Cafe & Restaurant

The Teddy Cafe & Restaurant ialah kafe yang bertemakan teddy bear. Kafe ini mempunyai reka bentuk yang comel dengan hiasan boneka beruang yang duduk di sekeliling kafe. Menariknya, menu hidangan mereka juga bertemakan teddy bear. Jangan risau kerana rasa hidangan yang disajikan memang menyelerakan! Kafe ini sesuai untuk kunjungan kanak-kanak dan mereka yang gemarkan anak patung!

The Teddy Cafe Restaurant
Kredit Gambar: The Teddy Cafe & Restaurant

Waktu Operasi:  Setiap hari kecuali Isnin (12.00 tengah hari – 10.00 malam)

Alamat: Zenith Corporate Park, 22G, Blok B, 22G, Jalan SS 7/26, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Facebook: The Teddy – Home | Facebook

6. Cafe 123 Gasing

Cafe Gasing
Kredit Gambar: Cafe 123 Gasing

“It would be nice to wake you up!” Benar. Inilah kata-kata yang tertulis di papan kenyataan kafe ini. Cukup indah kalau kita dikejutkan dengan sajian enak daripada Cafe 123 Gasing, bukan! Daripada kek buatan sendiri sehinggalah sandwic yang lazat menyelerakan, anda pasti tidak akan menyesal jika berkunjung ke sini. Jika anda ke Kota Damansara, bolehlah singgah ke kafe ini. Anda pasti tidak akan menyesal kerana kafe ini sentiasa bersedia menerima kunjungan dan menambat selera anda.

Cafe Gasing
Kredit Gambar: Cafe 123 Gasing

Waktu Operasi:  Setiap hari (9.00 pagi – 8.00 malam)

Alamat: 123, Jalan Gasing, Seksyen 10, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Instagram: 123Gasing (@123gasing) • Instagram photos and videos

Facebook: 123Gasing – Home | Facebook

7. Therefore

Therefore
Kredit Gambar: Therefore

Kafe ini boleh dikatakan lokasi bergambar yang menarik kerana memiliki reka bentuk dalaman yang unik dan cantik. Kafe ini menyajikan sarapan pagi dan makanan tengah hari yang terdiri daripada hidangan ruji klasik dengan sentuhan Malaysia termasuklah hidangan utama dan pasta. Daripada hidangan utama sehinggalah ke pencuci mulut, semua hidangan dibuat dengan penuh cermat dan kasih sayang. Anda boleh mencuba pasta dan juga pencuci mulut yang pelbagai di sini. Untuk pengetahuan anda, kafe ini terletak di Symphony Square, Petaling Jaya. Reka bentuk dalaman yang cantik membuatkan ia menarik untuk bersantai bersama rakan atau keluarga.

Therefore
Kredit Gambar: Therefore

Waktu Operasi:  Setiap hari kecuali Selasa (12.00 tengah hari – 10.00 malam)

Alamat: Lot 02-G, Menara Symphony, No, 5, Jalan Professor Khoo Kay Kim, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Laman Web: Therefore – What’s Your Story Today?

Instagram: ?￰ンユル?￰ンユᆪ?￰ンユラ?￰ンユᆪ? (@therefore.cafe) • Instagram photos and videos

Facebook: Therefore – Home | Facebook

———–
Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Want to be featured on My Weekend Plan Asia?

Contact Us or Email [email protected] for media invites.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close