8 Tempat Penginapan Terbaik di Sandakan 2022

Bandar Sandakan yang terletak di Sabah sememangnya terkenal sebagai pelabuhan eksport bagi barangan minyak, tembakau, kopi, sagu dan juga kayu balak.

Bandar ini terkenal dalam kalangan pelancong yang gemarkan alam semula jadi dan hidupan liar. Banyak kawasan pelancongan di bandar ini seperti Muzium Warisan Sandakan, Taman Peringatan Sandakan, Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Gua Gomantong dan juga Taman Pulau Penyu.

Apakah yang menarik di Sandakan?

Sekiranya anda seorang pencinta haiwan, anda boleh lawati Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok yang ditubuhkan bagi menyelamat dan menjaga orang utan di hutan Malaysia. Selain itu, anda juga boleh melihat proses anak penyu menetas sehinggalah mereka turun ke laut di Taman Pulau Penyu.

Bagi mereka yang inginkan ketenangan, Gua Gomantong boleh memberikan anda pengalaman eksplorasi yang mencabar dan sukar dilupakan. Penuhi selera anda di English Tea House and Restaurant setelah penat seharian berjalan dengan pelbagai pilihan sajian enak.

8 Tempat Penginapan di Sandakan 2022

1. Livingston Hotel Sandakan

Livingston Hotel Sandakan
Kredit Gambar: klook.com
Livingston Hotel Sandakan
Kredit Gambar: klook.com
Livingston Hotel Sandakan
Kredit Gambar: agoda.com

Hanya terletak 4.7km dari Gentingmas Mall dan 5km dari Tugu Peringatan Perang Sandakan, hotel ini menyediakan penghawa dingin dan TV di setiap bilik bagi keselesaan para penginap. Selain itu, hotel ini juga mempunyai kolam renang yang membolehkan para penginap menikmati juadah dengan santai di restoran yang terletak di dalam hotel ini. Akses internet secara percuma juga menjadi salah satu kelebihan hotel ini dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para penginap.

Alamat: Jalan Utara, 90000 Sandakan, Sabah

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.facebook.com/livingstonhotel.official/

2. Sabah Hotel

Sabah Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Sabah Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Sabah Hotel
Kredit Gambar: klook.com

Sabah Hotel sememangnya menjanjikan pengalaman yang penuh makna dan menyenangkan. Dikelilingi hutan tropika yang nyaman dan memukau, para penginap akan berasa tenang sewaktu bercuti di sini. Selain memastikan setiap bilik penginapan yang selesa dan bersih, hotel ini menawarkan lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan alam semula jadi.

Jika anda ingin menikmati masakan asli Cina dan dim sum, anda bolehlah ke Ming Restaurant manakala bagi mereka inginkan masakan tempatan dan barat, Plantation Cafe boleh menyajikan juadahnya.

Alamat: Jalan Utara, 90000 Sandakan, Sabah

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.sabahhotel.com.my/

3. Sepilok Forest Edge Resort

Sepilok Forest Edge Resort
Kredit Gambar: sepilokforestedgeresort
Sepilok Forest Edge Resort
Kredit Gambar: sepilokforestedgeresort
Sepilok Forest Edge Resort
Kredit Gambar: sepilokforestedgeresort

Sepilok Forest Edge Resort menempatkan chalet yang berkonsepkan ciri kemelayuan dan rumah panjang yang dikelilingi oleh hutan dan bukit yang menghijau. Setiap chalet resort ini dibina dengan menggunakan kayu kitar semula yang asalnya daripada rumah cina yang dibina pada tahun 1940. Setiap bilik penginapan pula dihiasi dengan lukisan tempatan, kraftangan yang menarik ataupun gambar lama bandar Sandakan. Selain itu, para penginap juga boleh melihat hidupan liar seperti Orang Utan, burung Pittas,  burung Broadbills dan juga burung Raja Udang. Antara kemudahan yang ditawarkan oleh hotel ini ialah akses internet yang percuma, tempat letak kereta percuma dan juga kolam renang.

Alamat: Mile 14, Jalan Rambutan, Sepilok, 90009 Sandakan, Sabah

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.sepilokforestedgeresort.com/

4. Sepilok Jungle Resort

Sepilok Jungle Resort
Kredit Gambar: klook.com
Sepilok Jungle Resort
Kredit Gambar: klook.com
Sepilok Jungle Resort
Kredit Gambar: klook.com

Sepilok Jungle Resort terletak ditengah-tengah taman landskap yang luas dan hutan hijau tropika yang subur. Tempat ini seringkali menjadi destinasi percutian buat mereka yang mencintai kehijauan alam dan kesegaran udara. Para penginap boleh melihat pelbagai haiwan seperti burung Enggang, ungka, kelawar dan rama-rama yang sering berlegar-legar di sekitar resort ini. Asalnya, sepasang suami isteri bernama John dan Judy memulakan Wildlife Lodge pada tahun 1991 dengan hanya 5 bilik sahaja. Kemudian, resort ini berkembang sehingga memuatkan 60 bilik dan kini ia dikenali sebagai Sepilok Jungle Resort. Kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa selain jakuzi dan Poolside Jungle Cafe yang sejuk dengan penghawa dingin turut disediakan oleh resort ini.

Alamat: Mile 14, Jalan Rambutan, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: http://www.sepilokjungleresort.com/

5. Gloria Swiss Hotel & Apartment Sandakan

Gloria Swiss Hotel Apartment Sandakan
Kredit Gambar: klook.com
Gloria Swiss Hotel Apartment Sandakan
Kredit Gambar: klook.com
Gloria Swiss Hotel Apartment Sandakan
Kredit Gambar: klook.com

Gloria Swiss Hotel & Apartment Sandakan ini terletak di Bandar Letat Jaya, iaitu antara Lapangan Terbang Sandakan dan pusat bandar. Bandar Letat Jaya merupakan bandar yang sedang menbangun di Sandakan. Hotel ini menyediakan bilik penginapan yang luas dan selesa. Terdapat pusat kecergasan yang dibuka 24 jam bagi mereka yang ingin bersenam. Selain itu, hotel ini berdekatan dengan Hutan Simpan Sibyte dan Hutan Simpan Liela yang menjanjikan keindahan panorama yang menghijau dan luas mata memandang.

Alamat: Lot E, 1-G, Jln Letat Jaya, Bandar Letat Jaya, 90000 Sandakan, Sabah

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.gloriaswisshotel.com/

6. The Elopura Hotel

The Elopura Hotel
Kredit Gambar: Oelopurahotel
The Elopura Hotel
Kredit Gambar: klook.com
The Elopura Hotel
Kredit Gambar: Oelopurahotel

The Elopura Hotel ini terletak di Sandakan Harbour Square, iaitu hub hiburan, riadah dan komersial. Hotel ini menawarkan 111 bilik penginapan dan suite yang mana berlatarkan Laut Sulu ataupun kesibukan kota Sandakan. Para penginap boleh memilih mana-mana bilik penginapan yang selesa dan mengikut bajet mereka. Berdekatan hotel ini pula ada deretan kafe, kedai dan juga tempat bersejarah dan seni bina yang memukau. Selain itu, ia juga berdekatan dengan pasar yang menjual produk tempatan, hasil tangkapan hidupan laut dan buah tangan.

Alamat: HS12, Sandakan Harbour Square, 90000 Sandakan, Sabah

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://elopurahotel.my/

7. D North Star Hotel & Spa

D North Star Hotel Spa
Kredit Gambar: agoda.com
D North Star Hotel Spa
Kredit Gambar: agoda.com
D North Star Hotel Spa
Kredit Gambar: agoda.com

Hotel ini menyediakan 47 bilik penginapan yang luas, bersih dan cantik. Selain itu, harganya juga berpatutan. Menariknya, para penginap boleh menempah sesi urutan di spa hotel ini bagi merehatkan badan dengan merasai urutan yang melegakan. Terdapat juga deretan restoran, gerai, bank, dobi serta stor kecantikan yang membuatkan kedudukan hotel ini strategik bagi mereka yang gemar berjalan kaki untuk menikmati keindahan Sandakan dan memenuhi keperluan mereka.

Alamat: 28-33, Jalan Utara, Bandar Prima Square, 90000 Sandakan, Sabah

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: http://hoteldnorthstar.com/

8. Hotel Sandakan

Hotel Sandakan
Kredit Gambar: hotelsandakan.net
Hotel Sandakan
Kredit Gambar: hotelsandakan.net
Hotel Sandakan
Kredit Gambar: hotelsandakan.net

Hotel Sandakan ini dibina berkonsepkan kebudayaan tempatan yang mana menempatkan 105 bilik penginapan dan suites. Kesemua bilik penginapan dilengkapi dengan akses internet secara percuma, peti sejuk kecil dan juga TV. Palm Cafe di hotel ini menyediakan masakan melayu dan barat manakala Palm Garden Chinese Restaurant pula menyediakan sajian asli Cina dan dim sum. Hotel ini juga seringkali menjadi pilihan ramai untuk pelbagai acara kerana fasilitinya yang terkini dan moden.

Alamat: Block 83,4th Avenue Town Centre, 90000 Sandakan, Sabah

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://hotelsandakan.net/

Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini. 

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close