8 Beg Rotan Terbaik Di Malaysia 2022

Beg rotan merupakan antara perhiasan yang sering dipakai ketika melakukan aktiviti luar seperti bersiar dan melancong. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai kepelbagaian bentuk dan saiz yang boleh disesuaikan dengan pelbagai konsep pakaian. Kebanyakannya beg rotan diperbuat daripada jerami atau buluh yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Walaupun, ia didatangkan dengan saiz yang kecil namun ia masih mampu untuk menampung barangan keperluan anda seperti telefon bimbit, dompet, krim pelindung matahari, cermin mata, passport dan banyak lagi. 

Beg rotan merupakan barangan estetik yang sesuai digayakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Berikut adalah 8 beg rotan terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Apa Yang Perlu Anda Pertimbangkan Sebelum Memilih Beg Rotan?

Terdapat banyak jenis beg rotan yang boleh didapati di kedai fizikal dan dalam talian sehingga membuatkan anda keliru untuk membuat pilihan? Jangan bimbang, kerana dengan mengetahui belanjawan, pilihan dan jenis majlis boleh membantu anda dalam mencari beg rotan yang terbaik.

1. Belanjawan

Disebabkan peningkatan populariti produk beg rotan, anda boleh mendapatkan beg rotan pada harga yang berpatutan. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.

2. Pilihan

Beg rotan akan menjadi sebahagian daripada pakaian anda. Oleh itu, adalah penting untuk memilih reka bentuk yang bersesuaian dengan kebanyakan pakaian dan cita rasa anda. 

3. Jenis Majlis

Terdapat beberapa jenis beg rotan yang sesuai untuk majlis rasmi dan kasual bergantung pada saiz dan gayanya. Jadi amat penting untuk anda mengetahui jenis majlis yang akan anda hadiri untuk mengelakkan daripada memakai pakaian yang tidak sesuai.

8 Beg Rotan Terbaik Di Malaysia 2022

1. Half-Rounded Rattan Bag

Half Rounded Rattan Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg rotan ini didatangkan dengan reka bentuk yang unik serta menawarkan 2 pilihan warna neutral yang sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai pakaian. Ia juga dilengkapi dengan tali beg yang panjang bagi memudahkan anda untuk membawanya. Selain itu, beg ini juga boleh memuatkan pelbagai barangan keperluan anda semasa melancong seperti krim pelindung matahari, cermin mata hitam, dan beg barangan solek.

Spesifikasi:

  • Bahan: Jerami
  • Warna: Beige, Khaki

Kelebihan:

Kapasiti besar
Warna yang mudah dipadankan

Harga: RM24.01

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

2. Small Rattan Bag

Half Rounded Rattan Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg rotan ini dilengkapi dengan ruang poket yang cukup luas untuk anda meletakkan barangan seperti dompet dan telefon bimbit. Selain itu, ia juga didatangkan dengan tali bahu bagi memudahkan anda membawanya ke mana sahaja. Beg ini juga mempunyai reka bentuk yang minimal dan elegan yang menjadikannya sesuai untuk dibawa ketika melancong mahupun ketika membeli barangan runcit.

Spesifikasi:

  • Bahan: Rotan
  • Warna: Beige, Khaki

Kelebihan:

Ruangan poket yang besar
Sesuai dibawa ketika melancong

Harga: RM11.40

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Round Rattan Bag

Round Rattan Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg rotan berbentuk bulat ini didatangkan dengan tali bahu yang panjang bagi membolehkan anda membawanya dengan gaya silang. Reka bentuknya yang versatil menjadikannya sesuai digunakan untuk semua jenis majlis, atau semasa percutian di pantai dan pusat peranginan. Beg ini dipasarkan dengan 2 pilihan warna sahaja. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Rotan
  • Warna: Beige, Khaki gelap

Kelebihan:

Sesuai dengan gaya terkini
Warna yang menarik

Harga: RM16.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Summer Rattan Bag

Summer Rattan Bag
Kredit gambar: Lazada

Beg rotan ini diperbuat daripada jerami dan poliester yang menjadikannya ringan dan tahan lasak. Beg ini juga didatangkan dengan pemegang dibahagian atas serta dilengkapi dengan tali bahu yang membolehkan anda mengayakannya dengan 2 cara mengikut kehendak anda. Selain itu, beg ini juga dipasarkan dengan 3 pilihan warna yang menarik untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Jerami, Poliester
  • Warna: Coklat, Coklat & Hitam, Kuning cair & Coklat

Kelebihan:

Mudah digunakan
Sesuai dengan gaya terkini
Mampu milik

Harga: RM18.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Bucket Rattan Bag

Bucket Rattan Bag
Kredit gambar: AliExpress

Beg rotan ini diperbuat daripada jerami tahan lasak yang membolehkan anda menggunakannya untuk jangka masa yang lama. Beg ini merupakan antara beg yang paling digemari para remaja ekoran reka bentuknya yang ringkas dan elegan. Ia juga didatangkan dengan penutup pada bahagian atas beg bagi melindungi barangan anda daripada terkena air atau hujan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Jerami, Kulit PU 
  • Warna: Hitam, Coklat, Hijau, Putih

Kelebihan:

Bahan tahan lasak
Penutup beg

Harga: RM19.99

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

6. Assorted Colour Rattan Bag

Assorted Colour Rattan Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg rotan ini didatangkan dengan pelbagai variasi warna yang boleh anda pilih mengikut gaya dan cita rasa anda. Jangan tertipu dengan saiznya yang kelihatan kecil kerana ia mampu memuatkan pelbagai barangan seperti telefon bimbit, dompet, beg duit syiling dan barang keperluan lain yang mungkin anda perlukan sepanjang percutian. Selain itu, beg ini juga mempunyai reka bentuk yang ringan dan kukuh serta dilengkapi dengan tali bahu tebal bagi memberikan keselesaan sewaktu anda memakainya.

Spesifikasi:

  • Bahan: Jerami
  • Warna: Beige, Kofi, Hijau, Merah Jambu, Putih

Kelebihan:

Warna yang menarik
Tali bahu tebal

Harga: RM16.46 – RM28.75

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Large Rattan Bag

Large Rattan Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg rotan ini diperbuat daripada bahan jerami berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan kalis air. Beg ini sangat sesuai untuk anda yang mencari beg rotan yang ringan dengan rupa yang eksklusif. Bukan itu sahaja,  ia juga didatangkan dengan satu ruang utama di mana anda boleh menyimpan barangan keperluan anda dengan mudah. Beg ini boleh didapati dengan 2 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Jerami
  • Warna: Beige, Khaki

Kelebihan:

Tahan lama
Kapasiti besar

Harga: RM18.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

8. Top-Handled Round Rattan Bag

Top Handled Round Rattan Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg rotan berbentuk bulat ini dilengkapi dengan pemegang dwi-handle yang membolehkan anda mengayakannya mengikut keselesaan anda. Beg ini mempunyai reka bentuk tema gulungan kecil yang menjadikannya sesuai untuk dibawa semasa melancong atau ke majlis kasual. Bukan itu sahaja, beg ini juga mempunyai kualiti premium dengan kadar harga yang rendah sekaligus menjadikannya pilihan yang terbaik untuk dijadikan beg anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Jerami
  • Warna : Beige, Khaki

Kelebihan:

Reka bentuk yang unik
Mudah dibawa ke mana sahaja

Harga: RM18.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close