9 Muzium Menarik di Pulau Pinang 2022

Pulau Pinang merupakan salah satu negeri di Malaysia yang sentiasa padat dengan pengunjung di seluruh dunia kerana mempunyai pilihan tarikan pelancong yang luas. Negeri ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu George Town yang merupakan ibu kota Pulau Pinang dan Seberang Perai di Semenanjung Tanah Melayu. Kedua-duanya dihubungkan dengan dua jambatan jalan raya terpanjang di Malaysia.

Negeri ini popular sebagai syurga makanan kerana kaya dengan pelbagai budaya termasuk Hokkien, Hakka, Teochew, Tamil India, Melayu, dan British. Pulau Pinang merupakan negeri kedua terkecil dari segi keluasan daratan. Namun begitu, pulau ini masih dipenuhi dengan banyak tempat menarik untuk dilawati bersama keluarga, antaranya muzium. Berikut ialah 9 muzium terbaik di Pulau Pinang.

Bagaimanakah memilih muzium yang terbaik untuk dilawati di Malaysia?

Mengunjungi muzium boleh menjadi salah satu cara yang menyeronokkan untuk menghabiskan hari bersama orang yang tersayang. Terdapat banyak muzium di Pulau Pinang yang boleh anda kunjungi tetapi bagaimana hendak memastikan ia yang terbaik untuk dilawati? Jangan risau kerana tip ini boleh membantu anda sebelum membuat keputusan. Antaranya seperti melakukan penyelidikan, mencari jenis muzium yang sesuai berdasarkan selera anda dan merancang belanjawan.

  1. Melakukan penyelidikan

Sebelum melawat muzium, sebaiknya anda membuat penyelidikan terlebih dahulu supaya anda tahu apa elemen dan cerita yang ditonjolkan oleh muzium tersebut. Dengan cara ini, lawatan anda lebih bersedia dan menyeronokkan.

  1. Pilihan

Terdapat pelbagai jenis muzium yang boleh anda dapati di Pulau Pinang. Jadi anda perlulah tahu jenis muzium mana yang sesuai dengan pilihan anda supaya anda tidak membazir waktu, tenaga dan masa.

  1. Bajet

Salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum melawat ke muzium ialah belanjawan anda. Sesetengah muzium mungkin mengenakan bayaran kepada anda. Jadi, rancanglah bajet dengan bijak bagi mengelakkan pembaziran. 

9 Muzium Menarik di Pulau Pinang 2022

1. Upside Down Museum

Upside Down Museum
Kredit Gambar: TripAdvisor

Upside Down Museum yang kreatif ini terletak di George Town, Pulau Pinang. Ia ialah muzium yang memaparkan ilusi melalui bilik-bilik yang dibina khas bagi mencapai efek ilusi dan kreativiti. Anda akan berasa seolah-olah anda berjalan di atas syiling ataupun dinding. Elemen menarik ini tidak terdapat di mana-mana muzium di Malaysia. Jika anda ingin melawat muzium yang menyeronokkan bersama keluarga atau rakan, inilah muzium ini yang tepat. Apa kata cabar daya kreatif anda dengan melawat muzium ini!

Keunikan: Permainan ilusi yang mencabar minda anda

Address: 45, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Hari bekerja (8.54 pagi-6.30 petang), Hari minggu (8.45 pagi-7.30 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

2. Penang 3D Trick Art Museum

Penang D Trick Art Museum
Kredit Gambar: TripAdvisor

Penang 3D Trick Art Museum ialah sebuah muzium interaktif yang terletak di George Town, Pulau Pinang. Muzium ini menggunakan kaedah menukar lukisan 2D kepada imej 3D supaya semua lukisan kelihatan realistik. Muzium ini juga mempunyai banyak bilik berhias yang menempatkan gambar lucu dan ilusi optik yang boleh menipu fikiran anda. Muzium ini mempunyai lebih 40 karya seni yang mengagumkan termasuk lukisan dan arca ilusi optik.

Keunikan: Muzium seni moden yang menarik dengan ilusi optik selain mesra keluarga  

Alamat: 10, Lebuh Penang, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi-6.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

3. Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang

Pinang Peranakan Mansion
Kredit Gambar: Penang Wikia

Bangunan ini didedikasikan kepada warisan Peranakan Pulau Pinang Ia terletak di George Town, Pulau Pinang. Ia mempunyai bahagian luar berwarna hijau yang pernah menempatkan kediaman dan pejabat hartawan China pada abad ke-19,iaitu Chung Keng Quee. Anda akan kagum dengan reka bentuk dalaman Peranakan yang luar biasa kerana ia mencerminkan gaya hidup orang Peranakan di Pulau Pinang. Rumah agam ini juga mempamerkan artifak berkaitan Peranakan, barangan antik dan barang koleksi yang mengagumkan.

Keunikan: Warisan Peranakan Pulau Pinang

Alamat: 29, Church St, Georgetown, 10200 George Town, Penang

Waktu Operasi: Setiap hari (9.30 pagi-5.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

4. Wonder Food Museum

Wonder Food Museum
Kredit Gambar: TripAdvisor

Wonder Food Museum ialah sebuah muzium unik yang mempamerkan replika plastik realistik makanan tempatan Malaysia. Anda boleh menemui lebih 100 jenis replika makanan jalanan yang terkenal hinggalah ke hidangan tradisional Muzium ini sesuai bagi pencinta makanan kerana ia penuh dengan makanan unik dan lazat Malaysia yang datang daripada kepelbagaian pelbagai kaum di negara ini.

Keunikan: Mari kenali jenis masakan terkenal di Malaysia

Alamat: 49, Lebuh Pantai, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (9.30 pagi-6.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

5. Rumah P.Ramlee

P.Ramlee Birthplace House Museum
Kredit Gambar: TripAdvisor

Rumah P.Ramlee ialah sebuah rumah kayu yang terletak di George Town, Pulau Pinang. Rumah ini merupakan rumah kelahiran Tan Sri P.Ramlee pada 22 Mac 1929. Beliau merupakan seorang penyanyi, komposer, pengarah filem dan pelakon popular Malaysia. Rumah beratap nipah ini didatangkan dengan lantai kayu dan dibina pada tahun 1926 oleh bapa P.Ramlee Puteh Bin Karim bersama bapa saudaranya, Rejab bin Hussain. Ia kemudiannya dipulihkan dan kini berada di bawah penyelenggaraan Arkib Negara Malaysia.

Keunikan: Rumah tradisional yang sarat dengan sejarah bintang tersohor.

Alamat: Lot 2180, Jalan P. Ramlee, Taman P. Ramlee, 10460 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Selasa-Ahad (9.00 pagi-5.00 petang), Jumaat (9.00 pagi- 12.00 tengah hari, 3.00 petang-5.00 petang), Isnin (Tutup).  

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

6. Muzium Hantu

Ghost Museum
Kredit Gambar: TripAdvisor

Muzium Hantu ialah muzium bertemakan hantu pertama di Malaysia yang menampilkan 30 jenis replika hantu seperti Pontianak, Toyol, Hantu Tanpa Kepala, Pocong, Orang Minyak dan banyak lagi. Terdapat juga pakaian yang disediakan untuk dipakai oleh pengunjung untuk bergambar ngeri bersama hantu. Suasana muzium ini mungkin meresahkan kerana ia dilengkapi dengan lampu strob serta efek kabus bagi membolehkan anda merasai persekitaran yang menyeramkan.

Keunikan: Hayati pengalaman bergambar dengan replika hantu

Alamat: 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (10.00 pagi-7.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

7. Leong San Tong Khoo Kongsi’s Clan House and Museum

Leong San Tong Khoo Kongsis Clan House and Museum
Kredit Gambar: TripAdvisor

Muzium ini terletak di Cannon Square, George Town. Khoo Kongsi ialah sebuah rumah klan Cina besar yang mempunyai seni bina tersergam indah sebagai penunjuk kehadiran dominan orang Cina di Pulau Pinang. Khoo Kongsi ialah antara tarikan bersejarah utama di bandar ini dan juga merupakan kuil klan terhebat di negara ini. Kuil ini telah mengekalkan suasana sejarah yang tulen seperti teater tradisional dan barisan rumah yang dibina pada akhir abad ke-19 untuk ahli klan.

Keunikan: Ketahui sejarah klan Khoo Kongsi yang unik

Alamat: 18, Cannon Square, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi-5.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

8. Dark Mansion – 3D Glow In The Dark Museum

Dark Mansion D Glow In The Dark Museum
Kredit Gambar: TripAdvisor

Dark Mansion –3D Glow In The Dark 3D Museum ini ialah muzium glow-in-the-dark pertama yang terletak di George Town, Pulau Pinang. Ia ialah muzium seni moden yang sesuai bagi mereka yang meminati seni campuran teknologi. Anda boleh berinteraksi dengan lukisan dan karya seni 3D yang dilukis dalam dua jenis kesan pencahayaan yang berbeza seperti cahaya siang dan cahaya hitam.

Keunikan: Nikmati teknologi glow- in the dark yang menakjubkan

Alamat: 145, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (10.30 pagi-6.30 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

9. Muzium Perang Pulau Pinang

Penang War Museum
Kredit Gambar: TripAdvisor

Muzium Perang Pulau Pinang ini dikatakan sebagai muzium perang terbesar di Asia Tenggara yang terletak di atas Bukit Batu Maung. Pada asalnya, ia merupakan kubu tentera yang dibina pada tahun 1930-an oleh British untuk mempertahankan Selat Melaka daripada serangan Jepun. Muzium ini ialah kubu tentera seluas 19.36 ekar yang menempatkan ruang meriam tembak, lokap, pusat komando, tempat tidur askar dan rumah memasak.

Keunikan: Sejarah ketenteraan yang patut kita ketahui

Alamat: Jalan Batu Maung, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi-6.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini. 

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close