8 Kotak Pensel Terbaik di Malaysia 2024

Alat tulis sering hilang atau berterabur? Pernahkah anda menghadapi kesukaran untuk mencari alat tulis anda? Jika ya, sudah tiba masanya untuk anda menggunakan kotak pensel! Kotak pensel juga dikenali sebagai bekas pensel sangat berguna untuk anda menyimpan alat tulis anda.

Kotak pensel didatangkan dalam pelbagai saiz dan bentuk serta mempunyai ciri mudah alih bagi membolehkan anda membawanya ke mana sahaja! Di sini kami senaraikan 8 kotak pensel terbaik di Malaysia pada tahun 2024 yang anda boleh dapatkan hari ini! 

Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih kotak pensel:

1. Saiz: 

Anda disarankan untuk memilih kotak pensel dengan saiz yang bersesuaian dengan kuantiti alat tulis anda. Jika, anda mempunyai alat tulis lebih daripada 10, maka kotak pensel bersaiz sederhana sesuai untuk anda.

2. Bahan: 

Memilih kotak pensel yang diperbuat daripada bahan tahan lama dan berkualiti tinggi dapat melindungi alat tulis anda daripada sebarang kerosakan. 

8 Kotak Pensel Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Multi-function Double Layer Pencil Case 

Multi function Double Layer Pencil Case
Kredit gambar: Shopee

Kotak Pensel ini mempunyai kapasiti penyimpanan yang besar serta dilengkapi dengan 2 poket berzip yang membolehkan anda mengasingkan dan menyusun alat tulis anda mengikut kategori. Ia diperbuat daripada kanvas yang menjadikannya tahan lama dan serap hentakan. Hal ini sekali gus dapat melindungi alat tulis anda daripada kerosakan sekiranya terjatuh. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kanvas 
  • Saiz: 20 cm x 8 cm x 8 cm 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Pink, Beige, Kuning, Hijau, Biru Tua, Kelabu

Kelebihan:

Didatangkan dengan 2 bahagian poket
Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Didatangkan pelbagai warna
Perlindungan berganda

Harga: RM1.49 to RM3.89 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Seamiart Big Capacity Zipper Pencil Case

Seamiart Big Capacity Zipper Pencil Case
Kredit gambar: Shopee

Kotak pensel pelbagai fungsi ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi serta dilengkapi tetulang rivet keluli sekali gus menjadikannya tahan lama, kalis air dan kalis habuk. Ia didatangkan dengan ruang simpanan yang besar bagi membolehkan anda menyimpan dan membawa alat tulis dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, ia juga dipasarkan dengan 2 saiz berbeza untuk anda pilih. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kanvas, Logam 
  • Berat: 180 g (kecil), 210 g (besar)
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Saiz: 24.5 cm x 5 cm x 11 cm (kecil), 24.5 cm x 5 cm x 15.5 cm (besar) 
  • Warna: Hitam,Merah Jambu, Kelabu

Kelebihan:

Bahan berkualiti tinggi, tahan lasak
Bahan poket berbilang
Kapasiti simpanan besar

Harga: RM10.68 (Small) | RM12.10 (Big)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Seamiart Cute Biscuit Zipper Pen Case

Seamiart Cute Biscuit Zipper Pen Case
Kredit gambar: AliExpress

Kotak pensel ini didatangkan dalam reka bentuk biskut yang unik dan comel. Kotak pensel ini merupakan pilihan yang ideal untuk anda yang sukakan kelainan. Walaupun ia hanya mempunyai 1 bahagian penyimpanan namun, ia masih boleh memuatkan alat tulis dalam kuantiti yang banyak. Ia dipasarkan dalam 1 warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam, Tekstil
  • Saiz: 20 cm x 6 cm x 11 cm 
  • Berat: 40 g 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 

Kelebihan:

Reka bentuk unik
Kapasiti penyimpanan besar

Harga: RM5.93 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Iomingyue 3D Clear Pencil Case

Iomingyue D Clear Pencil Case
Kredit gambar: Shopee

Kotak pensel ini didatangkan dengan ruang simpanan yang besar serta dilengkapi dengan permukaan lut sinar bagi membolehkan anda mengenal pasti alat tulis anda tanpa perlu membuka zip. Ia diperbuat daripada fabrik Mesh berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan kalis air. 

Spesifikasi:

  • Saiz: 20 cm x 6 cm x 6 cm 
  • Negara Pengeluar: China 
  • Warna: Putih, Hitam, Kelabu 

Kelebihan:

Reka bentuk yang unik
Kapasiti simpanan besar

Harga: RM3.98

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Cute Ins Transparent Pencil Case

Cute Ins Transparent Pencil Case
Kredit gambar: Shopee

Kotak pensel ini didatangkan dengan kapasiti ruang yang besar dan boleh memuatkan alat tulis dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, ia juga didatangkan dengan saiz mudah alih bagi memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Kotak pensel ini dipasarkan dalam pelbagai bentuk yang menarik.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC 
  • Saiz: 18 cm x 10 cm x 10 cm 
  • Berat: 58 g 
  • Negara Pengeluar: China 
  • Reka Bentuk: Plaid Girl, Heart, Avocado, Black Snoopy, Peach, Yellow Snoopy, Pig, Line Up, Bird, Girl, Daisy Flowers , Strawberry, Sesame Street, Flowers, Look Book, Famly, Snoopy, Big Avocado 

Kelebihan:

Didatangkan dalam pelbagai reka bentuk
Kapasiti penyimpanan besar
Kualiti tinggi, binaan tahan lama
Reka bentuk unik

Harga: RM4.92 to RM5.94 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Black Pencil Case

Black Pencil Case
Kredit gambar: AliExpress

Kotak pensel ini diperbuat daripada kulit tiruan berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Kotak pensel ini juga mempunyai zip dan ruang penyimpanan yang besar. Selain itu, ia juga didatangkan dengan reka bentuk ‘leaping cougar’ minimalis. Ia sesuai untuk anda yang sedang mencari kotak pensel yang ringkas dan elegan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit Tiruan 
  • Negara Pengeluar: China 
  • Saiz: 19 cm x 5 cm x 6 cm (Kecil), 20 cm x 6 cm x 6 cm (Sederhana), 16 cm x 18 cm x 10cm (Besar) 

Kelebihan:

Kapasiti penyimpanan besar
Didatangkan dalam pelbagai saiz
Berkualiti tinggi, binaan tahan lama

Harga: RM4.72 (Small) | RM5.59 (Medium) | RM6.76 (Big) 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Macaron Pencil Box Colourful

Macaron Pencil Box Colourful
Kredit gambar: Shopee

Macaron Pencil Box ini didatangkan dengan permukaan luar jenis ‘hard case’ bagi melindungi alat tulis anda dengan baik. Ia diperbuat daripada plastik PP berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan serap hentakan. Ia didatangkan dengan kapasiti simpanan sederhana besar yang boleh memuatkan pelbagai barangan alat tulis seperti pensel, pemadam dan pembaris.

Spesifikasi:

  • Bahan: PP 
  • Saiz: 20 cm x 9 cm 
  • Berat: 94 g 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Putih, Merah Jambu, Biru, Kelabu

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Kapasiti simpanan yang besar
Didatangkan dalam pelbagai warna

Harga: RM4.88

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. SS Transparent Mesh Pencil Case 

SS Transparent Mesh Pencil Case
Kredit gambar: Shopee

Kotak pensel ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi serta didatangkan dalam pelbagai warna untuk anda pilih. Ia mempunyai ruang penyimpanan yang besar dan saiz kompak bagi memudahkan anda membawanya ke mana  sahaja. Bukan itu sahaja, kotak pensel ini juga boleh dibasuh dan cepat kering. 

Spesifikasi:

  • Saiz: 20 cm x 9 cm 
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Warna: Hitam, Kelabu, Merah Jambu, Biru, Putih 

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Kapasiti simpanan yang besar
Reka bentuk yang unik

Harga: RM2.50 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close