8 Hotel Butik Terbaik di Pulau Langkawi 2022

Hotel butik biasanya lebih kecil daripada hotel biasa dan mempunyai bilangan bilik penginapan yang sedikit selain menonjolkan reka bentuk dalaman dan luarannya yang unik dan kontemporari. Dengan berkonsepkan seperti rumah percutian, para pemilik hotel butik ini sering menyediakan ruang berehat yang luas bagi membolehkan para penginap berinteraksi antara satu sama lain.

Konsep hotel butik ini sebenarnya diasaskan oleh Ian Schrager yang pertama kalinya membina hotel seumpama ini di New York yang diberi nama Studio 54. Kini, hotel butik yang moden seringkali menempatkan diri mereka dalam rekaan bentuk dalaman mahupun luaran yang estetik selain menawarkan perkhidmatan yang menyelesakan para penginap. Selain itu, tidak mahu kalah dengan hotel mega di serata dunia, hotel butik juga dilengkapi dengan keperluan asas yang moden dan terkini bagi memudahkan penginapan para pengunjung. Kebiasaannya, hotel butik ini turut memiliki bar atau restoran yang menyediakan pelbagai juadah lazat, atau terletak berdekatan dengan gerai makan atau restoran terkenal di tempat itu.

Apakah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Pulau Langkawi?

Pantai Cenang dan Pantai Tanjung Rhu merupakan destinasi yang wajib dikunjungi bagi mereka yang melancong ke Langkawi. Anda akan melihat hamparan pantai pasir yang cantik dihiasi air yang jernih sememangnya menjadikan kawasan ini destinasi percutian di seluruh dunia. Jika anda gemarkan fauna, anda bolehlah ke Taman Hidupan Liar Langkawi yang sesuai buat kunjungan bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Jika anda ingin menikmati pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan, cubalah berkunjung ke Yellow Cafe Langkawi kerana anda bakal dijamu dengan pelbagai makanan barat yang enak. Jika anda mementingkan kesihatan tetapi tetap juga ingin menikmati makanan, anda bolehlah ke The Fat Frog Restaurant kerana restoran ini menyediakan hidangan yang lazat dan mengenyangkan perut anda. Pada sebelah malam pula, anda bolehlah menjamu selera di Restoran The Cliff kerana sambil menikmati hidangan gabungan Melayu dan Barat yang lazat, anda juga disajikan dengan pemandangan Laut Andaman yang indah memukau.

8 Hotel Butik Terbaik di Pulau Langkawi 2022

1. Ambong Pool Villas

Ambong Pool Villas
Kredit Gambar: boutiquehotel.me
Ambong Pool Villas
Kredit Gambar: boutiquehotel.me
Ambong Pool Villas
Kredit Gambar: boutiquehotel.me

The Ambong Pool Villas terletak berhampiran dengan Pantai Cenang. Hotel ini menawarkan restoran yang menyajikan pelbagai masakan enak, perkhidmatan bilik, WiFi percuma, bar, taman dan juga kolam renang. Vila-vila penginapan ini semuanya dilengkapi dengan penghawa dingin dan tv, ruang tamu dilengkapi sofa, dapur kecil yna lengkap dengan ruang makan, bilik mandi peribadi, selipar dan juga pengering rambut. Selain itu, kelengkapan lain yang disediakan ialah microwave, peti sejuk, cerek dan mesin kopi untuk para penginap. Setiap pagi, hotel ini akan menyajikan anda sarapan yang enak bagi memulakan hari anda. Jika anda mahu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, ia hanya terletak 12km sahaja dari hotel ini.

Alamat: Jln. Teluk Baru, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web:  https://ambongpoolvillas.com/

2. Lot 33 Boutique Hotel

Lot Boutique Hotel
Kredit Gambar: boutiquehotel.me
Lot Boutique Hotel
Kredit Gambar: boutiquehotel.me
Lot Boutique Hotel
Kredit Gambar: boutiquehotel.me

The Lot 33 Boutique Hotel terletak berhampiran dengan Pantai Cenang. Hotel ini mempunyai kolam renang, restoran, dan WiFi percuma yang disediakan. Bilik-bilik penginapan hotel ini pula menawarkan almari pakaian, kamar mandi peribadi yang lengkap dengan bidet, kelengkapan mandian percuma, TV dan juga pengering rambut. Perkhidmatan dobi juga disediakan jika ada yang memintanya. Untuk menjamu selera, para penginap akan disajikan dengan masakan Melayu dan Cina yang lazat dan pelbagai. Hotel ini terletak hanya 1.5km sahaja dari Pantai Cenang dan Cenang Mall, manakala 10.1km pula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Alamat: Lot 33 Jalan Teluk Baru, Jalan Pantai Tengah, Kampung Tasik Anak, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web:  https://lot33boutique.com-malaysia.com/

3. Panji Panji Tropical Wooden Home

Panji Panji Tropical Wooden Home
Kredit Gambar: boutiquehotel.me
Panji Panji Tropical Wooden Home
Kredit Gambar: boutiquehotel.me
Panji Panji Tropical Wooden Home
Kredit Gambar: boutiquehotel.me

Rumah Kayu Tropika Panji Panji direka bentuk seperti rumah Melayu tropika yang terletak di sebelah sungai Cenang. Resort ini tidak jauh dari Pantai Cenang yang selalu dikunjungi oleh pelancong dan penduduk tempatan. Bilik-bilik penginapan di resort ini mempunyai lantai kayu yang keras, selain penghawa dingin dan juga balkoni peribadi dengan ruangan tempat duduk. Selain itu, kelambu, meja, almari pakaian, peti sejuk, cerek elektrik dan air minuman botol juga disediakan di dalam bilik. Bilik mandi bersambung ini mempunyai pancuran mandian dan kelengkapan mandian secara percuma. Selain itu, kolam renang, WiFi percuma, taman riadah dan tempat letak kereta secara percuma juga ditawarkan di hotel ini. Boleh dikatakan hotel ini bukan sahaja tempat penginapan yang cantik dan unik namun ia juga strategik kerana hanya 3km sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Jika anda ingin ke Muzium Beras pula, anda boleh berjalan kaki ke sana kerana tidak jauh dari hotel ini.

Alamat: 965, Kuala Chenang Mukim, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web:  https://panjipanji.com/

Rujuk Harga di Shopee

4. Ambong-Ambong Langkawi Rainforest Retreat

Ambong Ambong Langkawi Rainforest Retreat
Kredit Gambar: boutiquehotel.me
Ambong Ambong Langkawi Rainforest Retreat
Kredit Gambar: boutiquehotel.me
Ambong Ambong Langkawi Rainforest Retreat
Kredit Gambar: boutiquehotel.me

The Ambong-Ambong Rainforest Retreat Langkawi menawarkan penginapan dalam persekitaran tropika yang memukau. Tempat penginapan ini terletak di atas bukit curam di dalam hutan manakala bilik pula hanya boleh diakses melalui tangga panjang yang dibina disitu. Bilik-bilik penginapan di sini mempunyai balkoni berlatarkan pemandangan yang indah, selain dilengkapi TV dan WiFi percuma. Kemudahan yang disediakan pula termasuk kolam renang, spa, rawatan urut, perkhidmatan dobi, dan juga bantuan bagi mengatur lawatan ke tempat-tempat menarik di sini. Selain itu, terdapat juga restoran Jepun yang hanya 3 minit dari hotel ini yang membolehkan anda menikmati diskaun. Bandar Kuah hanya 30 minit sahaja dari hotel. Jika anda mahu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, anda hanya akan mengambil masa 15 minit sahaja dari hotel ini.

Alamat: Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web:  https://www.ambong-ambong.com/

5. Bon Ton Antique Wooden Villas

Bon Ton Antique Wooden Villas
Kredit Gambar: boutiquehotel.me
Bon Ton Antique Wooden Villas
Kredit Gambar: boutiquehotel.me
Bon Ton Antique Wooden Villas
Kredit Gambar: boutiquehotel.me

The Bon Ton Antique Wooden Villas merupakan salah satu resort unik yang mementingkan privasi pengunjungnya. Resort ini terletak di Pulau Langkawi dengan menampilkan 8 vila Melayu yang berunsur klasik dan elegan. Menariknya, vila ini diundi sebagai 101 Hotel Terbaik di Dunia oleh Tatler Travel Guide, UK 2009! Bilik-bilik penginapan yang dibina mengelilingi kolam renang dan lagun resort ini dilengkapi dengan alat pemain CD/DVD, alat pembuat kopi dan teh, peti sejuk, pembakar roti, tab mandi dan juga pancuran air di kamar mandi. Jika anda ingin menjamu selera, anda boleh ke Nam Restaurant di Bon Ton yang menjadi salah satu restoran terbaik di Langkawi. Selain itu, resort ini juga mempunyai zon mesra haiwan dan mempunyai haiwan peliharaan mereka di sini. Anda boleh menginap di sini jika anda datang bersama haiwan peliharaan anda. Anda juga boleh membawa haiwan peliharaan anda berjalan-jalan di tempat perlindungan LASSie yang berdekatan. Para penginap boleh berehat seketika dan membaca buku di perpustakaan resort ini. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pula hanya 10 minit sahaja dari resort ini.

Alamat: Jalan Pantai Cenang Lot 1047 Langkawi, Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang, Kedah

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang:  https://bontonresort.com/villas/

6. A Rock Resort Langkawi

A Rock Resort Langkawi
Kredit Gambar: boutiquehotel.me
A Rock Resort Langkawi
Kredit Gambar: boutiquehotel.me
A Rock Resort Langkawi
Kredit Gambar: boutiquehotel.me

A Rock Resort Langkawi terletak di Kuah, iaitu hanya 2.8km sahaja dari Taman Semula Jadi Sungai Kilim. Kemudahan resort ini termasuklah restoran, tempat letak kenderaan persendirian yang percuma, kolam renang, bar, kaunter pertanyaan 24 jam, perkhidmatan bilik, perkhidmatan penukaran mata wang, perkhidmatan kereta sewa dan perkhidmatan ulang-alik dari lapangan terbang ke hotel (dan sebaliknya) secara berbayar. Setiap bilik dilengkapi dengan meja dan ruangan berehat yang berlatarkan pemandangan kolam renang. Selain itu, bilik-bilik penginapan ini juga mempunyai penghawa dingin dan kamar mandi peribadi. Hotel Langkawi Bird Paradise hanya terletak 2.8km dari hotel ini, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pula hanya sejauh 19km sahaja.

Alamat: PT 3167, Jalan Beringin, Kampung Penarak, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web:  https://www.facebook.com/arocklangkawiofficial/

Rujuk Harga di Shopee

7. The Ocean Residence Langkawi

The Ocean Residence Langkawi
Kredit Gambar: boutiquehotel.me
The Ocean Residence Langkawi
Kredit Gambar: boutiquehotel.me
The Ocean Residence Langkawi
Kredit Gambar: boutiquehotel.me

The Ocean Residence Langkawi terletak hanya 10 minit berjalan kaki dari kedai makan tempatan dan gerai makanan di jalanan. Kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh resort ini termasuklah kolam renang, perkhidmatan penyimpanan bagasi dan kemudahan tempat letak kereta secara percuma bagi mereka yang memandu ke sini. Bilik-bilik penginapan juga terlihat moden dan luas selain dilengkapi dengan penghawa dingin, akses WiFi percuma, balkoni peribadi dengan ruang tempat duduk, ruang tamu yang berasingan, dapur yang serba lengkap, ruang makan dan TV. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pula hanya terletak 20 minit pemanduan sahaja dari resort ini.

Alamat: 1 Ocean Front Estate, Bukit Benggali, Kuah, Langkawi, Kedah

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web:  https://theoceanresidence.com/

8.  Maneh Villa Langkawi

Maneh Villa Langkawi
Kredit Gambar: Booking.com
Maneh Villa Langkawi
Kredit Gambar: Booking.com
Maneh Villa Langkawi
Kredit Gambar: Booking.com

The Maneh Villa Langkawi terletak berhampiran dengan Pantai Cenang dan Cenang Mall. Hotel butik ini juga terletak berhampiran dengan Teluk Burau dan Kereta Kabel Langkawi. Tempat penginapan yang terdapat di hotel butik ini ialah Pool Villas, Executive Villa, Vila yang dilengkapi dengan dua bilik tidur dan Villa Suites. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan dobi, perkhidmatan penyimpanan bagasi, perkhidmatan kemas bilik setiap hari, perkhidmatan cucian kering, perkhidmatan pemindahan lapangan terbang ke hotel (dan sebaliknya), perkhidmatan shuttle, sewaan kereta dan juga tempat letak kereta percuma. Kesemua vila yang disediakan telah dilengkapi dengan  penghawa dingin serta semua keperluan peribadi yang lain termasuklah kolam renang peribadi.

Alamat: Lot 1240, Jalan Pantai Tengah Kampung Tasik Anak, Temoyong Mukim, 07000 Langkawi, Kedah

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web: https://www.facebook.com/manehvillalangkawi/


Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close