8 Tempat Menarik di Ipoh 2024

Ipoh terkenal dengan masakan tempatannya seperti Ayam Tauge Ipoh, Chee Cheong Fun, Laksa Ipoh dan Ipoh White Coffee. Budaya makanan Ipoh sebahagian besarnya berasal daripada penduduk Cina yang dominannya terdiri daripada keturunan Hakka dan Kantonis. Ramai pelancong datang ke Ipoh hanya untuk merasai hidangan tempatan sambil melawat tempat tarikan pelancong seperti Kelly’s Castle, Gua Tempurung dan banyak lagi. Selain itu, anda juga boleh membeli pencuci mulut dan pastri seperti Heong Peng dan Kaya Puffs sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing.

Ipoh juga merupakan bandar bersejarah yang kaya dengan warisan budaya dan tarikan pelancong. Ia merupakan perhentian rehat sementara bagi mereka yang ingin melancong ke Kuala Lumpur atau Pulau Pinang. Ipoh kini menjadi salah satu bandar paling popular untuk menjelajah warisan, muzium, dan bangunan kolonial yang telah dipulihara dengan indah. Selain itu, Ipoh merupakan bandar terbaik bagi destinasi percutian keluarga.

Apakah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Ipoh?

Sebagaimana yang diperkatakan, Ipoh banyak menempatkan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga seperti Han Chin Pet Soo, iaitu muzium lombong bijih timah pertama Hakka di Ipoh. Selain itu, anda juga boleh melihat lukisan mural dan gambar kreatif di Funtasy House Trick Art.

Jika anda ingin melihat seni bina klasik, anda boleh berkunjung di Qing Xin Ling Leisure and Cultural Village yang menempatkan tradisi dan budaya lama bagi 3 etnik utama di Malaysia. Anda juga boleh membawa anak-anak anda berkunjung ke Taman Tema Lost World of Tambun yang mempunyai pelbagai jenis permainan dan kelengkapan untuk memenuhi citarasa anda. Anda juga boleh berkhemah atau trekking di Taman Rekreasi Gunung Lang. Percutian anda bersama keluarga akan lebih bermakna kerana anda dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama mereka.

8 Tempat Menarik di Ipoh 2024

Advertise With My Weekend Plan

1. Taman Tema Lost World of Tambun

Watch A Siberian Tiger Show At The Lost World Of Tambun Theme Park
Kredit Gambar: sunwaylostworldoftambun.com
Watch A Siberian Tiger Show At The Lost World Of Tambun Theme Park
Kredit Gambar: sunwaylostworldoftambun.com

Taman Tema Lost World of Tambun ini dikelilingi oleh hutan tropika yang subur. Taman tema ini juga mempunyai mata air panas semula jadi, bukit batu kapur yang berusia 400 juta tahun dan 88 tarikan unik daripada 10 taman. Taman tema ini merupakan lokasi percutian yang sempurna buat keluarga kerana ia memenuhi keperluan pengunjung dari semua peringkat umur. Terdapat juga beberapa aktiviti yang boleh anda sertai semasa berada di sini seperti 13 High Ropes Course, Ziplining, Berkayak, dan Paddle Boarding. Selain itu, terdapat juga pertunjukan Harimau Siberia di Lost World Tiger Valley. Pertunjukan api juga boleh dilihat di Lost World Hot Springs & Spa. Untuk pilihan menjamu selera, anda boleh ke jalan Lost World Ipoh yang menyajikan pelbagai makanan jalanan tempatan dan snek. Jika anda meminati kopi dan pastri, anda boleh mendapatkannya di kafe Lost World Coffee.

Waktu operasi:

  • Isnin, Rabu-Jumaat (11.00 pagi- 11.00 malam)
  • Sabtu-Ahad (10.00 pagi-11.00 malam)
  • Selasa (tutup)

Alamat: 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://sunwaylostworldoftambun.com/

2. Funtasy House Trick Art

Take Quirky Pictures At The Funtasy House Trick Art
Kredit Gambar: funtasy-house-trick-art.business.site
Take Quirky Pictures At The Funtasy House Trick Art
Kredit Gambar: funtasy-house-trick-art.business.site

Bergembiralah bersama keluarga anda di Funtasy House Trick Art. Rumah Funtasy ini telah direka khusus untuk memberikan anda pengalaman yang mengasyikkan dan menghiburkan sepanjang berada di sini. Selain itu, anda boleh berinteraksi dan mengambil gambar yang kreatif dan menarik kerana di sini banyak dipamerkan seni ilusi 3D yang terbesar di Ipoh. Paling penting, seni interaktif ini merapatkan hubungan keluarga sambil bergambar berlatarkan lukisan ilusi yang menarik. Lokasi ini ialah tempat yang sesuai untuk memupuk kreativiti anak anda sambil berseronok pada masa yang sama. Harga tiket pula berpatutan selain menawarkan layanan yang  mesra.

Waktu operasi: Khamis-Selasa (9.00 pagi-6.00petang), Rabu (tutup)

Alamat: 16, Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://funtasy-house-trick-art.business.site/

3. Kuil Sam Poh Tong

Feed The Fishes At Sam Poh Tong Temple
Kredit Gambar: @malaysiaguidebook and @theipohguide

Kuil Sam Poh Tong ialah kuil Cina purba yang dibina di dalam gua batu kapur. Kuil ini diasaskan pada tahun 1890 oleh seorang sami dari China yang menjalani sisa  hidupnya untuk bermeditasi. Pengunjung perlu menaiki 246 anak tangga untuk melihat karya seni yang mengagumkan seperti Buddha berbaring. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke tempat ini. Selain itu, terdapat taman yang indah dan  kolam penyu di belakang kuil. Anda boleh mengambil gambar di sini serta memberi makan kepada ikan atau melepaskan penyu ke dalam kolam penyu.

Waktu operasi: Setiap hari (7.00 pagi- 2.30 petang)

Alamat: Kampung Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

4. Taman Rekreasi Gunung Lang

Explore Nature At Taman Rekreasi Gunung Lang
Kredit Gambar: @pyopf and @funzool

Terletak hanya 5km dari Ipoh, Taman Rekreasi Gunung Lang yang indah ini merupakan destinasi yang sesuai untuk aktiviti menaiki bot, memancing, berkanu dan bersantai.  Taman rekreasi ini luas dan memberikan suasana tenang. Ia juga menampilkan tasik dan air terjun buatan manusia. Tidak cukup dengan kunjungan penduduk tempatan, taman ini juga menjadi destinasi para pelancong. Di sini, para pengunjung boleh berinteraksi dengan dengan alam semula jadi dan menjalani aktiviti sukan seperti  berkhemah, meredah hutan atau mendaki gunung. Trek laluan untuk jogging juga diturap dengan baik supaya aktiviti larian dan berbasikal dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu, tapak perkhemahan, jeti dan lokasi berkelah turut diselenggara dengan baik bagi menarik para pengunjung. Anda boleh menaiki bot ke pulau kecil yang indah kerana di situ terdapat zoo kecil dan taman landskap yang menarik.

Waktu operasi: Setiap hari (8.30 pagi- 6.00 petang)

Alamat: Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.facebook.com/Taman-Rekreasi-Gunung-Lang-984544778371209/

5. Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village

Reminisce of Old Traditions At Qing Xin Ling Leisure and Cultural Village
Kredit Gambar: @choon_wai_311 and _aserapp

Lokasi tarikan ini penuh dengan warisan budaya dan keindahan alam semula jadi. Ia merupakan tempat yang sesuai untuk berjalan-jalan pada waktu petang sambil melihat koleksi vintaj yang dipamerkan di sini. Selain itu, anda juga boleh mempelajari tradisi dan budaya lama 3 kumpulan etnik utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Berhampiran dengan lokasi ini, terdapat sebuah tasik indah yang dipenuhi dengan ikan. Dengan hanya RM1, anda boleh membeli satu beg kecil berisi makanan ikan untuk memberi makan kepada ikan. Basikal juga disediakan secara percuma bagi membolehkan para pengunjung menerokai kawasan ini sambil berseronok.

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9.30 pagi – 5.00 petang) Ahad (tutup)

Alamat: 22A, Persiaran Pinggir Rapat 5a, Taman Saikat, 31350 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Facebook: https://www.facebook.com/qingxinlingipoh/

6. Kuil Gua Kek Lok Tong

Marvel At The Beauty Of Kek Lok Tong Cave Temple
Kredit Gambar: @the.little.belgian.adventurers and @goldenroofhotel

Kuil Gua Kek Lok Tong terletak di dalam gua batu kapur yang besar di belakang Gunung Rapat. Kuil ini mempunyai altar tengah yang menampilkan beberapa patung Buddha serta pelbagai dewa Cina. Selepas anda berjalan melalui gua, anda akan sampai ke taman berlandskap yang cantik. Taman ini pernah memenangi anugerah kerana keunikan dan kecantikan yang dimiliknya. Selain itu, taman ini juga  mempunyai laluan jogging yang merangkumi dua tasik yang indah. Di sini, anda boleh memberi makan kepada ikan dan menyewa basikal atau bot kayuh bersama keluarga. Kuil Gua Kek Lok Tong juga menempatkan salah satu laluan refleksologi kaki terpanjang di Ipoh.

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi- 4.00 petang)

Alamat:  Persiaran Sepakat 3, Tmn Endah Jaya, 31350 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: http://www.ipoh-city.com/attraction/Kek_Lok_Tong_Temple/

Rujuk harga di klook

7. Muzium Ho Yan Hor

Have An Eye Opening Experience At The Ho Yan Hor Museum
Kredit Gambar: @hyhmuseum

Ho Yan Hor ialah jenama teh herba Cina yang terkenal dan dipercayai. Teh ini dicipta oleh Dr. Ho Kai Cheong di Ipoh pada tahun 1941. Idea untuk menjual daun teh kering yang dibungkus dalam uncang telah mengelarkan Dr. Ho sebagai “Raja Teh Herba”. Teh ini merupakan ubat selesema yang dirumus khas daripada ramuan herba Cina. Teh ini juga telah dihasilkan selama lebih 80 tahun sejak daripada penemuannya itu. Di hadapan muzium ini, anda akan melihat replika gerai pertama pengasas teh ini. Manakala di dalam muzium pula, terdapat replika besar yang mempamerkan Dr. Ho Kai Cheong bersama kotak berbalut kertas coklat di tepi basikalnya. Jika dilihat, begitulah cara Dr. Ho menjual tehnya pada zaman dahulu. Beliau berjalan melalui kampung ke kampung, dari Perak ke Pulau Pinang. Muzium ini juga menyimpan reka bentuk pembungkusan awal dan bahan promosi yang ditulis oleh tokoh ini sendiri bagi tatapan generasi akan datang. Lawatan ke muzium ini boleh membuka mata masyarakat dan mengetahui sejarah disebalik penghasilan teh herba ini.

Waktu operasi: Selasa-Ahad (10.00 pagi-4.00 petang), Isnin (tutup)

Alamat: 1, Jalan Bijeh Timah, 30000 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: http://hyhmuseum.com/

8. Han Chin Pet Soo

Learn About Hakka Heritage At Han Chin Pet Soo
Kredit Gambar: @coolgardy and @sarahhuangbenjamin

Han Chin Pet Soo ialah muzium perlombong bijih timah Hakka pertama di Malaysia. Muzium ini terletak di Bandar Lama Ipoh dan pada asalnya merupakan rumah bagi Kelab Pelombong Timah Hakka. Di muzium ini, antara barang yang dipamerkan ialah artifak, koleksi peralatan melombong serta gambar dari abad ke-19 dan ke-20. Muzium ini menceritakan kisah sejarah masyarakat Hakka di Ipoh. Banyak usaha telah dilakukan dalam pemeliharaan bangunan ini supaya kekal dalam bentuk asalnya. Terdapat hanya 4 sesi lawatan persendirian di muzium ini dalam masa sehari dan setiap sesi mengambil masa kira-kira sejam. Oleh itu, anda perlu membuat tempahan awal melalui laman web muzium ini supaya aktiviti berkunjung ke sini berjalan dengan lancar.

Waktu operasi: Sabtu-Ahad (9.30pagi- 3.30petang), Hari minggu (tutup)

Alamat:  3, Jalan Bijeh Timah, 30100 Ipoh, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.ipohworld.org

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close