8 Tempat Penginapan Terbaik di Kuching 2022

Ramai yang ingat nama bandar Kuching berasal daripada perkataan Melayu yang bermaksud ‘kucing’. Tetapi, boleh jadi juga perkataan Kuching ini berasal daripada perkataan cina ‘cochin’ yang memberi maksud pelabuhan. Perkataan ini kemudiannya digabungkan dengan perkataan Melayu ‘mata kucing’ yang merujuk kepada buah longan, iaitu sejenis buah yang popular dijual di pasaran pada waktu itu.

Selain Pulau Pinang dan Ipoh, Kuching sebenarnya boleh dikatakan antara bandar yang terkenal dengan makanannya. Boleh dikatakan ramai para pelancong datang ke Kuching hanya untuk merasai sajian tempatan yang menyelerakan, seperti Bamboo Chicken, mee Kolo dan kek lapis batik Sarawak.

Apakah yang menarik di Kuching?

Terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di Kuching, antaranya mendaki Gunung Santubong, iaitu gunung lagenda yang terkenal dalam kalangan pendaki dan penduduk tempatan. Jika anda meminati seni bina yang unik, anda bolehlah lawati Masjid Kuching. Anda juga boleh merasai kepelbagaian budaya dan adat di Kampung Budaya Sarawak. Selain menjadi salah sebuah bandar yang pesat membangun, Kuching juga memiliki kecantikan semula jadi yang boleh anda terokai di Taman Negara Bako. Sambil-sambil merehatkan diri, anda boleh menghayati kecantikan Kuching Waterfront.

Bandar Kuching merupakan salah sebuah bandar yang selamat dengan kadar jenayah yang rendah. Namun begitu, para pelancong tidak digalakkan berjalan sendirian di waktu malam. Gunakanlah teksi kerana cara ini lebih menjamin keselamatan anda. Paling penting, anda perlu menjaga barang-barang berharga bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi.

8 Tempat Penginapan Terbaik di Kuching

1. Cove 55

Cove
Kredit Gambar: klook.com
Cove
Kredit Gambar: klook.com
Cove
Kredit Gambar: klook.com

Pada asalnya, Cove 55 ini dibina sebagai rumah percutian untuk keluarga Iban. Kemudian, ia diubahsuai sehingga dapat menempatkan 13 bilik, 2 suites dan satu vila. Apa yang unik berkenaan rumah ini ialah ruangan makan di Chef’s Garden. Ruangan makan yang juga terdiri daripada slot dapur organik menempatkan tumbuhan dan herba segar di taman. Konsep seperti ini memudahkan tukang masak mendapatkan herba dan tumbuhan segar bagi menghasilkan masakan yang lazat dan enak. Selain itu, para penginap boleh menikmati minuman di Cove Bar yang hanya bersebelahan dengan kolam renang yang luas.

Alamat: Lot 55, Jalan Sultan Tengah, Santubong, 93010 Kuching, Sarawak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://cove55.com/

2. The Waterfront Hotel

The Waterfront Hotel
Kredit Gambar: klook.com
The Waterfront Hotel
Kredit Gambar: klook.com
The Waterfront Hotel
Kredit Gambar: thewaterfrontkuching.com

Hotel ini terletak di atas Kompleks Beli Belah Plaza Merdeka, di tengah-tengah bandar Kuching. Para penginap boleh menikmati masakan tempatan ataupun barat di Cafe Via Mare sambil menikmati pemandangan indah sungai Sarawak dan beberapa bangunan megah seperti Astana, Fort Margherita dan juga Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru. Selain itu, para penginap boleh menikmati percutian mereka di ruangan rehat ZAPATOS sambil mendengarkan iringan muzik jazz dan deretan lagu-lagu terkini.

Alamat: 68, Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching, Sarawak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://thewaterfrontkuching.com/

3. Hilton Kuching

Hilton Kuching
Kredit Gambar: hilton.com
Hilton Kuching
Kredit Gambar: hilton.com
Hilton Kuching
Kredit Gambar: hilton.com

Hotel Hilton Kuching terletak di tengah-tengah bandar Kuching dan bersebelahan dengan Sungai Sarawak. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pula hanya terletak 10km sahaja dari hotel ini. Selain itu, hotel ini juga dilengkapi dengan kolam renang dan pusat kecergasan. Para penginap boleh menikmati hidangan buffet masakan luar ataupun masakan tempatan di The Makan Kitchen. Antara masakan tempatan yang terkenal ialah Pansoh Manuk (ayam yang diperap bersama beras wangi di dalam buluh) dan juga minuman wain beras atau dikenali sebagai tuak. Terdapat restoran dan kafe yang menyediakan pelbagai juadah seperti Restoran Toh Yuen yang terkenal dengan masakan tempatan dan juga The Kofee yang menghidangkan sandwich, kek mahupun kek lapis. Pada waktu malam pula, para penginap boleh bersantai di Matang Terrace sambil menikmati minuman dan pemandangan malam yang indah.

Alamat: Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.hilton.com/en/hotels/kuchitw-hilton-kuching

4. Citadines Uplands Kuching

Citadines Uplands Kuching
Image credit: klook.com
Citadines Uplands Kuching
Kredit Gambar: klook.com
Citadines Uplands Kuching
Kredit Gambar: klook.com

Hotel ini terletak di seberang jalan daripada The Spring Shopping Mall. Hotel ini dilengkapi dengan kolam renang dan juga pusat kecergasan. Selain bilik-bilik di sini dilengkapi dengan penghawa dingin, ia juga turut memuatkan TV dan dapur kecil. Bilik air pula dilengkapi dengan alat pengering rambut dan juga kamar mandi. Hotel ini turut menyediakan bilik mesyuarat dan perkhidmatan menjaga kanak-kanak. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pula hanya 8km sahaja dari hotel ini.

Alamat: 55, Q5A, Kampung Kenyalang Park, 93300 Kuching, Sarawak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://citadinesuplandskuching.com-malaysia.com/

5. Grand Margherita Hotel

Grand Margherita Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Grand Margherita Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Grand Margherita Hotel
Kredit Gambar: klook.com

Hotel ini merupakan hotel antarabangsa yang pertama buat Sarawak. Hotel ini menempatkan 288 bilik yang selesa. Para penginap boleh berjalan-jalan ke Kuching Waterfront sambil menikmati pemandangan kerana tempat ini hanya 1.7km sahaja daripada hotel. Orchid Garden Coffee House di hotel ini menyediakan masakan luar dan tempatan manakala Restoran Meisan pula menyediakan masakan laut yang segar. Untuk beristirahat sambil menikmati pemandangan indah, para penginap boleh bersantai di ruangan rehat Rajang Lobby sambil mendengar iringan muzik merdu.

Alamat: Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.grandmargherita.com/

6. Pullman Kuching

Pullman Kuching
Kredit Gambar: klook.com
Pullman Kuching
Kredit Gambar: klook.com
Pullman Kuching
Kredit Gambar: klook.com

Hotel Pullman Kuching menerapkan elemen gaya mewah 5 bintang melalui perkhidmatan dan reka bentuk dalaman khusus buat para penginap. Terdiri daripada 389 bilik yang luas, kontemporari dan selesa, hotel ini juga menyediakan beberapa restoran bagi menyajikan masakan mengikut selera para penginap. Antaranya ialah restoran Puzzle dan juga restoran Nu Er Hong yang menyediakan masakan cina asli. Bagi hidangan snek dan minuman ringan pula, para penginap boleh berkunjung ke Liquid Bar atau Deja Vu Bar.

Alamat: 1A, Jalan Mathies, 93100 Kuching, Sarawak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.pullmankuching.com/

7. Riverside Majestic Hotel – Astana Wing

Riverside Majestic Hotel Astana Wing
Kredit Gambar: klook.com
Riverside Majestic Hotel Astana Wing
Kredit Gambar: klook.com
Riverside Majestic Hotel Astana Wing
Kredit Gambar: klook.com

Hotel ini boleh dikatakan strategik kerana terletak di tengah-tengah bandar Kuching yang berdekatan dengan pusat hiburan, pusat beli belah dan tempat menarik untuk dikunjungi. Di hotel ini, para penginap boleh memilih bilik mengikut keselesaan mereka. Antara pilihan bilik yang disediakan ialah Superior & Deluxe Twin atau Deluxe King, Club Superior, Club Deluxe dan juga Suite Apartment. Yang menariknya, para penginap boleh berjalan kaki ke tempat-tempat menarik seperti Kuching Waterfront dan juga Muzium Sejarah Cina Kuching bagi memotretkan kenangan mereka di bandar ini.

Alamat: Jalan Tunku Abdul Rahman, 93050 Kuching, Sarawak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: http://riversidemajestic.com/

8. Imperial Hotel Kuching

Imperial Hotel Kuching
Kredit Gambar: klook.com
Imperial Hotel Kuching
Kredit Gambar: klook.com
Imperial Hotel Kuching
Kredit Gambar: klook.com

Hotel Imperial Kuching ini merupakan hotel 4 bintang yang terletak di atas Boulevard Shopping Mall dan bersebelahan Imperial Suites. Hotel ini mempunyai 325 bilik dan suite termasuklah 2 tingkat Eksekutif. Hotel ini sering juga menjadi pilihan para pelancong kerana ia berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan juga pusat bandar.

Alamat: Jalan Datuk Tawi Sli, Taman Seng Goon, 93250 Kuching, Sarawak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.imperialhotelkuching.com.my/

Semak harga di klook

Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini. 

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close