8 Item Ergonomik Terbaik di Malaysia 2022

Ergonomik diambil dari perkataan Greek iaitu ergo dan nomos yang membawa maksud peraturan bekerja yang bertujuan untuk memastikan sesuatu peralatan, kemudahan dan proses yang dilakukan serasi dengan aktiviti manusia. Ergonomik dalam konteks ini merujuk kepada seni menghasilkan produk yang memberikan keselesaan optima tanpa menyebabkan sebarang tekanan atau kecederaan kepada pengguna. Hal ini dilakukan dengan mengkaji interaksi antara tubuh manusia dengan produk yang digunakan. Perabot yang direka secara ergonomik dapat menggalakkan aliran darah serta meningkatkan oksigen di dalam sel badan. Berikut adalah 8 item ergonomik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Bagaimana hendak memilih item ergonomik yang terbaik?

Sewaktu membeli barangan ergonomik, anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor seperti belanjawan, tujuan dan kualiti item. Hal ini dapat membantu anda dalam memilih item ergonomik yang terbaik. 

1. Belanjawan

Produk ergonomik boleh menelan kos yang agak tinggi berbanding produk biasa. Jadi, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda supaya tidak membazir.

2. Tujuan

Anda perlu memilih item ergonomik yang sesuai dengan tujuan penggunaannya. Sebagai contoh, jika anda berasa sakit apabila duduk sepanjang hari di atas kerusi plastik, anda boleh mempertimbangkan kerusi ergonomik yang dapat melindungi tulang belakang anda. 

3. Kualiti item

Anda haruslah mempertimbangkan kualiti item sebelum membeli agar produk boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Produk yang berkualiti tinggi dapat membantu meningkatkan produktiviti anda.

8 Item Ergonomik Terbaik di Malaysia 2022 

1. KitchenZ Office Chair Ergonomic Chair

KitchenZ Office Chair Ergonomic Chair
Kredit Gambar: Shopee

KitchenZ Office Chair Ergonomic Chair merupakan kerusi pejabat yang telah dicipta dengan teliti untuk meningkatkan keselesaan belakang anda, terutamanya apabila anda duduk dalam tempoh yang lama. Kerusi ini dilengkapi dengan kusyen tebal dan jaringan halus yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Selain itu, ia juga didatangkan dengan tempat duduk yang boleh dilaraskan mengikut kehendak dan keselesaan anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Span ,Nilon
    Warna: Hitam, putih, kelabu, merah jambu, biru
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Bahan berkualiti tinggi
Ketinggian boleh laras
Roda tanpa bunyi
Sandaran kepala berbentuk C

Harga: RM189.00 – RM209.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. 360 Rotatable Laptop Stand

Rotatable Laptop Stand
Kredit Gambar: Shopee

Stand komputer riba ini mempunyai reka bentuk ergonomik yang sangat sesuai untuk sudut menaip dan melihat skrin laptop. Stand ini mempunyai 8 tahap kecuraman yang boleh diubah mengikut keselesaan anda. Selain itu, ia juga menyediakan aliran udara yang cekap dan efektif yang akan memastikan suhu laptop anda pada tahap yang sempurna.

Spesifikasi:

  • Bahan: ABS dan silikon
  • Warna: Hitam
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Boleh diputar 360 darjah
Material kukuh (tahan sehingga 30 kg)
Anti-gelincir

Harga: RM17.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Ergonomic Foot Rest 

Ergonomic Foot Rest
Kredit Gambar: Lazada

Ergonomic Foot Rest ini membantu dalam memperbaiki postur anda sekaligus dapat mengurangkan sakit belakang dan keletihan setelah bekerja. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan paras ketinggian yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda. Selain itu, ia diperbuat daripada polisterin yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama.

Spesifikasi:

  • Bahan: High Impact Polisterin
  • Warna: hitam
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Boleh dilaraskan ( 0° ~ 30° )
Boleh laras secara manual kepada 3 ketinggian berbeza ( 4.3″ / 5.5″ / 6.7″ )

Harga: RM79.80 – RM128.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. 2.4GHz USB Wireless Optical Pen Mouse

.GHz USB Wireless Optical Pen Mouse
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari tetikus yang boleh membantu anda mengurangkan keletihan dan mudah alih, maka 2.4GHz USB Wireless Optical Pen Mouse ini pilihan terbaik untuk anda. Tetikus ini didatangkan dengan reka bentuk tanpa wayar yang boleh meliputi jarak sehingga 10 m sekaligus memudahkan anda untuk mengendalikannya. Ia akan dimatikan secara automatik apabila tiada isyarat.

Spesifikasi:

  • Bahan: tidak dinyatakan
  • Warna: kelabu, merah, biru
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Mod penjimatan kuasa
Sesuai untuk telefon, tablet, komputer riba
Sensor optik 800/1200/1600 DPI boleh laras
Berbentuk pen
Fungsi penggera voltan rendah, untuk mengingatkan anda untuk menukar bateri tepat pada masanya

Harga: RM28.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Rotating Computer Arm Rest Pad 

Rotating Computer Arm Rest Pad
Kredit Gambar: Shopee

Pernahkah anda berasa lenguh atau tidak selesa sewaktu menggunakan tetikus ekoran lengan anda tidak mempunyai tempat sokongan? Cubalah Rotating Computer Arm Rest Pad ini. Produk ini berfungsi untuk memberikan sokongan dan keselesaan tambahan kepada lengan anda sewaktu anda menggunakan tetikus. Ia didatangkan dengan 3 pilihan warna untuk dipilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Papan ABS 
  • Warna: Hitam, merah, kuning
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Boleh diputar
Tahan lasak
Pelapik tangan lembut

Harga: RM12.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. HGV Height Adjustable Laptop Stand

HGV Height Adjustable Laptop Stand
Kredit Gambar: Shopee

Stand Komputer Riba ini agak berbeza dengan stand komputer yang sering berada di pasaran kerana ia bukan sahaja mempunyai 7 tahap kecuraman malah ia juga dilengkapi dengan stand telefon pintar pada bahagian sisi. Hal ini membolehkan anda menggunakan komputer riba dan telefon dalam masa yang sama.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: hitam, putih
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

7 tahap darjah yang boleh dilaraskan
Boleh diputar 360 darjah
Material kukuh dan berkualiti tinggi

Harga: RM46.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Motorized Height Adjustable Table

Motorized Height Adjustable Table
Kredit Gambar: Shopee

Meja ini didatangkan dengan ketinggian yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda. Bukan itu sahaja, meja ini turut dilengkapi dengan roda bagi memudahkan anda untuk mengalihkannya ke mana sahaja. Selain itu, ia juga disertakan dengan port USB bagi memudahkan anda mengecas komputer riba atau telefon anda semasa bekerja. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam & kayu gred CARB2
  • Warna: hitam, kelabu, putih, natural
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Boleh dilaras antara 73 cm hingga 124 cm
Tahan lasak (tahan sehingga 80 kg)
Anti-pelanggaran (berhenti bergerak apabila menghadapi halangan)
Mempunyai port USB
Boleh ditetapkan kepada 4 ketinggian berbeza

Harga: RM1,565.00 – RM1,715.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Logitech ERGO M575 Wireless Trackball Mouse

Logitech ERGO M Wireless Trackball Mouse
Kredit Gambar: Logitech

Logitech ERGO M575 didatangkan dengan reka bentuk yang unik, ia memberi anda kedudukan lengan yang neutral serta dapat mengurangkan ketegangan pada otot tangan anda. Tetikus ini dilengkapi dengan bola yang boleh diprogramkan, untuk pelbagai fungsi seperti Back, Double Click, F2, Escape, Paste dan banyak lagi. Tetikus ini dipasarkan dengan 2 pilihan warna sahaja iaitu hitam dan putih.

Spesifikasi:

  • Bahan: plastik
  • Warna: hitam, putih
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Reka bentuk yang selesa
Kawalan ibu jari yang licin
Sesuai untuk ruang kerja yang sibuk
2 cara penyambungan: Bluetooth atau USB

Harga: RM179.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close