8 Kafe Terbaik di Subang Jaya 2022

Walaupun Subang Jaya merupakan sebuah bandar kecil, tetapi bandar ini menawarkan banyak perkara buat anda. Anda akan menemui deretan kafe yang pelbagai di Subang terutama di SS15! Kerana banyak pilihan yang ditawarkan, anda buntu mahu mencari kafe mana yang menepati selera anda. Usah risau kerana kami berikan anda 8 kafe terbaik di Subang Jaya untuk anda jejaki.

Apakah sebab-sebab anda berkunjung ke kafe?

Kafe merupakan kedai atau restoran kecil yang banyak mengutamakan sajian pastri sebagai juadah mereka. Pada asalnya, kafe dikenali sebagai kedai kopi yang menawarkan minuman teh atau kopi yang lazat. Namun seiring dengan zaman yang sentiasa berubah, konsep kedai kopi ini menjadi sebuah ruangan unik dan elegan yang menawarkan rangkaian sajian pencuci mulut dan menu utama seperti masakan barat atau asia bagi menambat hati pengunjung. Berikut merupakan sebab-sebab ramai orang gemar berkunjung ke kafe.

1. Mengeratkan hubungan

Selain hanya memenuhi perut yang lapar, aktiviti makan juga boleh menjadi cara untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli keluarga atau rakan-rakan. Anda boleh berborak dengan rakan atau ahli keluarga sambil menunggu makanan tiba. Jadi, berkunjung ke kafe yang santai dan selesa merupakan satu perkara yang wajib bagi menjayakan matlamat anda.

2. Instagram

Biasanya reka bentuk dalaman kafe adalah bergaya dan unik. Setiap susun atur perabot dan olahan hiasannya seringkali mengikut arus pemodenan dalam dunia hiasan dalaman. Tidak mustahil kafe seringkali menjadi lokasi bergambar oleh para pengunjung yang datang untuk menjamu selera di situ. Memandangkan lokasi yang unik ditemui, para pengunjung akan bergambar dan memuat naik gambar mereka ke media sosial termasuklah Instagram. Suapan anda di Instagram pasti memuncak kerana ramai yang bertanya tentang lokasi anda bergambar.

3. Hidangan yang disajikan

Kebanyakan kafe menyajikan pencuci mulut dan hidangan barat seperti pasta atau lasagna. Terdapat juga kafe yang menyediakan nasi goreng yang diubahsuai resepinya supaya lebih segar dan enak agar dapat menarik perhatian pengunjung untuk mencubanya. Tidak kalah dengan pelbagai jenis kek dan pastri, bentuk dan warna hidangan yang menawan juga dibuat agar dapat menambat hati pengunjung disamping memberikan rasa yang enak ketika memakannya.

8 Kafe Terbaik di Subang Jaya

1. Analog Cafe

Analog Cafe
Kredit Gambar: Analog

Nyaman dan mesra, itulah yang dirasakan ketika anda di kafe Analog. Anda akan berasa seperti kedatangan anda ke sini dialu-alukan kerana perkhidmatannya yang mesra pelanggan. Anda boleh datang ke kafe ini bila-bila masa sahaja kerana ia menghidangkan pelbagai jenis makanan. Daripada pastri yang lazat sehinggalah spageti yang menyelerakan, anda pasti akan ke sini lagi! Kami pasti anda tidak akan menyesal! Oh, ya. Hidangan pastri mereka sentiasa berubah-ubah jadi jika anda ingin merasa pelbagai pastri, selalulah berkunjung ke sini.

Analog Cafe
Kredit Gambar: Analog

Waktu Operasi:

  • Isnin – Khamis (9.00 pagi – 7.00 malam)
  • Hari Minggu (9.00 pagi – 8.00 malam)

Alamat: 127, Jalan SS 17/1A, Ss 17, 47500 Subang Jaya, Selangor

Instagram: Analog (@analogkl) • Instagram photos and videos

Facebook: Analog KL – Home | Facebook

2. Upstairs Café

Upstairs Cafe
Kredit Gambar: Upstairs Café

Sesetengah orang mungkin terlepas pandang kafe ini kerana kedudukannya di tingkat dua kedai bertingkat. Jadi, pastikan anda mendongak dan mencari papan nama kafe ini agar tidak terlepas pandang. Ruang yang sedikit privasi dan selesa menjadikan kafe ini tempat sesuai untuk makan tengah hari, minum petang mahupun makan malam. Sajian pasta dan sarapan pagi mereka sungguh menyelerakan jadi pastikan anda menikmatinya dengan roti bakar ataupun kek. Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan awal kerana kafe ini selalu penuh dengan pelanggan.

Upstairs Cafe
Kredit Gambar: Upstairs Café

Waktu Operasi: Isnin-Sabtu (12.00 tengah hari – 9.00 malam)

Alamat: No. 12A, Jalan SS 12/1, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor

Instagram: Upstairs Cafe (@upstairscafe) • Instagram photos and videos

Facebook: Upstairs Cafe – Home | Facebook

3. Benjy Cafe 

Benjy Cafe
Kredit Gambar: Benjy Cafe

Jika diingat kembali, kafe ini membawa kita kepada kafe yang telah ditutup bernama Ben & Nick’s. Anak pemilik kafe tersebut telah membuka kafe ini bagi berkongsi rasa dan perasaan yang gembira apabila dapat menghidangkan sajian yang enak kepada para pelanggan. Selain mengekalkan reputasi ibu bapanya, pemilik Benjy Cafe ini mempersembahkan banyak hidangan yang lazat khususnya sajian barat yang harganya berpatutan. Meskipun kafe ini sederhana, tetapi ia boleh memberikan suasana segar dan tenang kepada para pengunjung.

Benjy Cafe
Kredit Gambar: Benjy Cafe

Waktu Operasi:  Setiap hari (11.30 pagi – 11.00 malam)

Alamat: E-tiara Service Apartment, Jalan Kemajuan Subang, Ss 16, 47500 Subang Jaya, Selangor

Instagram: Benjy Cafe (@benjycafe8) • Instagram photos and videos

Facebook: Benjy Cafe – Home | Facebook

4. Good Friends Restaurant and Cafe

Good Friends Restaurant and Cafe
Kredit Gambar: Good Friends Restaurant and Cafe

Good Friends merupakan restoran dan kafe yang mencerminkan gaya hidup yang menyenangkan, selesa dan mesra. Kafe ini terletak di SS15 yang sibuk. Konsep kafe ini mudah, iaitu memberikan anda hidangan yang menceriakan deria rasa anda! Tidak kiralah daripada sup, spageti hinggalah kepada pencuci mulut, semua hidangan ini dibuat sendiri menggunakan bahan yang berkualiti. Apa lagi yang anda mahukan? Cubalah rasa hidangan yang menyelerakan di sini bersama rakan atau keluarga.

Good Friends Restaurant and Cafe
Kredit Gambar: Good Friends Restaurant and Cafe

Waktu Operasi:

  • Hari bekerja (10.00 pagi – 11.00 malam)
  • Hari minggu (8.00 pagi – 10.00 malam)

Alamat 15 & 17, Jalan SS15/8a, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Laman Web: Menu – Good Friends Cafe

Instagram: Good Friends Restaurant & Café (@goodfriendscafe) • Instagram photos and videos

Facebook: Good Friends Cafe – Home | Facebook

5. The Foxhole Bakery Cafe

The Foxhole Bakery Cafe
Kredit Gambar: The Foxhole Bakery Cafe

Suasana yang menyenangkan dan makanan yang lazat. Itulah yang digambarkan oleh pengunjung yang mengunjungi The Foxhole Bakery Cafe. The Foxhole Bakery Cafe merupakan tempat kecil yang selesa di SS18 Subang Jaya yang menyajikan kopi, kek, pastri dan makanan yang lazat. Sebenarnya, kafe ini dikendalikan oleh pasukan yang sama dengan pasukan yang menguruskan Frisky Goat Bakery Cafe di TTDI. Manjakanlah diri anda dnegan pasta yang lazat dan hangat sambil menikmati pemandangan luar yang memukau.

The Foxhole Bakery Cafe
Kredit Gambar: The Foxhole Bakery Cafe

Waktu Operasi:  Setiap hari (9.00 pagi – 9.00 malam)

Alamat: 33, Jalan SS 18/1b, Ss18, 47500 Subang Jaya, Selangor

Laman Web: Foxhole Main – Order online for delivery & pickup!

Instagram: The Foxhole @ Subang (@thefoxhole_subang) • Instagram photos and videos

Facebook: The Foxhole – Home | Facebook

6. 95 Degres Art Cafe

Degres Art Cafe
Kredit Gambar: 95 Degres Art Cafe

95 Degres Art Cafe ini dipanggil kafe seni atas sebab-sebab tertentu! Mengapa? Kerana reka bentuk dalaman, minuman dan pilihan makanan mereka terutamanya wafel dihidangkan seperti seni! Kafe ini terletak di tingkat dua jalan SS15 yang sibuk, tetapi jangan risau kalau anda terlepas pandang kerana mereka mempunyai papan besar di hadapan tangga yang akan membawa anda ke kafe ini. Kafe ini memberikan anda suasana yang selesa. Anda boleh meluangkan masa dengan melihat aktiviti harian yang sibuk di jalanan sambil mengunyah makanan lazat bersama rakan atau orang tersayang!

Degres Art Cafe
Kredit Gambar: 95 Degres Art Cafe

Waktu Operasi:  Selasa-Ahad (10.00 pagi – 7.00 malam)

Alamat: 1st Floor, 112, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Instagram: 95 Degres Art Cafe (@95degres.artcafe) • Instagram photos and videos

Facebook: 95 Degrés Art Cafe – Home | Facebook

7. Lisette’s Café & Bakery

Lisettes Cafe Bakery
Kredit Gambar: Lisette

Sangat elegan dan selesa. Inilah yang dirasakan ketika anda melangkah masuk ke kafe ini. Lisette’s Café & Bakery berusaha menjamu anda dengan kelazatan makanan mereka sehingga anda tidak dapat melupakannya. Mengenai reka bentuk dalamannya, anda akan kagum dengan reka bentuk abstrak yang cantik pada dinding dan silingnya. Tiba pula di kafe ini, anda bakal disambut oleh timbunan pastri yang bersebelahan dengan kaunter. Anda  harus mencuba hidangan utama mereka seperti nasi lemak hitam dan burger Sanchoku Wagyu kerana sajian ini benar-benar lazat dan menjadi pilihan ramai.

Lisettes Cafe Bakery
Kredit Gambar: Lisette

Waktu Operasi:  Setiap hari (8.00 pagi – 10.00 malam)

Alamat: GK09 G Floor, Empire Shopping Gallery, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor

Website: Lisettes Café And Bakery – Home

Instagram:  Lisette’s Café & Bakery (@lisettes.my) • Instagram photos and videos

Facebook:  Lisette’s Café & Bakery | Facebook

8. Naj & Belle 

Naj Belle
Kredit Gambar: Naj & Belle

Di Naj & Belle, anda akan disajikan dengan persembahan makanan yang hebat selain rasanya yang lazat. Untuk makluman anda, Naj & Belle juga mempunyai satu lagi cawangan di Bangsar. Jangan risau kerana semua hidangan yang tersedia di Bangsar juga boleh didapati di cawangan Subang Jaya. Oh ya, jangan lupa singgah ke sini bagi menikmati pelbagai juadah yang enak sebelum anda membeli-belah di Courtyard.

Naj Belle
Kredit Gambar: Naj & Belle

Waktu Operasi:

  • Hari minggu (10.00 pagi – 10.00 malam)
  • Hari minggu (9.30 pagi– 10.00 malam)

Alamat: SS15 Courtyard, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Instagram: Naj & Belle (@najnbelle) • Instagram photos and videos

Facebook: Naj & Belle – Home | Facebook

———–
Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close