Bagaimana Mendaftar i-Akaun secara Online?

Kredit Gambar: eCentral

Sebelum kita bercakap tentang i-Akaun, adakah anda tahu apa itu KWSP? KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja merupakan satu inisiatif kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu anda menyimpan wang simpanan bagi menjamin hari-hari tua. Skim ini dapat membantu kita untuk menyimpan wang persaraan apabila kita sudah tidak bekerja lagi atau setelah bersara. Di bawah Akta KWSP 1991, para pekerja diwajibkan untuk mendaftar sebagai ahli dan mencarum ke atas simpanan sendiri. 

Inisiatif ini dilihat berkesan dan dapat membantu ahlinya dalam meneruskan kehidupan seharian. Walaupun ia merupakan wang simpanan, namun kita dapat mengeluarkannya untuk keperluan tertentu seperti membeli rumah atau hartanah, mengurangkan pinjaman perumahan, menyelesaikan pinjaman pendidikan dan juga melangsaikan kos rawatan di pusat kesihatan dalam negara. 

Bagaimanakah mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun?

i Akaun.
Kredit Gambar: KWSP/i-Akaun

Sebenarnya, jika anda sudah menjadi ahli KWSP, secara tidak langsung anda boleh membuat pendaftaran KWSP secara online melalui i-Akaun. Penggunaan i-Akaun ini dapat membantu anda menguruskan akaun KWSP anda dengan lebih teratur dan efisien. Melalui i-Akaun, anda boleh mengemaskini profile peribadi anda, menyemak baki simpanan, menyemak penyata KWSP dan banyak lagi. Oleh sebab itu, ahli KWSP disarankan untuk mendaftar i-Akaun bagi memudahkan urusan mereka di kemudian hari. 

Untuk mendaftar, anda perlu:

1. Hadir ke mana-mana cawangan atau kiosk KWSP yang terdekat.

2. Anda perlu layari laman web KWSP, iaitu www.kwsp.gov.my

3. Apabila anda sudah masuk ke laman web KWSP, anda perlu pilih ‘Log Masuk’ dan klik pada ‘i-Akaun (Ahli)’. Atau, anda muat turun aplikasi i-Akaun di Google Play Store.

KWSP
Kredit Gambar: KWSP/i-Akaun

4. Anda perlu masukkan nombor ahli KWSP anda di ‘ID Pengguna’.

kwsp

5. Anda akan menerima ‘Kata Laluan Sementara’ melalui mesej pada nombor telefon yang telah anda daftarkan untuk penggunaan i-Akaun.

KWSP
Kredit Gambar: mysumber.com

6. Masukkan kata laluan yang diterima di bahagian ‘Kata Laluan’.

7. Setelah anda berjaya log masuk, anda boleh setkan semula ID Pengguna, Kata Laluan dan juga Frasa Rahsia anda.

8. Selepas akaun ini berjaya diaktifkan, anda akan menerima notis pengaktifan akaun berjaya di nombor telefon tadi.

9. Urusan selesai.

Selain itu, anda juga boleh mendaftar i-Akaun secara online namun kemudahan yang boleh anda capai adalah terhad seperti menyemak baki akaun, menyemak caruman semasa, menyemak profil anda, menyemak sejarah pengeluaran, menyemak kelayakan pengeluaran dan juga Push Notifications/ i-Akaun Secured Inbox. Oh ya, untuk akses penuh i-Akaun, anda perlu hadir ke kiosk atau kaunter di cawangan KWSP untuk pendaftaran nombor telefon TAC dan pengesahan cap ibu jari.

Nah, mudah sahaja untuk mendaftar, bukan? Anda boleh menyemak penyata KWSP anda bila-bila masa asalkan anda mempunyai Internet dan telefon pintar. Namun, anda perlulah berhati-hati dalam menyimpan kata laluan dan ID Pengguna anda supaya tidak digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dunia semakin canggih dan aplikasi sistem ini memudahkan anda untuk sentiasa mengemaskini akaun KWSP anda. Diharapkan perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat kepada anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan KWSP, anda bolehlah menghubungi talian 03-89226000 (jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang) atau layari laman web KWSP.

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close