40 Kek Tunang yang Ringkas tetapi Menarik

Bertunang merupakan salah satu langkah untuk menuju ke gerbang perkahwinan. Tidak kiralah apa budaya sekalipun, adat bertunang merupakan proses mengenal hati budi pasangan sebelum berkahwin. Oleh sebab itu, persiapan pertunangan adalah penting bagi kedua belah pihak agar keluarga masing-masing dapat mengenali lebih dekat bakal biras mereka. 

Dalam adat Melayu, keluarga belah lelaki akan berkunjung ke rumah keluarga si gadis untuk menyarungkan cincin pertunangan sekali gus berbincang untuk menetapkan tarikh perkahwinan mereka. Dalam pada itu, pihak lelaki dan pihak perempuan akan menyediakan hantaran pertunangan bagi melengkapi majlis tersebut. Antara hantaran yang disediakan ialah buah-buahan, cincin pertunangan, manisan seperti coklat, barang keperluan seperti kasut, kemeja, telekung sembahyang, dan banyak lagi. Semuanya bergantung kepada cita rasa masing-masing. Namun, dalam majlis ini, kek tunang juga sering ditempah untuk menyerikan lagi majlis.

Apakah jenis-jenis kek tunang? 

Sebenarnya, terdapat banyak jenis kek tunang yang ada di pasaran seperti buttercream, fondant, foam dan juga cupcakes. Semuanya tertakluk kepada bajet dan juga cita rasa anda. Pasangan yang bertunang sering memilih kek yang ringkas dan menarik untuk dijadikan salah satu manisan dalam majlis tersebut.

Pemilihan warna, perisa dan reka bentuk kek juga memainkan peranan yang penting dalam menceriakan suasana majlis pertunangan yang berlangsung. Berikut adalah 40 jenis kek tunang yang ringkas tetapi menarik untuk majlis pertunangan anda nanti. Oh ya, jika anda sedang mencari-cari kek tunang, anda boleh dapatinya daripada bakers yang bakal kami kongsikan dalam artikel lain.

Mana Boleh Beli Kek Tunang?

Jom tengok artikel 10 Penjual Kek Tunang

40 Kek Tunang yang Ringkas tetapi Menarik

1. Biru dan Ros Merah

Biru dan Ros Merah
Kredit Gambar: prettysmallbakery.biz

Kek fondant yang berwarna biru ini kelihatan ringkas tetapi menarik dengan gubahan bunga ros merah di atasnya. Label nama yang berwarna putih menyerlahkan lagi corak minimalis kek ini.

2. Floral Drip

Floral Drip
Kredit Gambar: facebook.com/theredbakes

Dihiasi macaron yang berwarna pastel, kek ini nampak meriah dan minimalis pada waktu yang sama. Sesuai untuk dijadikan kek pertunangan anda kerana warna yang digunakan lembut dan senada.

3. Emas Bergaya

Emas Bergaya
Kredit Gambar: prettysmallbakery.biz

Hiasan kek ini sungguh ringkas tetapi menarik. Ia berbentuk seakan hadiah yang dibaluti dengan kertas keemasan yang menaikkan lagi seri kek ini. Icing putih digunakan untuk mereka bentuk reben pada kek ini.

4. Cream dan Pink Cerah

Cream dan Pink Cerah
Kredit Gambar: prettysmallbakery.biz

Menariknya, di atas kek ini tercatat status pertunangan seakan-akan notifikasi di Facebook. Rekaan seperti ini jarang dibuat namun ia berjaya menonjolkan kecantikan bunga-bungaan yang dihias rapi di atas kek. Kek ini juga nampak ringkas, moden tetapi unik.

5. Save Anne with Ane

Save Anne with Ane
Kredit Gambar: facebook.com/theredbakes

Anda mahukan kek yang nampak ‘magical’ untuk majlis pertunangan anda? Kek ini mampu menjadi kek tersebut. Dengan corak burung dan flora, ia terasa bagaikan berada di taman ‘wonderland’.

6. Minimalis Ungu

Minimalis Ungu
Kredit gambar: prettysmallbakery.biz

Kek fondant yang berwarna ungu cerah ini nampak ringkas tetapi menarik. Gubahan bunga ungu, putih dan pink di sebelah kiri menambahkan kemanisan kek ini apabila dilihat. Taburan berbentuk hati kelihatan mengisi ruangan kek yang kosong dan menonjolkan ciri minimalis padanya.

7. Bunga Putih

Bunga Putih
Kredit Gambar: facebook.com/theredbakes

Kek ini dihias dengan sekuntum bunga berwarna putih yang besar. Di sekeliling kek ini dicorakkan kepingan daun yang juga berwarna putih. Walaupun ringkas tetapi ia nampak menarik dan menyegarkan.

8. Biru dan Reben Kelabu

Biru dan Reben Kelabu
Kredit Gambar: prettysmallbakery.biz

Rekaan kek ini sangat ringkas tetapi menarik. Dengan adanya icing reben berwarna kelabu di atasnya, kek ini kelihatan unik dan juga ceria dipandang.

9. Gold and Orchid

Gold and Orchid
Kredit Gambar: facebook.com/theredbakes

Seperti biasa, bunga-bungaan menjadi pilihan bakal pengantin untuk menghiasi kek tunang mereka. Latar belakang yang berwarna putih keemasan pula berjaya menonjolkan rekaan minimalis pada kek ini.

10. Ungu dan Pink Cerah

Ungu dan Pink Cerah
Kredit Gambar:prettysmallbakery.biz

Kek ini kelihatan begitu menarik walaupuan hanya bertuliskan D & R. Corak bunga ros yang ada di atas menyerikan lagi rekaan minimalis kek ini.

11. Minty Fresh

Minty Fresh
Kredit Gambar: facebook.com/theredbakes

Warna mint digunakan sebagai warna latar bagi kek ini. Dihiasi dengan kuntuman bunga berwarna putih keemasan, rekaan kek ini kelihatan elegan dan ringkas.

12. Lace Pink

Lace Pink
Kredit Gambar: prettysmallbakery.biz

Ini antara kek tunang yang menarik untuk dikongsikan di sini. Jika anda lihat, terdapat lace pink yang mengelilingi kek ini. Icing pink digunakan untuk mencorakkan lace tersebut. Walaupun warna latar kek ini adalah pink cerah, namun ia tidak tenggelam kerana hiasan lace tersebut berjaya menonjolkan kecantikan kek ini.

13. Putih dan Pink Cerah

Putih dan Pink Cerah
Kredit Gambar: prettysmallbakery.biz

Kek ini menggunakan dua warna tema yang menceriakan, iaitu putih dan juga pink cerah. Walaupun gubahan bunga ada di atas permukaan kek tersebut, hiasan hati yang bertaburan turut memainkan peranan penting dalam menaikkan seri kek ini.

14. Putih, Ungu dan Kuning

Putih Ungu dan Kuning
Kredit Gambar: prettysmallbakery.biz

Kek fondant yang berwarna putih ini kelihatan menonjol dengan adanya gubahan bunga-bunga ungu kecil yang menghiasi kek ini. Selain itu, icing kuning juga digunakan dan direka menjadi reben agar kek ini kelihatan kemas dan teratur.

15. Biru, Ungu dan Pink Cerah

Biru Ungu dan Pink Cerah
Kredit Gambar: prettysmallbakery.biz

Kek ini nampak meriah dengan pemilihan warna yang pelbagai. Corak berjalur tegak dilukis pada kek ini agar ia kelihatan mewah dan elegan. Bebola manik di sekelilingnya juga menyerikan lagi hiasan kek ini.

16. Kuning dan Putih

Kuning dan Putih
Kredit Gambar: prettysmallbakery.biz

Kek ini berbentuk hati, tidak seperti kebanyakan kek tunang yang berbentuk bulat. Lakaran bunga-bungaan pada kek ini kelihatan klasik tetapi anggun. Walaupun hanya menggunakan dua warna sahaja, kek ini mampu menambat hati sesiapa yang melihatnya.

17. Ungu dan Putih

Ungu dan Putih
Kredit Gambar: prettysmallbakery.biz

Rekaan kek ini kelihatan seperti hadiah yang dibalut kemas menggunakan kertas pembalut hadiah. Dengan bertemakan warna ungu, kek ini tetap kelihatan menarik kerana icing putih yang dijadikan reben berupaya menonjolkan ciri minimalis kek ini.

18. Kuning dan Pink Cerah

Kuning dan Pink Cerah
Kredit Gambar: prettysmallbakery.biz

Siapa sangka warna kuning boleh digayakan dengan warna pink cerah? Warna-warna ini kelihatan harmoni walaupun kedua-duanya merupakan warna yang lembut.

19. Flower Bouquet

Flower Bouquet
Kredit Gambar: pesonapengantin.my

Sekali pandang, kek ini kelihatan jambangan bunga yang segar. Dengan warna latarnya yang pastel, hiasan bunga-bungaannya dilihat seperti hidup dan ceria.

20. Putih dan Emas

Putih dan Emas
Kredit Gambar: facebook.com/theredbakes

Bagi mereka yang sukakan corak yang ringkas tetapi mewah, anda boleh mencuba biasan kek ini. Sangat cantik!

21. The Bloom

The Bloom
Kredit Gambar: rarakitchy.com

Sesuai dengan namanya ‘The Bloom’, kek ini sering menjadi pilihan bakal pengantin untuk memeriahkan majlis bertunang mereka. Reka bentuk yang minimalis menyerlahkan lagi keanggunan kek ini.

22. Love Roses

Love Roses
Kredit Gambar: rarakitchy.com

Jika anda sukakan warna putih dengan rekaan kek yang tidak terlalu sarat, ‘Love Roses’ ini sesuai untuk anda. Coraknya yang floral dengan warna daun yang hijau menyegarkan setiap mata yang memandang kek ini.

23. Korean Fleur

Korean Fleur
Kredit Gambar: rarakitchy.com

Reka bentuk kek ini sebenarnya dari Korea Selatan. Oleh sebab itulah namanya ‘Korean Fleur’. Kek ini mempunyai reka bentuk ringkas dengan sedikit hiasan bunga di atasnya. Walaupun ringkas, ia tetapi cantik!

24. Florette

Florette
Kredit Gambar: rarakitchy.com

Putih juga minimalis. Kek ini berjaya menonjolkan ciri minimalis yang ada padanya melalui pemilihan warna dan rekaan bunga yang berwarna putih. Walaupun warna latarnya putih, ia tidak menenggelamkan rekaan bunga.

25. Autumn Rose

Autumn Rose
Kredit Gambar: rarakitchy.com

Jika anda mahukan musim bunga digambarkan oleh kek anda, anda boleh memilih kek ‘Autumn Rose’ yang sesuai dengan namanya. Hiasan yang minimalis hanya berada di bahagian bawah manakala di bahagian atas hanya dihiasi manik-manik kecil yang cantik menjadikan kek ini menarik untuk dipandang.

26. Diana Fleur

Diana Fleur
Kredit Gambar: rarakitchy.com

Anda sukakan warna hijau? Nah, kek ini sesuai untuk anda. Kek ini menggunakan dua warna tema iaitu hijau cerah dan putih serta digarisi warna keemasan yang menawan.

27. Rosie Zara

Rosie Zara
Kredit Gambar: rarakitchy.com

Satu lagi rekaan kek yang sangat ringkas untuk hari pertunangan anda. Walaupun ia ringkas tanpa hiasan yang sarat, namun ia tetap menjadi pilihan kerana menonjolkan ciri mewah dan minimalis dalam satu kek.

28. Audrey

Audrey
Kredit Gambar: rarakitchy.com

Jika anda sukakan hiasan bunga yang mewah, kek ‘Audrey’ ini sesuai untuk anda. Bahkan, pemilihan warna untuk bunga juga dilihat menarik dan unik.

29. Evie Roses

Evie Roses
Kredit Gambar: rarakitchy.com

Nah, rekaan ini benar-benar dianggap kreatif! Jika dipandang sekilas, pasti kebanyakan orang menganggap ini adalah jambangan bunga yang terisi di dalam bakul. Tetapi bukan! Ia adalah kek semata. Hebat, bukan?

30. Dream Petal

Dream Petal
Kredit Gambar: rarakitchy.com

Kalau anda tidak menggemari ros, anda boleh memilih bunga lain untuk dicorakkan ke atas kek ini sepertimana kek di atas. Warna biru pastel berjaya menyerlahkan lagi warna pink cerah.

31. Ella Vas

Ella Vas
Kredit Gambar: rarakitchy.com

Kalau tadi, rekaan bunga di dalam bakul, ini pula rekaan bunga di dalam pasu bunga. Sekali pandang, ia kelihatan realistik. Dengan rekaan sebegini unik, kek ini sesuai untuk menceriakan hari pertunangan anda!

32. Greeny Bloom

Greeny Bloom
Kredit Gambar: rarakitchy.com

‘Greeny Bloom’ merupakan kek yang dihias indah dan bertemakan warna hijau cerah. Jika anda mahukan kesegaran pada hari pertunangan anda, mungkin anda boleh mempertimbangkan kek ini.

33. Mia Camillia

Mia Camillia
Kredit Gambar: rarakitchy.com

Dengan hiasan bunga pada bahagian bawah dan atas, menjadikan kek ini menawan ketika dipandang. Manik-manik yang terletak di atas kek ini menonjolkan ciri minimalis dan cantik sekali gus sesuai untuk dijadikan kek pertunangan anda.

34. Simple Heart

Simple Heart
Kredit Gambar: rarakitchy.com

Sesekali, apa kata anda lari daripada kebiasaan. Daripada kek berbentuk bulat, apa kata anda cuba kek berbentuk hati? Kek berbentuk hati ini kelihatan menarik dan klasik. Dengan berlatarkan warna putih, ia mampu menonjolkan dedaun hijau dan bunga yang indah dicorak di atas kek.

35. Orked Jane

Orked Jane
Kredit Gambar: rarakitchy.com

Siapa di sini peminat bunga orkid? Ha, kek ini sesuai buat anda. Selain rekaannya yang minimalis, ia juga akan kelihatan menawan di majlis pertunangan anda kerana warna latarnya adalah putih.

36. Izzy Bloom

Izzy Bloom
Kredit Gambar: rarakitchy.com

Tatkala memandang kek ini, terasa seperti berada di taman bunga. Hiasan bunganya yang mekar berkembang menaikkan lagi seri kek ini. Apa kata anda jadikan kek ini sebagai kek pertunangan anda?

37. Ruth Alani

Ruth Alani
Kredit Gambar: rarakitchy.com

Jika anda sukakan kek yang hanya bertemakan satu ton, anda boleh memilih kek ini. Walaupun ia satu ton, tetapi warna pastelnya tetap menonjolkan hiasan bunga yang dicorak pada kek ini.

38. Milarose

Milarose
Kredit Gambar: rarakitchy.com

Jika anda mencari kek yang ringkas dengan reka bentuk lelehan pada permukaan atasnya, anda boleh memilih kek ini. Dekorasi bunga di atasnya menonjolkan lagi keserian dan aura menarik kek ini.

39. Hazel Bloom

Hazel Bloom
Kredit Gambar: rarakitchy.com

Sekali lagi kita dihidangkan dengan rekaan barrel yang seakan-akan dipenuhi bunga. Rekaan realistik ini sesuai untuk anda pertimbangkan. Ia kelihatan jambangan bunga hidup yang dapat menyerikan lagi majlis pertunangan anda.

40. Aryana Rose

Aryana Rose
Kredit Gambar: rarakitchy.com

Anda mahukan rekaan flora yang ringkas? Anda boleh pertimbangkan kek ini. Hiasan bunga menggunakan warna ton senada untuk menyerlahkan ciri minimalis yang ada pada kek ini.

Begitulah dia senarai kek-kek menarik yang boleh dijadikan kek pertunangan anda. Pelbagai rekaan yang klasik dan flora dapat disesuaikan dengan pelbagai tema majlis pertunangan anda kerana rata-ratanya menggunakan warna pastel sebagai latarnya. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda mencari idea untuk kek tunang anda.


Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close