8 Kedai Makan Nasi Ayam Pilihan di Ipoh 2026

Resepi Nasi Ayam Hainan adalah resepi yang diwarisi daripada imigran Hainan di Selatan China. Hidangan ini amat popular dan menjadi masakan ruji bagi kebanyakan negara, khususnya di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Masakan masyarakat Cina ini berasaskan masakan Hainan yang popular dikenali sebagai ‘Wengchang Chicken’. Menurut sejarah, hidangan ini berasal daripada Dinasti Qin.

Nasi Ayam Hainan turut dituntut oleh Singapura untuk dijadikan sebagai hidangan kebangsaan mereka. Rangkaian McDonald’s di Singapura juga memperkenalkan menu ‘Crispy Hainanese Chicken Burger’ di mana ia diinspirasikan daripada hidangan Nasi Ayam Hainan yang ‘famous’ menjelang Hari Kebangsaan Singapura pada tahun 2021. Walau bagaimanapun, masih terdapat perbincangan antara Malaysia dan Singapura berkaitan status hidangan ini yang belum mencapai kata putus sehingga kini.

Mengapakah Nasi Ayam Hainan begitu terkenal?

Nasi Ayam Hainan begitu popular dalam kalangan masyarakat walaupun hidangan ini merupakan hidangan yang amat ringkas, tetapi ia amat sedap dan dijual pada harga yang amat berpatutan. Hidangan yang popular ini menggunakan bahan seperti ayam rebus yang empuk dan nasi yang dimasak penuh aroma menggunakan stok ayam, kemudian dilengkapi dengan bawang putih dan sos cili halia.

Bandar Ipoh amat terkenal dengan Nasi Ayam Hainan. Di sana, terdapat pelbagai tempat makan yang terkenal seperti Restoran Tauge Ayam Lou Wong dan Restoran Ong Kee. Di samping itu, terdapat juga tempat makan lokal disukai masyarakat keliling tapi kurang mendapat sambutan seperti Restoran Nasi Ayam Pak Kong dan Restoran Chong Thoong Kee.

8 Kedai Makan Nasi Ayam Terbaik di Ipoh 2025

1. Restoran Tauge Ayam Lou Wong

Restoran Tauge Ayam Lou Wong
Kredit gambar: living nomads.com
Restoran Tauge Ayam Lou Wong
Kredit gambar: living nomads.com
Restoran Tauge Ayam Lou Wong
Kredit gambar: living nomads.com

Restoran Tauge Ayam Lou Wong merupakan salah satu kedai makan Nasi Ayam Hainan yang paling mendapat sambutan dan terkenal di Ipoh. Restoran ini mendapat populariti hasil daripada penyediaan daging ayam yang empuk dan berjus, kemudian dipadankan dengan sos kicap dan minyak bijan. Nasi yang dikukus amat wangi dan lengkap apabila dihidangkan bersama ayam yang sememangnya lazat. Sos cili bawang putih yang disediakan di restoran ini juga unik dengan rasa pedas, manis, masin dan mempunyai rasa masam yang digabungkan pada masa yang sama. Justeru, ia menjadi hidangan yang mempunyai ciri dan standard tersendiri. Selain itu, terdapat berbagai-bagai hidangan sampingan yang boleh dipilih, seperti selada tumis, taugeh, atau sup bebola daging. Semua hidangan dikategorikan mempunyai rasa yang ‘win’.

Waktu operasi: 10.30 pagi hingga 9.30 malam (setiap hari)

Alamat: 49, Jalan Yau Tet Shin, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman web: https://www.facebook.com/RestoranLouWong

2. Ong Kee Restaurant

Ong Kee Restaurant
Kredit gambar: foursquare.com
Ong Kee Restaurant
Kredit gambar:: foursquare.com

Restoran Ong Kee ini bertempat secara melintang bertentangan dengan Lou Weng, dan lebih terkenal dengan masakan Nasi Ayam Hainannya. Restoran ini kurang dikomersialkan berbanding Lou Wong kerana ia menarik tumpuan lebih banyak dalam kalangan penduduk tempatan. Tekstur dan rasa ‘empuk’ ayam yang disediakan serta keharuman nasi dan sayur-sayuran yang digoreng dengan baik adalah kunci kepada kesedapan masakan ini apabila dibandingkan dengan Restoran Lou Wong. Namun, terdapat sebilangan kecil pelanggan yang menyatakan bahawa Nasi Ayam Hainan dari Restoran Ong Kee ini mempunyai rasa yang lebih sedap disebabkan faktor staf yang ramah dan membantu memudahkan urusan mereka. 

Waktu operasi:10 pagi hingga 8 malam (setiap hari)

Alamat: 48, 51/53, Jalan Yau Tet Shin, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

3. Buntong Chicken Beansprout Restoran Ayam Tauke

Buntong Chicken Beansprout Restoran Ayam Tauke
Kredit gambar: foursquare.com
Buntong Chicken Beansprout Restoran Ayam Tauke
Kredit gambar: foursquare.com
Buntong Chicken Beansprout Restoran Ayam Tauke
Kredit gambar: foursquare.com

Buntong Chicken Bean Sprout Restoran Ayam Tauke beroperasi pada tepat pada jam 5 petang. Lazimnya, restoran ini akan sesak pada jam 6 petang. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau memandang servis di sini amat pantas dan anda perlu tunggu lama untuk mendapat pesanan anda. Harga-harga yang dikenakan adalah amat berpatutan dengan kuantiti makanan yang dihidangkan. Ayam rebus yang disajikan oleh restoran ini amat berjus dan dihidangkan bersama sos kicap dengan hiasan daun bawang dan timun. Selain itu, taugeh yang disediakan di sini kekal rangup dan berjus serta kombinasi ayam yang empuk, nasi yang aromatik dan taugeh yang berjus menjadikan hidangan ini sebagai satu sajian yang lengkap dan memuaskan.

Waktu operasi: 5 petang hingga 9 malam (Rabu – Ahad) Tutup pada hari Isnin dan Selasa

Alamat: 849, Jalan Guntong, Guntong, 30100 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman web: https://m.facebook.com/pages/Restaurant-Ayam-Tauke

4. Ipoh Hainan Chicken Rice

Ipoh Hainan Chicken Rice
Kredit gambar: Ipoh Hainan Chicken Rice Greentown
Ipoh Hainan Chicken Rice
Kredit gambar: foursquare.com

‘Ipoh Hainan Chicken Rice’ dikenali khusus dengan menu Ayam Panggang dan Tauhu Sos Tiram. Restoran ini mempunyai dekorasi tradisional ‘old ipoh coffee shop’ dan layanan pelanggan di sini adalah antara faktor utama restoran ini sentiasa mendapat tempat di hati para pelanggan. Nasi yang disediakan di restoran ini amat sesuai dimakan bersama sambal ‘homemade’ mereka. Selain itu, terdapat kepelbagaian dalam pilihan hidangan dan makanan sampingan seperti Ayam Limau, Kailan Ikan Masin, Nasi Goreng, Char Koetiaw, Daging dengan Cili Kering dan macam-macam lagi. Restoran ini merupakan tempat makan yang best sekiranya ‘mood’ anda berubah dan berasa seperti ingin mencuba hidangan yang lain selain daripada Nasi Ayam. 

Waktu operasi

  • 11 pagi hingga 9 malam (Isnin – Khamis) 
  • 10 pagi hingga 10 malam (Jumaat – Ahad) 

Alamat: 107, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman web: https://www.facebook.com/pages/Ipoh-Hainan-Chicken-Rice

5. Yoon Kee Bean Sprouts Chicken

Yoon Kee Bean Sprouts Chicken
Kredit gambar: Yoon Kee Bean Sprouts Chicken
Yoon Kee Bean Sprouts Chicken
Kredit gambar: Yoon Kee Bean Sprouts Chicken

Yoon Kee Bean Sprouts Chicken boleh diibaratkan seperti ‘permata tersembunyi’ yang menghidangkan ayam kampung rebus dan nasi yang tiada tandingan dari segi kelazatannya. Ayam yang dimasak amat sedap, di mana ia empuk tetapi tidak terlalu berminyak, manakala taugeh yang disajikan bersama sentiasa ‘gemuk’ dan berjus. Nasi Ayam yang terdapat di restoran ini mempunyai wangian atau haruman halia dan rempah yang lembut serta memiliki tekstur yang menarik yang membeza Nasi Ayam yang disajikan di restoran ini dengan restoran yang lain. Restoran ini mula beroperasi pada jam 5 petang dan servis yang disediakan amat cepat. Restoran ini juga merupakan tempat yang ‘nice’ untuk anda menikmati makanan memandang terdapat berbagai-bagai gerai mana yang terletak berdekatan dengan lokasi restoran ini yang akan pastinya membuat anda rambang mata untuk memilih.

Waktu operasi: 5 petang hingga 10.30 malam (Jumaat hingga Rabu) Tutup pada hari Khamis

Alamat: No 23, Medan Selera Stadium, 31400 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman web: https://www.facebook.com/ykfood23

6. Restoran Nasi Ayam Pak Kong

Restoran Nasi Ayam Pak Kong
Kredit gambar: foursquare.com
Restoran Nasi Ayam Pak Kong
Kredit gambar: Tripadvisor.com

Restoran Nasi Ayam Pak Kong yang sederhana dengan kapasiti ruangan makan yang hanya boleh menampung 24 orang pelanggan sahaja pada waktu yang sama. Ayam rebus yang dihidang di sini adalah ‘silky’ dan lembut. Di samping itu, ‘Char Siew’ dan Ayam dipanggang dengan sempurna. Tambahan pula, sos dan daging ‘Char Siew’ yang telah dikaramelkan dan cair di dalam mulut anda beserta Tofu ‘homemade’ adalah gabungan rasa yang menakjubkan. Jangan ketinggalan untuk memesan makanan sampingan yang lain seperti ‘Sour Spicy Vegetables’, ‘Petai’, ‘Chicken Gizzard’, dan ‘Chicken Liver’. Walaupun restoran ini mendapat tempat di hati masyarakat tempatan, tetapi ia kurang dikenali dalam kalangan pelancong. Susunan kedudukan ruangan makan dan makanan diuruskan dengan baik, dan ‘lady boss’ di sini mempunyai karakter yang ramah dan sopan.

Waktu operasi

  • 11.30 pagi hingga 4 petang (Khamis- Selasa) 
  • 11 pagi hingga 4 petang (Rabu)

Alamat: 27, Jalan Theatre, Taman Jubilee, 31400 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman web: https://m.facebook.com

7. Restaurant Sam Ma

Restaurant Sam Ma
Kredit gambar: Tripadvisor
Restaurant Sam Ma
Kredit gambar: foursquare.com
Restaurant Sam Ma
Kredit gambar: foursquare.com

Restaurant Sam Ma dibuka pada jam 6 petang, tetapi ia bukan sesuatu yang asing lagi apabila seawal jam 5.15 petang, pelanggan sudah mula berbaris di hadapan kedai. Hal ini disebabkan oleh hidangan ayam kampung yang berjus, bebola babi, dan taugeh yang rangup beserta nasi yang aromatik dan gebu. Sos yang disediakan pula tidak terlalu masin dan kombinasi cukup penuh dengan perasa. Makanan di restoran ini selalunya dihidangkan dengan pantas. Selain itu, restoran ini terletak berdekatan dengan highway PLUS yang membolehkan anda yang dalam perjalanan yang jauh untuk singgah mengisi perut anda di restoran ini. Tambahan pula, saiz hidangan dalam kuantiti yang memuaskan akan terhidang di hadapan anda dalam waktu yang cepat di samping harga yang sangat berbaloi.

Waktu operasi: 11 pagi hingga 3 petang, 6 petang hingga 9 malam (Khamis – Selasa) Tutup pada hari Rabu 

Alamat: 3, Jalan S. A. Lingam, Taman Ipoh Selatan, 31400 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman web: https://www.facebook.com/3sammachickenrice

8. Restoran Chong Thoong Kee

Restoran Chong Thoong Kee
Kredit gambar: foursquare.com
Restoran Chong Thoong Kee
Kredit gambar: foursquare.com

Restoran Chong Thoong Kee adalah kedai kopi ringkas yang memfokuskan kepada penyediaan ayam yang lembut dan empuk yang akan dihidangkan bersama nasi atau mee. Sebilangan besar pelanggan akan menyukai ayam yang berjus di samping sos kicap pekat yang disajikan bersama sos cili. Malah, restoran ini turut menghidangkan ‘Prawn Dumplings’ yang empuk dan berjus serta rangup. ‘Bouncy prawns’ yang digunakan adalah hasil daripada resepi ‘Dumplings’ daripada restoran Mak’s Chee Authentic Wonton yang terkenal di Hong Kong. Lazimnya, restoran ini akan sibuk pada waktu makan tengahari, tetapi restoran ini turut membenarkan anda untuk ‘takeaways’ pesanan anda. Jadi, anda boleh menikmati Sup Dumpling dan taugeh untuk makan bersama Nasi Ayam anda.

Waktu operasi: 8 pagi hingga 4 petang (Selasa – Ahad) Tutup pada hari Isnin

Alamat: 18, Jalan Wan Kadir 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti sekarang

Google Reviews: Di sini

Laman web: https://m.facebook.com/profile

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close