8 Gel Parut Terbaik di Malaysia 2022

Gel parut ialah ubat yang dirumus khas untuk mengurangkan pigmen dan saiz parut seperti parut pembedahan, parut jerawat, parut hipertrofik, parut keloid dan parut histerektomi. Gel ini didatangkan dalam formulasi yang berbeza namun, kesemuanya bertujuan untuk memudarkan parut pada badan anda. 

Di samping itu, formulasi penyembuhan ini akan bertindak balas bergantung kepada jenis dan kondisi kulit. Jadi, proses atau jangka masa untuk pulih akan mengambil masa yang berbeza untuk setiap orang. Berikut adalah 8 gel parut terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia. 

Bagaimana cara menggunakan gel parut dengan betul?

Gel parut lazimnya digunakan sebagai langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit. Anda perlu membiarkannya selama beberapa minit sebelum memakai krim pelindung matahari atau memulakan solekan anda. Selain itu, anda juga perlu mempertimbangkan bahan, jenis dan ‘patch testing’ semasa menggunakan gel parut. 

  1. Bahan

Bergantung kepada ramuan penghasilan produk kerana sesetengah produk mengandungi bahan yang kuat atau aktif. Hal ini boleh menjejaskan kekerapan penggunaan produk dalam sehari atau minggu.

  1. Jenis

Perlu diingat bahawa kulit setiap orang adalah berbeza, jadi ia memerlukan kesabaran dan usaha untuk mendapatkan produk yang sesuai dengan kondisi kulit semasa anda. Tidak salah untuk mencuba pelbagai produk sebelum menjumpai produk sesuai untuk anda.

  1. Patch testing

Sebelum menggunakan sebarang produk penjagaan kulit atau kosmetik, anda disarankan untuk melakukan ‘patch testing’. Jika ia menyebabkan kemerahan atau kerengsaan, hentikan penggunaan produk tersebut serta-merta.

8 Gel Parut Terbaik di Malaysia 2022

1. Jumea Scar Gel

Jumea Scar Gel
Kredit gambar: Shopee

Gel Parut Jumea ini menggunakan Aloe Vera sebagai bahan utama untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka serta memudarkan parut. Selain itu, ia juga mengandungi bahan antioksidan seperti Vitamin C dan E untuk melambatkan efek penuaan pada kulit. Bukan itu sahaja, gel parut ini juga diperkaya dengan ekstrak bawang yang membantu dalam pembentukan kulit baru. Ia sangat sesuai digunakan ketika luka masih baru ekoran ia dapat melindungi luka daripada kuman dan bakteria. 

 Spesifikasi:

  • Berat Produk: 20 g 
  • Sesuai untuk muka: Ya  
  • Bahan: Aloe Vera, Ekstrak Bawang Merah, Ekstrak Chamomile, Vitamin A, B, B12, C, E
  • Negara Pengeluar: Malaysia 

Harga: RM 45.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Dermatix Ultra Scar Gel

Dermatix Ultra Scar Gel
Kredit gambar: Caring Pharmacy

Dermatix Ultra Scar Gel ini sesuai untuk pigmentasi atau parut yang hampir pulih. Produk ini mengandungi Vitamin C dan emolien yang berfungsi untuk melicinkan dan mencerahkan parut. Ia telah diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, di mana ia boleh digunakan pada bekas luka yang tidak melebihi 2 tahun seperti pembedahan atau kesan terbakar kecuali luka terbakar tahap ketiga. Gel ini selamat digunakan untuk semua jenis kulit termasuklah kanak-kanak. 

 Spesifikasi:

  • Berat Produk: 15 g 
  • Sesuai untuk muka: Ya  
  • Bahan: Cyclopentasiloxane, Vitamin C Ester (Ascorbyl Tetraisopalmitate) 
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat 

Harga: RM 108.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. Hiruscar Scar Gel

Hiruscar Scar Gel
Kredit gambar: Shopee

Hiruscar ini dirumus dengan MPS bersama Allium Cepa dan 4 elemen lain yang berfungsi untuk meminimumkan pembentukan tisu berlebihan. Ia juga membantu memulihkan dan mengeringkan luka secara semula jadi sekali gus memudarkan parut yang tebal. Untuk hasil terbaik, penggunaan gel ini hendaklah diteruskan selama 4 hingga 6 bulan. Tempoh rawatan tersebut mungkin berubah mengikut keadaan, saiz dan usia parut.

 Spesifikasi:

  • Berat Produk: 20 g 
  • Sesuai untuk muka: Ya  
  • Bahan: Minyak Kastor Terhidrogenasi PEG-40, Serbuk Jus Daun Aloe Barbadensis, Karbomer, Pewangi, Iodopropynyl Butylcarbamate, DMDM ​​Hydantoin, Butylene Glycol, Allantoin, Sodium Hydroxide, Tocopherylics Muccharicolate MPS)
  • Negara Pengeluar: Switzerland

Harga: RM 47.40

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. RejuvaSil Silicone Scar Gel

RejuvaSil Silicone Scar Gel
Kredit gambar: Shopee

Rejuvasil Silicone Scar Gel merupakan gel parut terbaik yang boleh dikategorikan sebagai ‘cult favourite’ ekoran ia diperkaya dengan silikon, vitamin C, squalane dan minyak emu. Ia sesuai digunakan pada semua jenis parut termasuklah parut jerawat, pembedahan, parut keloid dan melecur. Hanya dengan sekali sapuan, produk ini mampu melegakan sebarang iritasi yang disebabkan oleh kesan parut. Selain itu, gel parut ini juga ringan dan mudah meresap ke dalam kulit. 

Spesifikasi:

  • Isi padu Produk: 15 ml
  • Sesuai untuk muka: Ya  
  • Bahan: Cyclomethicone, Dimethicone Crosspolymer, Tetrahexyldecyl Ascorbate, Emu Oil, Squalane
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat 

Harga: RM 109.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. DERMA E Scar Gel

DERMA E Scar Gel
Kredit gambar: Shopee

Gel parut ini telah terbukti secara klinikal dapat memperbaiki tekstur parut, warna dan penampilan keseluruhan dengan ketara. Bukan itu sahaja, gel parut ini juga mengandungi Allicin dan Allantoin yang berfungsi untuk melindungi parut atau luka daripada bakteria serta menenangkan kulit daripada sebarang kerengsaan. Untuk parut baru, sapukan gel ini 2 – 3 kali sehari selama 8 minggu. Untuk parut lama pula, sapukan gel ini 2 kali sehari selama 3 – 6 bulan. Gel parut ini sesuai digunakan untuk selaran matahari, luka terbakar akibat bahan kimia dan parut.

Spesifikasi:

  • Berat Produk: 56 g
  • Sesuai untuk muka: Ya  
  • Bahan: Allicin (daripada mentol bawang), Allantoin, Panthenol (Pro-Vitamin B5)
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat 

Harga: RM 88.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. Mederma Advanced Scar Gel

Mederma Advanced Scar Gel
Kredit gambar: Shopee

Mederma Advanced Scar Gel ini merupakan gel parut nombor satu yang disarankan oleh ahli farmasi. Ia dirumus dengan bahan berkualiti tinggi seperti ekstrak Aloe Vera, Allantoin dan Cepalin yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan parut. Ia juga berfungsi untuk menyekat kelembapan, memperbaharui sel kulit serta membantu pembentukan kolagen pada kulit anda. Ia mengambil masa 8 minggu untuk melihat perbezaannya. Gunakan sekali sehari dan hasilnya kekal seumur hidup. 

Spesifikasi:

  • Berat Produk: 20 g
  • Sesuai untuk muka: Ya  
  • Bahan: Air , PEG-4, Jus Daun Aloe Barbadensis, Ekstrak Mentol Allium Cepa (Bawang), Gum Xanthan, Allantoin, Methylparaben, Asid Sorbik, Pewangi
  • Negara Pengeluar: Jerman 

Harga: RM 59.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Stratamed Scar Therapy Gel 

Stratamed Scar Therapy Gel
Kredit gambar: Shopee

Stratamed Scar Therapy Gel ini diperkaya dengan pelembap dan bahan antioksidan yang dapat memulihkan kecederaan kulit dengan baik. Ia juga mempunyai tekstur yang ringan bagi mempercepatkan proses penyerapan. Gel silikon ini boleh digunakan pada luka terbuka selepas pembedahan bagi melindungi dan menyediakan kulit untuk pemulihan yang optimum. Selain itu, ia juga kalis air.

Spesifikasi:

  • Berat Produk: 5 g
  • Sesuai untuk muka: Tidak 
  • Bahan: Polysiloxanes, Siloxane Resin
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat 

Harga: RM 109.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Kelo-cote Advanced Formula Scar Gel

Kelo cote Advanced Formula Scar Gel
Kredit gambar: Shopee

Kelo-cote Advanced Formula Scar Gel ini sangat efektif dalam memudarkan parut. Ia juga disyorkan oleh kebanyakan pakar bedah plastik. Gel parut ini telah terbukti secara klinikal dapat melembutkan dan meratakan parut pembedahan, luka terbakar atau trauma, parut C-section dan banyak lagi. Selain itu, ia juga berkesan dalam melegakan kegatalan dan kemerahan dengan hanya 1 sapuan. Dengan penggunaan yang konsisten, anda akan dapat melihat kesan yang anda inginkan.

Spesifikasi:

  • Berat Produk: 10 g
  • Sesuai untuk muka: Ya 
  • Bahan:Octinoxate 7.5%, Octisalate 5.0%, Octocrylene 10%, Oxybenzone 6.0%, Polysiloxanes, Silicone Dioxide, Isopropyl Myristate
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat 

Harga: RM 242.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close