8 Antibakteria Wipes Terbaik di Malaysia 2022

Sejak melandanya wabak Covid-19 di  negara kita, penggunaan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) dan tisu basah antibakteria telah menjadi satu kewajipan apabila keluar dari rumah. Dengan slogan #KitaJagaKita, penggunaan bahan anti-virus ini menjadi norma baharu bagi mencegah penularan virus berbahaya. Memandangkan produk kebersihan telah menjadi salah satu keperluan masyarakat, banyak jenama telah mengambil peluang untuk mencipta tisu antibakteria mereka sendiri. Berikut adalah 8 tisu anti-bakteria terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Bagaimana hendak memilih tisu antibakteria terbaik?

Disebabkan peningkatan populariti produk kebersihan selepas wabak, anda boleh mendapatkan tisu basah antibakteria dalam pelbagai jenis dan jenama. Jadi untuk memilih tisu antibakteria yang terbaik, anda perlulah melakukan beberapa pemeriksaan dari aspek jenis, persijilan dan bahan sebelum membuat sebarang pembelian tisu antibakteria.

8 Tisu Antibakteria Terbaik di Malaysia 2022

1. Pureen Antibacterial Wipes

Pureen Antibacterial Wipes
Kredit Gambar: Shopee

Tisu antibakteria ini diformulasikan dengan agen antibakteria seperti Benzalkonium Chloride yang menghapuskan 99.9% bakteria berbahaya. Selain itu, ia juga diperkaya dengan Ekstrak Aloe Vera dan Timun bagi memberikan kelembapan tambahan kepada kulit anda. Tisu ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif dan kering.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air Terionisasi, Benzalkonium Klorida, Jus Daun Aloe Barbadensis, Tocopheryl Acetate, Gliserin, Polysorbate 20, Phenoxyethanol, Polyaminopropyl Biguanide, Methylisothiazolinone.
  • Saiz: 2 X 80’s

Kelebihan:

Bebas pewangi, paraben dan alkohol
Hypoallergenic dan diuji secara dermatologi
Melembapkan

Harga: RM13.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Dettol Anti-Bacterial Wipes

Dettol Anti Bacterial Wipes
Kredit Gambar: Shopee

Dettol Antibacterial Wipes berkemampuan dalam menghapuskan baki bakteria yang tertinggal di tangan anda selepas setiap cucian. Tisu ini mengandungi 75% alkohol yang boleh menghapuskan 99.9% bakteria, virus dan bakteria berbahaya dengan berkesan. Sesuai untuk digunakan pada pelbagai permukaan atau kulit. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Tidak dinyatakan
  • Saiz: 3 x 10’s

Kelebihan:

Membunuh 99.9% kuman
Disyorkan oleh Doktor

Harga: RM10.62

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Hygienix Antibacterial Wipes

Hygienix Antibacterial Wipes
Kredit Gambar: Shopee

Tisu ini diperbuat daripada kapas lembut yang selamat dan selesa digunakan. Produk ini mengandungi tahap alkohol mencapai 75% yang boleh membunuh 99.9% virus dan bakteria berbahaya. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan bahan aktif yang memberikan kelembapan intensif pada kulit anda.

Spesifikasi:

  • Bahan:Air, Polysorbate 20, Benzalkonium Chloride, Gliserin, Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Minyak Daun, Pewangi, Tocopheryl Acetate, Phenoxyethanol, Chlorphenesin, Potassium Sorbate
  • Saiz: 20’s

Kelebihan:

Bebas Alkohol dan Paraben
Melindungi kulit daripada kering


Harga: RM6.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Premier Antibacterial Wet Wipes

Premier Antibacterial Wet Wipes
Kredit Gambar: Shopee

Premier antibacterial wipes diformulasikan dengan vitamin E dan aloe vera, yang membantu dalam melembapkan tangan anda sambil melindungi anda daripada bakteria. Reka bentuk pembungkusan yang fleksibel memudahkannya untuk ditarik dengan hanya sebelah tangan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air (aqua), Propylene Glycol, Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Aloe Barbadensis (Aloe Vera) Extract, Phenoxyethanol, Ethylhexylglycerin, Polysorbate 20, Benzalkonium Chloride, Tetrasodium, EDTA, Fragrance & Citric Acid
  • Saiz: 6 x 50’s

Kelebihan:

Membunuh 99.9% kuman
Mengandungi Vitamin E dan Aloe Vera

Harga: RM39.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Vinda Protect Antibacterial Sanitizing Wipes

Vinda Protect Antibacterial Sanitizing Wipes
Kredit Gambar: Shopee

Tisu ini diperbuat daripada fabrik lembut dan bertekstur yang membersihkan kulit anda dengan lembut daripada kotoran, gris dan bakteria tanpa menyebabkan kerengsaan atau ruam. Tisu ini juga diperkaya dengan ekstrak Organik Calendula dan Vitamin E yang melindungi kulit anda daripada kering. Selain itu, ia juga didatangkan dengan saiz yang agak kecil bagi memudahkan anda membawanya ke mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Saiz: 2 x 20’s

Kelebihan:

Melembapkan
Membasmi 99.9% kuman

Harga: RM7.93

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. WATSONS Antibacterial Cleansing Wipes

WATSONS Antibacterial Cleansing Wipes
Kredit Gambar: Watson

Watsons Antibacterial Pine Scented Wipes dibungkus dengan kemas dalam pembungkusan bersaiz padat yang membolehkan anda menggunakannya dengan mudah. Ia juga bebas daripada pencerah optik dan formaldehid sekaligus menjadikan kulit anda berasa segar dan berbau harum selepas digunakan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua, Polysorbate 20, Propylene Glycol, Sodium Benzoate, Potassium Sorbate, Benzalkonium Chloride, Pa slum, Jus Daun Aloe Barbadensis, Polyaminopropyl, Biguanide, Tocopheryl Acetate, Gliserin, Chamomilla Recutita, (Matricaria) Ekstrak Bunga
  • Saiz: 50’s

Kelebihan:

Bau wangi
Bebas alkohol
PH-seimbang


Harga: RM12.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Mediwipes Antibacterial Wipes

Mediwipes Antibacterial Wipes
Kredit Gambar: Alpro Pharmacy

Mediwipes Antibacterial Wipes merupakan tisu pakai buang yang diperkaya dengan vitamin B3, vitamin E, ekstrak mentega shea, dan minyak oryza sativa. Produk ini dapat membersihkan kulit anda dengan lembut daripada kotoran, gris dan bakteria tanpa menyebabkan kerengsaan atau ruam.

Spesifikasi:

  • Bahan: Diperkaya dengan Vitamin B3, Vitamin E, ekstrak Shea butter, minyak Oryza sativa 
  • Saiz: 40’s

Kelebihan:

Membunuh 99.9% kuman untuk perlindungan optimum
Lembut & selesa
Bebas alkohol & paraben

Harga: RM10.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. AU FAIRY Antibacterial Wet Wipes 

AU FAIRY Antibacterial Wet Wipes
Kredit Gambar: SaSa Malaysia

Rose Floral scented wet wipes sangat efektif dalam menghapuskan 99.9% bakteria, virus dan bakteria berbahaya dengan berkesan. Produk ini didatangkan dengan pembungkusan bersaiz poket yang memudahkan anda menggunakannya di mana sahaja. Selain itu, ia juga diformulasikan dengan ekstrak timun, aloe vera dan vitamin E bagi membantu melembapkan kulit tangan anda sepanjang hari.

Spesifikasi:

  • Bahan: Air, Propanediol, Caprylyl Glycol, Polysorbate 20, Benzalkonium Chloride, Tocopheryl Acetate, Jus Daun Aloe Barbadensis, Cucumis Sativus (Timun) Ekstrak Buah, Minyak Wangi, Gliserin, Natrium Benzoat, Asid Sitrik Tetrasetat.
  • Saiz: 4 x 10’s

Kelebihan:

Wangian bunga ros
Lembut


Harga: RM6.25

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close