7 Restoran Korea Halal di Lembah Klang 2023

Anda pasti pernah terliur apabila melihat adegan barbeku Korea yang ditayangkan dalam drama Korea. Bayangkan sahaja bunyi berdesing daging apabila dipanggang, pasti bau aromanya sungguh memikat dan menggiurkan! Usah risau, kami ada menyediakan 7 restoran Korea yang halal untuk anda lawati dan penuhi keinginan anda.

Apakah sebab-sebab anda memilih restoran Korea sebagai lokasi santapan anda?

Hanya peminat drama Korea sahaja yang tahu betapa inginnya untuk merasai hidangan yang ditayangkan dalam drama Korea. Bibimbap, Kimchi, Bulgogi. Boleh dikatakan, semua nama masakan Korea yang ditayangkan di TV sudah anda ketahui tetapi bilakah anda dapat memakannya? Tidakkan anda perlu ke Korea Selatan untuk merasainya?

Jangan risau. Kami tahu anda terliur melihatnya di kaca TV. Kini, restoran Korea sudah banyak beroperasi di Malaysia. Jika anda terliur untuk merasai masakan Korea, anda hanya perlu pergi ke restoran di lokasi anda dan menikmati hidangan Korea dengan senang hati. Jangan risau, kebanyakan hidangan Korea mampu milik dan harganya berpatutan. Anda pasti gembira kerana dapat merasai hidangan Korea tanpa perlu ke Korea Selatan!

7 Restoran Korea Halal di Lembah Klang 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Sweetree Restaurant

Sweetree Restaurant
Kredit Gambar: Sweetree Restaurant

Jika anda berada di Ampang, ada satu restoran Korea yang cukup terkenal di sini iaitu Sweetree. Restoran ini juga merupakan salah satu restoran barbeku Korea terbaik di Malaysia. Reka bentuk dalaman restoran ini juga unik dan santai. Anda akan melihat sebatang pokok yang besar di tengah-tengah restoran. Dekorasi ini menjadikan suasana restoran yang lebih selesa. Selain itu, restoran ini menyediakan pelbagai pilihan makanan Korea, bermula daripada hidangan barbeku sehinggalah kepada pencuci mulut yang enak.

Sweetree Restaurant
Kredit Gambar: Sweetree Restaurant

Waktu Operasi: Setiap hari (11.30 pagi–9.00 malam)  

Alamat: L1, 12 L1 & 13, L2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor

Laman Web: ALA CARTE

Instagram: Sweetree Restaurant (@sweetreerestaurant) • Instagram photos and videos

Facebook: Sweetree – Home | Facebook

2. Seoul Garden

Seoul Garden
Kredit Gambar: Sunway Pyramid

Selama 37 tahun, Seoul Garden telah menjadi jenama Korea yang diperakui Halal serta terkemuka di Malaysia dan Singapura. Restoran ini mempunyai teknologi pemanggang tanpa asap 2-dalam-1 yang dipatenkan, perapan sos Korea-Asia bersama pelbagai hidangan sampingan. Pengalaman anda menjamu selera di sini pasti memuaskan. Untuk makluman anda, Seoul Garden mempunyai 35 cawangan di seluruh Malaysia jadi ajaklah keluarga atau rakan-rakan anda ke sini!

Seoul Garden
Kredit Gambar: Seoul Garden

Waktu Operasi: Setiap hari (11.30 pagi–10.00 malam)

Alamat: Lot LG 2.126, Sunway Pyramid Mall, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor

Laman Web: Welcome to Seoul Garden – Korean Asian Buffet Restaurant in Malaysia

Instagram: Seoul Garden Malaysia (@seoulgardenmalaysia) • Instagram photos and videos

Facebook: Seoul Garden Malaysia – Home | Facebook

3. Kung Jung Korean Restaurant

Kung Jung Korean Restaurant
Kredit Gambar: Kung Jung Korean Restaurant

Tiba masanya untuk menikmati barbeku sebenar di Restoran Korea Kung Jung! Persiapkan diri anda dengan kelazatan daging yang memukau ketika ia dipanggang nanti! Restoran ini menyediakan beberapa pilihan bahagian daging yang dipanggang menggunakan arang. Selain barbeku daging, anda juga akan diberikan hidangan sampingan untuk dinikmati bersama hidangan utama. Jika tidak cukup dengan barbeku, anda boleh memesan Bibimbap atau Kimchi Jjigae bagi memuaskan selera anda.

Kung Jung Korean Restaurant
Kredit Gambar: Kung Jung Korean Restaurant

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu (11.30 pagi–2.00 petang, 5.30 petang–9.30 malam)

Alamat: Lot No 3.1 Level 3 PNB Perdana, Jln Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Instagram: Kung Jung Korean Restaurant (@kung_jungkorean) • Instagram photos and videos

Facebook: Kung Jung Korean Restaurant – Home – Kuala Lumpur, Malaysia – Menu, prices, restaurant reviews | Facebook

4. SeoulNami Korean BBQ

SeoulNami Korean BBQ
Kredit Gambar: SeoulNami Korean BBQ

SeoulNami Korean BBQ sebenarnya diilhamkan daripada Chuncheon Chicken, iaitu restoran yang terkenal di Korea Selatan. Restoran ini menggabungkan hirisan ayam yang lembut dengan campuran sos perap Korea yang lazat bagi membangkitkan rasa dan aroma BBQ ketika anda memakannya. Hirisan ayam ini dibalut dengan kerak karamel yang enak dan apabila dipanggang, baunya cukup menyelerakan hingga membuat anda tidak sabar untuk merasainya.

SeoulNami Korean BBQ
Kredit Gambar: SeoulNami Korean BBQ

Waktu Operasi: Setiap hari (11.00 pagi–10.00 malam)

Alamat: F-215 The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur

Laman Web: Seoulnami Korean BBQ

Instagram: SEOULNAMI KOREAN BBQ (@seoulnamikoreanbbq) • Instagram photos and videos

Facebook: SeoulNami Korean BBQ – Home | Facebook

5. Han Modern Korean Grill

Han Modern Korean Grill
Kredit Gambar: Han Wa Dam

Jika anda inginkan pengalaman barbeku Korea yang mewah, maka berkunjunglah ke Han Modern Korean Grill. Dilengkapi dengan meja marmar Itali hitam yang diimport selain berlatarkan gambar pokok hitam dan putih, restoran ini berjaya menonjolkan aura anggun dan elegan. Jika anda ke sini, anda akan dihidangkan daging dari Australia, Jepun atau Amerika yang telah dipotong untuk santapan. Oh ya, anda boleh meminta pelayan untuk menambah hidangan sampingan ketika menikmati santapan anda.

Han Modern Korean Grill
Kredit Gambar: Han Wa Dam

Waktu Operasi:

  • Isnin-Jumaat (11.30 pagi–2.30 petang, 5.00 petang–10.00 malam)
  • Sabtu (5.00 petang–10.00 malam)

Alamat: First Floor, Menara Hap Seng, 1, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Laman Web: HAN Modern Korean Grill (@han.malaysia) • Instagram photos and videos

Facebook: HAN Modern Korean Grill – Home | Facebook

6. Da On Fine Korean Cuisine

Da On Fine Korean Cuisine
Kredit Gambar: Da On Fine Korean Cuisine

Da On, restoran Korea yang menghidangkan santapan mewah Korea ini dapat memuatkan kira-kira 170 orang dalam satu-satu masa. Restoran ini menyajikan makanan tradisional Korea yang terdiri daripada So Galbi, Sam Gye Tang, iaitu ayam ginseng, Bulgogi, iaitu daging lembu cincang yang diperap di dalam sos istimewa dan juga Galbi Tang, iaitu daging lembu yang direbus. Selain itu, anda juga boleh mencuba Seafood Hotpot yang menonjolkan rempah-rempah Korea yang didatangkan khusus buat citarasa anda. Kalau anda ke sini, datanglah bersama rakan-rakan atau keluarga untuk merasai pengalaman barbeku di Da On Fine Korean Cuisine!

Da On Fine Korean Cuisine
Kredit Gambar: Da On Fine Korean Cuisine

Waktu Operasi: Setiap hari (11.30 pagi – 10.00 malam)

Alamat: Lot 6.40.00, Pavilion Kuala Lumpur, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Laman Web: Da On Fine Korean Cuisine – Home

Facebook: Da On Fine Korean Cuisine – Home – Kuala Lumpur, Malaysia – Menu, prices, restaurant reviews | Facebook

7. Koryo-Won Restaurant 

Koryo Won Restaurant
Kredit Gambar: Koryo-Won Restaurant

Restoran Koryo-Won menyajikan barbeku Korea yang lazat dan masakan tradisional Korea. Terletak di tingkat empat Suria KLCC, Restoran Koryo-Won ini merupakan salah satu restoran yang mesti anda cuba apabila berada di Kuala Lumpur. Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam restoran ini, anda akan dialu-alukan dengan reka bentuk dalaman yang bertemakan seni tradisional Korea. Anda boleh memesan hidangan Korea seperti Bibimbap dan Doenjang-jjigae sepertimana yang anda saksikan di dalam filem Korea. Untuk makluman anda, selain hidangan utama, anda juga akan dihidangkan dengan beberapa jenis hidangan sampingan Korea yang lazat.

Koryo Won Restaurant
Kredit Gambar: Koryo-Won Restaurant

Waktu Operasi:  Setiap hari (11.00 pagi – 8.00 petang)

Alamat: Twin tower, Batu Complex Business Centre, Jalan Silang, City Centre, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Facebook: Koryowon Restaurant – Home – Kuala Lumpur, Malaysia – Menu, prices, restaurant reviews | Facebook

———–

Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close